Anda di halaman 1dari 8

2.

0 Hujah dan Justifikasi Berkaitan Dengan Faktor Baka dan Faktor Persekitaran Membantu
Dalam Membentuk Personaliti Kanak-kanak.

Sebelum memberikan hujah dan justifikasi berkenaan dengan faktor-faktor dalam membantu
pembentukan personaliti kanak-kanak, adalah lebih baik jika kita ketahui dahulu apakah itu
personaliti. Azlina (2005) mengertikan personaliti sebagai satu perkataan yang kita selalu
gunakan apabila menggambarkan diri seseorang malah diri kita sendiri juga. Personaliti
adalah perkataan yang mana berasal daripada bahasa Latin yang dikenali sebagai pesona.
Pesona merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon yang sedang berlakon di atas
pentas drama.

Kelazimannya, personaliti didefinisikan mengikut kesukaan masyarakat kerana


sesetengah masyarakat beranggapan bahawa seseorang yang berpersonaliti baik adalah
orang yang amat mengagumkan dan mempunyai kebolehan dalam berinteraksi dan bergaul
dengan baik. Terdapat juga manusia yang menganggap seseorang yang sopan santun dan
bercakap lemah lembut mempunyai personaliti yang baik. Hal yang demikian kerana
menurut Rozumah (1987) bertingkah laku perlulah seperti mana yang diterima oleh
masyarakat di sekeliling. Namun begitu, definisi personaliti berdasarkan kepada kepentingan
sosial adalah tidak tepat.

Hal yang demikian kerana ia membawa kesan negatif yang mana tidak munasabah
bagi sesetengah individu yang jelas memiliki ciri-ciri semula jadi yang unik tetapi tidak
dianggap mempunyai personaliti dan sebab yang kedua adalah ia mengehadkan jumlah dan
jenis tingkah laku yang boleh dianggap sebagai aspek personaliti. Ryckman (2000 daripada
Azlina, 2005) mengatakan bahawa para pengkaji personaliti bersepakat dalam
menyelesaikan masalah berkenaan dengan cara mendefinisikan personaliti dengan
mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan teratur di mana ia
dimiliki oleh seseorang individu secara unik yang mana ia boleh mempengaruhi kognitif,
motivasi dan tingkah lakunya dalam pelbagai keadaan yakni dalam satu situasi.

Menurut (Ee, 1995) personaliti juga merujuk kepada pembentukan ataupun


pembinaan psikologi seseorang individu secara keseluruhannya. Ia merangkumi perangai,
kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita, nilai-nilai dan lain-lain lagi.
Kagan, J. Dan Segal, J. (1988 daripada Ee, 1995) mentakrifkan personaliti sebagai “corak
keseluruhan seseorang individu yang mana merangkumi cara ia berfikir, merasa, bertingkah
laku dengan orang di sekelilingnya dan caranya berinteraksi dengan alam di sekitarnya.

2
Tambahan lagi, Allport (daripada Ee, 1995) menyatakan bahawa personaliti adalah
suatu organisasi dinamik sistem psikofizikal dalam diri seseorang individu yang mana
individu tersebut boleh menentukan tingkah laku dan fikirannya secara khusus. Dinamik
dalam ayat di atas membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam tingkah laku
seseorang dan organisasi pula merujuk kepada kerajinan, kesabaran dan sebagainya yang
mana saling mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain. Manakala sistem
psikofizikal pula merujuk kepada sikap, tabiat, nilai, kepercayaan dan lain-lain lagi dalam
membentuk psikologi yang mempunyai perkaitan dengan asas fizikal seperti yang terdapat
di urat saraf dalam tubuh badan kita.

