Anda di halaman 1dari 95

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SIDANG AKADEMIK 2016/2017

HGT 342 : RESEARCH METHODOLOGI AND FIELD WORK

PENILAIAN PERANAN DAN PENGLIBATAN TENAGA KERJA WANITA


DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG TAMAN SEDIA, CAMERON
HIGHLANDS.

DI SEDIAKAN OLEH : AHMAD MUKHRIZ BIN MUHAMAD

NO I/C : 940421-03-5181

NO MATRIK : 123391

PENSYARAH : ENCIK AZIZ BIN ABDUL MAJID


ABSTRAK

Wanita adalah golongan istimewa dan memainkan peranan yang besar dalam

masyarakat. Berkebolehan melaksanakan pelbagai kerja seperti memikul tanggungjawab

sebagai isteri, ibu dan juga pekerja. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menilai peranan

dan penglibatan golongan wanita dalam bidang usahawan terutamanya di Kampung Taman

Sedia, Cameron Highlands. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kepada faktor-faktor

penglibatan tenaga kerja wanita dalam bidang usahawan serta mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan. Soal selidik telah

digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 60 orang usahawan

wanita yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di Kampung Taman Sedia. Seterusnya data

yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Packages For Social

Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Secara umumnya

penemuan kajian menunjukkan faktor utama yang mendorong usahawan wanita menceburi

bidang keusahawanan adalah kerana faktor minat, ingin mencapai cita-cita serta faktor

membantu menyara ahli keluarga. Dapatan kajian juga mendapati masalah utama yang

dihadapi oleh usahawan di kawasan kajian adalah masalah persaingan yang kian mencabar

dan mendesak usahawan, masalah mendapatkan bekalan dengan harga yang rendah dan

berpatutan serta masalah kekurangan sumber modal.


SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB 1 : PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Matlamat Kajian 4

1.2 Objektif Kajian 4

1.3 Permasalahan Kajian 5

1.4 Kepentingan Kajian 6

1.5 Skop Kajian 7

1.5.1 Skop Kawasan

1.5.2 Skop Masa

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Kerangka Konseptual Kajian 10

1.8 Rumusan 11

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 12

2.1 Definisi Jenis-Jenis Usahawan 13


2.1.1 Individu bekerja sendirian

2.1.2 Pembina pasukan

2.1.3 Pencipta bebas

2.1.4 Pengganda Paten

2.1.5 Artis jual-beli

2.1.6 Usahawan teknikal

2.2 Model Asas Keusahawanan 15

2.3 Maklumat Peribadi 16

2.4 Maklumat Perusahaan dan Perniagaan 18

2.5 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Pembangunan dan Keusahawanan 20

2.5.1 Ingin mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan

2.5.2 Ingin cepat kaya dan menikmati cara hidup mewah

2.5.3 Ahli keluarga mendorong untuk menceburi bidang pekerjaan

2.5.4 Rangsangan daripada kejayaan orang lain

2.5.5 Tidak berpuas hati dengan pekerjaan dahulu.

2.5.6 Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan kepada usahawan

2.6 Masalah- Masalah yang Dihadapi dalam Mengendalikan Perniagaan 23

2.7 Kajian-kajian Lepas 24

2.8 Rumusan 24
BAB 3 : METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

3.0 Pengenalan 25

3.1 Penyelidikan Awal 28

3.2 Pengumpulan Data 28

3.2.1 Peringkat Pertama: Kajian Literatur

3.2.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Data

3.2.2.1 Data Primer

3.2.2.2 Data Sekunder

3.3 Instrumen Kajian 31

3.3.1 Bahagian A: Maklumat Peribadi

3.3.2 Bahagian B : Maklumat Perusahaan dan Perniagaan

3.3.3 Bahagian C : Faktor- Faktor Penglibatan

3.3.4 Bahagian D : Masalah- Masalah yang Dihadapi

3.4 Analisis dan Persembahan Data 33

3.4.1 Analisis Data Kualitatif

3.4.2 Analisis Data Kuantitatif

3.5 Penulisan Akhir 35

3.6 Rumusan 35
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan 36

4.1 Dapatan Kajian 36

4.1.1 Bahagian A: Maklumat Peribadi

4.1.2 Bahagian B: Maklumat Perusahaan dan Perniagaan

4.1.3 Bahagian C : Faktor- Faktor Penglibatan

4.1.4 Bahagian D : Masalah- Masalah yang Dihadapi

4.2 Rumusan 62

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 63

5.1 Kesimpulan Kajian 63

5.2 Cadangan Kajian 64

5.3 Rumusan 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN A dan B 70
SENARAI JADUAL MUKA SURAT

Jadual 3.3 : Bahagian soal selidik 32

Jadual 3.3 : Skala Likert 33

Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 36-37

Jadual 4.2 : Taburan kekerapan ahli keluarga yang menjadi usahawan 38

Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 39

Jadual 4.4 : Taburan kekerapan bilangan ahli keluarga yang terlibat dalam usahawan 40

Jadual 4.5 : Taburan status perkahwinan responden 41

Jadual 4.6 : Sebab-sebab menceburkan diri dalam bidang perusahaan 42

Jadual 4.7 : pekerjaan akhir responden sebelum terlibat dalam bidang usahawan 43

Jadual 4.8 : Taburan responden yang pernah menerima latihan pekerjaan 44

Jadual 4.9 : Status Perusahaan 45

Jadual 4.10 : Jenis Perusahaan 46

Jadual 4.11 : Status Perusahaan dan Jenis Perusahaan 47

Jadual 4.12 : Tempoh Menjalankan Perniagaan 48

Jadual 4.13 : Pengalaman Yang Dimiliki Dalam Bidang Perusahaan 49

Jadual 4.14 : Tempoh Pengalaman Dalam Perusahaan 50

Jadual 4.15 : kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti 51


Jadual 4.16 : Modal Ketika Memulakan Perniagaan 52

Jadual 4.17 : Sumber Modal 53

Jadual 4.18 : Modal Berniaga dan Sumber Modal 54

Jadual 4.19 : Perkhidmatan pertolongan/nasihat 55

Jadual 4.20 : Jumlah Pendapatan Bulanan Responden 56

Jadual 4.21 : Min bagi Faktor-Faktor Penglibatan Usahawan 57-58

Jadual 4.22 : Masalah- Masalah yang Dihadapi 60


SENARAI RAJAH MUKA SURAT

Rajah 1.5.1: Peta Kampung Taman Sedia 8

Rajah 1.7 : kerangka konseptual kajian 10

Rajah 2.2 : Model Asas Proses Keusahawanan 15

Rajah 3.0: Carta Alir Metadologi Kajian 27

Rajah 4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 37

Rajah 4.2 : Taburan kekerapan ahli keluarga yang menjadi usahawan 38

Rajah 4.3 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur 39

Rajah 4.4 : Taburan kekerapan bilangan ahli keluarga yang terlibat dalam usahawan 40

Rajah 4.5: Taburan status perkahwinan responden 41

Rajah 4.6 : Sebab-sebab menceburkan diri dalam bidang perusahaan 42

Rajah 4.7 : pekerjaan akhir responden sebelum terlibat dalam bidang usahawan 43

Rajah 4.8 : Taburan responden yang pernah menerima latihan pekerjaan 44

Rajah 4.9 : Status Perusahaan 45

Rajah 4.10 : Jenis Perusahaan 46

Rajah 4.13 : Pengalaman Yang Dimiliki Dalam Bidang Perusahaan 49

Rajah 4.15 : kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti 51

Rajah 4.16 : Modal Ketika Memulakan Perniagaan 52

Rajah 4.17 : Sumber Modal 53


Rajah 4.19 : Perkhidmatan pertolongan/nasihat 55

Rajah 4.20 : Jumlah Pendapatan Bulanan Responden 56

Rajah 4.21 : Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan 59

Rajah 4.22 : Faktor Kehilangan pekerjaan 60

Rajah 4.23 : Masalah persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan 63

Rajah 4.24 : Masalah hubungan dengan pembekal 64


SENARAI GAMBAR MUKA SURAT

Gambar 1 : Kawasan Kajian Kampung Taman Sedia 70

Gambar 2 : Kawasan Kajian Kampung Taman Sedia 70

Gambar 3 : Kawasan Kajian Kampung Taman Sedia 71

Gambar 4 : Jenis Perusahaan Agro Pelancongan 71

Gambar 5 : Jenis Perusahaan Agro Pelancongan 72

Gambar 6 : Jenis Perusahaan Agro Pelancongan 72

Gambar 7 : Aktiviti Pengumpulan Data 73

Gambar 8 : Aktiviti Pengumpulan Data 73

Gambar 9 : Aktiviti Pengumpulan Data dan Temu Bual di Jabatan Pertanian

Daerah Cameron Highlands 74

Gambar 10 : Jenis Perusahaan Homestay yang Disediakan oleh Usahawan

Wanita di Kawasan Kajian 74


BAB 1 : PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Taman Sedia mula ditubuhkan pada

24.04.1998. Ianya berpusat di Tanah Rata , Daerah Cameron Highlands, Negeri Pahang Darul

Makmur. Pada awal kegiatan, KPW hanya dijalankan di sebuah surau di Taman Sedia dengan

membuat gubahan bunga kering dengan bilangan ahli seramai 28 orang yang terdiri daripada

majoriti suri rumah sepenuh masa. Kedudukan kewangan ketika itu hanya RM56.00 sahaja.

Seiring dengan masa berlalu, golongan usahawan wanita semakin meningkat di kawasan ini

dan mereka mula menceburkan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan yang sebelumnya

sering dilakukan oleh golongan lelaki.

Wanita merupakan sebahagian besar daripada populasi masyarakat Malaysia.

Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan negara sememangnya telah lama

diiktiraf dan ini dapat dilihat melalui peranan dan penglibatan tenaga kerja wanita dalam

pembangunan Kampung Sedia, Cameron Highlands. Sebagai isteri, ibu dan anak, mereka

merupakan tunggak utama dalam membentuk generasi Malaysia yang penyayang dan

progresif di masa hadapan. Mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2004,

49% (12,557,700 orang) daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia terdiri daripada

golongan wanita dan kira-kira 48% daripada jumlah penduduk wanita merupakan tenaga

buruh (Malaysia, 2005). Selain itu,peningkatan dalam penyertaan wanita sebagai tenaga buruh

menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam aktiviti pembangunan negara semakin

menyerlah dan kian positif. Ini dibantu oleh pembangunan negara yang banyak membuka

peluang dan ruang bagi wanita mempertingkatkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang

dan aktiviti di samping membuka dan menyahut cabaran yang lebih besar untuk terus
berperanan dan berjaya selaras dengan proses perindustrian dan pemodenan negara menuju

abad ke 21 (Moha,1997).

Golongan usahawan wanita merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang

diterima sebagai golongan penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan dikenal

pasti sebagai agen kepada perubahan ekonomi dunia (Yusof, 2010). Usahawan berupaya

membina nilai yang baru lagi berbeza, menukar bahan kepada sumber atau menggabung

sumber-sumber yang ada untuk membentuk hasilan yang lebih produktif. Oleh hal demikian,

seorang usahawan itu bukan saja mempunyai keupayaan mereka cipta, mencetus atau

memperoleh idea baru hasil daripada ilmu pengetahuan yang dikuasainya, tetapi sewajarnya

juga berupaya menggunakan ilmu pengetahuan tersebut bagi tujuan mengaplikasikannya

untuk peningkatan kualiti hidup masyarakat (Thuaibah, 2007).

Di samping itu, dengan sikap, komitmen dan keinginan yang ditunjukkan di kalangan

usahawan wanita pada masa kini, adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti dunia

keusahawanan akan diambil alih dan didominasi oleh wanita. Perlu disedari bahawa kita

sedang berada di zaman globalisasi dan kata-kata ‘tempat wanita hanya di ceruk dapur’ adalah

tidak relevan lagi. Menurut Dato’ Seri Dr. Mahathir ketika berucap di Majlis Konvensyen

Kebangsaan Usahawan Wanita 2002, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh golongan

wanita dalam bidang keusahawanan kini jelas membuktikan kemampuan wanita menghadapi

persaingan. Pepatah Melayu yang mengatakan bahawa ‘tangan yang mengayun buaian itu

sebenarnya berupaya menggegarkan dunia’ adalah benar (Thuaibah, 2007). Puan Azizah

Tumin, dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera

Malaysia menegaskan, sekiranya wanita ingin menjadi insan yang berjaya, mereka haruslah

menyemai ciri-ciri daya saing, daya maju dan kreatif. Sikap berani dan tidak takut untuk

menghadapi risiko kegagalan itu adalah permulaan kepada sesebuah kejayaan (Thuaibah,

2007).
Di Malaysia, bidang keusahawanan bukan lagi menjadi suatu bidang yang asing bagi

masyarakatnya. Menurut laporan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, aktiviti perniagaan

yang didaftarkan di pejabat pendaftaran perniagaan sepanjang tahun 2001 menunjukkan

bahawa daripada sebelas jenis usaha niaga, perniagaan makanan dan minuman mencatatkan

statistik pendaftaran tertinggi bagi sepanjang tahun. Selain makanan dan minuman, aktiviti

perniagaan yang banyak diceburi ialah peruncitan, pembinaan dan tekstil dan pakaian

(Malaysia, 2001). Bilangan individu yang menyertai bidang keusahawanan juga semakin

meningkat. Mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan

Usahawan, sepanjang tempoh tahun 1995 hingga tahun 2000 peningkatan dalam bilangan

usahawan berlaku pada kadar 75.79%. Peningkatan ini disebabkan pelbagai faktor dan yang

utamanya ialah kewujudan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan oleh

kerajaan melalui KPUn. Jenis-jenis usahawan yang telah dibangunkan ialah usahawan tulen,

vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais (Zafir dan Fazilah, 2003).
1.1 Matlamat Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penglibatan

usahawan wanita dalam bidang perniagaan. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kepada

masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan mereka serta

mendapatkan cadangan mereka dalam pembangunan perniagaan wanita di Kampung Taman

Sedia.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian merupakan elemen penting dalam pelaksanaan sesebuah kajian. Aspek

ini berperanan dalam menentukan matlamat sesebuah kajian akan dicapai. Secara khususnya,

kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

i. Mengenal pasti profil perniagaan usahawan wanita di Kampung Taman Sedia

ii. Mengenal pasti maklumat perusahaan dan perniagaan wanita di Kampung Taman

Sedia

iii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang

perniagaan di Kampung Taman Sedia

iv. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa

mengendalikan perniagaan.
1.3 Permasalahan Kajian

Dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semua orang akan berjaya. Begitu juga

bidang keusahawanan, ada sesetengah usahawan akan berjaya dan ada juga yang akan

menghadapi kegagalan. Walaupun diketahui umum bahawa bidang keusahawanan merupakan

satu bidang yang berisiko tinggi untuk gagal, namun penglibatan wanita terutamanya dalam

bidang ini menunjukkan trend yang positif. Terdapat banyak sebab yang mendorong

seseorang wanita itu melibatkan diri dalam perniagaan seperti sebagai satu aktiviti ekonomi

atau sumber nafkah hidup (Mahashim, 1995).

