Alam
Alam
E-MEL : Renukasivaraman721@gmail.com
5. Rujukkan
1.0 Pendahuluan.
Alam sekitar adalah anugerah daripada tuhan yang paling dihargai kepada kita. .Sejak
kebelakangan ini, isu pencemaran alam sekitar sering diperkatakan di dalam media
sosial.Pencemaran alam sekitar didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang
menggotorkan alam sekitar. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
mengatakan bahawa “pencemaran” adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
(mengotorkan) alam sekeliling dengan sampah sarap.Penjagaan alam sekitar adalah
penting. Perbuatan mencemarkan alam sekitar adalah perbuatan yang tidak baik dari
segi etika keagamaan.
Rajah : 1
Jerebu di Kota kinabalu
Seterusnya pencemaran udara yang berlaku di kawasan Pasir Gudang disebabkan oleh
pembuangan sisa toksik yang ditanam bawah tanah, Profesor kejuruteraan
kimia,Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (ukm),Prof
Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud,berkata, tindakan menanam sisa toksik di dalam
tanah juga boleh mengakibatkan pencemaran udara. Saliran air bawah tanah itu sudah
tepu dengan sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah naik ke
permukaan sehingga membentuk gas toksik.
Rajah :
2 Pencemaran Sungai Kim kim Pasir Gudang.
Pencemaran air dapat difahamkan sebagai perubahan yang berlaku dari segi
kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan
terhadap kesihatan manusia apabila digunakan. Pencemaran air berlaku di semua
tempat. Antara punca berlaku pencemaran air adalah disebabkan oleh kegiatan atau
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan bahan-bahan buangan
seperti sampah sarap, minyak, kertas , plastik, najis dan kain di dalam sungai
merupakan aktiviti-aktiviti yang mencerminkan sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab .Pencemaran ini disebabkan alam sekitar luka dan bertindak balas
terhadap manusia.Pencemaran ini lebih menjurus kepada bahan pembuangan dari
kilang.. Ini menyebabkan sungai- sungai dicemari sisa-sisa pembuangan toksid dan
kehidupan di dalamnya semakin hari semakin terancam Selain itu, sampah organik
seperti air sewage menyebabkan peningkatan kebutuhan oksigen pada tahap air. Pihak
kilang ,membuang berbagai jenis bahan ke dalam air seperti logam berat,toksin
organik dan minyak. Dengan ini juga, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang
hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan kehidupan ekosistem akautik
terjejas.Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai menyebabkan ia terkumpul dan
lumpur yang mendap dalam air. Ia mengakibatkan sinaran matahari tidak dapat
masuk ke dalam air.Selain itu, perkara ini juga boleh mengakibatkan banjir di
kawasan yang berlaku pencemaran sungai.
Bagi menangani masalah pencemaran ini tindakan yang boleh diambil adalah
seperti Kempen kesedaran menjaga alam sekitar. Dengan ini, Kementerian Alam
Sekitar perlu merancang aktiviti-aktiviti di sekolah, tempat bekerja dan di tempat
sosial tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
perlu diajar di sekolah melalui kurikulum.Tanggungjawab menjaga alam sekitar perlu
dititik sejak kecil kerana alam sekitar adalah penting bagi hidup dengan
kesejahteraan.Pendidikan alam sekitar membentuk sikap positif diri terhadap alam.
Selain itu, Menangani masalah ini dengan sistem memproses kumbahan. Pihak
kerajaan perlu memproses kumbahan Seperti air dan sisa najis dirawat di kluster B
dan indah water.Selain itu, pengawalan biologi di pertanian dan ealak menguna
insektiside seperti penanaman dalam kelambu dengan ini boleh menangani masalah
pencemaran alam sekitar.
Tambahan pula , pameran pencemaran alam sekitar. Pameran ini boleh diadakan
di sekolah untuk murid mengetahui lebih mendalam tentang penjagaan alam sekitar.
