Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT AJK PANITIA DSV/PSV (BIL 1/2018) SESI 2018

SK BANDAR TUA, KAMPONG GAJAH, PERAK

TARIKH : 11 JANUARI 2018 (KHAMIS)


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SKBT
PENGERUSI : PUAN MASWANI BINTI AB RASHID
KEHADIRAN : 7/7
KEHADIRAN : 1. EN. MAZLAN BIN SALLEH
2. PN HJH NORUL’ULA BT TAJUDIN
3. PUAN HANIZA BINTI MD DAUD
4. EN AHMAD FAZIL BIN HAMID
5. PUAN ROSMARINA BINTI MOHD ZAINI
6. PN MASWANI BINTI AB RASHID
7. EN HARUN BIN KADRI

Agenda Mesyuarat

1. Kata alu-aluan pengerusi


2. Ucapan Tuan Guru Besar
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Program tahunan panitia.
6. Pinjaman alatan DSV dan PSV
7. Hal-hal lain
1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan terima kasih kepada guru yang hadir.


1.2 Memaklumkan tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti
dan program panitia pendidikan seni 2018 dan hal-hal lain.
1.3 Mengharapkan AJK dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan
program dan aktiviti Panitia PSV serta memperkasakan matapelajaran
DSV dan PSV.

Tindakan :Semua Guru

2.0 UCAPAN TUAN GURU BESAR

2.1 En. Mazlan bin Salleh mengucapkan terima kasih kepada semua guru
kerana dapat hadir ke mesyuarat Panitia Matematik kali pertama sesi 2018.
2.2 Guru Besar mengingatkan agar mesyuarat panitia mesti dijalankan
sebanyak 4 kali setahun. Di samping memberi input dan pelaksanaan
program yang dijalankan.
2.3 Pengurusan panitia yang sistematik akan memberi kesan yang baik kepada
setiap program yang dirancang dan seterusnya meningkatkan prestasi
akademik.
2.4 Guru Besar juga mengingatkan supaya fail Panitia sentiasa dikemaskini
supaya memberi kemudahan semasa pemantauan.
2.5 Guru besar memaklumkan SKBT terlibat dalam kelas bercantum bagi tahun
2 dan 3, 4 dan 5.

Tindakan :Semua Guru

3.0  MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT

3.1 Cadangan: En. Harun bin Kadri

3.2 Sokongan: Pn. Rosmarina binti Mohd Zaini

4.0 PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada perkara berbangkit
5.0 PROGRAM TAHUNAN PANITIA
   
    4.1 Menganjurkan pertandingan mewarna dan melukis poster semasa:
          6.1.1 Hari Kebangsaan
          6.1.2 Hari Kanak-kanak
          6.1.3 Bulan Membaca NILAM
6.1.4 Hari Guru
6.1.5 Pameran Seni Tahun 6 DAN Hari Kesenian Tahun 1
4.2 Guru –guru psv akan bersama-sama menyiapkan BBM mengikut Modul
KSSR.
4.3 Bengkel Ton Warna pada murid-murid tahap
4.4 Kebanyakan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana
kekangan masa dan peralatan yang terhad disamping kemahiran dan
penngetahuan sedia ada murid dan guru terbatas.

Tindakan :Semua Guru

6. 0 PINJAMAN ALATAN DSV/PSV

5.1  Pinjaman alatan PSV telah dibincangan pada mesyuarat panitia kali
pertama. Semua guru dan murid, boleh mendapatkan bahan-bahan
DSV/PSV  di bilik guru.
5.2  Setiap guru dan murid, perlu buat catatan peminjaman dan menyusun
semula ditempat yang telah ditetapkan.
5.4 Barang dan peralatan PSV adalah untuk kegunaan Panitia PSV sahaja
tetapi boleh dipinjam oleh semua warga SKBT dengan kebenaran.

Tindakan :Semua Guru


7.0 HAL-HAL LAIN.

6.1 GK Besar memaklumkan, guru-guru boleh menyenaraikan bahan bantu


mengajar yang yang ingin dibeli menggunakan borang pesanan. Katalog senarai
bahan bantu mengajar juga telah diterima. Pembelian boleh dibuat selepas wang
PCG diterima.
6.2 Minta jasa baik semua guru DSV/PSV untuk menjayakan Program
Tahunan Panitia dengan jayanya.
6.3 Ucapan penangguhan oleh pengerusi mesyuarat dan mesyuarat akan
diadakan pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
6.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
     

DISEDIAKAN OLEH,

.................................................

(MASWANI BINTI AB RASHID)

KETUA PANITIA DSV / PSV

Anda mungkin juga menyukai