Anda di halaman 1dari 3

Topik 1: Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa

Aliran Pemikiran Teori Huraian Bahasa

a) Teori Tradisional oleh Panini


b) Teori Sturktural oleh Bloomfield
c) Teori Transformasi generatif oleh Chomsky
d) Teori fungsional oleh Halliday

a) Teori Tradisional oleh Panini


I) kajian bahasa dibuat terhadap bentuk tulisan
II)ahli bahasa Arab mengkaji tulisan al-quran
III)orang Hindu mengkaji tulisan snaskrit
IV) setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk
V) Tatabahasa bersifat sejagat berasaskan tatabahasa Yunani dan latin
VI)Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tabii alam
VII)kajian bahasa bersifat deduktif-mementingkan bukum sesuatu bahasa
VIII)Pengkaji menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat dan kata kerja

Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat
membunyikan suara. Ciri nalu teori mementingkan bahasa tulisan. Semua bahasa mempunyai peraturan
sama dengan bahasa Yunani, mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai
kesalahan. Pengajaran tertumpu pada pengajaran nahu terjemahan.

b) Teori Struktural oleh Bloomfield


I) kajian tentang fonem dan morfem kaitan antara fonem, morfem dan ayat
II)Ciri-ciri bahasa bersifat pertuturan, bersistem, arbitari dan untuk perhubungan
III)mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta yang dilihat

Ia dipelopori oleh Bloomfield ,Edward Sapir, De Saussure dan Otto Jepherson menyetujui bahasa
adalah sistematis, mempunyai tatabahasa sendiri,hidup dan berubah. Perkaitan antara fonem sebagai
unit bahasa yang terkecil dan unit tatabahasa dan ayat dapat dianalisis secara konstituen terdekat.
Bahasa sebagai satu sistem yang mempunyai ciri peraturan, satu sistem, arbitari dan untuk
perhubungan. Mereka menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis. Golongan
sturktural berpendapat huraian bahasa dilakukan secara induktif. Huraian bahasa tidak mementingkan
makna dan analisis dibuat secara luaran.

c) Teori Transformasi Generatif oleh Chomsky


I) penatur jati menggunakan bahasa apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan
II)bahasa ialah sistem tentang rumusan bahasa
III)ayat mempunyai struktur dalaman dengan permukaan
IV)pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental
v) penutur dilahirkan dengan kecekapan semula jadi
vi) bahasa bersifat sejagat dan kreatif

Ia dipelopori oleh Noam Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi
untuk berbahasa. Penutur natif berkerbolehan membentuk dan memahami peraturan yang baharu.
Rumus bahasa secara transformasi yang lengkap berdasarkan penutur matif. Chomsky mendapati
penguasaan bahasa berdasarkan bahasa pertama. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan
menggunakan simbol atau rumus untuk menganalisis nahu.Binaan ayat dihuraikan dengan memahami
struktur luaran dan dalaman.

d) Teori Fungsional oleh Halliday


I) struktur bahasa ikut fungsi dalam komunikasi
ii) kajian tentang perubahan yang belaku pada struktur bahasa ketika seseorang berkomunikasi
iii)terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, interpersonal dan tekstual
iv)fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa

Ia dipelopori oleh Halliday dan Wilkins.Ia mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa
sebagai alat komunikasi.Ia ditumpukan pada bentuk dan perubahan bahasa semasa
berkomunikasi.Bahasa sebagai alat pertuturan .Ia menggambarkan aspek semantik. Penggunaan
bahasa menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Pengukuhan bahasa berlaku secara verbal dan
bukan verbal.

Aliran dan golongan mengkaji bahasa dari segi struktur berfungsi sebagai alat kmunikasi. Perubahan
berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Ciri-ciri bahasa fungsional


a) sistem bahasa digunakan oleh masyarakat untuk berhubung dan berkomunikasi
b) Asas elemen struktur bahasa ialah semantik dan bukan sintaksis
c) timbul beberapa variasi penggunaan bahasa akibat tekanan sosial
d) Bahasa ialah alat perhubungan melalui bahasa penutur boleh menggambarkan fikiran dan dari atau
identiti penutur berkenaan.

