Anda di halaman 1dari 6

PERKARA

PERKARA SUNAT DALAM WUDHUK

NAMA : MUHAMMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDUL


RAHMAN

NO. MATRIX : M182009445 (group A)

KOD KURSUS : SFK41103

NAMA KURSUS : FIQH IBADAT

NAMA : UST ‘UMAIR BIN YUSOFF


PENSYARAH
PENGERTIAN WUDHUK

Dari segi bahasa , wudhuk ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota
tertentu.

Dari segi syarak , wudhuk bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa
perbuatan yang tertentu yang dimulai dengan niat, iaitu membasuh muka ,membasuh kedua-
dua belah tangan ,menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua-dua belah kaki dengan
syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

1 - Definisi Wudhu Dari segi bahasa, wudhu ialah bersih dan bercahaya. Manakala, dari segi
syarak pula ialah menggunakan air pada anggota tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu
membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya
membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. A) Pengertian
secara bahas Al-Imam Ibnul Atsir Al-Jazariy -rahimahullah- (seorang ahli bahasa)
menjelaskan bahawa jika dikatakan wudhu ( ‫ ( و ضوء ال‬maka yang dimaksudkan adalah air
yang digunakan untuk berwudhu. Bila dikatakan wudhu ( ‫ ( و ضوء ال‬maka yang diinginkan
disitu adalah perbuatannya. Jadi, “wudhu” adalah perbuatan manakala “wadhu” adalah air
untuk berwudhu. Al-Hafizh Ibnu Hajar Asy-Syafi'iy berkata, “kata wudhu” itu diambil dari
kata al wadho’ah yang bermaksud kesucian. Wudhu disebut sedemikian kerana orang yang
solat membersihkan diri dengannya. Akhirnya, ia menjadi orang yang suci.

Pensyariatan dan hukum wudhu

Wudhu ialah satu ibadah wajib yang ditetapkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran dan
ditetapkan oleh Rasul-Nya di dalam hadis. Allah s.w.t. berfirman: Maksudnya : “Wahai
orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu
berhadas kecil), maka (berwudhuklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan
kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah
kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan
mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah
seoarang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang
kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu dan mandi) maka hendaklah kamu bertayamum
dengan tanah

debu yang bersih iaitu; sapulah muka kamu dengan kedua belah tangan kamu dengan tanah
debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan
nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Maidah ;6)

Ayat ini menetapkan adanya kewajiban wudhu di dalam agama ini bagi seseorang yang
hendak mengerjakan solat. Selain ayat di atas, Rasulullah s.a.w juga bersabda yang
mengandungi pensyariatan wudhu bagi umatnya. َ‫صلةَاحدك َماذاَاحدثَحتىَيتوضا‬
َ َ‫لَيقبلَهلال‬ Yang
bermaksud: “Allah tidak menerima solat salah seorang dari kamu jika ia berhadas hingga dia
berwudhu” (Sahih HR. Al Bukhari no.135,6954 dan Muslim no.225)

َ‫طهور َولَصدقةَمنَغلول‬
َ َ َ‫ لَيقبلَهلال‬:bersabda juga w.a.s Rasulullah Yang bermaksud: “Allah tidak
‫صلةَبغي َر‬
menerima solat tanpa bersuci dan Dia tidak menerima sedekah dari hasil ‘ghulul’ mencuri
harta rampasan perang sebelum dibahagi. Di dalam Hadis sahih, HR. Muslim no.224.

Perkara Sunat-sunat Wudhu Di antara perkara sunat berwudhu:

1."‫ َ"ل َواَل نَاشقَعلىَامتيََلمرته َمبالسوا َكم َعكلَوضوء‬bersabda w.a.s Rasulullah. Siwak Maksudnya: “ Jika aku
tidak memberatkan umatku nescaya aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak pada setiap
wudhu’’

2` Menghadap kiblat

3. Membaca bismillah. Rasulullah s.a.w bersabda: "َ‫ َمهلالَعليه‬r ‫صلةَلمنَلَوضو َءلهَ َولَوضو َءلمنَل َميذك َراس‬
َ َ‫"ل‬
Maksudnya: “ Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwudhu, Dan tidak ada wudhu bagi
mereka yang tidak menyebut nama Allah padanya”.

4) Membasuh kedua tapak tangan sebanyak tiga kali. Dengan hadis. " ‫َرأيتَرسولََّلال َصلَهلالَعليهَوسل َم‬
‫ َ"استوكفَثَلثا‬Maksudnya: “ Aku melihat Rasulullah s.a.w membasuh kedua tapak tangannya tiga
kali”.
5) Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan tangan kanan dan
mengeluarkannya dengan tangan kiri.