Di samping itu, Eysenck (daripada Ee, 1995) menyatakan bahawa personaliti ialah
organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak seimbang dan dapat
menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitaran di sekelilingnya. Dalam pada
itu, tahukah anda bahawa terdapat dimensi dalam personaliti. Menurut Mohamad (1994),
terdapat berbagai-bagai dimensi dalam personaliti. Antaranya ialah kebimbangan,
kegopohan-kesabaran, introversi-ekstraversi, ritma sirkada dan depresi. Ritma sirkada
adalah sesuatu perjalanan edaran fungsi fisiologi seperti edaran sistem pengeluaran haid
bagi wanita dalam sesuatu hari berlaku menurut ritma harian yang mana dikenali sebagai
ritma sirkada.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza-beza antara


satu sama lain walaupun berada dalam lingkungan persekitaran yang sama. Hal ini
merupakan salah satu perkara yang menjadikan manusia itu unik. Secara umumnya, ciri-ciri
personaliti setiap individu adalah tetap dalam suatu masa tertentu kerana perwatakan
tersebut dapat diperhatikan dan dikesan dengan jelas pada situasi-situasi tertentu. Dalam
pada itu, faktor genetik ataupun lebih dikenali sebagai faktor baka dan faktor persekitaran
telah memainkan peranan dalam mempengaruhi pembentukan personaliti kanak-kanak.
Terdapat beberapa hujah dan justifikasi cara-cara faktor tersebut boleh membantu dalam
pembentukan personaliti kanak-kanak

Jika dilihat dari segi faktor genetik ataupun baka, menurut Lew, Norliza dan
Norulazilah (2014) terdapat empat elemen yang memainkan peranan dalam mempengaruhi
personaliti anak-anak melalui baka ibu bapa mereka. Pertama sekali ialah dari segi bentuk
badan dan diikuti dengan keadaan fizikal, kecerdasan berfikir dan emosi anak-anak itu.
Sheldon (1977 daripada Lewa et. al, 2014) mengatakan bahawa ciri personaliti seseorang
individu sangat berkait rapat dengan bentuk tubuh badannya. Terdapat tiga kategori bentuk
badan manusia yang dibahagi-bahagikan oleh beliau iaitu endomorfik, mesomorfik dan
ektomorfik yang mana setiap kategori ini berkaitan dengan ciri-ciri personaliti.

3
Menurut Dave (2010), endomorfik adalah jenis tubuh badan yang berbentuk gemuk
dan bulat. Kelazimannya mereka yang memiliki bentuk badan seperti ini akan sentiasa
merasa gusar berkenaan dengan diri mereka. Terdapat juga individu di kalangan ini yang
mengalami masalah obesiti yang mana keadaan fizikal individu tersebut berisi yang
menyukarkan pergerakan dan menghalang kelincahan diri. Mereka yang memiliki tubuh
seperti ini tidak tegap dan berada dalam keadaan yang tidak stabil dan juga sering kelihatan
dalam keadaan lembik dan lemah. Tambahan lagi, jika mereka tidak gemuk sekalipun,
rangka badan agak lebar dan besar serta rendah. Bagi aspek personaliti, individu jenis ini
dikatakan sebagai seorang yang periang, suka bergaul, kuat makan dan ekstrovert.

Individu yang berada dalam kumpulan ini kelihatan lebih besar dengan lebihan lemak
terutamanya di sekitar pinggang, peha dan punggung. Selain itu, rangka badan mereka juga
besar dengan pergelangan tangan dan kaki lebih besar dari kebiasaannya. Individu
endomorfik selalu bersikap tawar hati dan mudah kecewa serta putus asa dalam melakukan
sesuatu perkara. Jumlah kalori dalam badan juga tinggi disebabkan oleh kalori yang
terkumpul kerana kurang bersenam. Cabaran paling besar dalam hidup mereka ialah
menghilangkan berat badan mereka kerana diet mereka yang tidak dapat dikawal.

Bentuk badan mesomorfik pula adalah individu yang terdiri dalam kalangan
masyarakat yang sering berkecimpung dalam bidang sukan atau individu ini lebih dikenali
sebagai atlet. Hal yang demikian kerana mereka memiliki kelebihan dan keistimewaan yang
membolehkan mereka mencapai kejayaan dalam bidang kesukanan. Kategori bentuk badan
seperti ini ialah mereka mempunyai keistimewaan dari segi fizikal. Individu dalam kategori ini
memiliki otot yang sasa, kulit keras dan kasar, mempunyai bentuk badan yang tegap dan
lurus serta kelihatan lebih matang daripada umur sebenar. Dalam pada itu, individu dalam
kelompok ini juga mudah untuk mengurangkan dan menambahkan berat badan mereka
dalam satu tempoh masa yang singkat.

