Anda di halaman 1dari 13

PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Tajuk 1 Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan 5 JAM

SINOPSIS
Tajuk ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta
hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen-komponen dalam proses komunikasi
dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah
komunikasi dan bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa
dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan.


2. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam proses komunikasi.
3. Membeza antara aspek segmental dan aspek non-segmental dalam pertuturan.
4. Mendefinisikan masalah komunikasi dan masalah bahasa.
5. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi.
6. Menerangkan punca sebab masalah bahasa / pertuturan.

1
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

KERANGKA TAJUK

KOMUNIKASI

Aspek Para-Linguistik Aspek Linguistik Aspek Bukan Linguistik

Bahasa Tingkah
Pic Laku
Intonasi Pragmatik
Suara
Ritma Pertuturan
Kadar

KANDUNGAN

1.0 Hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan


Komunikasi, bahasa dan pertuturan merupakan istilah-istilah yang biasa diguna dalam kalangan
orang ramai dalam kehidupan harian. Bolehkah anda menjelaskan dengan tepatnya konsep ketiga-
tiga istilah tersebut serta membeza antaranya ?

Cuba jawab soalan-soalan berikut :


 Bolehkah komunikasi berlaku tanpa bahasa ?
 Bolehkah seseorang memperolehi bahasa tanpa pertuturan ?
 Bolehkah pertuturan berlaku tanpa bahasa ?
 Adakah haiwan mempunyai bahasa ?

Jawapan anda terhadap soalan-soalan di atas akan menunjukkan tahap kefahaman anda mengenai
konsep komunikasi, bahasa dan pertuturan.

2
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

1.1 Komunikasi
Komunikasi merupakan satu proses pemindahan pengetahuan / maklumat dan pendapat, keperluan
dan hajat (Owens, 2001). Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pihak dan biasanya berlaku
melalui bahasa. Komunikasi boleh juga berlaku tanpa bahasa. Bolehkah anda fikir beberapa kaedah
komunikasi yang tidak melibatkan penggunaan bahasa ?
Semua bentuk komunikasi melibatkan empat elemen berikut :
(i) Penghantar mesej
(ii) Penerima mesej
(iii) Satu hajat untuk berkomunikasi yang dikongsikan
(iv) Satu kaedah berkomunikasi yang dikongsikan

Jika keempat-empat elemen wujud, komunikasi akan berlaku (rujuk Rajah 1.1).

Dikongsi
Penghantar Hajat Penerima
Kaedah

Rajah 1.1 : Komunikasi yang berjaya


Apabila satu atau lebih elemen tidak wujud, maka berlaku gangguan dalam komunikasi. Rajah 1.2
menggambarkan apa yang mungkin berlaku jika anda berjumpa dengan seorang dari negara asing.
Anda masing-masing ingin berkomunikasi, tetapi jika tiada perkongsian bahasa, komunikasi akan
terganggu. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua pihak sudi menggunakan gestur tangan dan mimik
muka, komunikasi masih boleh berlaku, tetapi tidak begitu lancar dan maklumat yang boleh
dikongsikan mungkin terhad.

Dikongsi
Penghantar Hajat Penerima

Rajah 1.2 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian kaedah komunikasi

Dalam senario lain, jika anda selaku guru bertanya kepada seorang murid yang duduk di sebelah
tingkap bilik darjah, “Bolehkah kamu buka tingkap?” dan murid menjawab, “Boleh”, tetapi tidak
bangun, masalah komunikasi telah berlaku disebabkan oleh tiada perkongsian hajat (Rujuk

3
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Rajah1.3). Anda hendak minta murid membuka tingkap, tetapi pada persepsi murid, anda sedang
bertanya mengenai keupayaannya membuka tingkap.

Dikongsi
Penghantar Kaedah Penerima

Rajah 1.3 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian hajat

Setelah membaca setakat ini, bolehkah anda menjawab soalan yang ditanya pada awal tajuk ini –
Bolehkah komunikasi berlaku tanpa pertuturan atau bahasa ?

Komunikasi boleh dianalisis mengikut tiga komponen berikut :


