Anda di halaman 1dari 1

CIRI – CIRI KEPIMPINAN ENCIK TURNER

1) KAWALAN KEPADA PERATURAN DAN DISIPLIN YANG ADIL


- Encik Turner mengenakan tindakan disiplin kepada Tishawn iaitu salah
seorang pelajarnya yang berada di dalam kelas paling tercorot dan
bermasalah kerana bergaduh dengan guru kelasnya dan memberikan
masalah kepada sekolah.
- Minit 9.08 – 9.15

2) PENGETUA YANG MEMPUNYAI JANGKAAN RENDAH TERHADAP


PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJARNYA. TIDAK YAKIN YANG
PELAJARNYA BOLEH BERJAYA.
- Encik Turner merasakan pelajar-pelajar di kelas Encik Clark tidak akan
lulus dalam peperiksaan kerana mereka adalah pelajar-pelajar yang nakal
dan selalu membuat masalah kepada sekolah. Mereka juga adalah
pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas paling bawah dimana tidak
pernah ada niat untuk belajar bersungguh-sungguh dan selalu gagal.
- Minit 43.23 – 44.13

3) HUBUNGAN GURU DAN PENGETUA YANG TIDAK SEHALUAN


- Encik Turner berasa kurang senang dengan gaya pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan oleh Encik Clark, bahkan dia telah
menegaskan kepada Encik Clark bahawa “MY SCHOOL, MY RULE, MY
WAY.” En. Turner juga hanya berorientasikan kepada nilai dan kelulusan
seluruh pelajarnya, sehingga dia kurang percaya dengan kaedah
pengajaran yang dilakukan oleh En. Clark dan terus menuntut agar
seluruh pelajarnya lulus.
- Minit 19.10 – 19.25

Anda mungkin juga menyukai