Kebiasaannya, individu lelaki mesomorfik memiliki bentuk badan jenis segi empat
bujur manakala si wanitanya memiliki bentuk badan jenis ”hourglass” yakni seperti bentuk
jam pasir, tabung duit ataupun balang kaca yang berisi pasar dan mempunyai fungsi
sebagai pengukur masa. Kebanyakan mereka mempunyai rangka yang sederhana besar
dan skala kelebaran serta ketinggian agak sama. Individu seperti ini suka melakukan aktiviti
yang dapat memberikan diri mereka sebarang cabaran yang baharu. Hal ini kerana mereka
mempunyai sifat keberanian yang tinggi dalam mencuba sesuatu perkara baru dan tahap
keyakinan diri yang tinggi dalam diri mereka juga menyebabkan mereka tidak mempunyai
perasaan malu yang tinggi. Selain tegas dalam memutuskan sesuatu perkara, individu
mesomorfik juga memiliki semangat daya saing yang tinggi.

4
Seterusnya ialah ektomorfik. Ektomorfik adalah individu yang memiliki badan kurus,
tinggi dan pergerakannya berkemungkinan agak perlahan dan lemah-lembut. Individu ini
tinggi tetapi mempunyai rangka yang kecil. Mereka sering kali dikaitkan dengan gaya lembik
dan kelihatan kurus. Penampilan diri mereka seakan kurang “mature” yakni tidak matang
dan juga tidak mempunyai keyakinan yang tinggi serta emosi individu dalam kategori ini
mudah tidak stabil dan sering berada dalam situasi kelam kabut dalam setiap tindakan yang
diambil. Mereka juga mudah diselubungi oleh kemurungan dan kurang tahan terhadap
tekanan yang dihadapi. Individu seperti ini juga kurang aktif dan pesimistik dalam setiap
tindakan.

Individu yang mempunyai badan ektomorfik mempunyai ciri-ciri seperti tangan dan
kaki yang kurus, lemak yang sedikit, bahu, punggung dan dada serta abdomen yang
berbentuk sederhana. Ciri-ciri seperti ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang berbentuk
badan ektomorfik mampu menyertai acara sukan seperti larian jarak jauh, lompat tinggi dan
aktiviti berbasikal. Mereka mempunyai lipid yang kurang dan otot mereka juga tidak begitu
besar. Hal ini menyebabkan berat badan mereka ringan. Dari segi personaliti pula, golongan
ini secara umumnya agak pendiam, tidak suka bergaul, beremosi dan pemalu serta cerdik.

Selain daripada bentuk badan, fizikal juga turut mempengaruhi personaliti


seseorang dalam faktor genetik. Keadaan fizikal khususnya lebih memberikan fokus kepada
sesuatu penyakit seperti kencing manis, leleh atau “asthma”, kanser dan sebagainya.
Kebanyakan penyakit seperti ini disebabkan oleh faktor genetik yang boleh mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang individu. Misalnya, seorang remaja kerap kali jatuh
sakit dan sering kali tidak dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan akan
menyebabkan perkembangan sosialnya terbantut. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi
perkembangan personalitinya seperti akan muncul sifat pemalu dan pendiam dalam diri
remaja itu.

Di samping itu, menurut Lew et, al. (2014), kecerdasan individu juga berkait rapat
dengan baka ibu bapa individu tersebut. Hal itulah yang menyebabkan baka memainkan
peranan yang amat penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya
menonjolkan ciri-ciri personaliti seperti berkeyakinan tinggi, berperwatakan bijaksana dan
berbudi bahasa serta mempunyai sifat keberanian yang tinggi. Walau bagaimanapun,
kadang-kala pelajar yang terlalu cergas juga boleh mengalami masalah penyesuaian dalam
kalangan sosialnya. Hal yang demikian boleh berlaku kerana kanak-kanak seperti ini
mungkin akan bongkak dan riak yang mana akan menyebabkannya tidak dikenali ramai.