Kebanyakan wanita yang menceburi bidang perniagaan sebenarnya sudah terlibat

dengan kerja-kerja lain, misalnya kerja makan gaji di sektor awam atau swasta. Ada juga di

kalangan mereka yang pernah bekerja sendiri dalam pelbagai bidang seperti pertanian,

perusahaan kraf tangan, makanan dan lain-lain kerja yang bukan berbentuk perniagaan. Bagi

yang bekerja makan gaji, hasil kerja yang diperoleh itu bukan hasil niaga sendiri, tetapi hanya

menawarkan khidmat sebagai pekerja kepada pihak lain (Thuaibah, 2007). Ini menimbulkan

rasa tidak bebas, tidak berpuas hati dari segi pendapatan dan terpaksa bekerja di bawah arahan

orang lain. Ini membuatkan mereka ingin cuba membuka perniagaan sendiri. Jika mereka

tidak lagi makan gaji, tetapi menghasilkan produk sendiri berbekalkan pengalaman,

kemahiran dan pengetahuan yang mereka ada, mereka boleh terus memasarkan produk

mereka tanpa perlu melalui orang tengah yang dianggap mencekik darah (Faridah, 2000).
1.4 Kepentingan Kajian

Setiap kajian yang dijalankan pastinya berpaksikan kepada beberapa matlamat dan

mempunyai kepentingan yang khusus sama ada terhadap kesejahteraan masyarakat di

sesebuah kawasan serta mendatangkan manfaat dan faedah secara bersama. Aspek ini selaras

dengan intipati penulisan laporan ini yang mendukung beberapa kepentingan yang mendorong

kajian ini dilakukan.

1.4.1 Hasil kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan umum dalam bidang

keusahawanan. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran orang ramai

terutamanya usahawan wanita untuk mempelajari dan mempertingkatkan pengetahuan

dan kemahiran dalam bidang perniagaan.

1.4.2 Membantu pihak kerajaan untuk menyediakan pelan tindakan bagi membantu

usahawan wanita yang bermasalah atau dijadikan modul bagi pembangunan usahawan

wanita di seluruh negara.

1.4.3 Hasil kajian ini juga dapat membantu golongan usahawan terutamanya

golongan wanita untuk mengetahui masalah-masalah yang mungkin dihadapi mereka

ketika menjadi usahawan dan langkah-langkah awal dapat diambil untuk mengatasi

masalah tersebut di samping dapat meningkatkan taraf hidup mereka.


1.5 Skop Kajian

Skop kajian adalah bersandarkan kepada matlamat dan objektif yang digariskan

dengan mengambil kawasan kajian untuk dijalankan penyelidikan. Kajian ini hanya terbatas

kepada usahawan wanita di Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands sahaja. Kajian ini

juga hanya memberi fokus kepada faktor-faktor yang mendorong penglibatan usahawan

wanita dalam bidang keusahawanan. Di samping itu, kajian ini akan mengkaji masalah-

masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa mengendalikan perniagaan mereka.

1.5.1 Skop Kawasan

Kampung Taman Sedia terletak di sebuah lembah di antara pekan Tanah Rata dan

Brinchang yang telah dibuka pada tahun 1970-an. Kawasan kampung ini merupakan kawasan

lembah dan kaki bukit yang disaliri Sungai Bertam pada pinggirnya. Selain itu, Kampung

Taman Sedia juga mempunyai sebanyak 48 lot yang mempunyai keluasan 0.25 ekar setiap

satunya. Jarak perjalanan dari Tanah Rata hanyalah kurang dari 2 kilometer dan berada di

pertengahan jalan jika ingin ke Pekan Brinchang iaitu bersebelahan dengan Pejabat Hutan

Daerah. Lokasi Kampung Taman Sedia dapat dilihat berdasarkan gambar rajah 1.5.1 di

bawah.

1.5.2 Skop Masa

Tarikh atau masa kawasan kajian ini dijalankan ialah 14 Januari 2017 sehingga 19

Januari 2017. Pada 14 Januari 2017, kajian dijalankan adalah lebih tertumpu di kawasan

sekitar Kampung Taman Sedia melalui aktiviti berjalan-jalan sekitar kawasan kajian untuk

mengetahui bentuk demografi di kawasan kajian bagi memudahkan pergerakan pada hari

seterusnya. Pada 15 Januari 2017 hingga 19 Januari 2017, masa kajian memfokuskan untuk

mencari responden bagi mengisi borang soal selidik serta sesi temu bual bersama penduduk di

kawasan kajian.
Rajah 1.5.1: Peta Kampung Taman Sedia
Sumber: Pejabat Tanah Daerah
1.6 Batasan Kajian

Sepanjang kajian luar ini dijalankan, terdapat beberapa batasan kajian yang wujud,

antaranya seperti:

1.6.1 Masalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dari sesi menjawab soal

selidik dan temu bual. Kebanyakan mereka tidak menyatakan perkara yang sebenar dan

tidak kesemua soalan dijawab dengan lengkap. Aspek ini akan menyukarkan pengkaji

untuk menerangkan soalan yang hendak diajukan dan membataskan kefahaman

responden untuk memahami kehendak soalan khususnya berkaitan peranan dan

penglibatan tenaga kerja wanita dalam pembangunan di Kampung Sedia.

1.6.2 Masalah berkaitan proses temu bual dan soal selidik yang mengambil masa

yang lama ekoran banyak soalan yang disediakan. Secara puratanya masa yang

ditetapkan bagi seorang responden adalah dalam lingkungan 15 hingga 20 minit.

Pengambilan masa yang lama menyebabkan timbulnya perasaan jemu dan kehadiran

kami kurang disenangi oleh pihak responden.

1.6.3 Kesulitan dalam mendapatkan maklumat tambahan daripada agensi-agensi

terbabit.
1.7 Kerangka Konseptual Kajian

Maklumat
Peribadi

Output
Maklumat
Perusahaan
Sumbangan
dan
Penglibatan
Usahawan
Usahawan
Wanita Wanita di
Input
Kampung
Taman Sedia

Faktor-Faktor
Proses
Penglibatan

Masalah-
Masalah yang
Dihadapi

Rajah 1.7 : kerangka konseptual kajian


Sumber : Diperolehi daripada Kajian Luar Geografi, 2017
Kerangka konseptual ini dibentuk bersesuaian dengan objektif kajian iaitu untuk

mengkaji profil perniagaan usahawan wanita di Kampung Taman Sedia, mengenal pasti

maklumat perusahaan dan perniagaan wanita di Kampung Taman Sedia, mengkaji faktor-

faktor yang mempengaruhi penglibatan wanita dalam bidang perniagaan di Kampung Taman

Sedia serta mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh usahawan wanita semasa

mengendalikan perniagaan mereka. Hal ini demikian kerana, objektif kajian ini akan dapat

menilai peranan dan penglibatan tenaga kerja wanita di kawasan kajian yang telah dipilih.

Kerangka konsep kajian bagi kajian ini adalah seperti dalam Rajah 1.7 di atas.

1.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menjelaskan tentang kajian yang dijalankan ini di

mana ia meliputi pendahuluan, matlamat kajian, objektif kajian, permasalahan kajian,

kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan kerangka konseptual kajian yang

ditekankan dalam menjalankan kajian ini. Seterusnya, Bab 2 akan menerangkan dengan lebih

lanjut berkaitan kajian literatur dan model kajian untuk menyokong kajian ini.
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Kajian literatur adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat mengenai objektif

dan penilaian secara kritikal terhadap kajian-kajian terdahulu yang mempunyai kaitan dengan

kecenderungan seseorang itu memilih untuk menjadi seorang usahawan sama ada ia lebih

dipengaruhi oleh faktor dalaman ataupun faktor luaran. Selain itu, bahagian ini juga akan

membincangkan beberapa model dan teori yang berkaitan dengan keusahawanan.

Usahawan dan keusahawanan sentiasa berada di dua persimpangan yang saling

bercanggah iaitu di antara persepsi dan realiti (Ab. Aziz, 2003). Jika disebut tentang

usahawan dan keusahawanan, ramai yang akan membayangkan perihal kejayaan, kemewahan,

dan kegemilangan sedangkan semua itu tidak akan dapat dikecapi tanpa perlu menempuh

pelbagai halangan, kesukaran dan cabaran. Hanya individu yang benar-benar cekal, tabah dan

gigih sahaja yang akan mampu melepasi halangan ini. Individu-individu yang sebeginilah

yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan layak bergelar usahawan (Thuaibah, 2007).

Bahagian ini akan mengemukakan teori-teori dan menyorot kembali kajian-kajian

lepas yang berkaitan dengan kajian ini. Pengkaji telah menggunakan pelbagai bahan rujukan

sebagai panduan seperti jurnal, buku, keratan akhbar, majalah, tesis, bahan media massa dan

bahan bercetak lain. Bahan-bahan tersebut digunakan untuk membantu pengkaji memahami

dan mendalami kajian yang dijalankan. Selain itu, bahagian ini juga akan menerangkan

tentang pendekatan dan dapatan yang diperolehi daripada kajian-kajian terdahulu sama ada

dari dalam mahupun dari luar negara yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan ini.
2.1 Definisi Jenis- Jenis Usahawan

Farid (2007), menyatakan usahawan adalah individu yang memiliki tenaga dan

semangat tinggi, lebih bertoleransi daripada orang lain terhadap risiko dan ketidakpastian,

mendambakan autonomi dan kecekalan mencapai matlamat disebalik pelbagai cabaran dan

kekurangan sumber. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula mentakrifkan usahawan

sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha

dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri

atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran.

2.1.1 Individu bekerja sendirian

Usahawan jenis ini selalunya melaksanakan kerja sendiri atau dengan pekerja yang sedikit

bilangannya (Hutt,1994). Kebanyakan usahawan didapati dalam kategori ini. Contoh

usahawan dalam kategori ini ialah usahawan yang menjalankan perniagaan kedai runcit kecil

kecilan, wakil jualan, peguam, doktor dan lain-lain.

2.1.2 Pembina pasukan

Usahawan jenis ini selalunya mengembangkan perniagaan yang dijalankan sendirian ke arah

yang lebih besar, yang memerlukan lebih ramai pekerja (Hutt, 1994). Sebagai contoh, seorang

“tukang jahit” pakaian wanita yang membesarkan perniagaannya hingga menjadi satu butik

yang terkemuka. Selalunya usahawan ini suka kepada kemajuan yang lebih besar. Mereka

lebih cekap dalam pengurusan organisasi dan manusia. Pendekatan mereka lebih

berorientasikan pekerja dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat

(Zaidatol & Habibah, 1997).


2.1.3 Pencipta bebas

Individu jenis ini membentuk syarikat untuk mengeluarkan atau memasarkan barangan yang

dicipta sendiri. Usahawan jenis ini selalunya menggunakan nama sendiri sebagai nama

produk mereka (Zaidatol & Habibah,1997)

2.1.4 Pengganda Paten

Usahawan ini adalah mereka yang menubuhkan beberapa unit perniagaan yang berkesan.

Usahawan tersebut mungkin menubuhkan perniagaan atas usaha sendiri, ataupun membeli

perniagaan kepunyaan orang lain. Apabila berjaya dengan perniagaannya, ia menubuhkan

cawangan perniagaannya di tempat lain pula. Kebanyakan restoran beroperasi dengan cara ini

(Hutt, 1994).

2.1.5 Artis jual-beli

Usahawan yang membeli sesebuah perniagaan dan kemudiannya dijual kepada orang lain

dikenali sebagai artis jual-beli. Selalunya mereka membeli syarikat atau perniagaan yang

bermasalah, dan memperbaikinya sebelum menjualnya kepada orang lain. Mereka selalunya

tidak suka memiliki sesuatu perniagaan itu dengan tempoh yang lama (Hutt, 1994)

2.1.6 Usahawan teknikal

Usahawan jenis ini lebih berminat kepada pembaharuan dan selalunya menggunakan

teknologi untuk mencipta sesuatu yang baru (Zaidatol & Habibah, 1997).
2.2 Model Asas Proses Keusahawanan

Keputusan untuk menjadi usahawan

Membangunkan idea perniagaan yang berjaya

Beralih daripada idea kepada firma keusahawanan

Mengurus dan mengembangkan firma

Keusahawanan

Rajah 2.2 : Model Asas Proses Keusahawanan

Sumber : Barringer & Ireland (2006)

Rajah di atas menunjukkan model asas dalam proses keusahawanan, dengan empat

langkah utama. Berdasarkan model di atas, anak panah dua hala antara keputusan untuk

menjadi usahawan dan membangunkan idea perniagaan yang berjaya menunjukkan bahawa

kadangkala peluang untuk membangunkan idea menyebabkan seseorang mengambil

keputusan untuk menjadi usahawan. Setelah idea perniagaan berjaya dihasilkan dengan baik,

maka seseorang usahawan akan merealisasikan idea tersebut kepada firma keusahawanan

yang sebenar. Dalam langkah ini, sebuah rancangan perniagaan akan dihasilkan bagi

menggambarkan jangkaan prestasi perniagaan yang akan dijalankan. Langkah terakhir dalam

proses keusahawanan ialah mengurus dan mengembangkan firma. Pada langkah ini, ia lebih

menumpukan terhadap strategi pemasaran bermula dari mengenal pasti pasaran,


membangunkan jenama dan lain-lain lagi. Sekiranya seseorang usahawan wanita mengikuti

dan melaksanakan setiap langkah dalam proses keusahawanan ini, pasti risiko kegagalan akan

dapat dikurangkan.