 Linguistik : melibatkan bahasa
 Para-linguistik : intonasi, pic, stres, ritma, suara, kadar – iaitu ciri yang berkaitan
bagaimana komponen linguistik dihasilkan.
 Bukan linguistik: tingkah laku pragmatik (kontak mata, turn taking, body language,mimik
muka, gestur tangan, penggunaan ruang, dan lain-lain), yang tiada kaitan dengan
komponen linguistik.
1.2 Bahasa
Bahasa merupakan satu sistem simbol yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan tertentu untuk
berkomunikasi maksud.
Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri berikut :
 Ia melibatkan komunikasi – perkongsian pemikiran, pendapat dan makna
 Ia terdiri daripada satu kod yang dikongsi – walaupun bukan semua orang mengetahui
Bahasa Isyarat, orang yang mengetahuinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa
tersebut.
 Ia terdiri daripada simbol-simbol arbitrari – kita yang menetapkan simbol yang diguna untuk
mewakili sesuatu perkara atau benda. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh guna
perkataan seperti ’bubu’ untuk mewakili pokok jika itulah yang dipersetujui oleh ahli-ahli
dalam sesuatu komuniti.
 Ia adalah generatif – jika terdapat satu set perkataan dan peraturan-peraturan yang
ditetapkan, penutur boleh menjanakan bilangan ayat-ayat tanpa batasan.
 Ia adalah kreatif – perkataan-perkataan baru sentiasa dibina dari masa ke semasa
sementara perkataan yang sudah ada mungkin hilang atau maksudnya telah berubah.
4
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Bolehkah anda fikirkan tentang perkataan-perkataan baru yang telah masuk sistem Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris dalam masa lima tahun ini atau perkataan-perkataan yang
telah hilang atau berubah maksudnya baru-baru ini.

1.3 Pertuturan
Pertuturan boleh didefinisi sebagai tingkah laku untuk menghasilkan satu kod bahasa dengan
membentuk pola-pola bunyi yang sesuai. Ia memerlukan kefungsian saraf dan otot yang sempurna.
Pertuturan boleh dibahagi kepada dua komponen – iaitu komponen segmental (artikulasi) dan
komponen bukan segmental (suprasegmental / prosody). Artikulasi melibatkan penghasilan bunyi
pertuturan yang melibatkan pergerakan otot-otot tertentu (spt. bibir, lidah, lelangit) yang juga dikenali
sebagai articulators. Pergerakan articulators adalah dikawal oleh sistem saraf pusat, terutamanya
bahagian otak yang bertanggung jawab atas koordinasi sistem pergerakan otot. Artikulasi yang baik
akan menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas. Jenis masalah pertuturan yang
kerap dijumpai dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ialah masalah artikulasi kerana ia
merupakan satu proses yang kompleks – ia memerlukan sistem persepsi dan produksi yang
sempurna.

Sila rujuk Rajah 1.4 untuk kefahaman lanjut mengenai komponen-komponen penting dalam produksi
pertuturan.

PERTUTURAN

KOMPONEN KOMPONEN
SEGMENTAL BUKAN
SEGMENTAL
(PROSODI)

FONOLOGI Mempunyai kesan


(terdiri drp. Komponen terhadap makna seperti
Fonetik + Bahasa) unsur berikut :
- stres
(penekanan)
- intonasi
- kelancaran
- kualiti suara
5
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

- kelajuan/kadar

Rajah 1.4 : Komponen-komponen Pertuturan


Bahagian badan manusia yang terlibat dalam produksi pertuturan adalah ditunjukkan dalam
Rajah 1.5 di bawah.

Rajah 1.5 : Organ-organ Vokal dalam Manusia


1.4 Masalah Komunikasi dan Bahasa
Pernahkah anda berjumpa dengan individu yang bermasalah komunikasi atau bahasa? Apakah ciri-
ciri yang ditunjukkan oleh individu tersebut?

1.4.1 Masalah Komunikasi


Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan
terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran,
pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif
terhadap individu yang mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau
merasa diri kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah
komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. Masalah
komunikasi boleh dikategorikan seperti dalam Rajah 1.6 berikut :

6
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Masalah Komunikasi

Masalah Masalah Masalah


Pendengaran Pertuturan Bahasa

Jenis : Jenis : Jenis:


Kehilangan Konduktif Masalah Suara Masalah Bahasa
Kehilangan Sensori-neural Masalah Artikulasi secara spesifik
Kehilangan berpunca Masalah Kelancaran (fonologi, semantik
drp. saraf pusat, saraf sintaksis, morfologi
auditori pragmatik)
Afasia dan yang
berkaitan

Rajah1.6 : Jenis dan Kategori Masalah Komunikasi

Berapa kerapnya berlaku masalah komunikasi? Berdasarkan kajian-kajian yang ditelah dijalankan,
data-data berikut diperolehi :
 Lebih kurang 5% kanak-kanak yang masuk sekolah mempunyai masalah komunikasi
 1 dlm 1000 kanak-kanak bermasalah komunikasi mempunyai masalah bahasa yang
serius
 Lebih kurang 23% kanak-kanak khas bermasalah dalam komunikasi
 Kekerapan masalah komunikasi dari segi jantina - 2 lelaki : 1perempuan
 50-80% masalah komunikasi merupakan masalah artikulasi

1.4.2 Masalah Bahasa (Language Disorders)


Mengikut the American Speech and Hearing Association (1993), masalah bahasa merupakan
masalah dalam kefahaman dan / atau penggunaan sistem simbol bahasa (spt. lisan, penulisan, dll.).

7
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Ia mungkin melibatkan (a) bentuk bahasa, (b) kandungan bahasa, dan/atau (c) fungsi bahasa dalam
komunikasi dalam apa jua kombinasi.