Teori Pemerolehan bahasa

Teori Behaviorisme
Pelopor teori ialah Bloomfield, Edward Sapir,Fries Boas dan Brooks, Ahli psikologi ialah Sinner,
Pavlov,Hull dan Thorndike. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan .Proses pengajaran bahasa
menekankan latihan dan pengulangan yang banyak.Proses penguasaan bahasa memerlukan mekanisme
bersistem.

Ia mementingkan perlakuan guru, kawan dan suasana persekitaran murid membantu proses pdpc.Teori
pelaziman klasik membolehkan kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Ia
perlukan pujian.Ujaran terbentuk kerana terdapat rangsangan dan gerak balas bentuk bahasa dan bukan
bahasa.

Seseorang penutur memerlukan rangsangan untuk membolehkan mereka bertutur. Mereka perlukan
rangsangan. Jika diberi pendedahan berulang-ualng, konsep peniruan wujud dan faktor ini
mempercepatkan mereka mempelajari bahasa. Analogi ini digunapakai dalam pdpc bahasa, implikasi
adalah sama.

Aspek pengukuhan penting supaya ilmu diperoleh murid mudah diingati oleh mereka. Kesalahan
bahasa atas kegagalan membentuk kebiasaan bahasa. Pengajaran tatabahasa berdasarkan penekanan
induktif atau kaedah terus, dengar dan tutur serta teknik latih tubi.
Teori Kognitivisme

Pelopor ialah Chomsky. Ia mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan kanak-akank.
Ia berupaya membuat keputusan. Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut tahap umur mereka.
Mereka menguasai kebolehan memahami telebih dahulu sebelum kebolehan bertutur. Dalam proses
pspc bahasa, tulisan dan bacaan diutamakan. Kemahiran menulis penting daripada kemahiran lisan.
Pembelajaran bahasa kanak-kanak diukur melalui kecekapan dan pencapaian mereka. Penyampaian
makna diutamakan daripada struktur pencapaian mereka. Penyampaian makna diumtamakan daripada
stuktur bahasa. Tatabahasa diajarkan secara formal melalui kaedah deduktif.

Teori Interaksinalisme

Ia mementingkan aktiviti komunikasi. Ia menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan


bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasil ayat penyata
dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan memepengaruhi kanak-kanak mempelajari
sistem bahasa.

Teori Kognivisme

Ia mementingkan pembelajaran yang diperoleh murid semasa berinteraksi di dalam bilik darjah.
Pembinaan semula ayat dianggap golongan konstuktivisme sebagai pembangunan semua minda untuk
mencipta sesuatu yang baru atau idea yang baru.

Teori Huraian dan pemerolehan Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran

Ia memahami ilmu berkaitan dengan bahasa dan masyaakat, ilmu linguistik tulen dan ilmu linguistik
berkaitan dengan fikiran. Ketiga-tiga disiplin mempunyai kaitan dengan teori huraian dan
pemerolehan bahasa.

Huraian sosiolinguistik ,isi pelajaran dan huraian bahasa bertunjangkan situasi linguistik. Isi pelajaran
melalui kaedah dan teknik yang betul, Kaedah dn teknik haruslah berpunca daripada strategi
pembelajaran bersumberkan teori pedagogi bahasa. Teori pedagogi bahasa mempunyai kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pemilihan media atau bahan bantu belaajr harus difahamai dan
boleh dibuat oleh guru. Bahan bantu belajar hendaklah sesuai dengan isi, kebolehan murid, situasi bilik
darjah saiz huruf dan objektif pdpc.Keberkesanan penggunaan membantu pencapaian objektif pdpc.

Anda mungkin juga menyukai