2.3 Maklumat Peribadi

Kajian ke atas profil peribadi seperti umur, taraf perkahwinan, minat dan unsur

peribadi yang lain berhubung kait dengan dorongan kepada wanita menjadi seorang

usahawan. Berdasarkan profil mereka, ciri-ciri demografi adalah berkahwin, mempunyai

anak, berpendidikan (Bowen & Hisrich, 1986). Pengalaman kerjanya termasuk pengalaman

dalam pentadbiran, mengajar atau kesetiausahaan dan mereka memulakan perniagaan semasa

berumur antara 35 hingga 45 tahun (Sitterly & Duke, 1994).

Daripada kajian yang dijalankan oleh Brown & Segal (1989), usahawan wanita

berumur 39 tahun dan ke bawah serta mempunyai 15 tahun persekolahan. Burdette (1990)

menjelaskan bahawa usahawan wanita kebanyakan berumur di bawah 51 tahun, berkahwin

dan mempunyai anak serta mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Hisrich (1986)

melaporkan bahawa kebanyakan usahawan wanita di Amerika Syarikat adalah berumah

tangga, berasal dari keluarga kelas pertengahan atau kelas atasan dan mempunyai ijazah dari

kolej (Teo, 1996). Dalam konteks giliran dalam keluarga, Neider (1987) mendapati 77%

daripada usahawan wanita di Florida adalah anak sulung dalam keluarga. Hasil kajian ini

adalah mirip dengan penyelidikan yang dijalankan oleh Lee-Gosselin & Grise (1990).

Manakala dari segi sokongan keluarga pula, wanita kurang menerima sokongan daripada

suami mereka.

Di Malaysia, kebanyakan usahawan wanita berumur 30-39 tahun, berkahwin,

memiliki pendidikan sekolah menengah atas (Mohd,1996). Fatimah (1975) membangunkan

suatu profil usahawan wanita Melayu yang menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur. Beliau
mendapati bahawa ramai di antara usahawan wanita Melayu berumur 35-44 tahun, berkahwin,

berasal dari keluarga besar dan merupakan anak sulung dalam keluarga. Mereka merupakan

seorang suri rumah tangga sebelum memulakan perniagaannya (Fatimah,1975).

Di Singapura, purata umur usahawan wanita adalah 41 tahun. Majoriti (80%)

usahawan wanita telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Mereka dilahirkan dalam

keluarga yang sederhana besar yang mana puratanya mempunyai bilangan adik-beradik

seramai 5 orang (Teo,1996).

Latar belakang keluarga sama ada seseorang individu adalah berasal dari keluarga

yang menjalankan perniagaan atau tidak akan mempengaruhi pemikiran individu (Lee, 1997).

Sesetengah usahawan telah disemai semangat keusahawanan semasa mereka masih kanak-

kanak lagi. Kesan pengalaman semasa kanak-kanak seperti bekerja keras, rajin, berdikari dan

gigih ini akan memupuk diri mereka supaya lebih cenderung ke arah memperoleh sifat

keusahawanan. Selain itu, profil statistik tentang pemilik perniagaan wanita menunjukkan

bahawa besar kemungkinan mereka adalah anak pertama daripada sebuah keluarga golongan

pertengahan yang bapanya bekerja sendiri dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa

(Sitterly & Duke, 1994).

Lee-Gosselin & Grise (1990) mendapati bahawa satu per tiga daripada usahawan

wanita mempunyai pengalaman kerja sebelum memulakan keusahawanannya. Pengalaman

usahawan wanita terdahulu termasuk pendidikan, pentadbiran, kesetiausahaan, kesenian,

pemasaran dan personal, penjualan, memberi nasihat, kewangan, eksekutif (Teo, 1996).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Donald & Richard (1989) usahawan wanita

mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Kebanyakan mereka telah tamat pengajian

di peringkat kolej dan universiti (Donald & Richard, 1989). Menurut kajian yang dijalankan,

pencapaian pendidikan pada peringkat yang berlainan akan mempengaruhi wanita menceburi
dalam bidang keusahawanan dan mengekalkan kerjayanya. Wanita yang kurang

berpendidikan akan menghadapi masalah dari segi kewangan atau modal yang mengehadkan

perkembangan perniagaannya (Thuaibah, 2007)..

2.4 Maklumat Perusahaan dan Perniagaan

Majoriti usahawan wanita memilih jenis perniagaan kerana mereka mengenali sektor

itu dengan baik atau berminat kepadanya atau mereka mempunyai pengalaman terdahulu

dalam bidang tersebut (Stewars & Boyd, 1988). Usahawan wanita menjalankan perniagaan

secara kecil-kecilan dalam penjualan barang-barang dan sektor perkhidmatan (Hisrich &

Brush, 1986). Perniagaan mereka adalah muda secara relatif (Lee-Gosselin & Grise, 1990)

dan kemungkinan besar perniagaan itu akan berkembang kepada perniagaan yang besar,

walaupun perkembangan adalah lambat (Teo, 1996).

Ramai usahawan wanita memulakan perniagaan dengan apa yang ada sahaja pada

mereka (Nelton, 1989), mencipta perniagaan mereka (Lee-Gosselin & Grise, 1990), atau telah

menyertai dalam proses mengasaskan perniagaan mereka (Collerette & Aubry, 1990). Ramai

di antara mereka mempunyai keyakinan bahawa perkembangan perniagaan adalah teguh

(Lee-Gosselin & Grise, 1990).

Di Malaysia, ramai di antara usahawan wanita yang menceburi bidang penjaja,

peruncitan dan penjualan secara borong. Ini adalah kerana bidang tersebut tidak memerlukan

kemahiran tenaga buruh dan modal yang banyak, tidak kompleks dan risiko adalah rendah

(Fatimah, 1975). Kajian juga mendapati majoriti usahawan wanita menceburi bidang

makanan dan minuman, pakaian dan peruncitan.


Di Singapura, mereka menceburi dalam bidang perkhidmatan, peruncitan, penjualan

secara borong dan pengeluaran (Teo, 1996) seperti kedai roti, perkhidmatan menghias rumah,

kedai pakaian pengantin, kedai guntung rambut, kedai pakaian fesyen, kedai makanan, kilang

membuat pakaian, kedai kecantikan wanita, agensi pelancongan, restoran, kantin dan kafeteria

(Chew & Tan, 1991). Industri yang diceburi pula termasuk pertanian dan perikanan,

pengeluaran, pembinaan, komersial, pengangkutan dan komunikasi, kewangan dan

perkhidmatan perdagangan (Chew & Tan, 1991).

Secara umumnya, perniagaan yang dimiliki oleh usahawan wanita adalah berbentuk

kecil-kecilan. Salah satu sebab adalah mereka masih baru dalam aktiviti keusahawanan.

Mereka juga cenderung menceburi industri perkhidmatan yang memulangkan pulangan yang

kurang jika berbanding dengan industri pengilangan atau jenis perniagaan yang lain

(Thuaibah, 2007). Walaupun begitu, perniagaan yang berbentuk kecil-kecilan mempunyai

kelebihannya. Oleh itu, keadaan perniagaan adalah stabil. Misalnya, 90% usahawan wanita di

Singapura memperoleh perniagaan yang berbentuk kecil-kecilan, 8% daripada mereka adalah

bersaiz sederhana dan 2% daripada mereka adalah perniagaan yang bersaiz besar (Teo, 1996).

Dalam konteks modal pula, modal penubuhan diperoleh daripada simpanan sendiri

atau keluarga (Lee-Gosselin & Grise, 1990), pelabur atau rakan kongsi dan bank (Teo, 1996).

Di Singapura, modal untuk memulakan perniagaan terdiri daripada simpanan peribadi (83%),

rakan-rakan, bank, rakan kongsi dan bantuan kerajaan (Teo, 1996).

Dari segi bilangan pekerja, ramai di antara mereka kurang menggaji pekerja (Burdette,

1990). Jika mereka berbuat demikian, bilangan pekerja adalah sedikit, mereka juga cenderung

mengambil suami atau anak sebagai pekerja (Lee- Gosselin & Grise, 1990) atau menggaji

lebih ramai pekerja wanita berbanding jika usahawan lelaki yang menjalankan perniagaan

(Birley, 1989).
Dari segi pentadbiran dan pengurusan, kebanyakan usahawan wanita

bertanggungjawab dalam semua pengurusan dan pentadbiran perniagaannya. Sebelum

memulakan perniagaan, usahawan wanita harus menyediakan belanjawan, membuat pilihan

ke atas jenis perniagaan yang ingin diceburi, bentuk perniagaan, berorientasikan produk atau

perkhidmatan, pemasaran dan lokasi yang strategik (Vaz, 1998). Oleh itu, majoriti daripada

mereka cenderung memiliki perniagaan yang berbentuk kecil-kecilan (James & Clark, 1995)

dan sanggup membuat semua urusan dalam perniagaan manakala minoriti usahawan wanita

berminat memiliki keusahawanan yang besar dan bertanggungjawab kepada tugas pentadbiran

(Teo, 1996).

2.5 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Pembangunan dan Keusahawanan

2.5.1 Ingin mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan

Faktor penglibatan golongan wanita dalam bidang keusahawanan dapat dilihat melalui

faktor cita-cita sebagai seorang usahawan dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana cita-cita

dan minat yang terdapat dalam diri seseorang dapat mendorong golongan ini untuk

menceburkan diri dalam bidang ini. Justeru itu, faktor cita-cita ini memainkan peranan dalam

penglibatan dalam aktiviti pembangunan dan keusahawanan.

2.5.2 Ingin cepat kaya dan menikmati cara hidup mewah

Tidak dinafikan bahawa majikan akan menerima ganjaran yang lebih besar daripada

pekerjanya. Orang yang sanggup menanggung segala risiko kerugian, sanggup

mempertaruhkan harta sebagai modal, mengorbankan masa dan tenaga seharusnya diberikan

ganjaran yang lebih besar. Lebih maju dan lebih besar modal yang dilaburkan untuk sesebuah

perniagaan, maka lebih besarlah ganjaran yang patut diterima oleh usahawan. Lebih besar

ganjaran kewangan yang diterima, maka lebih besarlah peluang untuk menikmati kehidupan
mewah (Thuaibah, 2007). Keinginan memiliki kemewahan adalah antara faktor yang

mendorong seseorang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun,

usahawan tidak seharusnya meletakkan ganjaran kewangan dan kemewahan sebagai perkara

utama dalam usaha yang dijalankan. Kebahagiaan sebenarnya bukanlah berasaskan pada

kemewahan atau memiliki wang yang banyak semata-mata, tetapi bergantung kepada faktor-

faktor lain (Khairuddin, 1996).

2.5.3 Ahli keluarga mendorong untuk menceburi bidang pekerjaan

Aktiviti keusahawanan sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan pada

mereka yang mengusahakannya. Dorongan ahli keluarga bagi usahawan wanita untuk

menceburi bidang ini sememangnya menjadi faktor bagi mereka terlibat kerana selalunya

bertujuan untuk membantu ekonomi keluarga dan meningkatkan taraf hidup mereka. Bantuan

dorongan ini menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus bekerja kuat dalam

memajukan perniagaan mereka dan secara tidak langsung meningkatkan hasil pendapatan

mereka.

2.5.4 Rangsangan daripada kejayaan orang lain

Pendedahan dan pemaparan kisah-kisah kehidupan dan kejayaan usahawan boleh

memberi rangsangan dan tiupan semangat yang kuat bagi sesiapa sahaja untuk menceburkan

diri dalam bidang ini. Keinginan yang kuat untuk mencontohi usahawan yang berjaya dan

menikmati apa yang mereka telah beroleh sentiasa bermain dalam fikiran. Dorongan yang

semakin berkembang dan kukuh dari hari ke hari inilah yang mampu mendorong seseorang

menceburi bidang keusahawanan (Khairuddin, 1996).


2.5.5 Tidak berpuas hati dengan pekerjaan dahulu.

Ramai yang berpendapat bahawa bekerja untuk orang lain tidak memberi kepuasan

dalam kehidupan mereka. Pelbagai sebab yang diberikan. Antara sebab yang diberikan

termasuklah terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak digemari atau diminati, peluang

kenaikan pangkat terbatas, jangka masa kerja ditetapkan, pengurusan tidak cekap,

ketidakadilan dalam kenaikan pangkat, terlalu banyak karenah birokrasi dan jumlah

pendapatan yang rendah (Thuaibah, 2007). Semua ini boleh menimbulkan kekecewaan dan

melemahkan semangat bagi golongan yang inginkan pembaharuan dan mempunyai daya

kreatif tinggi. Berfikiran sedemikian boleh menjadi faktor pendorong bagi seseorang

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Menjalankan usaha niaga sendiri

membolehkan mereka menentukan corak pengurusan dan kepimpinan yang diyakini sebagai

yang terbaik. Mereka juga bebas mengamalkan corak pengurusan yang diinginkan dan

meninggalkan amalan-amalan yang tidak sesuai (Khairuddin, 1996).

2.5.6 Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan kepada usahawan

Peningkatan aktiviti pelancongan di Malaysia saban tahun sememangnya telah

membuka peluang perniagaan kepada usahawan terutamanya kepada golongan wanita tidak

kira dalam bidang pelancongan, homestay, agro-pelancongan dan pelbagai lagi. Aktiviti

pelancongan yang semakin meningkat terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan seperti

pulau-pulau dan kawasan beriklim sejuk dapat membuka banyak peluang kepada usahawan-

usahawan muda untuk memasarkan produk mereka dan hal ini secara tidak langsung menjadi

faktor kepada penglibatan mereka dalam bidang usahawan ini.


2.6 Masalah- Masalah yang Dihadapi dalam Mengendalikan Perniagaan / Perusahaan

David & Marion (1987) dalam kajiannya di Singapura mendapati terdapat 5 masalah

utama yang dihadapi oleh usahawan wanita iaitu masalah tenaga buruh (kesukaran mengupah

pekerja), masalah kewangan (kesukaran memperolehi pinjaman, masalah aliran wang tunai

dan lain-lain), masalah ekonomi (persaingan, kemerosotan ekonomi), masalah kredit (pihak

bank dan pembekal kurang yakin terhadap mereka) dan masalah kos (sewa dan upah yang

tinggi).