1.4.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Bahasa dan Komunikasi


Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous.
Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri
daripada ringan sehingga amat teruk. Walau bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang
dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan
pencapaian akademik. Kesan masalah bahasa dan komunikasi boleh dirumuskan seperti berikut :
 Prestasi Akademik
- Kurang menyumbang dalam perbincangan
- Sukar mengorganisasi idea-idea
- Sukar mendiskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan
- Bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan
- Gagal mengikut arahan
- Sukar mencari perkataan yang tepat

 Interaksi Sosial
- tidak suka berinteraksi dgn. kanak-kanak lain
- biasa disingkir oleh kanak-kanak lain
- bermasalah menguruskan perbualan
- bermasalah memahami / mengikut peraturan-peraturan permainan

 Kefungsian Kognitif
- bermasalah dalam mengorganisasi maklumat untuk diingat
- Memberi respons yang lambat
- Kurang tumpuan

 Tingkah Laku
- kerap menunjukkan tantrum
- kerap bergaduh
- berlawan dengan rakan sebaya
- menarik diri daripada interaksi

1.4.4 Punca masalah bahasa / pertuturan


8
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Antara kanak-kanak berkeperluan khas, kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah
pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan
terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari
segi kekerapan berlakunya. Tahukah anda apakah pasangan kategori masalah yang kerap sekali
dijumpai bersama (dual disabilities)? Jawapannya ialah masalah bahasa/komunikasi bersama
masalah kerencatan akal. Memandang kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam
kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan
kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak
diketahui puncanya, kita boleh mengkateorikan punca sebab seperti berikut :
 Faktor Genetik / Sejarah keluarga
- kes-kes lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu
- risiko lebih tinggi dalam kalangan lelaki
- ada perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa
kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21)

 Faktor neurologi
- ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf, terutamanya pada
bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa
- kecederaan pada bahagian otak tertentu. Didapati kesan kecederaan yang berlaku
semasa peringkat bayi biasanya tidak begitu teruk berbanding dengan jika ia berlaku
pada peringkat dewasa. Adakah ini merupakan satu bukti untuk plastisiti otak di
peringkat bayi ?

 Faktor perinatal (semasa kelahiran)


- lebih komplikasi semasa kelahiran, lebih tinggi risiko kanak-kanak untuk mengalami
masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh
mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah
anoxia)

 Kehilangan pendengaran
- kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat
pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperolehi bahasa (di bawah 2 atau 3
tahun)
- kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah
(contoh: infeksi otitis media yang kronik) jika tiada rawatan secara medikal atau
9
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

surgikal

 Kerencatan kognitif / mental


- terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ),
maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan
dual disability yang kerap sekali berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan
khas.

 Faktor persekitaran / sosial


- kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan
pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga.
- faktor ini boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang
negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif.

Rumusan
Terdapat hubungkait yang rapat antara proses komunikasi, bahasa dan pertuturan. Bahasa dan
pertuturan merupakan alat untuk berkomunikasi. Dalam kalangan manusia, tidak boleh dinafikan
bahawa pertuturan merupakan saluran yang efektif dan cekap sekali untuk berkomunikasi. Walau
bagaimanapun, komunikasi dan bahasa boleh wujud tanpa pertuturan seperti ditunjukkan oleh
individu-individu bermasalah pendengaran yang berupaya berkomunikasi dengan begitu lancar dan
mesra melalui bahasa isyarat. Rajah 1.7 di bawah merumuskan hubungkait antara ketiga-tiga
komponen tersebut.

10
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Komunikasi

Bahasa

Pertuturan

Rajah 1.7 : Hubung kait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

Punca sebab berlaku masalah komunikasi dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak mungkin sukar
dikenal pasti. Walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi berkongsi banyak ciri
yang serupa, mereka merupakan satu golongan yang sangat heterogeneous (tidak seragam).
Justeru jika anda ingin membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan tahap kemahiran komunikasi
dan bahasa, anda perlu mempunyai terlebih dahulu pengetahuan dan kefahaman mengenai
bagaimana perkembangan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil. Aspek ini akan
dibincang secara terperinci dalam Tajuk 2 modul ini.

AKTIVITI

Dalam sosialisasi, anda akan mendapat banyak peluang untuk membuat pemerhatian mengenai
komunikasi non-verbal yang digunakan. Senaraikan jenis komunikasi non-verbal yang berlaku
11
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

serta kekerapan setiap jenis untuk perbincangan dalam kelas. Bincangkan peranan komunikasi
non-verbal dalam kehidupan harian.

LAMAN WEB

http://www.asha,org
http://www.lsad.org
http://www.aaal.org

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam
bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston:
Allyn & Bacon.

Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton
Pub.

Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

12
PKU 3102 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi PGSR

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston :
Allyn & Bacon.

13

Anda mungkin juga menyukai