Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan:

Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002) remaja membawa maksud mulai dewasa, sudah akil
baligh atau cukup umur untuk berkahwin. Remaja adalah satu tahap transisi antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa. Remaja mengalami kematangan seksual dan perkembangan kognitif apabila
operasi formal berlaku. Pembentukan identiti merupakan satu tugas yang paling penting. Remaja mula
meminta kebebasan daripada ibu bapa dan menjalin hubungan dengan rakan sebaya. Pertumbuhan dan
perkembangan manusia bersifat kompleks. Setelah melalui proses perkembangan di peringkat kanak-
kanak, manusia seterusnya akan melalui zaman remaja. Proses mendewasakan seseorang individu ini
dikenali sebagai proses kematangan. Zaman remaja dikatakan merupakan zaman yang paling manis
dalam hidup manusia di samping cabaran-cabaran yang datang dari pelbagai penjuru.

Marshall & Turner ( 1974 ), Logan ( 1980 ), Malina ( 1990 ), Weitan & Lloyd ( 1994 ) dalam
Noor Adiah (1998 ) menyatakan remaja pada umumnya berusia antara 12 hingga 18 tahun. Mereka
akan melalui suatu proses secara beransur-ansur berkembang menjadi dewasa. Proses ini meliputi
proses pemantapan fizikal, intelek , rohani dan emosi dan mulai matang, beza baik buruk, betul salah.
Remaja juga dihubungkaitkan dengan “akil baligh”dan cukup umur untuk berkahwin apabila ada rasa
cinta. Mahmood Nazar ( 1990 ) menyatakan bahawa zaman remaja lebih merujuk kepada zaman
peralihan sementara yang dilalui oleh setiap individu daripada zaman kanak-kanak hingga dewasa.
Pada masa ini dikatakan mereka mampu mengambil tanggungjawab orang dewasa seperti berkahwin,
bekerja, atau menyertai apa-apa fungsi orang dewasa.

Orang yang akil baligh disebut "mukalaf." Akil bererti "berakal", yang ditandai dengan
kemampuan untuk membezakan yang baik dan yang buruk untuk dirinya sendiri mahupun orang lain.
Baligh bererti "sampai pada usia tertentu dan telah dibebani tanggungjawab terhadap segala
perbuatannya." Ini yang membezakannya dari seorang anak kecil. Kerana itu, Rasulullah SAW
bersabda, "Ada 3 kelompok manusia yang tidak dibebani hukum: bayi hingga baligh, orang tidur
hingga bangun, dan orang gila hingga sembuh" (Hadits Riwayat Abu Daud). Baligh dapat dilihat
dengan tanda-tanda tertentu, diantaranya : membesarnya suara pada laki-laki, keluarnya mani pada saat
tidur yang disebabkan oleh mimpi, dan haid (khusus bagi kaum perempuan). Apabila tanda-tanda
baligh pada diri seorang anak tidak ditemukan, maka kebalighannya dapat ditentukan oleh usia. Para
ulama berbeza pendapat batas usia baligh seseorang. Menurut ulama Mazhab Syafi'i dan Hambali
seseorang dikatakan baligh apabila telah berusia 15 tahun, baik laki-laki atau perempuan. Menurut
Imam Hanafi, usia baligh adalah 18 tahun bagi laki-laki dan 17 tahun bagi perempuan.
Kandungan:

Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat
seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan
organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja. Ada perubahan wujud bersama pada
lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan
perubahan adalah spesifik antara seks. Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual
pada lelaki dan perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang
pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani.

Perubahan akil baligh selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja awal
menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai lemak dalam
tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat
perkembangan sahaja. Perubahan akil baligh bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam
ketinggian. Saiz otot dan tulang mula berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang,
manakala Lemak di badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu. Pada zaman remaja awal,
bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar yang tinggi. Perkembangan fizikal remaja ini
akan selesai dalam 10 tahun bermula daripada permulaan akil baligh. Untuk mencapai saiz badan
dewasa, kaki dan tangan mereka semakin panjang. Seterusnya kelebaran badan berkembang.
Perkembangan cepat tersebut akan mengakibatkan remaja berasa janggal. Selain itu, badan dan kulit
remaja akan bermula mengeluarkan banyak minyak, akibatnya badan mereka akan mengeluarkan bau.