Masalah lain yang sering dihadapi oleh kebanyakan usahawan wanita ialah masalah

pemasaran (tidak tahu bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan), masalah harga

(tidak tahu menentukan harga produk atau perkhidmatan), masalah pengurusan dan

pentadbiran (kekurangan kemahiran teknik pengurusan), masalah sosial (prasangka, tidak

mempercayai, penerimaan terhadap penceburan kaum wanita sebagai usahawan) (Buttner &

Rosen, 1992), masalah peribadi dalaman (konflik dengan rakan kongsi dan pekerja), masalah

pengeluaran (kualiti produk atau perkhidmatan tidak memuaskan), masalah pengetahuan

(kekurangan pengetahuan mengenai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan) dan masalah

peribadi (tekanan kerja, tiada sokongan dari keluarga) (Teo, 1996). Di Malaysia, majoriti

usahawan wanita menghadapi masalah kekurangan modal dan kemahiran dalam bidang

pemasaran (Mohd, 1996).

Usahawan wanita menghadapi masalah akibat daripada stereotaip jantina terutamanya

dalam aspek kewangan dan perbankan yang didominasi oleh kaum lelaki. Mereka

memerlukan penjamin atau penasihat perniagaan untuk memperolehi pinjaman dari bank atau

institusi kewangan. Walaupun begitu, kajian penyelidik yang dijalankan ke atas usahawan

wanita mendapati bahawa ramai di antara usahawan wanita menggunakan simpanan peribadi

untuk memulakan perniagaan mereka (Lang & Sieh, 1994). Oleh itu, pemilik perniagaan
menghadapi cabaran yang unik tatkala memulakan perniagaan mereka sendiri. Mereka

mungkin mendapati sukar untuk mendapatkan modal atau mengurus pembiayaan.

Menurut Lee-Gosselin & Grise (1990) pula, masalah yang kerap dihadapi oleh

usahawan wanita semasa memulakan perniagaan ialah kekurangan keyakinan daripada pihak

bank, pembekal dan pelanggan, kekurangan modal permulaan dan masalah keluarga.

Kewujudan masalah yang baru selepas mengoperasi perniagaan termasuk masalah pemasaran,

masalah dengan pertubuhan dan masalah buruh (Buttner & Rosen, 1992) dan masalah

pentadbiran dalam perniagaan serta masalah peribadi.

2.7 Kajian-kajian Lepas

Bahagian ini akan menerangkan tentang kajian-kajian lepas berkaitan aktiviti

keusahawanan dari segi faktor-faktor penglibatan serta masalah yang dihadapi oleh usahawan

dalam mengendalikan perniagaan. Kajian ini terdiri daripada kajian yang dilakukan di dalam

dan luar negara. Dengan ini ia dapat memberi panduan kepada pengkaji tentang teknik dan

kaedah menganalisis data yang bersesuaian.

2.8 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan dengan lebih terperinci tentang

faktor-faktor yang mendorong seseorang usahawan wanita menceburi bidang keusahawanan

serta masalah-masalah yang dihadapi. Maklumat-maklumat yang diperoleh ini dapat

menyokong dapatan kajian kelak. Selanjutnya, dalam bab tiga akan membincangkan

metodologi dan kaedah yang digunakan untuk kajian ini.


BAB 3 : METODOLOGI DAN KAWASAN KAJIAN

3.0 Pengenalan

Sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan secara asasnya memerlukan metod

atau kaedah yang diaplikasikan dalam mendapatkan data mahu pun dapatan kajian. Aspek ini

kerana metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih bersistematik dan

perjalanan kajian lebih terarah dalam mencapai objektif. Metodologi kajian adalah meliputi

cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian.

Menurut Ahmad Mahdzan (1983), metadologi kajian adalah merujuk kepada bagaimana

sesuatu objektif kajian dijalankan mengikut kehendak sains. Justeru, tidak dapat dinafikan

bahawa metadologi kajian merupakan salah satu aspek asas yang penting kerana

pengumpulan data yang mencukupi akan membolehkan sesebuah kajian itu dapat dijalankan

dengan baik. Metadologi kajian secara amnya merujuk kepada kaedah yang paling sesuai

untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab

permasalahan kajian.

Dalam sesuatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang

penting bagi membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, pendekatan cara persampelan dan penganalisisan data

yang digunakan perlu dikenal pasti agar ia bersesuaian dengan objektif kajian yang telah

digariskan kerana kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian

yang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh

menyebabkan beban maklumat (Mohd Majid dan Maarof, 1997).


Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metadologi yang dirangka adalah

melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, pengumpulan data, penentuan

populasi, pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data. Bab ini akan

menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang dijalankan berkaitan

peranan dan penglibatan tenaga kerja wanita dalam pembangunan Kampung Sedia, Cameron

Highlands. Penulis telah merancang dengan teratur metodologi kajian yang dapat dilihat

berdasarkan Rajah 3.0 di bawah serta strategi-strategi yang digunakan untuk mendapatkan

maklumat dan data melalui kaedah-kaedah tertentu. Bab ini juga akan membincangkan

dengan terperinci beberapa perkara penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan

dalam menyiapkan kajian ini.


Penilaian peranan dan penglibatan
tenaga kerja wanita dalam
pembangunan kampung sedia.

Rajah 3.0: Carta Alir Metadologi Kajian


Sumber : Diperolehi daripada Kajian Luar Geografi, 2017
3.1 Penyelidikan Awal

Peringkat pertama kajian ini adalah kajian awal yang melibatkan penentuan kawasan

kajian dan pengenalan permasalahan kajian secara awal. Pencarian tentang maklumat latar

belakang kawasan kajian perlu diselidik terlebih dahulu bagi mencapai objektif yang

disasarkan. Pengumpulan maklumat-maklumat asas secara awal dilakukan melalui pembacaan

mahu pun secara atas talian iaitu melalui laman web bagi memperoleh gambaran umum

mengenai keadaan lokasi kajian. Setelah pengumpulan beberapa maklumat tentang kawasan

kajian seperti keadaan persekitaran di sekitar Kampung Taman Sedia, tahap pembangunan di

kampung Taman Sedia, maka lawatan ke tapak kajian dilakukan bagi mendapatkan gambaran

sebenar kajian ini.

3.2 Pengumpulan Data

3.2.1 Peringkat Pertama: Kajian Literatur

Kaedah secara kajian literatur secara amnya juga merupakan peringkat awal proses

penyelidikan. Kajian literatur berperanan dalam mendapatkan teori-teori yang berkaitan untuk

menyokong latar belakang, isu dan masalah kajian ini. Pada peringkat ini, penyelidik akan

menjalankan kajian literatur secara mendalam mengenai isu mahupun topik yang ingin dikaji.

Pengumpulan maklumat dan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan akan dilakukan melalui

proses pembacaan dan rujukan terhadap sumber-sumber ilmiah seperti buku, kertas seminar,

jurnal, majalah mahu pun tesis yang mempunyai perkaitan dengan kajian yang akan

dijalankan. Aspek ini bertujuan untuk memupuk pemahaman awal mengenai konsep-konsep

asas berkaitan kajian yang ingin dilakukan sekali gus akan membentuk penyataan masalah

dan objektif penyelidikan secara umum (Thuaibah, 2007). Hal ini kerana pemahaman awal

terhadap sesuatu topik yang ingin dikupas atau dikaji amat penting bagi menentukan skop

kajian yang ingin dijalankan dan konteks ini secara tidak langsung memudahkan pengkaji
menjalankan penyelidikan agar tidak timbul sebarang kekeliruan terhadap isu yang perlu

dikaji dan diteliti. Kajian literatur di peringkat ini dilakukan untuk memahami konsep asas

tentang keusahawanan dalam kalangan wanita. Melalui kajian ini juga, faktor- faktor yang

mendorong tenaga kerja wanita menceburi bidang keusahawanan juga dapat di ketahui di

samping mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pengusaha wanita ini. Kajian awalan

serta literatur ini amat penting bagi menyokong cadangan-cadangan yang akan dibuat pada

akhir kajian ini.

3.2.2 Peringkat Kedua: Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokuskan kepada

sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu

data primer dan maklumat sekunder.

3.2.2.1 Data Primer

Sumber data primer diperolehi melalui penyelidikan yang dilakukan di tapak kajian

dengan menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual.

I. Kaedah Borang Soal Selidik

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan

kepada usahawan wanita di Kampung Taman Sedia. Soal selidik ini mengandungi

soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden. Soal selidik

merupakan satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji dalam menjalankan kajian

kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya

(Thuaibah, 2007). Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur,
maka jawapan yang diperoleh tidak akan memberi pengertian yang nyata dan ini akan

merosakkan hasil atau dapatan sesebuah kajian.

II. Kaedah Temu Bual

Selain menggunakan kaedah soal selidik, pengumpulan data untuk kajian ini juga

dibuat dengan menggunakan kaedah temu bual. Daripada sampel kajian, beberapa

orang responden telah dipilih secara rawak oleh pengkaji untuk di temu bual. Kaedah

ini digunakan sebagai salah satu strategi bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas

dari responden yang mana ia tidak diperolehi daripada soal selidik. Penggunaan

kaedah ini dapat menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci mengenai sesuatu

perkara dan pengkaji juga dapat melihat reaksi responden semasa mereka memberikan

jawapan. Interaksi dua hala ini amat penting bagi memastikan jawapan yang diberikan

oleh responden adalah benar dan tepat seperti yang dikehendaki oleh pengkaji.

III. Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian lazimnya dilakukan ketika menjalankan proses kaedah soal

selidik. Menerusi kaedah pemerhatian, penyelidik dapat meningkatkan pemahaman,

menerangkan secara jelas keadaan persekitaran dan berupaya meramal sebarang

perubahan yang berlaku. Selain itu, kelebihan utama kaedah pemerhatian ialah ianya

merupakan satu teknik pengumpulan data primer secara langsung ke atas tapak

(Thuaibah, 2007). Hal ini kerana kaedah kajian ini membolehkan pemerhatian

dilakukan terhadap kawasan persekitaran tapak kajian, perilaku masyarakat setempat,

dan serta aktiviti ekonomi yang dijalankan. Berdasarkan kaedah pemerhatian ini,

pengkaji dapat melihat dengan lebih dekat persekitaran keadaan yang ingin dikaji.
3.2.2.2 Data Sekunder

Sumber maklumat yang terdiri daripada data sekunder ini merujuk kepada data

mahu pun maklumat yang diterbitkan secara rasmi. Maklumat daripada sumber

sekunder boleh diperolehi daripada hasil pembacaan bahan-bahan bacaan seperti buku-

buku, risalah, artikel-artikel yang berkaitan serta sebahagiannya daripada kajian

literatur yang telah dijalankan dalam kajian-kajian terdahulu dan maklumat-maklumat

atas talian seperti laman web yang berkaitan keusahawanan terutamanya di Cameron

Highland. Dalam kajian ini pengumpulan maklumat melalui data sekunder ini dapat

meningkatkan lagi kefahaman pengkaji khususnya berkaitan penglibatan wanita dalam

pembangunan keusahawanan terutamanya di Kampung Taman Sedia. Selain itu, aspek

pemilihan dan penelitian sumber data-data sekunder perlu dilakukan bagi menentukan

jenis data dan maklumat yang mempunyai perkaitan dengan kajian yang dijalankan.

Maklumat dari sumber ini digunakan sebagai asas serta sokongan dalam membuat

cadangan akhir nanti dan menjadi panduan dalam analisis kajian dan perbincangan.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat

seperti soal selidik dan temu bual. Oleh yang demikian, pengumpulan data dalam kajian ini

dilakukan dalam dua cara iaitu kaedah soal selidik sebagai kaedah utama dan temu bual

sebagai kaedah sokongan. Soal selidik yang telah digunakan dibahagikan kepada empat

bahagian seperti dalam jadual 3.3.1 di bawah.


Bahagian Soalan- Soalan Bilangan Item

A Maklumat peribadi responden 7

B Maklumat perusahaan dan perniagaan 10

C Faktor-faktor penglibatan 25

D Masalah-masalah yang dihadapi 16

Jadual 3.3 : Bahagian soal selidik

3.3.1 Bahagian A: Maklumat Peribadi

Bahagian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latar belakang

responden. Sebanyak lapan soalan dikemukakan kepada responden merangkumi tahap

pendidikan, ahli keluarga yang menjadi usahawan, bilangan ahli keluarga yang terlibat dengan

usahawan, status perkahwinan, sebab-sebab menceburi bidang perniagaan, pekerjaan terakhir

serta pengesahan sama ada pernah menerima latihan atau kursus keusahawanan atau tidak.

Data yang diperoleh akan digunakan untuk menjawab objektif pertama kajian seperti yang

dinyatakan dalam bab satu.

3.3.2 Bahagian B : Maklumat Perusahaan dan Perniagaan

Mengandungi soalan-soalan tentang maklumat perusahaan dan perniagaan. Sebanyak

sepuluh soalan telah dikemukakan untuk mengenal pasti maklumat-maklumat perusahaan dan

perniagaan yang dijalankan oleh responden. Di antara soalan-soalan yang dikemukakan

adalah berkaitan status perniagaan, jenis perniagaan, tempoh menjalankan perniagaan,

pengalaman dalam perniagaan yang diceburi, jenis kursus yang pernah diikuti, jumlah modal

yang digunakan ketika memulakan perniagaan dan pernah mendapatkan khidmat nasihat dari

mana-mana pihak serta jumlah pendapatan bulanan. Data yang diperoleh akan digunakan

untuk menjawab objektif kedua kajian seperti yang dinyatakan dalam bab satu.
3.3.3 Bahagian C : Faktor- Faktor Penglibatan

Bahagian ini mengandungi 25 soalan-soalan yang bertujuan untuk mengenal pasti

faktor- faktor yang mendorong penglibatan usahawan wanita dalam bidang perniagaan.

Faktor- faktor tersebut di lihat daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Responden diminta

untuk memilih jawapan berdasarkan Skala Likert seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3

di bawah. Data yang diperoleh akan digunakan untuk menjawab objektif kajian ketiga seperti

yang dinyatakan dalam bab satu.

3.3.4 Bahagian D : Masalah- Masalah yang Dihadapi

Mengandungi 16 soalan yang bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi

oleh usahawan wanita semasa memulakan dan semasa mengendalikan perniagaan. Bahagian

ini menggunakan pengukuran Skala Likert sebagai pilihan jawapan seperti yang ditunjukkan

dalam Jadual 3.3 di bawah. Data yang diperoleh akan digunakan untuk menjawab objektif

keempat kajian seperti yang dinyatakan dalam bab satu.

