Anda di halaman 1dari 1

Saya Hanya Pemain Simpanan

Pada suatu hari, Pertandingan Bola Tampar diadakan di sekolah saya. Saya terasa teruja untuk
memasuki pertandingan bola tampar tersebut. Cikgu Phong memberitahu sesiapa yang berminat untuk
memasuki pertandingan bola tampar sila pergi ke gelanggang bola tampar petang esok.

Di rumah,saya meminta izin ibu dan ayah saya untuk memasuki pertandingan bola tampar
tersebut. Ibu saya memberitahu tidak semestinya kamu dipilih untuk memasuki latihan itu. Sekiranya
kamu hendak dipilih, kamu harus berusaha bersungguh – sungguh untuk dipilih. Saya memberitahu
“baiklah ibu saya akan berusaha bersungguh – sungguh.

Esoknya di sekolah pada masa petang, saya pergi ke gelanggang bola tampar. Ramai orang
berkumpul di gelanggang bola tampar tersebut. Cikgu Phong memberitahu bahawa selepas seminggu
cikgu akan memilih lapan orang perempuan dan lapan orang lelaki untuk pergi bertanding.

Selepas itu, semua orang mula berlatih di gelanggang termasuklah saya. Cikgu Phong
membahagikan kumpulan dan mengajar untuk bermain bola tampar dengan betul kepada semua orang.
Latihan bola tampar diadakan pada setiap hari. Saya berusaha bersungguh – sungguh untuk dipilih
menjadi pemain bola tampar.

Selepas seminggu, Cikgu Phong sudah memilih pemain simpanan utama dan pemain
simpanan.Semua orang berkumpul di depan Cikgu Phong termasuklah saya.

Anda mungkin juga menyukai