1. Hormon
Sebenarnya perubahan fizikal tersebut adalah dikawal oleh hormon, bahan biokimia yang
dirembeskan dengan bilangan yang sangat kurang oleh kelenjar endokrin. Hormon mempengaruhi
pertumbuhan remaja sejak zaman fetal hingga sekarang, bilangan pengeluaran hormon semakin
bertambah pada akil baligh. Hormon “lelaki” dan hormon “perempuan” muncul dalam kedua-dua seks,
tetapi lelaki mempunya hormos bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting,
testoterone berbanding dengan perempuan, manakala perempuan pula mempunyai hormon dipanggil
estrogen dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan lelaki (Tanner, 1978).

Setiap hormon mempengaruhi satu set sasaran atau receptor yang tertentu. Contohnya rembesan
testosterone menyebabkan zakar bertumbuh, bahu menjadi semakin lebar, bulu bertumbuh di tempat
kemaluan dan di muka. Sebaliknya, estrogen menyebabkan uterus dan dada bertumbuh dan pinggung
menjadi semakin lebar. Sel dalam tempat sasaran mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas dengan
hormon tertentu yang mengedar dalam darah tetapi tidak bertindakbalas terhadap yang lain. Contohnya,
uterus bertindakbalas secara terpilih terhadap estrogen dan progesterone. Sel sasaran adalah sangat
peka terhadap kuantiti hormon dan sangat kecil, walaupun hormon muncul dalam bilangan yang begitu
kurang seperti mengesan seketul gula yang larut dalam satu kolam renang (Tanner, 1978).

Kelenjar endokrin merembes hormos yang komples dan halus, kerja penyenggaraan ini dijalankan
oleh 2 tempat otak: hypothalamus dan pituitary. Hypothalamus adalah bahagian otak yang memulakan
proses pertumbuhan dan pembiakan sejak zaman remaja. Pituitary terletak dibawah bahagian otak, ia
mengeluarkan beberapa jenis hormon, termasuk hormon pertumbuhan, iaitu hormon yang mengawal
seluruh pertumbuhan badan, dan beberapa hormon tropi kedua. Hormon tropi ini merangsang fungsi
beberapa kelenjar, termasuklah kelenjar seks, iaitu testis dalam badan lelaki dan ovari dalam badan
perempuan. Kelenjar seks mempunyai 2 fungsi: mengeluarkan sperma atau ovum dan merembeskan
androgens atau estrogens. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitary dan kelenjar seks
mempunyai pengaruh emosi terhadap fizikal remaja.

2. Kematangan seksual pada lelaki


Selepas pertumbuhan secara menyembur, perubahan major biologikal kedua ialah pembanguan
sistem pembiakan. Pada lelaki, tanda pertama akil baligh ialah pertumbuhan testis dan skrotum secara
pecut. Lebih kurang 1 year selepas pertumbuhan ini bermula, zakar mengalami pertumbuhan secara
menyembur. Antara 2 perkara ini, bulu pubik mula muncul, tetapi ia tidak mencapai pertumbuhan
sepenuhnya sehingga selepas penyelesaian perkembangan kemaluan. Sejak tempoh ini, perkembangan
saiz jantung dan paru-paru juga berlaku. Berpunca daripada kelakuan hormon seks lelaki, testosterone,
lelaki juga membangun lebih banyak sel darah merah berbanding dengan perempuan. Pengeluaran sel
darah merah yang luas ini adalah salah satu faktor menyatakan keupayaan olahraga remaja lelaki
mengatasi remaja perempuan. Pancutan air mani pertama akan berlaku pada awal umur 11 tahun atau
lewat umur 16 tahun. Pancutan pertama selalunya wujud pada tempoh pertumbuhan lelaki yang cepat
dan mungkin datang sejak pelancapan atau “mimpi lembap”. Pancutan pertama ini biasanya tidak
mempunyai cukup air mani untuk subur. (Money, 1980). Selain itu, pertumbuhan yang lain ialah suara
garau yang janggal. Suara betul-betul berubah mengambil tempat berelavif lewat dalam rangkaian
perubahan akil baligh, dan dalam kebanyakan lelaki berlaku terlalu perlahan untuk menjadi
kepentingan sebagai batu tanda jarak pertumbuhan. (Tanner, 1978)
3. Kematangan seksual perempuan
Dalam perempuan, “dada bertunas” adalah biasanya tetapi bukan selalunya sebagai tanda
pertama akil baligh bermula. Perkembangan uterus dan vagina adalah serentak dengan pembesaran
labia dan kelentit. Waktu haid pertama, adalah berkemungkinan besar menandakan peringkat
perubahan perempuan, sebenarnya berlaku lewat dalam rangkaian, selepas puncak pertumbuhan secara
menyembur. Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 ½ atau lewat umur 16 ½; purata
perempuan Amerika Syarikat ialah 12 ½. Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku lebih
lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian
menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, purata di antara Kikuyu of Kenya ialah umur 16 tahun,
dan untuk Bindi of New Guinea ialah umur 18 tahun (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid
pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia
diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda
ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound (Frisch, 1988).

Rajah 1: Perubahan tipikal pada zaman remaja


Sejak zaman kanak-kanak pertengahan, kanak-kanak menjadi sedar terhadap jenis badan dan
unggul yang beza, dan mereka dapat idea jelas saksama terhadap jenis badan, kadar, dan teknik mereka.
Tetapi dalam remaja, ada peperiksaan rapi terhadap penerimaan jenis badan. Dalam masyarakat kita,
ada orang muda memaksa diri sendiri kepada pengehadan makanan dengan bersungguh, sementara itu
memulakan dengan usaha ke atas keras regimen kesihatan fizikal dan latihan tenaga, contohnya
mengangkat berat, olahraga, atau menari. Biasanya, kebanyakan lelaki lebih menumpukan prihatin
mereka terhadap kekuatan fizikal bahawa mereka boleh menggunakannya ke atas persekitaran (Lerner,
Orlos, & Knapp, 1976). Jadi, ketinggian dan otot adalah penting terhadap mereka. Sebaliknya,
perempuan sangat bimbang mereka menjadi terlalu gemuk atau terlalu tinggi. Mereka menumpukan
prihatin terhadap berat, di samping itu, sebab mereka prihatin terhadap penerimaan sosial.
Keputusannya, banyak remaja perempuan yang normal, walaupun kurus, mereka berasa mereka gemuk
dan cuba untuk menghilangkan berat badan mereka. Apabila mereka terlalu ekstrim, prihatin terhadap
berat ini boleh mendatangkan anorexia nervosa atau bulimia.
Ketinggian, berat dan wajah adalah sumber prihatin kepada remaja. Lebih kurang 2/3 remaja
harap mereka sendiri akan mempunyai satu atau banyak bahagian pertukaran fizikal (Peterson &
Taylor, 1980). Bilangan kesedaran sendiri terhadap badan seseorang menyusut pada remaja akhir.
Menurut satu kajian, kepuasan terhadap imej badan perempuan pada umur 13 tahun dan lelaki pada
umur 15 tahun adalah paling rendah. Selepas umur tersebut, kepuasannya meningkat dengan ketara.
Keseluruhannya, dalam umur antara 11 tahun dan 18 tahun, kepuasan imej badan perempuan lebih
rendah daripada lelaki (Rauste-von Wright, 1989).

Terdapat perbezaan yang menarik dalam perubahan remaja perempuan dan lelaki yang ingin
buat terhadap badan mereka. Perempuan mahu perubahan spesifik: “saya hendak buat telinga saya
dalam keadaan tertentu” atau “ Saya hendak buat dahi saya lebih rendah.” Lelaki juga tidak puas tetapi
kurang tepat. Seorang lelaki tipikal mungkin berkata: “Saya ingin mendapat rupa yang handsome dan
tidak gemuk. Saya ingin mendapat rambut hitam berombak. Saya hendak tukar seluruh rupa fizikal jadi
saya akan menjadi handsome, dengan bentuk tubuh yang baik. Kedua-dua perempuan dan lelaki
bimbang terhadap kulit mereka. Setengah kalangan remaja berkata mereka prihatin terhadap masalah
kulit muka.

Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar kematangan
mereka sendiri (Pelletz, 1995), kematangan awal dan lewat mendatangkan masalah, terutamanya bagi
lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan matang, dengan puratanya, 2 tahun lebih awal
daripada lelaki, jadi lelaki kematangan lewat adalah orang yang paling lewat mencapai akil baligh dan
paling lewat untuk mengalami pertumbuhan secara pecut. Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang
otot berbanding dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-kanak
dan dewasa berkecenderungan menganggap kanak-kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih
muda, jadi, orang yang mengalami kematangan lewat mempunyai status sosial yang lebih rendah di
kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh dewasa (Brackbill & Nevill, 1981).