Sebagai contohnya pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan melukis,
mencipta folio, browser dan slide, foto tentang penjagaan alam sekitar. Selain itu,
bahan-bahan seperti carta,poster,keratan dan surat khabar boleh dipamerkan kerana ia
boleh mewujudkan rasa ingin tahu di sanubari murid untuk membaca dan mengetahui
tentang penjagaan alam sekitar dengan lebih lanjut dan mendalaminya .
Selain itu, kempen melindungi alam sekitar. Pihak kerajaan perlu mengadakan
kempen kitar semula untuk melindungi alam sekitar. Antara kempen -kempen yang
melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita.Kempen ini memberi
kesan yang mendalam kepada peserta.Selain itu, kempen kitar semula boleh
menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar
semula.Selain itu, program sahabat alam juga boleh dijalankan untuk menanam
pelbagai jenis pokok bunga, ia akan mencantikkan sesebuah kawasan dan juga
menapis debu yang berterbangan dan mengurangkan kesan rumah hijau.
Soalan 2
Soalan 2
Pencemaran alam sekitar yang kian menular di sekeliling kita disebabkan beberapa
punca, antaranya pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi, dan
pencemaran tanah .
Selain itu , kenderaan motor juga merupakan penyumbang utama bagi masalah
ini .Masyarakat disini amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti
kereta ,motor dan lori .Memang tidak dapat dinafikan bahawa kenderaan motor
seperti ini memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui
proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya .Akibatnya gas karbon
monoksida ,nitrus oksida ,hydrokarbon dan habuk –habuk terhasil .
Dalam situasi lain ,haiwan –haiwan jinak yang dipelihara oleh penduduk
setempat juga terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara .Perkara ini
disebabkan oleh udara yang memasuki paru –paru haiwan .Tanpa disedari ,makanan
haiwan daripada sumber tumbuh-tumbuhan tercemar dari pencemaran udara
.Kebergantungan beberapa jenis haiwan ternakan seperti ayam , itik ,burung, angsa
dan lain-lain kepada tumbuh-tumbuhan memang tidak dapat dielakkan . Dalam
jangka masa terdekat haiwan peliharaan di kawasan in semakin terpupus akibat
pencemaran udara. Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam
semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata hanyalah kawasan
gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis spesis
tumbuhan dan haiwan akan bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Sudah
tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam semulajadi.
Tambahan pula ,sindrom yang semakin menular yang kita perlu elakkan di sini
ialah pemanasan suhu akibat daripada aktiviti perkilangan ..Pendedahan yang terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit Disamping itu pancaran
matahari yang terik juga memberi ruang luas kepada ketidakseimbangan ekosistem
.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak akan menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaran menjadi panas
.Bukan sahaja permukaan bumi menjadi panas malah ekosistem terganggu.Oleh itu
,masyarakat setempat perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan petrol tanpa
plumbum bagi kenderaan mereka .Usaha ini dapat mengurangkan masalah jerebu
yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan
seperti batuk dan selsema daripada berlarutan .Aktiviti perkilangan juga perlu
dikurangkan atau dihadkan proses pembakaran bahan –bahan .
Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal mendorong tanah runtuh berlaku.
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah
pihak kerajaan wajib untuk menghukum individu atau organisasi yang telah didapati
bersalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar .Pihak berwajib seperti
kementerian Sains ,Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasaan undang –
undang yang sedia ada untuk pihak –pihak yang berkenaan .hukuman yang dikenakan
hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit .
Selain itu , Kawasan kediaman juga menghadapi masalah kesesakan lalu lintas
yang timbul menyebabkan kebisingan, iaitu daripada hon kereta dan bunyi enjin
kenderaan berat, terutamanya yang telah usang dan berenjin diesel. Begitu juga
keadaannya dengan alat pengangkutan awam, seperti bas dan teksi yang terdiri
daripada kenderaan lama yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi atau yang
fungsinya tidak efisien lagi. Keadaan akan menjadi bcrtambah buruk apabila ada
pemilik kenderaan mengubahsuaikan ekzos kenderaan mereka dengan tujuan untuk
menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan bising. Kerja di tapak pembinaan dan proses
pengeluaran di kilang juga merupakan faktor yang menyebabkan pencemaran bunyi..