6) Memanjangkan basuhan muka ke bahagian kepala dan membasuh bahagian atas dua siku
dan buku lali. Rasulullah s.a.w bersabda: َ ‫انَامتىَيدعونَيو َمالقيامةَغراَمحجلينَمن‬
"‫وء‬rrrrr‫َاثارالوض‬
‫ "فمنَاستطاعَمنك َمأنَيطيلَغرته‬Maksudnya: “ Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat
dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhu.
Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan basuhan maka
lakukanlah”.

7) Menyampaikan air ke dua penjuru mata.

8) Menyelati celah-celah jari kedua-dua belah tangan dan kaki.

9)Menyapu keseluruhan kepala.

10) Menyapu dua telinga luar dan dalam dengan air yang lain selain daripada air yang
menyapu kepala.

11) Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri pada setiap basuhan tangan dan kaki.

12) Bersederhana dalam menggunakan air ketika berwudhu.

13 ) Tidak bercakap-cakap ketika berwudhu.

14) Membaca tasyahhud dan berdoa ketika selesai berwudu. Rasulullah s.a.w bersabda: "‫ما‬
‫اء‬rrr‫هَ ابوابَالجنةَالثمانيةَيدخلَمنهَأيهاَش‬rrr‫ولهَاَل فتحتَل‬rrr‫َ"منك َممنَأحدَيتوضأَفيسبغَالوضو َءث َميقواَل شهدَانَاَل لهَاَلَهلالَوانَمحمدَعبدهَورس‬
Maksudnya: : Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk,
kemudian berdoa: “kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak
masuk dari pintu mana yang dia mahu.

Hukum meninggalkan perkara sunat ketika berwudhu

Meninggalkan sesuatu ibadah sunat yang dituntut (sunat muaakkad) adalah satu perbuatan
yang tidak berdosa namun selayaknya dicela kerana sengaja meninggalkan perintah daripada
Nabi SAW. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri menyuruh umatnya supaya memperelokkan
wuduk dan menjanjikan bahawa sesiapa yang memperelokkan wuduknya maka akan
keluarlah dosadosanya sehingga keluar juga dari kuku-kukunya. Rasulullah SAW bersabda:

‘Maksudnya: Barangsiapa yang mengambil wuduk kemudian memperelokkan wuduknya,


maka akan keluarlah dosa-dosanya daripada badannya, sehingga keluar juga dosa-dosa
tersebut daripada kuku-kukunya’

. Disamping itu juga, Rasulullah SAW memberi ancaman kepada golongan yang tidak
melaksanakan wuduk dengan betul dan bersikap sambil lewa terhadapnya. Rasulullah s.a.w
bersabda:

Maksudnya: “Nabi SAW pernah terlewat menyertai kami dalam suatu perjalanan yang
kami lakukan. Ketika Baginda menyusuli kami, waktu solat sudah hampir habis. Kami lalu
berwudhuk dengan hanya mengusap kaki kami (tidak sempurna membasuhnya). Maka Nabi
SAW menyeru dengan suara yang keras: “Celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan
masuk neraka.” Baginda menyeru hingga dua atau tiga kali.”

Hikmah berwudhu

Syariat wudhu ini mempunyai hikmah yang sangat dalam. Di antara hikmah wudhu,
seseorang itu dibimbing agar dia memulai aktiviti ibadah dan kehidupannya dengan kesucian
dan keindahan. Wudhu juga sebuah syariat kesucian Allah s.w.t yang ditetapkan kepda kaum
muslimin sebagai permulaan bagi solat dan ibadah yang lain yang berkaitan dengannya. Di
dalamnya terkandung sebuah hikmah yang mengisyaratkan kepada kita bahawa hendaknya
seorang muslim memulai ibadah dan kehidupannya dengan kesucian lahir dan batin. Kerana
asal kata ini sendiri berasal dari kata yang mengandungi makna kebersihan dan keindahan )
‫ة الحسن‬rr‫( والنظاف‬sebagaimana yang dijelaskan oleh para ahli bahasa Arab di dalam kitab
AnNihayah (5/428) dan As Shihhah (2/282)
Kesimpulan

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan bahawa anggota-anggota wuduk selain daripada
anggota wajib yang telah disebutkan, maka ia merupakan sunat yang dituntut (sunat
muakkad). Ini kerana hal tersebut merupakan perkara yang sentiasa dilakukan oleh
Rasulullah SAW dan jarang Baginda SAW meninggalkannya. Oleh itu, barangsiapa yang
melakukannya maka dia mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Walau
bagaimanapun, sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja, maka dia tidaklah berdosa
jika sekiranya mempunyai sebab dan alasan tertentu seperti cuaca yang sejuk dan sebagainya.

Justeru itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna
dan sebaik mungkin dengan tidak meninggalkan basuhan anggota sunat wuduk tersebut jika
tiada keuzuran untuk melakukannya.

Anda mungkin juga menyukai