1 2 3 4 5

Sangat Tidak Tidak Bersetuju Kurang Bersetuju Sangat Bersetuju

Bersetuju Bersetuju

Jadual 3.3 : Skala Likert


Sumber : Likert L.R. (1976)

3.4 Analisis dan Persembahan Data

Peringkat analisis dan persembahan data dalam sesuatu penyelidikan merupakan satu

proses untuk mempersembahkan data-data yang terkumpul khususnya yang diperolehi melalui

kaedah borang soal selidik ke dalam bentuk yang lebih bermakna. Analisis data dijalankan
dengan menggunakan aplikasi Statistical Package for The Social Science (SPPS). Analisis

data dijalankan dengan menggunakan kaedah deskriptif untuk menyusun, meringkas dan

mempersembahkan data dalam bentuk maklumat. SPPS mempersembahkan data dalam

bentuk jadual dan graf bagi menunjukkan kekerapan dan peratusan setiap tajuk dan data yang

diperlukan. Kaedah analisis data tidak dapat dinafikan merupakan salah satu peringkat

metadologi kajian yang penting kerana ianya akan menggambarkan hasil sesebuah kajian

mahu pun penyelidikan yang dijalankan (Thuaibah, 2007). Hal ini kerana penganalisaan data

bertujuan untuk menjelaskan perkaitan antara pembolehubah dan merupakan satu-satunya

kaedah teknikal yang dapat menghasilkan rumusan bagi sesuatu kajian. (Bakri, 2003). Secara

asasnya, kaedah analisis data dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu analisis data

kualitatif dan kuantitatif.

3.4.1 Analisis Data Kualitatif

Menurut Creswell (1994), analisis data kualitatif secara umumnya merupakan

penganalisaan data hasil yang dikumpul hasil daripada kajian tindakan, kajian kes dan kajian

etnografi. Kaedah analisis data kualitatif ini ialah satu proses menyusun data untuk ditafsirkan

iaitu merujuk kepada pengumpulan data ke dalam kelompok atau kategori tertentu sama ada

berpandukan pola, tema mahu pun kategori bagi memahami makna sesuatu fenomena. Kajian

kualitatif ini merupakan suatu bentuk pertanyaan sosial yang memfokuskan kepada cara

interpretasi manusia dan logikal terhadap sesuatu pengalaman serta persekitaran. (Holloway,

1997).
3.4.2 Analisis Data Kuantitatif

Manakala, analisis data kuantitatif pula bermaksud penganalisaan sesuatu data mahu

pun maklumat yang boleh diukur melalui perwakilan nombor dan dianalisa menggunakan

teknik statistikal. Seperti yang kita sedia maklum, dalam kajian ini, sebarang data yang

dikumpul melalui kaedah kuantitatif akan dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package

for The Social Science (SPPS). Aspek ini bertujuan untuk menghasilkan persembahan data ke

dalam bentuk yang lebih mudah bermakna sekali gus dapat membantu menghasilkan analisis

yang tepat secara kuantitatif.

3.5 Penulisan Akhir

Peringkat ini adalah peringkat terakhir iaitu rumusan mengenai penyelidikan akan

dilakukan. Data dan maklumat yang dikumpulkan akan dianalisis dan dihuraikan mengikut

tema dan objektif yang ingin disampaikan. Setelah dapatan kajian diperoleh, langkah

menganalisis dan perbincangan akan dilakukan mengikut isu mahu pun topik kajian yang

ingin dikupas. Seterusnya, penulisan akhir akan dapat dilakukan yang meliputi lima bab

secara keseluruhannya.

3.6 Rumusan

Kajian ini melibatkan beberapa kaedah untuk mengumpul dan menganalisis data bagi

menepati objektif dan matlamat kajian. Secara amnya, kaedah metodologi ini adalah penting

bagi menunjukkan prosedur atau tatatertib dalam memperoleh data dan maklumat yang

diperlukan. Kaedah ini juga dilakukan bagi menjawab segala isu, masalah dan persoalan yang

ditimbulkan berdasarkan tajuk yang dikaji. Seterusnya, bab empat akan membincangkan

dapatan kajian melalui proses penganalisisan data.


BAB 4 : DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

Bab ini akan mengemukakan keputusan dan penemuan yang diperoleh dari hasil kajian

yang telah dijalankan melalui soal selidik yang telah dikembalikan oleh responden.

Penganalisisan data dan pembentangan hasil kajian adalah berdasarkan beberapa objektif

yang telah dibentuk seperti di bab 1. Penganalisisan data telah dijalankan dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Data-data yang

diperoleh telah dianalisis melalui kaedah analisis Deskriptif.

4.1 Dapatan Kajian

Dapatan kajian dalam bahagian ini akan dibentangkan dalam bentuk jadual kekerapan,

carta bar dan carta pai. Bahagian maklumat peribadi, maklumat perusahaan dan perniagaan,

faktor-faktor penglibatan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh responden dalam

mengendalikan perniagaan akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif.

4.1.1 Bahagian A: Maklumat Peribadi

Akademik
Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid SK RENDAH 3 5.0 5.0 5.0

9 15.0 15.0 20.0


PMR/SRP
21 35.0 35.0 55.0
SPM/MCE
5 8.3 8.3 63.3
STPM/SIJIL
17 28.3 28.3 91.7
DIPLOMA
4 6.7 6.7 98.3
IJAZAH
1 1.7 1.7 100.0
SARJANA
Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.1 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Rajah 4.1 Taburan Kekerapan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Berdasarkan Jadual dan Rajah 4.1 di atas, didapati bahawa majoriti daripada responden

merupakan mereka yang mendapat pendidikan di peringkat sekolah menengah atas dengan

jumlah seramai 21 orang responden yang mempunyai kelulusan SPM/MCE dan diikuti 17

orang responden mempunyai kelulusan di peringkat diploma. Selain itu, 3 orang responden di

peringkat sekolah rendah, 9 orang responden di peringkat PMR/SRP dan 5 orang responden di

peringkat STPM/Sijil. Dapatan juga menunjukkan terdapat 22 orang responden yang

mempunyai kelulusan dari universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain di peringkat

diploma dan ijazah sarjana muda.


Ahli keluarga yang menjadi usahawan

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid YA 35 58.3 58.3 58.3
TIDAK 25 41.7 41.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.2 : Taburan kekerapan ahli keluarga yang menjadi usahawan

Rajah 4.2 : Taburan kekerapan ahli keluarga yang menjadi usahawan

Berdasarkan Jadual dan Rajah 4.2 boleh dirumuskan bahawa majoriti responden iaitu

seramai 35 orang responden mempunyai ahli keluarga yang telah menjadi seorang usahawan.

Walau bagaimanapun, seramai 25 orang responden tidak mempunyai ahli keluarga yang

menjadi usahawan.
Umur

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 20-39 11 18.3 18.3 18.3
40-59 25 41.7 41.7 60.0
60-79 22 36.7 36.7 96.7
80-99 2 3.3 3.3 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.3 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur

Rajah 4.3 : Taburan Kekerapan Responden Mengikut Umur

Jadual dan Rajah 4.3 menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 25 orang merupakan

usahawan wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun hingga 59 tahun. Terdapat

seramai 22 orang responden yang berumur antara 60 hingga 79 tahun. Seterusnya, seramai 11

orang responden berumur lebih dari 20 tahun sehingga 39 tahun dan seramai 2 orang

responden berumur lebih dari 80 tahun.


Ahli keluarga yang terlibat dalam bidang usahawan

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent


Valid TIADA 29 48.3 48.3 48.3
1-5 ORANG 29 48.3 48.3 96.7
6-10 ORANG 2 3.3 3.3 100.0
Total 60 100.0 100.0

Jadual 4.4 : Taburan kekerapan bilangan ahli keluarga yang terlibat dalam usahawan

Rajah 4.4 : Taburan kekerapan bilangan ahli keluarga yang terlibat dalam usahawan

Berdasarkan jadual dan rajah 4.4 di atas, dapat dinyatakan bahawa 29 orang usahawan

wanita menyatakan terdapat sekurang-kurangnya 1 orang hingga 5 orang ahli keluarga mereka

yang terlibat dalam bidang usahawan dengan 48.3%. 29 orang (48.3%) lagi menyatakan yang

tiada ahli keluarga mereka yang terlibat dalam bidang usahawan dan 2 orang responden

menyatakan terdapat 6 orang hingga 10 orang ahli keluarga mereka yang terlibat dalam

bidang usahawan dengan peratusnya 3.3%.


Status Perkahwinan

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid BERKAHWIN
37 61.7 61.7 61.7
JANDA/CERAI
1 1.7 1.7 63.3
BUJANG
22 36.7 36.7 100.0
Total
60 100.0 100.0

Jadual 4.5 : Taburan status perkahwinan responden

Rajah 4.5: Taburan status perkahwinan responden

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, taburan status perkahwinan menunjukkan

bahawa majoriti 37 responden telah berkahwin (61.7%) manakala 22 responden telah bercerai

(36.7%) dan seorang responden yang merupakan janda/cerai (1.7%).


Sebab-sebab menceburkan diri dalam bidang perusahaan
Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid PUNCA PENDAPTAN 24 40.0 40.0 40.0
SOKONGAN KELUARGA 2 3.3 3.3 43.3
MINAT 20 33.3 33.3 76.7
KERJA SAMPINGAN 12 20.0 20.0 96.7
LAIN-LAIN 2 3.3 3.3 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.6 : Sebab-sebab menceburkan diri dalam bidang perusahaan

Rajah 4.6 : Sebab-sebab menceburkan diri dalam bidang perusahaan

Berdasarkan jadual dan rajah 4.6, boleh dirumuskan bahawa majoriti responden, iaitu

seramai 24 orang (40.0%) responden telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan

disebabkan oleh faktor sebagai punca pendapatan. Ini diikuti oleh faktor minat dengan

kekerapan responden sebanyak 20 orang (33.3%) dan faktor sebagai kerja sampingan dengan

kekerapan responden sebanyak 12 orang (20.0%). Hanya 2 orang (3.3%) responden

menyatakan bahawa mereka berniaga kerana sokongan keluarga. Seramai 2 orang (3.3%)

responden berniaga disebabkan oleh faktor lain-lain.


Pekerjaan akhir

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid TIDAK BEKERJA/SURI
RUMAH 29 48.3 48.3 48.3
KAKI TANGAN
7 11.7 11.7 60.0
KERAJAAN
SWASTA 18 30.0 30.0 90.0
LAIN-LAIN 6 10.0 10.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.7 : pekerjaan akhir responden sebelum terlibat dalam bidang usahawan

Rajah 4.7 : pekerjaan akhir responden sebelum terlibat dalam bidang usahawan

Jadual dan Rajah 4.7 menunjukkan majoriti responden iaitu 29 orang responden tidak

bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa sebelum menceburkan diri dalam bidang

perniagaan. Ini diikuti dengan 18 orang responden yang telah bekerja dengan sektor swasta

dan 7 orang merupakan kakitangan kerajaan manakala 6 orang responden dalam bidang lain-

lain.
Latihan pekerjaan

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid PERNAH 35 58.3 58.3 58.3
TIDAK PERNAH 25 41.7 41.7 100.0

Total
60 100.0 100.0

Jadual 4.8 : Taburan responden yang pernah menerima latihan pekerjaan

Rajah 4.8 : Taburan responden yang pernah menerima latihan pekerjaan

Daripada Jadual dan Rajah 4.8, didapati majoriti responden iaitu seramai 35 orang

(58.3 %) responden memberitahu bahawa mereka pernah menyertai atau mengikuti latihan

keusahawanan manakala seramai 25 orang (41.7%) responden pula memberitahu bahawa

mereka tidak pernah menerima sebarang latihan keusahawanan.


4.1.2 Bahagian B: Maklumat Perusahaan dan Perniagaan

STATUS PERUSAHAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent


Valid PERSEORANGAN 34 56.7 56.7 56.7
PERKONGSIAN 15 25.0 25.0 81.7
SYARIKAT SDN BHD 7 11.7 11.7 93.3
SYARIKAT AWAM
4 6.7 6.7 100.0
BERHAD
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.9 : Status Perusahaan

Rajah 4.9 : Status Perusahaan

Jadual dan Rajah 4.9 menunjukkan majoriti 34 orang usahawan wanita mendaftarkan

perniagaan mereka di bawah status pemilikan perseorangan . Terdapat seramai 15 orang

responden pula mempunyai perniagaan berstatus perkongsian dan seramai 7 orang responden

menjalankan perniagaan berstatus syarikat sendirian berhad. Daripada keseluruhan responden,

hanya 4 orang responden yang menjalankan perniagaan melalui syarikat berstatus syarikat

awam berhad.
JENIS PERUSAHAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent


Valid MAKANAN DAN
20 33.3 33.3 33.3
MINUMAN
KEDAI RUNCIT 3 5.0 5.0 38.3
AGRO PELANCONGAN 14 23.3 23.3 61.7
HOMESTAY 20 33.3 33.3 95.0
JAHITAN 1 1.7 1.7 96.7
JUALAN LANGSUNG 1 1.7 1.7 98.3
LAIN-LAIN 1 1.7 1.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.10 : Jenis Perusahaan

Rajah 4.10 : Jenis Perusahaan

Melalui jadual dan rajah di atas, dapat di lihat bahawa kebanyakan daripada responden

menjalankan perusahaan berasaskan makanan dan minuman serta homestay iaitu seramai 20

orang (33.3%). Ini diikuti dengan perniagaan agro-pelancongan (14 orang- 23.3%), kedai

runcit 3 orang serta seorang bidang-bidang lain yang tidak disenaraikan. Hanya sebilangan

kecil sahaja daripada usahawan wanita yang terlibat dalam perniagaan jahitan dan jualan

langsung iaitu masing-masing 1 orang responden.