Kilang juga menggunakan mesin pemprosesan yang besar dan jentera pendingin vang
lazimnya mengeluarkan bunvi yang kuat, kesan daripada penggunaan tenaga yang
amat tinggi. Kesemuanya ini mewujudkan masalah pencemaran bunyi.
Kesan pencemaran bunvi vang ketara ialah gangguan pada organ pendengaran
masyarakat setempat. Manusia mempunyai kebolehan mendengar bunyi tidak
melebihi 80 desibel. Pendedahan kepada bunyi yang melebihi had ini secara
berpanjangan akan menyebabkan gangguan pada gegendang telinga dan akibatnya
seseorang itu boleh menjadi pekak. Organ pendengaran manusia begitu lembut dan
sensitif dan sekiranya terdedah begitu lama kepada bunyi yang terlalu kuat akan
menjejaskan fungsinya, sama ada secara kekal atau sementara. Kajian yang dilakukan
terhadap pekerja kilang yang sering terdedah kepada bunyi jentera yang kuat selama
beberapa tahun menunjukkan tahap pendengaran mereka lebih rendah berbanding
dengan pekerja yang tidak terdedah kepada keadaan demikian.
Soalan 3.
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam
tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah
mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan
perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk membentuk satu jentera
pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih komprehensif. Pada tahun 1996,
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS )
di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah
diadakan pada bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi
nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan
PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan
kesihatan sekolah.
Dalam negara kita hari ini , wujud Dasar Kelestarian Negara .Terdapat beberapa
jabatan dan agensi kerajaan di bawah kementerian Tenaga Sains ,Teknologi Alam
Sekitar da Perubahan Iklim ( MESTECC ) yang bsebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ) dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan usaha membudayakan amalan lestari ini . Justeru Jawatankuasa
Program Bersepadu Sekolah harus lebih cakna terhadap hal berkaitan alaman lestari
ini di peringkat sekolah khasnya dalam kalangan murid .
Selain daripada itu ,pihak sekolah juga boleh menggiatkan usaha menanam
pohon-pohon hijau atau pokok –pokok bunga di kawasan sekolah .Usaha ini boleh
diaplikasikan melalui Gotong Royong “ Hijaukan Bumi Kita “ dengan tanaman
hijau .Perancangan ini perlu dilaksanakan oleh semua warga sekolah yang terdiri
daripada Guru Besar,guru-guru , ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta
pekerja sekolah . Dalam usaha murni ini persatuan bekas murid boleh memberi
kerjasama dan berjabat tangan dengan memberi sumbangan kewangan dan tenaga
pekerja untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pembersihan dan penanaman pohon hijau
di sekeliling kawasan sekolah . Ini secara langsung akan mencetuskan sikap cinta
akan keindahan alam di kalangan generasi baru dan menggalakkan mereka
menghargai kebersihan dan keindahan alam .Semua warga sekolah lebih berkomitmen
dan usaha ini mewujudkan sikap mencintai tumbuhan hijau di kawasan sekolah dan
tidak memetik daun pokok dan mencabut pohon yang ditanam dan mengawal
keseimbangan sistem ekologi bumi dan menghindarkan berlakunya hakisan tanah di
tepi longkang sekolah . Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan dan pokok
bunga dipersekitaran sekolah dapat mengurangkan peningkatan suhu .Selain itu
kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan
kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya .
RUJUKKAN
1. khairie91.blogspot.com/.../assignment-computing-2-apa-aku-nak.ht..
2. khairie91.blogspot.com/.../assignment-computing-2-apa-aku-nak.ht..
4. stpm-study.blogspot.com/.../langkah-langkah-untuk-mengatasi.htm..
5. Jasiman Ahmad (1996). Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam. Kuala
Lumpur: Eddiplex Sdn. Bhd.