Kadang-kalanya persepsi ini menjadi ramalan kepenuhan sendiri, dan lelaki kematangan lewat
akan memberikan reaksi dengan pergantungan kebudak-budakan dan tingkah laku tidak matang. Dalam
kes lain, dia mungkin membantah dan menjadi sangat agresif. Setidak-tidaknya, lelaki kematangan
lewat mempunyai kesusahan penyesuaian yang lebih banyak berbanding dengan lelaki kematangan
awal. Lelaki kematangan awal bercenderungan menambahkan semua jenis sosial dan faedah olahraga
di kalangan rakannya. Daripada zaman pertengahan kanak-kanak, lelaki kematangan awal lebih suka
menjadi pemimpin rakan kumpulan mereka (Weisfeld & Billings, 1988).

Jika kematangan awal adalah aset kepada remaja lelaki, jadi ia juga menjadi rahmat kepada
perempuan. Dalam perempuan, faedah awalnya terlekat pada kematangan lewat. Perempuan
kematangan lewat mungkin mula matang pada masa yang sama dengan rakan lelaki dia. Dia lebih
popular dalam golongan rakan dia berbanding dengan perempuan kematangan awal. Perempuan
kematangan awal, lebih tinggi, dan lebih matang berbanding dengan rakan lelaki dia. Akibatnya, dia
kurang mempunyai peluang untuk berbincang dengan rakan dia bahawa perubahan fizikal dan emosi
yang dia alami. Tetapi, sebaliknya perempuan kematangan awal kerap berasa lebih tertarik, mereka
lebih popular dengan lelaki yang lebih besar, dan mereka keluar untuk pertemuan sosial lebih kerap
berbanding dengan rakan yang mengalami kematangan lewat (Blyth, Bulcroft, & Simmons, 1981).

Maklumat Sokongan:
Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan dan ketidakserasian fizikal. Fizikal
remaja mengalami perubahan yang cukup drastik sehingga anda rasa mengalami masalah. Anda berada
dalam keadaan dilema kerana anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan dan bukan pula golongan
dewasa yang sudah matang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Di samping itu anda berada
dalam keadaan ketidaktentuan berhubung masa depan fizikal anda. Adakah seseorang remaja itu
menjadi seorang yang tinggi pada masa akan datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang
kurus ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung menyebabkan krisis personaliti dalam diri seseorang
remaja. Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada dua peringkat; peringkat awal remaja
dan peringkat remaja. Peringkat awal remaja dikatakan dalam lingkungan 10 sehingga 18 tahun.
Amalan gaya hidup sihat amat penting dalam membantu remaja menempuhi fasa akil baligh dan
melalui zaman yang penuh pancaroba. Berdasarkan kesemua keterangan di atas, rumusan yang boleh
dibuat adalah seperti berikut di bawah:
1. PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI
 Suara menjadi garau.
 Misai dan janggut mula tumbuh.
 Bahu dan dada menjadi bidang.
 Jerawat mula tumbuh.
 Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah
menunjukkan anda telah akil baligh.
 Zakar dan buah zakar mula membesar.

2. PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN


 Buah dada ( payudara ) mula membesar.
 Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
 Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
 Jerawat mula tumbuh.
 Mula didatangi haid.
 Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
 Tumbesaran Badan
◦ Selain daripada menjadi lebih tinggi , pinggul dan paha akan menjadi besar.
 Payudara ( Buah Dada)
◦ Payudara akan semakin membesar .Jangan bimbang jika sebelah lebih besar dari yang satu
lagi.Pada akhir baligh saiz kedua-duanya akan lebih kurang sama.
 Peluh dan Bau Badan
◦ Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula berfungsi pada masa ini dan akan menyebabkan
perpeluhan yang akan mendatangkan bau badan.
 Jerawat dan Rambut Berminyak
◦ Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan perlu dibasuh dengan lebih kerap lagi.
 Bulu Badan
◦ Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu kawasan V dimana kaki anda akan bersambung
dengan badan. Bulu juga akan tumbuh pada ketiak dan kaki.
 Keputihan
◦ Cecair jernih dan keputihan akan mula mengalir dari kemaluan anda.Ia akan meninggalkan
sedikit kesan pada seluar dalam.
 Menstruasi ( Haid)
◦ Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan berfungsi dengan baik.Ia merupakan
sebahagian hidup setiap wanita.