STATUS PERUSAHAAN * JENIS PERUSAHAAN Crosstabulation

STATUS PERUSAHAAN
SYARIKAT
SYARIKAT AWAM
JENIS PERUSAHAAN PERSEORANGAN PERKONGSIAN SDN BHD BERHAD Total
MAKANAN DAN MINUMAN 10 5 3 2 20
KEDAI RUNCIT 1 0 2 0 3
AGRO PELANCONGAN 4 7 1 2 14
HOMESTAY 17 3 0 0 20
JAHITAN 1 0 0 0 1
JUALAN LANGSUNG 1 0 0 0 1
LAIN-LAIN 0 0 1 0 1
Total 34 15 7 4 60

Jadual 4.11 : Status Perusahaan dan Jenis Perusahaan

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa majoriti usahawan wanita di

Kampung Taman Sedia menjalankan perniagaan dengan status pemilikan perseorangan dalam

perniagaan berasaskan perusahaan makanan dan minuman. Jika di lihat kepada jenis

perniagaan yang dijalankan ini, didapati usahawan wanita menceburkan diri dalam bidang dan

aktiviti yang berbentuk tradisional, iaitu bidang dan aktiviti yang sinonim dengan tugas dan

tanggungjawab seorang wanita iaitu memasak dan aktiviti tersebut juga merupakan kemahiran

asas yang ada pada seseorang wanita. Selain itu, jenis perniagaan berasaskan perkhidmatan

iaitu homestay juga mendapat tempat bagi usahawan wanita di kawasan ini kerana aktiviti

pelancongan yang pesat di kawasan ini membuka peluang perniagaan ini kepada mereka

dengan 17 orang responden menjalankan perusahaan homestay berstatuskan pemilikan

perseorangan. Status pemilikan perkongsian pula menunjukkan perusahaan agro pelancongan

paling tinggi berbanding yang lain iaitu seramai 7 orang responden menjalankan aktiviti ini

dan status perkongsian dilakukan mungkin kerana faktor penggunaan kos yang tinggi dalam

membuka perusahaan agro pelancongan ini dan memerlukan bantuan pemilikan perkongsian.
TEMPOH PERNIAGAAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent

1 24 40.0 47.1 47.1

2 18 30.0 35.3 82.4

3 7 11.7 13.7 96.1


Valid
4 1 1.7 2.0 98.0

8 1 1.7 2.0 100.0

Total 51 85.0 100.0


Missing System 9 15.0

Total 60 100.0
Jadual 4.12 : Tempoh Menjalankan Perniagaan

Hasil kajian pada jadual 4.12 menunjukkan majoriti responden iaitu seramai 24 orang

responden telah menjalankan perniagaan selama 1 tahun. Ini diikuti 18 orang responden yang

telah menjalankan perniagaan selama 2 tahun. Hasil kajian juga menunjukkan seramai 7 orang

responden telah menjalankan perniagaan lebih dari 7 tahun dan hanya 1 orang responden yang

masing-masing menjalankan perniagaan lebih dari 4 tahun dan 8 tahun.


PENGALAMAN

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid YA 29 48.3 48.3 48.3
TIDAK 31 51.7 51.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.13 : Pengalaman Yang Dimiliki Dalam Bidang Perusahaan

Rajah 4.13 : Pengalaman Yang Dimiliki Dalam Bidang Perusahaan

Daripada 60 orang responden, majoriti responden iaitu seramai 31 orang (51.7%)

menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang

mereka ceburi seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan rajah di atas. Hanya 29 orang

responden sahaja yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi

(48.3%).
TEMPOH PENGALAMAN

Frequency Percent Valid Percent Cumulative


Percent

1 9 15.0 40.9 40.9

2 7 11.7 31.8 72.7

3 4 6.7 18.2 90.9


Valid
4 1 1.7 4.5 95.5

5 1 1.7 4.5 100.0

Total 22 36.7 100.0


Missing System 38 63.3

Total 60 100.0
Jadual 4.14 : Tempoh Pengalaman Dalam Perusahaan

Berdasarkan 22 orang responden yang mengatakan mereka mempunyai pengalaman

dalam bidang perniagaan yang mereka ceburi dalam jadual 4.14 di atas, majoriti daripada

responden 9 orang mempunyai pengalaman selama 1 tahun. Ini diikuti dengan 7 orang

responden mempunyai pengalaman selama 2 tahun, 4 orang responden berpengalaman selama

3 tahun dan 1 orang responden masing-masing memiliki pengalaman selama 4 tahun dan 5

tahun.
KURSUS YANG DIIKUTI

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent


Valid BERBAYAR 7 11.7 11.7 11.7
PERCUMA 38 63.3 63.3 75.0
TIDAK PERNAH 15 25.0 25.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.15 : kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti.

Rajah 4.15 : kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti.

Berdasarkan gambar di atas, didapati seramai 38 orang responden (63.3%) telah

mengikuti kursus perniagaan secara percuma diikuti seramai 7 orang responden (11.7%)

mengikuti kursus perniagaan yang berbayar manakala 15 orang responden (25.0%) tidak

pernah mengikuti kursus perniagaan.


MODAL MULA BERNIAGA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent


Valid RM 1000 KE BAWAH 16 26.7 26.7 26.7
RM 5001 - RM 10000 16 26.7 26.7 53.3
RM 50000 DAN KE ATAS 12 20.0 20.0 73.3
RM 1001 - RM5000 11 18.3 18.3 91.7
RM 10000- RM 50000 5 8.3 8.3 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.16 : Modal Ketika Memulakan Perniagaan

Rajah 4.16 : Modal Ketika Memulakan Perniagaan

Hasil analisis terhadap 60 soal selidik, didapati sebahagian besar daripada responden

memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM 5,001-RM 10,000 dan RM 1,000 dan ke

bawah iaitu seramai masing-masing 16 orang responden (26.7%). Ini diikuti seramai 12 orang

memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM 50,000 dan ke atas (20.0%) dan 11 orang

responden (18.3%) pula dengan modal RM 1,001-RM 5,000. Hanya 5 orang responden

(8.3%) yang memulakan perniagaan dengan sejumlah modal yang agak besar iaitu sebanyak

RM 10,000- RM 50,000 seperti yang ditunjukkan dalam jadual dan rajah 4.16.
SUMBER MODAL

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid SIMPANAN SENDIRI 31 51.7 51.7 51.7
PINJAMAN INSTITUSI 11 18.3 18.3 70.0
PINJAMAN KELUARGA 16 26.7 26.7 96.7
HARTA WARISAN 2 3.3 3.3 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.17 : Sumber Modal

Rajah 4.17 : Sumber Modal

Rajah 4.17 menunjukkan sumber modal yang diperolehi oleh responden untuk

memulakan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti daripada responden

memulakan perniagaan dengan menggunakan wang simpanan sendiri iaitu seramai 31 orang.

Selain daripada simpanan sendiri terdapat juga responden yang mendapatkan modal melalui

sumber-sumber lain seperti pinjaman daripada keluarga, 16 orang dan pinjaman dari institusi

kewangan, 11 orang. Selain itu, 2 orang responden juga ada yang mendapatkan sumber modal

daripada harta warisan.


MODAL MULA BERNIAGA * SUMBER MODAL Crosstabulation
Count
SUMBER MODAL
SIMPANAN PINJAMAN PINJAMAN HARTA
MODAL MULA BERNIAGA SENDIRI INSTITUSI KELUARGA WARISAN Total
RM 1000 KE BAWAH 8 0 8 0 16
RM 5001 - RM 10000 9 5 1 1 16
RM 50000 DAN KE ATAS 5 5 1 1 12
RM 1001 - RM5000 6 0 5 0 11
RM 10000- RM 50000 3 1 1 0 5
Total 31 11 16 2 60

Jadual 4.18 : Modal Berniaga dan Sumber Modal

kebanyakan responden mengatakan bahawa modal permulaan mereka adalah di antara

RM 5000 dan ke bawah dan ianya diperolehi melalui hasil wang simpanan mereka sendiri. Ini

menunjukkan bahawa kebanyakan usahawan wanita memulakan perniagaan secara kecil-

kecilan dan bergantung kepada wang yang dimiliki oleh mereka untuk dijadikan modal

permulaan.

Kajian menunjukkan hanya 11 orang responden sahaja yang memulakan perniagaan

dengan membuat pinjaman daripada badan-badan kewangan atau persatuan. Ini menunjukkan

bahawa kebanyakan daripada usahawan wanita memulakan perniagaan dengan menggunakan

modal sendiri walaupun wang simpanan mereka tidak banyak untuk dijadikan modal. Ini

memberikan gambaran bahawa kebanyakan daripada usahawan wanita merupakan individu

yang boleh berdikari dan berusaha sendiri.


NASIHAT/ PERTOLONGAN

Cumulative
Valid Frequency Percent Valid Percent Percent
TIDAK MENERIMA 18 30.0 30.0 30.0
IBU BAPA/ KELUARGA 19 31.7 31.7 61.7
KEMENTERIAN
PEMBANGUNAN 5 8.3 8.3 70.0
USAHAWAN
MARA 8 13.3 13.3 83.3
LAIN-LAIN 10 16.7 16.7 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.19 : Perkhidmatan pertolongan/nasihat

Rajah 4.19 : Perkhidmatan pertolongan/nasihat

Carta bar di atas menunjukkan majoriti daripada responden iaitu seramai 19 orang

responden (31.7%) memperolehi nasihat atau pertolongan dari ibubapa/keluarga. Seramai 18

orang responden (30.0%) tidak pernah menerima sebarang nasihat atau pertolongan daripada

mana-mana agensi dan 10 orang responden (16.7) mendapatkan perkhidmatan nasihat

daripada lain-lain agensi serta hanya sebahagian kecil responden yang memperoleh nasihat

dan pertolongan daripada MARA dan Kementerian Pembangunan Usahawan.


PENDAPATAN

Cumulative
Frequency Percent Valid Percent Percent
Valid 0-2000 54 90.0 90.0 90.0
2001-4000 3 5.0 5.0 95.0
6001-8000 3 5.0 5.0 100.0
Total 60 100.0 100.0
Jadual 4.20 : Jumlah Pendapatan Bulanan Responden

Rajah 4.20 : Jumlah Pendapatan Bulanan Responden

Berdasarkan jadual 4.20 di atas, majoriti jumlah pendapatan bulanan responden adalah

sebanyak RM 2000 ke bawah seramai 54 orang responden (90.0%) dan selebihnya masing-

masing sebanyak 3 orang responden (5.0%) iaitu RM 2001 - RM 4000 dan RM 6000 - RM

8000.
4.1.3 Bahagian C : Faktor- Faktor Penglibatan

Bil. Faktor-faktor Penglibatan Min

1 Ingin mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan. 4.22

2 Ingin cepat kaya/ menikmati cara hidup mewah. 3.72

3 Mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan yang diceburi. 3.70

4 Tidak suka bekerja makan gaji. 3.70

5 Ingin berdikari 4.25

6 Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pekerjaan yang diceburi 4.27

7 Ingin mendapatkan kepuasan kerja 4.25

8 Ahli keluarga mendorong saya untuk menceburi bidang pekerjaan. 4.10

9 Kehilangan pekerjaan. 2.37

10 Membantu menyara keluarga. 4.33

11 Rangsangan daripada kejayaan orang lain. 3.83

12 Tidak berpuas hati dengan pekerjaan dahulu. 2.77

13 Dasar kerajaan yang memberikan bantuan kepada usahawan bumiputera. 3.67

14 Desakan hidup menyebabkan saya menceburi bidang pekerjaan 3.52

15 Penglibatan wanita dalam bidang ini dapat meningkatkan pengeluaran sumber 4.02
makanan.
16 Tenaga kerja wanita bekerja hanya untuk memenuhi permintaan agen 2.78

17 Penglibatan dalam pekerjaan dapat meningkatkan taraf kesihatan 3.78

18 Penglibatan dalam bidang ini terdiri daripada golongan berpendapatan rendah 3.47

19 Kemudahan infrastruktur yang disediakan menarik minat anda untuk bekerja 3.83

20 Anak menjadi faktor anda untuk bekerja dalam bidang ini 3.70
21 Penglibatan diri dalam bidang ini untuk mengisi masa lapang 3.83

22 sektor ini memberi impak terhadap kualiti hidup. 4.12

23 Agro pelancongan di Kg. Taman Sedia mendapat sambutan yang menggalakkan. 4.45

24 Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan kepada anda. 4.48

25 Agro pelancongan menjadi sumber pendapatan anda. 4.42

Jadual 4.21 : Min bagi Faktor-Faktor Penglibatan Usahawan

Daripada jadual 4.19 di atas, dapatlah dibuat rumusan bahawa antara faktor-faktor kritikal

yang menyumbang kepada penglibatan usahawan wanita ke dalam bidang perniagaan ialah

faktor cita-cita untuk menjadi seorang usahawan, faktor ingin hidup berdikari, faktor minat,

faktor ingin mendapatkan kepuasan kerja, faktor ahli keluarga sebagai pendorong, faktor ingin

membantu menyara keluarga, faktor bidang ini dapat meningkatkan pengeluaran sumber

makanan, faktor sektor ini memberi impak terhadap kualiti hidup, faktor agro pelancongan di

Kampung Taman Sedia mendapat sambutan yang menggalakkan, faktor aktiviti pelancongan

yang pesat membuka peluang perniagaan dan faktor agro pelancongan menjadi sumber

pendapatan dengan masing-masing mempunyai nilai min melebihi 4.0.

Selain itu, faktor ingin cepat kaya atau menikmati cara hidup mewah, faktor mempunyai

pengalaman dalam bidang pekerjaan yang diceburi, faktor tidak suka bekerja makan gaji,

faktor rangsangan daripada kejayaan orang lain, faktor dasar kerajaan yang memberikan

bantuan kepada usahawan bumiputera, faktor desakan hidup, faktor penglibatan dalam

pekerjaan dapat meningkatkan taraf kesihatan, faktor kemudahan infrastruktur yang

disediakan, faktor anak dan faktor penglibatan diri dalam bidang ini untuk mengisi masa

lapang menunjukkan masing-masing mempunyai nilai min sebanyak 3.0 ke atas dan tidak

melebihi min 4.0.


Bagi nilai min bawah 2.9 pula menunjukkan faktor kehilangan pekerjaan, faktor tidak

berpuas hati dengan pekerjaan dahulu dan faktor tenaga kerja wanita bekerja hanya untuk

memenuhi permintaan agen kurang dipersetujui oleh responden. Di samping itu, kajian oleh

Jean (2002) dan Philippe (2005) juga menunjukkan dapatan yang hampir sama dengan

dapatan kajian ini yang mendapati penglibatan usahawan wanita dalam perniagaan

dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti minat, bercita-cita untuk menjadi usahawan, faktor

ingin hidup berdikari, faktor ingin mendapatkan kepuasan kerja, faktor ahli keluarga sebagai

pendorong serta faktor ingin membantu menyara keluarga.

Faktor Utama Penglibatan Usahawan Wanita

Rajah 4.21 : Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan

Berdasarkan rajah 4.21, didapati faktor utama yang menyebabkan usahawan wanita

menceburi bidang usahawan adalah disebabkan aktiviti pelancongan yang pesat telah

membuka peluang perniagaan. Hal ini dapat dilihat dengan min bagi faktor ini adalah 4.48
iaitu paling tinggi berbanding faktor lain. Bagi frekuensi pula, seramai 34 orang responden

(56.7%) telah memilih sangat bersetuju dan 23 orang responden (38.3) memilih bersetuju

bahawa faktor ini menjadi sebab utama mereka terlibat dalam bidang ini.

Faktor yang Kurang Dipersetujui

Rajah 4.22 : Faktor Kehilangan pekerjaan.

Berdasarkan rajah 4.22 di atas, seramai 24 orang responden (40.0%) menyatakan tidak

bersetuju bahawa faktor kehilangan pekerjaan dahulu telah menyebabkan mereka terlibat

dalam bidang usahawan. Bagi pernyataan kurang bersetuju, seramai 15 orang responden

(25.0%) telah memilihnya dan seramai 13 orang responden (21.7%) memilih sangat tidak

bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa faktor ini kurang dipersetujui oleh majoriti responden

dengan nilai minnya sebanyak 2.37.


4.1.4 Bahagian D : Masalah- Masalah yang Dihadapi

Bil. Masalah- Masalah yang Dihadapi Min

1 Kekurangan tenaga buruh. 3.45

2 Pengetahuan teknikal yang kurang 3.33

3 Kekurangan sumber modal. 3.55

4 Persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan. 3.68

5 Kurang pengetahuan untuk menjalankan aktiviti pemasaran. 3.42

6 Mendapatkan bekalan dengan harga yang rendah/berpatutan. 3.73

7 Strategi pemasaran yang kurang berkesan 3.37

8 Kurang mahir dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi. 3.32

9 Masalah mendapatkan khidmat nasihat tentang perniagaan. 3.17

10 Kurang pengetahuan dalam menjalinkan dan berkomunikasi secara berkesan 3.22


dengan pelanggan.

11 Masalah hubungan dengan pembekal. 3.00

12 Masalah pembahagian masa antara keluarga dan perniagaan. 3.02

13 Masalah mendapatkan pinjaman daripada pihak kerajaan. 3.48

14 Masalah mendapatkan pinjaman daripada pihak swasta. 3.32

15 Kekurangan pengetahuan dalam bidang perniagaan. 3.32

16 Kurang pengetahuan dalam menggunakan teknologi maklumat (IT). 3.43

Jadual 4.22 : Masalah- Masalah yang Dihadapi


Berdasarkan jadual 4.20 di atas, dapat dibuat rumusan bahawa antara masalah-masalah

yang paling banyak dihadapi oleh usahawan wanita dalam mengendalikan perniagaan mereka

adalah seperti masalah mendapatkan bekalan dengan harga yang rendah/berpatutan, masalah

persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan serta masalah kekurangan sumber

modal dengan setiap masalah tersebut melebihi nilai min 3.50.

Nilai min bawah 3.50 pula menunjukkan beberapa masalah yang dihadapi oleh responden.

Antaranya seperti masalah mendapatkan pinjaman daripada pihak kerajaan, masalah

kekurangan tenaga buruh, kurang pengetahuan dalam menggunakan teknologi maklumat,

pengetahuan teknikal yang kurang, strategi pemasaran yang kurang berkesan, kurang mahir

dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi, masalah mendapatkan khidmat nasihat tentang

perniagaan dan masalah hubungan dengan pembekal serta beberapa masalah lain.

Masalah yang paling ketara dihadapi oleh usahawan wanita ialah masalah mendapatkan

bekalan dengan harga yang rendah dan berpatutan.. Selain itu, mereka juga menghadapi

masalah persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan serta masalah kekurangan

sumber modal. Ketiga-tiga masalah ini menunjukkan jumlah dan peratusan yang tertinggi

berbanding masalah-masalah lain yang turut dihadapi oleh responden. Kajian juga

menunjukkan bahawa responden paling kurang berhadapan dengan masalah hubungan dengan

pelanggan dan pembekal.


Masalah Utama yang Dihadapi Usahawan Wanita

Rajah 4.23 : Masalah persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan

Rajah di atas menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh usahawan wanita di

kawasan kajian iaitu masalah persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan

dengan nilai min sebanyak 3.68 paling tinggi berbanding min masalah-masalah lain. Majoriti

responden iaitu 33 orang (55.0%) telah memilih bersetuju bahawa masalah persaingan

menjadi masalah utama mereka. Hal ini mungkin disebabkan faktor kawasan mereka menjadi

tumpuan pelancongan dan jenis perusahaan yang dijalankan mereka adalah sama

menyebabkan saingan semakin sukar sesama usahawan. Selain itu, seramai 8 orang responden

(13.3%) memilih sangat bersetuju bahawa masalah ini sememangnya menjadi masalah utama

mereka.
Masalah yang Paling Sedikit Dihadapi oleh Usahawan Wanita

Rajah 4.24 : Masalah hubungan dengan pembekal.

Berdasarkan kajian, didapati min masalah hubungan dengan pembekal adalah yang

paling rendah iaitu 3.00. Hal ini juga dapat dilihat berdasarkan majoriti responden iaitu

seramai 29 orang (48.3%) telah memilih kurang bersetuju dengan masalah ini. Di samping itu,

seramai 13 orang dengan peratusnya 21.7% telah memilih tidak bersetuju dengan masalah

yang telah dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa majoriti responden di kawasan kajian ini

tidak menghadapi masalah dengan pembekal dan hubungan mereka dengan pembekal adalah

baik.

4.2 Rumusan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menganalisis tentang profil perniagaan dan faktor-

faktor penglibatan usahawan wanita di Kampung Taman Sedia. Selain itu, bab ini juga telah

membentangkan dapatan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam

pengendalian perniagaan. Selanjutnya, Bab lima akan membincangkan hasil dapatan dan

kesimpulan daripada kajian ini.


BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Kajian ini berjaya mendapatkan data dan hasil yang dinginkan. Kajian ini juga berjalan

dengan lancar dengan mengikut perancangan jadual yang ditetapkan. Di dalam bab ini akan

membincangkan dan menyimpulkan segala data dan maklumat yang diperoleh berdasarkan

tajuk kajian. Di samping itu, beberapa cadangan dan saranan akan dikemukakan untuk

menjadikan hasil kajian ini dapat digunakan dan menjadi garis panduan kepada pengkaji

seterusnya.

5.1 Kesimpulan Kajian

Dapat disimpulkan melalui dapatan kajian yang diperolehi bahawa majoriti usahawan

wanita (35.0%) mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya SPM dan mempunyai

ahli keluarga yang menjadi usahawan (85.3%). Hasil kajian mendapati usahawan wanita

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan (40.0%) dan

kerana minat (33.3%). Selain itu, kebanyakan usahawan wanita (48.3%) tidak bekerja atau

menjadi suri rumah sepenuh masa sebelum menceburi bidang perniagaan.

Majoriti usahawan wanita pernah mendapatkan latihan sebelum menceburi bidang

usahawan (58.3%). Kebanyakan status perusahaan usahawan wanita adalah perseorangan

(56.7%) dengan jenis perusahaan lebih banyak kepada makanan dan minuman serta

perusahaan homestay dengan masing-masing sebanyak 33.3%. Di samping itu, majoriti

usahawan wanita (51.7%) tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan yang

diceburi.

Dapatan kajian ini mendapati majoriti usahawan wanita (26.7%) memulakan

perniagaan dengan modal kurang dari RM5000 dan majoritinya menggunakan simpanan
sendiri (51.7%). Majoriti usahawan wanita (31.7%) mendapatkan nasihat dan pertolongan

daripada ibu bapa dan keluarga sebelum terlibat dalam bidang usahawan. Selain daripada itu,

hasil kajian mendapati faktor minat, ingin mencapai cita-cita dan ingin berdikari merupakan

faktor pendorong utama usahawan wanita menceburi bidang perniagaan.

Seterusnya, usahawan wanita menyatakan bahawa faktor kehilangan pekerjaan dan

faktor ketidakpuasan hati terhadap pekerjaan dahulu bukan merupakan penyebab mereka

menceburi bidang perniagaan dan majoriti usahawan wanita menghadapi masalah kekurangan

modal, kurang pengetahuan dalam pemasaran, kurang pengetahuan dalam penggunaan IT,

strategi pemasaran yang kurang berkesan, kurang mahir dalam pengurusan dan pentadbiran

organisasi, mendapatkan pinjaman bank/swasta, kurang pengetahuan dalam perniagaan,

persaingan yang mencabar, kurang pengetahuan teknikal, masalah mendapatkan bekalan pada

harga rendah dan masalah untuk mendapatkan khidmat nasihat.

5.2 Cadangan Kajian

Berdasarkan rumusan yang telah dibuat, pengkaji telah mengenal pasti beberapa

bentuk cadangan yang boleh dilaksanakan agar ia dapat memberi panduan kepada usahawan-

usahawan wanita dan pihak-pihak yang terlibat untuk memperbaiki pencapaian wanita dalam

bidang keusahawanan. Antaranya adalah dengan :-

1. Menceburi Sektor yang Mempunyai Potensi yang Besar

Usahawan wanita seharusnya membuat tinjauan dan analisis berkaitan perniagaan

yang ingin diceburi. Ini bertujuan supaya perniagaan yang akan dijalankan ini mampu untuk

berkembang di masa akan datang. Usahawan wanita juga perlu memilih sektor perniagaan

yang seiring dengan perkembangan ekonomi. Mereka harus bijak mengambil ruang dan

peluang bagi memperkembangkan perniagaan mereka.


Pihak kerajaan telah mewujudkan banyak ruang dan peluang kepada usahawan

terutamanya usahawan wanita dalam memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih

jauh. Sebagai contoh, dalam RMK-9 kerajaan menggalakkan para usahawan untuk menceburi

bidang perniagaan berasaskan tani. Kerajaan menyediakan pelbagai insentif dan bantuan

kepada para usahawan yang berminat untuk memperkembangkan industri ini ke peringkat

global dengan menyasarkan Malaysia sebagai pengeksport produk tani terbesar dunia

(Thuaibah, 2007).

2. Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Dalam Bidang Tertentu

Perkembangan ekonomi masa kini yang menyaksikan perubahan begitu drastik dalam

strategi perniagaan dan pemasaran memerlukan usahawan wanita agar mempersiapkan diri

mereka supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan usahawan lain.

Perkembangan ekonomi menerusi perniagaan elektronik, pemasaran elektronik adalah

merupakan contoh pembaharuan yang perlu diketahui dan dipelajari oleh usahawan wanita.

Status sebagai seorang wanita bukan menjadi batu penghalang untuk maju dan berkembang

atau ia menjadi tiket meminta simpati sepanjang masa tanpa dapat membuktikan kemampuan

mereka untuk bergelar sebagai usahawan yang berjaya (Thuaibah, 2007).

Hal ini boleh dilakukan dengan usahawan wanita mengikuti kursus-kursus secara formal

yang ditawarkan di institusi-institusi latihan kerajaan dan swasta atau pun secara tidak formal

dengan menghadiri seminar, ceramah dan konvensyen keusahawanan yang dianjurkan oleh

pihak-pihak yang berkaitan. Selain itu, usahawan juga perlu mengetahui dan mengikuti

pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian

Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan

Sukan, Kementerian Pertanian dan lain-lain agensi kerajaan yang terlibat.


3. Membincangkan Masalah Dengan Pihak Kerajaan atau Pihak yang Mendapat
Pengiktirafan

Usahawan wanita perlulah mengetahui pihak mana yang harus dirujuk bagi setiap masalah

yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya mereka mendapat maklumat tepat berkaitan

dunia perniagaan. Mereka boleh membincangkan masalah-masalah yang mereka hadapi

dalam perniagaan dengan pihak-pihak yang berkemahiran seperti FAMA, MARA, MARDI

atau persatuan perniagaan yang betul. Hal ini kerana usahawan wanita akan dapat mencari

penyelesaian dengan mengetahui sebab-sebab kewujudan masalah tersebut dan langkah-

langkah penyelesaian yang boleh diambil dengan tepat.

Masalah perniagaan yang dihadapi oleh golongan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja

kerana akhirnya akan membawa kepada masalah pengurusan dan kegagalan dalam bidang

perniagaan yang diceburi. Oleh itu, dengan merujuk dan berbincang dengan agensi kerajaan

yang terlibat akan dapat sedikit sebanyak membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut

terutama jika ianya masih di peringkat awal.

4. Pihak Kerajaan Berperanan Menggiatkan Usaha Untuk Membantu Usahawan Wanita

Pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan latihan dan bimbingan, motivasi dan modal perlu

diberikan agar mereka mampu bersaing dengan usahawan lain yang telah lama bertapak

dalam perniagaan. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat perlulah menggiatkan lagi

usaha dan mencari langkah terbaik untuk membantu golongan wanita ini.

5. Persatuan atau Pertubuhan yang Terlibat Perlu Menyediakan Kemudahan Latihan Dan
Bimbingan

Persatuan dan pertubuhan yang terlibat hendaklah menyediakan kemudahan latihan dan

bimbingan kepada semua anggotanya. Usahawan wanita perlu diberi latihan dan pendedahan
tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan yang lebih besar

seperti bidang pemasaran, pembangunan produk, kawalan mutu, pengurusan perniagaan,

pengurusan kewangan, cara-cara memohon lesen, cara-cara membuat permohonan pinjaman,

motivasi dan sebagainya (Thuaibah, 2007).

Semua anggota yang berdaftar hendaklah menerima faedah yang sama rata dan diberi

perhatian yang sewajarnya terutama sekali mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia

perniagaan. Oleh itu, jika persatuan yang menaungi usahawan wanita di setiap negeri atau di

peringkat kebangsaan tidak mempunyai kemahiran untuk memberikan kursus atau latihan

kemahiran yang diperlukan, maka mereka boleh menganjurkan program kerjasama dengan

mana-mana agensi profesional yang berkaitan. Hal ini demikian kerana, program latihan

secara usaha sama ini akan dapat mengurangkan kos pengurusan yang terpaksa ditanggung

oleh persatuan usahawan wanita yang terlibat dan secara tidak langsung dapat melaksanakan

program atau kursus yang melibatkan semua ahli persatuan dan pertubuhan.

5.3 Rumusan

Kesimpulannya, peranan penglibatan wanita dalam bidang perusahaan di Kampung

Taman Sedia sememangnya amat membantu dalam membantu ekonomi di kawasan tersebut

di samping membantu membuka peluang pekerjaan baru terhadap penduduk di sana. Oleh itu,

kerajaan perlulah memainkan peranan dalam membantu golongan usahawan wanita ini untuk

terus dapat bersaing dalam bidang ini dengan menyediakan inisiatif-inisiatif bagi

meningkatkan perkembangan perusahaan mereka. Badan-badan bukan kerajaan dan swasta

juga dapat memberikan bantuan-bantuan dari segi nasihat serta bantuan kewangan terhadap

usahawan wanita di Kampung Taman Sedia ini.


BIBLIOGRAFI
Ab. Aziz Yusof (2003). Prinsip Keusahawanan. Prentice Hall: Pearson Malaysia Sdn. Bhd
Ab. Aziz Yusof (2000). “Usahawan Dan Pengukuhan Jaringan Rakan Niaga”. Sintok :
Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Barringer & Ireland (2006), Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures,
Prentice Hall, New Jersey,
Bird. B.J. (1989). Entrepreneurial Behavior. England: Scott, Foreman & Company.
Birley, S. (1989). female entrepreneurs: are they really any different? Journal of small
business management.
Buttner, E.H. & Rosen B. (1992). Rejection in the loan application process: male and female
entrepreneurs’ perception and subsequent intention. Journal of small business
management. Vol 30.
Corman, J. dan Lussier, R. N. (2001). “Entrepreneurial New Ventures.” Australia : Dame
Thomson Learning.
David, C & marion, D. (1987). Businesswomen: Present and Future. London. macMillan
Press.
Farid, M. (2007). Entrepreneurship in Egypt and The US Compared. Journal of Management
Development, 26 (5), 428-440.
Faridah Mariani Johari (2000). Profil, Trait Keusahawanan Dan Pengurusan Perniagaan
Dalam Pembentukan Aspirasi Peniaganita Di Negeri Terengganu, Projek Sarjana,
UTM.
Fatimah Daud (1975). penyertaan wanita dalam bidang perniagaan dan perusahaan di Kuala
Lumpur. Universiti Malaya. Latihan Ilmiah Sarjana.
Harian Metro, (1.7.2003), Tokoh Wanita Korporat.
Hisrich, R.D. & Brush, C. (1986). characteristic of the minority entrepreneur. Journal of
Small Business Management.
Hutt. R. (1994). Entrepreneurship: Starting Your Own Business. USA: South Western
Publishing CO.
Incentives for Investment. Diakses pada 5 April 2017 daripada
http://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/532?mid=117
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Khalil (1996). Keusahawanan Sebagai Kerjaya. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Lee, J. (1997). “The Motivation of Women Entrepreneurs In Singapore.” International
Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research.
Likert, L. R. (1976). “The human Organization.” New York: McGraw Hill.
Mahashim Bajuri, (1985), Pengurusan Perniagaan: Panduan Asas, Fajar Bakti, Petaling
Jaya.
Malaysia (2001). Laporan Prestasi Bulanan Aktiviti Perniagaan 2001. Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Manimala, M.J. (1999). “Entrepreneurial Policies and Strategies.” India : Sage Publications.
McKay, R. (2001). “Women Entrepreneurs: Moving Beyond Family and Flexibility.”
International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research.
Moha Asri Abdullah (1997). “Pembangunan Perindustrian di Malaysia. Perkembangan dan
Permasalahan.” Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
Mohd Zabid Abdul Rashid (1996). Management Practices, Motivations and Problems of
Successful Women Entrepreneurs in Malaysia. Dlm Low Aik Meng & Tan Wee
Liang, Entrepreneurs, Entrepreneurship & Enterprising, Singapo: Addison-Wesley
Publishing Company.
Peter F. Drucker, A Definition of Entrepreneurship. Diakses pada 22 Mac 2017 daripada
http://www.quickmba.com/entre/definition/
Projects. Diakses pada 25 Mac 2017 daripada http://www.ypvwm.org.my/
Ronstadt, R.C (1984). Entrepreneurship. Dover, MA:Lord Publishing Co.
Sitterly, C. & Duke, B.(1994). “Kedudukan wanita: pengurusan”. Penterjemah: Khidmat
Terjemahan Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Statistics World Wide. Diakses pada 29 Mac 2017 daripada http://www.statistics.gov.my

Teo Sock Kim, (1996). Women Entrepreneurs of Singapore. Dlm Low Aik Meng & Tan Wee
Liang, Entrepreneurs, Entrepreneurship & Enterprising, Singapore: Addison-Wesley
Publishing Company.
Thuaibah, Azlah, Rozeyta, Hishamuddin dan Syaharizatul (2007). Penglibatan Kaum Wanita
dalam Aktiviti Keusahawanan di Negeri Johor: Kajian Terhadap Faktor-Faktor
Kritikal Pengendalian Perniagaan. Universiti Teknologi Malaysia
Vaz. V. (1998). from employee to entrepreneur. Essence. Vol 28.
Women. Diakses pada 22 Mac 2017 daripada http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/#
YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga. Teks
Ucapan Majlis Pelancaran Hari Wanita pada 25 Ogos 2002.
Yusof, A. A (2010). Pengenalan Kepada Usahawan dan Keusahawanan. Kuala Lumpur:
ScholarMind Publishing.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Habibah Elias (1997). “Keusahawanan dan Motivasi Diri.”
Serdang : Penerbit UPM.
Zimmerer, W. T dan Sacrborough, N.M. (1998). “Essential of Entrepreneurship and Small
Business Management.” New Jersey : Prentice Hall.
LAMPIRAN A : Gambar-gambar Sepanjang Aktiviti Kajian dan Penyelidikan

Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3

Gambar 1 hingga 3 : Kawasan Kajian yang Telah Dipilih Iaitu di Kampung Taman Sedia,

Cameron Highlands.

Gambar 4
Gambar 5

Gambar 6

Gambar 4 hingga 6 : Antara Jenis Perusahaan Agro Pelancongan yang Terdapat di Kawasan

Kajian yang Majoritinya Melibatkan Melawat Kawasan Tanaman Pokok Strawberi.


Gambar 7

Gambar 8

Gambar 7 hingga 8 : Aktiviti Pengumpulan Data Melalui Proses Soal Selidik dan Temu bual

Bersama Responden yang Terdiri dalam Kalangan Penduduk Tempatan.


Gambar 9 : Aktiviti Pengumpulan Data dan Temu Bual di Jabatan Pertanian Daerah Cameron
Highlands.

Gambar 10 : Jenis Perusahaan Homestay yang Disediakan oleh Usahawan Wanita di Kawasan
Kajian.
LAMPIRAN B : Borang Soal Selidik yang Digunakan

PENILAIAN PERANAN DAN PENGLIBATAN TENAGA KERJA WANITA


DALAM PEMBANGUNAN KAMPUNG SEDIA.

BAHAGIAN A (Maklumat Peribadi)


Arahan : Sila tandakan (√ ) pada satu pilihan jawapan sahaja. Semua maklumat yang diberi
adalah sulit. Kerjasama Tuan/Puan amatlah dihargai.

1. Kelulusan akademik

Sekolah rendah Diploma

PMR/SRP Ijazah

SPM/MCE Sarjana

STPM/Sijil Lain-lain: _________________

2. Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang menjadi usahawan?

Ya

Tidak

3. Umur

20-39 tahun 60-79 tahun

40-59 tahun 80-99 tahun

4. Bilangan ahli keluarga yang terlibat dengan bidang usahawan

Tiada 6 – 10 orang

1 – 5 orang 11 orang dan ke atas


5. Status perkahwinan

Berkahwin

Janda / Bercerai

Bujang

6. Sebab-sebab menceburkan diri dalam bidang ini

Sebagai punca pendapatan

Sokongan keluarga

Minat

Sebagai kerja sampingan

Lain-lain. (Nyatakan)______________

7. Pekerjaan terakhir sebelum terlibat dalam bidang ini

Tidak bekerja / suri rumah

Kakitangan kerajaan

Bekerja dalam sektor swasta

Lain-lain (Nyatakan) ______________

8. Pernahkah anda menerima latihan pekerjaan / kursus tentang perniagaan / keusahawanan?

Pernah Tidak pernah


BAHAGIAN B (Maklumat Perusahaan dan Perniagaan)

Arahan : Sila tandakan (√ ) pada satu pilihan jawapan sahaja. Semua maklumat yang diberi
adalah sulit. Kerjasama Puan/Cik amatlah dihargai.

1. Status organisasi perniagaan / perusahaan?

Perseorangan Syarikat awam berhad

Perkongsian Syarikat kerjasama

Syarikat sendirian berhad

2. Jenis perniagaan / perusahaan?

Makanan dan minuman Ubatan Traditional

Kain dan pakaian Perhiasan dan bunga

Kedai runcit Jahitan

Agro pelancongan Jualan Langsung

Homestay Lain-lain; _____________________

3. Tempoh menjalankan perniagaan?

Nyatakan : _____________________________

4. Adakah anda mempunyai pengalaman dalam bidang perusahaan / perniagaan yang


anda ceburi sekarang?

Ya Tidak (terus ke soalan 6)


5. Jika ya, berapakah tempoh pengalaman anda dalam perusahaan / perniagaan tersebut?

Nyatakan : ____________________________

6. Jenis kursus perusahaan / perniagaan yang pernah diikuti.

Berbayar Percuma Tidak pernah

7. Berapakah modal anda ketika mula berniaga?

RM 1000 dan ke bawah RM 1001 – RM 5000

RM 5001 – RM 10 000 RM 10 001 – RM 50 000

RM 50 001 dan ke atas

8. Dari manakah sumber modal perniagaan / perusahaan anda?

Simpanan sendiri Pinjaman daripada keluarga

Pinjaman daripada kawan-kawan Harta warisan

Pinjaman daripada institusi / persatuan (Nyatakan)_____________

# Pinjaman boleh meliputi seperti MARA, bank, persatuan peniaga dan lain-lain.
9. Adakah anda mendapat apa-apa perkhidmatan nasihat / pertolongan penyelenggaraan
daripada mana-mana pihak?

Tidak menerima apa-apa nasihat / pertolongan

Ibu bapa / keluarga

Kementerian Pembangunan Usahawan

MARA

Lain-lain (Nyatakan) ___________________

10. Berapakah jumlah pendapatan bulanan anda?

Nyatakan_________________________
BAHAGIAN C (Faktor-faktor penglibatan)

Sangat Tidak Bersetuju


Arahan : Sila tandakan ( √ ) di petak yang mewakili

Kurang Bersetuju

Sangat Bersetuju
jawapan yang paling tepat dengan pendapat anda.

Tidak Bersetuju

Bersetuju
Apakah faktor-faktor yang mendorong anda
menceburi bidang pembangunan Kg. Sedia?

1. Ingin mencapai cita-cita sebagai seorang usahawan.

2. Ingin cepat kaya/ menikmati cara hidup mewah.

3. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan yang


diceburi.
4. Saya tidak suka bekerja makan gaji.

5. Saya ingin berdikari

6. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pekerjaan


yang diceburi

7. Ingin mendapatkan kepuasan kerja.

8. Ahli keluarga mendorong saya untuk menceburi bidang


pekerjaan.

9. Kehilangan pekerjaan.

10. Membantu menyara keluarga.

11. Rangsangan daripada kejayaan orang lain

12. Tidak berpuas hati dengan pekerjaan dahulu.


Arahan : Sila tandakan ( √ ) di petak yang mewakili

Sangat Tidak Bersetuju


jawapan yang paling tepat dengan pendapat anda.

Kurang Bersetuju

Sangat Bersetuju
Tidak Bersetuju

Bersetuju
Apakah faktor-faktor yang mendorong anda
menceburi bidang pembangunan Kg. Sedia?

13. Dasar kerajaan yang memberikan bantuan kepada usahawan


bumiputera.

14. Desakan hidup menyebabkan saya menceburi bidang pekerjaan

15. Penglibatan wanita dalam bidang ini dapat meningkatkan


pengeluaran sumber makanan.
16. Tenaga kerja wanita bekerja hanya untuk memenuhi
permintaan agen
17. Penglibatan dalam pekerjaan dapat meningkatkan taraf
kesihatan anda.
18. Penglibatan dalam bidang ini terdiri daripada golongan
berpendapatan rendah
19. Kemudahan infrastruktur yang disediakan menarik minat anda
untuk bekerja
20. Anak menjadi faktor anda untuk bekerja dalam bidang ini

21. Penglibatan diri dalam bidang ini untuk mengisi masa lapang

22. Adakah sektor ini memberi impak terhadap kualiti hidup anda?

23. Agro pelancongan di Kg. Sedia mendapat sambutan yang


mengalakkan.
24. Aktiviti pelancongan yang pesat membuka peluang perniagaan
kepada anda.
25. Agro pelancongan menjadi sumber pendapatan anda.
BAHAGIAN D (Masalah-masalah yang dihadapi)

Sangat Tidak Bersetuju


Arahan : Sila tandakan ( √ ) di petak yang mewakili

Kurang Bersetuju
jawapan yang paling tepat dengan pendapat anda.

Sangat Bersetuju
Tidak Bersetuju

Bersetuju
Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam
mengendalikan perniagaan / perusahaan anda di Kg.
Sedia?

1. Kekurangan tenaga buruh.

2. Pengetahuan teknikal yang kurang

3. Kekurangan sumber modal.

4.Persaingan yang kian mencabar dan mendesak usahawan.

5. Kurang pengetahuan untuk menjalankan aktiviti pemasaran.

6. Mendapatkan bekalan dengan harga yang rendah/berpatutan.

7. Strategi pemasaran yang kurang berkesan.

8. Kurang mahir dalam pengurusan dan pentadbiran organisasi.

9. Masalah mendapatkan khidmat nasihat tentang perniagaan.

10. Kurang pengetahuan dalam menjalinkan dan berkomunikasi


secara berkesan dengan pelanggan.

11. Masalah hubungan dengan pembekal.

12. Masalah pembahagian masa antara keluarga dan perniagaan.

13. Masalah mendapatkan pinjaman daripada pihak kerajaan.

14. Masalah mendapatkan pinjaman daripada pihak swasta.

15. Kekurangan pengetahuan dalam bidang perniagaan.

16. Kurang pengetahuan dalam menggunakan teknologi maklumat


(IT).

-Sekian Terima Kasih-

Anda mungkin juga menyukai