5
Akhir sekali, emosi merupakan elemen yang mempengaruhi pembentukan
perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak itu. Seseorang individu yang mewarisi
emosi yang tidak stabil akan mengakibatkan ciri-ciri personaliti seperti agresif dan pemarah
mereka menonjol. Manakala seseorang yang mewarisi emosi yang lebih stabil akan dapat
mengawal perasaan negatif seperti kecewa dan marah serta sedih dengan lebih baik dan
mudah. Individu seperti ini akan mudah didekati oleh orang ramai dan lebih popular.
Kemahiran sosial kanak-kanak akan mudah untuk berlaku dan saling berinteraksi dengan
kanak-kanak yang lain jika mewarisi emosi yang stabil daripada kedua ibu bapanya.

Tambahan lagi, persekitaran juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
dalam mempengaruhi personaliti seseorang itu. Lew et, al (2014) mengatakan bahawa
keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman seorang
kanak-kanak itu merupakan elemen-elemen yang perlu dilihat dari aspek faktor persekitaran
bagi membantu pembentukan perkembangan personaliti kanak-kanak tersebut. Elemen
yang perlu diberikan penekanan yang lebih dalam membentuk personaliti kanak-kanak ialah
keadaan keluarga.

Dalam elemen ini terdapat tiga bahagian lagi yang dipecahkan iaitu keluarga,
pemakanan dan sosioekonomi keluarga kanak-kanak itu. Pembentukan dan perkembangan
personaliti seseorang secara umumnya bermula daripada keluarga. Hal ini menunjukkan
bahawa ia bermula daripada keadaan dan suasana di dalam rumah berkenaan sama ada
berada dalam keadaan yang baik iaitu memiliki suasana yang mesra dan harmonis ataupun
sebaliknya. Bagi memperkembangkan personaliti kanak-kanak tersebut secara positif,
hubungan ibu bapa dengan anak-anak perlu baik dan dapat menjamin bahawa suasana di
rumah akan berada dalam keadaan yang tenteram dan damai.

Pemakanan yang baik juga mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak


tersebut. Makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting secara keseluruhannya
kerana perkembangan bermula sejak daripada lahir lagi. Makanan yang sebaliknya yakni
yang tidak berkhasiat akan membantutkan perkembangan kognitif dan fizikal kanak-kanak.
Misalnya, kanak-kanak yang menjadikan makanan ringan sebagai makanan utama akan
menyebabkan minda kanak-kanak tersebut tidak cergas lalu mengakibatkan keputusan
dalam akademik dan kokurikulum jatuh. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut
mengalami masalah kendiri yang agak tinggi yakni tidak mempunyai keyakinan dalam
melakukan sesuatu dan akan menjadi seorang yang antisosial serta kurang bermotivasi.

6
Taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan dalam pembentukan
personaliti kanak-kanak. Kedudukan atau tahap kewangan sesebuah keluarga akan dapat
menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk memudahkan anak-anak
belajar dan bersosial. Dengan adanya kemudahan seperti komputer, piano, gitar, buku
rujukan, buku cerita dan sebagainya, ia akan dapat membantu kanak-kanak mengetahui dan
mempelajari pelbagai perkara kerana berlakunya pendedahan secara besar-besaran.
Kanak-kanak yang memiliki keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik serta boleh
bermain pelbagai permainan dan alat muzik pasti akan memiliki keyakinan yang tinggi jika
dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

Dalam pada itu, kebudayaan juga memainkan peranan yang penting dalam
membentuk personaliti seseorang kanak-kanak. Hal yang demikian kerana kebudayaan
yang diamalkan mempunyai norma dan nilai kehidupan yang berbeza-beza. Penekanan
yang dijalankan dalam sesebuah kebudayaan akan mempengaruhi pembentukan personaliti
kanak-kanak tersebut. Misalnya dalam kebudayaan Melayu, nilai-nilai seperti hormat-
menghormati, sopan-santun, bertanggungjawab, amanah dan lain-lain lagi amat ditekankan.
Jika kanak-kanak itu hidup dalam kebudayaan seperti itu, sudah tentu kanak-kanak tersebut
akan menjadi seorang individu yang penuh dengan nilai-nilai murni yang baik dan wujudnya
personaliti yang seimbang.