3. Perubahan utama semasa akil baligh


 Badan menjadi tinggi
 Badan membesar secara melintang(terutama punggung)
 Perkembangan pada payu dara
 Badan berpeluh dengan lebih kerap & mungkin berbau
 Rambut menjadi lebih berminyak
 Kulit muka bermunya & mungkin berjerawat
 Bulu mula tumbuh di bahagian ketiak,kaki & pubik
 Mula mendapat keputihan
 Mula alami menstruasi ( haid)

4. Tanda awal menstruasi


 kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang.
 Tidak lama selepas pertumbuhan bulu pubik.
 Selepas anda mengesan keputihan
 Sakit atau kekejangan bawah perut
 Sakit pinggang
 Sakit di bahagian dalam paha
 Rasa malas dan letih
 Rasa sedih, cepat marah atau kekok.
 Payu dara terasa sakit,bengkak @ tembam.
 Sakit kepala,jerawat & cirit-birit
 Pusingan haid bermula hari pertama berlaku antara 28 hingga 35 hari.
 Tempoh haid 3 hingga 6 hari

5. Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita)


 Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad.
 Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam – pakailah.

6. Cara Membuang Pad.


 Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik
 Masukkan ke dalam tong sampah.
 Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.

7. Kebersihan Peribadi
 Tuala wanita perlu ditukar selalu
 Basuh kemaluan menggunakan sabun dan air
 Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.

8. PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI


 Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau
usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah
normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu
dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.

10. PERUBAHAN EMOSI YANG BERLAKU.


 Perasaan ingin mencari identiti diri.
 Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.
 Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

11. RAKAN SEBAYA


 Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
 Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas,
merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya yang cuba
meracuni golongan remaja.
 Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

12. SOKONGAN SOSIAL


 Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya,
keluarga dan masyarakat. Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu
mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan ibubapa, rakan sebaya
yang baik akhlaknya dan juga guru atau orang dewasa yang boleh dipercayai.

13. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT


 Tidur secukupnya
 Menjaga Kebersihan diri
 Pemakanan yang seimbang
 Bersenam secara tetap

14. ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN SEKIRANYA...


 Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
 Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
 Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.
 Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.

Penutup:

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa penekanan terhadap
perkembangan fizikal dan kognitif perlu dititik beratkan kerana ia penting untuk perkembangan kanak-
kanak. Sekiranya pendidikan ini diabaikan, kemungkinan kanak-kanak akan bersifat rendah diri dan
cuba menjauhkan diri daripada individu lain. Jika perkara ini terjadi, kanak-kanak tersebut akan
bersifat pasif bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita. Kita boleh membuat
andaian di sini sekiranya kanak-kanak mempunyai perkembangan fizikal dan kognitif yang baik,
mereka akan dapat menyemai sikap yakin terhadap diri mereka. Mereka juga dapat berkomunikasi baik
dengan masyarakat kerana mereka mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan individu yang sebaya
dengan mereka atau pun lebih tua dari mereka. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan yang
baik akan mempunyai rakan yang ramai dan mudah untuk mereka menjalankan sesuatu aktiviti. Untuk
memastikan semua ini dapat berjalan dengan lancar, guru merupakan individu yang paling penting
dalam memainkan peranan mereka. Guru haruslah menyediakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif dan selesa untuk murid-muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang
mencukupi. Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk memperkembangkan sosio-emosi mereka
dengan memberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Secara tidak langsung, ia dapat
mewujudkan keyakinan di dalam di kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap
sesuatu perkara kepada orang lain. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan
memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Jangan biarkan mereka
terabai dan bimbing mereka untuk membentuk sosio-emosi mereka supaya berada di tahap yang lebih
baik. Sekiranya anak-anak terdedah dengan persekitaran dan sosio-emosi yang baik, mereka akan dapat
membentuk jati diri dan personaliti serta keperibadian yang baik. Secara tidak langsung, Malaysia
akan mempunyai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang selaras dengan yang
dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia.

Bibliografi:

Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008), Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

http://teoripiaget.blogspot.com

http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-aspek_23.html

http://el-children.blogspot.com/2007/03/perkembangan-kognitif_23.html

http://www.infosihat.com

http://www.kpwkm.gov.my

Anda mungkin juga menyukai