Di samping itu, satu per empat masa kanak-kanak dihabiskan di sekolah. Oleh hal
yang demikian, sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk
personaliti kanak-kanak. Kepimpinan dan suasana yang diamalkan dan dijalankan di
sekolah amat mempengaruhi kanak-kanak. Semua perkara ini bergantung kepada corak
pentadbiran yang dibawa dan dijalankan oleh guru besar ataupun pengetua sekolah
berkenaan kerana mereka merupakan ketua pentadbir sekolah tersebut. Jika sekolah
tersebut menitikberatkan corak pentadbiran yang cekap seperti disiplin murid-murid
diketatkan, maka personaliti pelajar juga akan menjadi seorang yang terbiasa dengan
mematuhi arahan.

Dalam pada itu, guru juga memainkan peranan sebagai model dalam membentuk
personaliti murid-murid. Hal yang demikian kerana setiap sikap yang ditunjukkan oleh para
guru kepada murid-murid akan menyebabkan murid-murid tersebut terikut-ikut dengan
personaliti yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Jika personaliti positif yang ditunjukkan,
maka murid-murid akan dapat mengikuti nilai positif tersebut. Rakan sebaya juga turut
memainkan peranannya dalam membentuk personaliti kanak-kanak itu. Kebanyakan kanak-

7
kanak akan terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Hal yang demikian kerana rakan
sebaya ini mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri sama ada positif ataupun negatif.

Selanjutnya, media massa. Pada zaman era teknologi, media massa menjadi
medium perhubungan yang terpenting dalam kehidupan seharian. Disebabkan itulah media
massa menjadi medium yang mana dapat membentuk personaliti kanak-kanak. Bagi
membentuk personaliti kanak-kanak, media massa perlu menyediakan suatu pendedahan
yang sihat kepada mereka agar perkembangan personaliti mereka yang sihat dan positif
terjamin. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak perlu didedahkan dengan tayangan yang
berunsurkan kerohanian, ilmiah, dan ketamadunan bagi membentuk mereka menjadi
seorang yang berpersonaliti positif.

Dalam pada itu juga, pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi


perkembangan personaliti seseorang individu. Misalnya, kanak-kanak yang telah diberikan
hukuman kerana melakukan kesalahan seperti membuang air kecil di katil akan takut dan
sentiasa bimbang untuk melakukannya sekali lagi. Sebagai contoh lagi, kanak-kanak yang
tidak mendapat pendidikan sewaktu di prasekolah akan berasa rendah diri dan kurang
keyakinan apabila rakan-rakan yang lain mengetahui dia tidak dapat mengenal dan menulis
angka dan angka yang senang pada tahun Satu. Perkara ini akan memberikan impak
negatif yang sangat tinggi kepada personaliti kanak-kanak tersebut. Oleh itu, dinasihati agar
setiap ibu bapa mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara seperti itu
berlaku.

Terakhir adalah masyarakat. Masyarakat yang mempunyai keinginan yakni aspirasi,


harapan dan nilai yang tersendiri boleh mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang
itu. Sebagai contoh, masyarakat yang terbiasa dengan penekanan berkaitan dengan
kepentingan duit iaitu kekayaan dan harta benda akan menyebabkan kanak-kanak yang
hidup dalam masyarakat itu membesar untuk menjadi seorang individu yang sentiasa
mengejar kekayaan dan harta benda tanpa memikirkan nasib orang lain. Nilai-nilai positif
dikebelakangkan dan akan wujudnya kanak-kanak yang berpersonaliti seperti sanggup
untuk menipu, merompak dan sebagainya demi untuk menjadi kaya. Sebaliknya, jika norma
yang dibina sihat, maka akan lahirlah kanak-kanak yang berpersonaliti sihat
bertanggungjawab, rajin, amanah dan sedia membantu orang lain.

Akhir sekali, kita dapat simpulkan bahawa personaliti seseorang individu merupakan
keseluruhan tingkah laku, pemikiran dan perasaan yang boleh membezakan seseorang
individu dengan individu yang lain kerana setiap individu mempunyai nilai dan unsur-unsur
yang berbeza yakni positif ataupun negatif. Dalam pada itu, pengetahuan tentang personaliti

8
melalui inventori-inventori psikologi amat penting bagi murid-murid, guru-guru dan ibu bapa.
Kita sebagai guru yang sebenar kelak perlu peka mengenai bidang ini bagi membantu
murid-murid memotivasikan dalaman mereka agar dapat menyumbang kepada negara kelak
dengan cara menjadi modal insan yang berkualiti dan cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai