Anda di halaman 1dari 2

Kotak Misteri Storyline

Pada suatu pagi seperti hari-hari biasa,setelah sedar dari tidur kamus akan terus pergi ke depan
cermin untuk melihat tulisan yang dia banggakan kerana merasakan dirinya itu ada kewujudan yang
paling penting hingga memandang rendah akan objek-objek lain.Tidak lama kemudian sedang kamus
suka sendiri di depan cermin yang aman dan sunyi,kedengaran bunyi yang kuat dan menganggu
rutin harian si kamus.Kamus kemudiannya memandang ke bawah dan melihat akan pen yang seperti
sedang menari dengan bertemankan musik yang agak kuat.Dengan muka yang bengis kamus seakan-
akan terjerit kearah pen kerana musiknya yang dibuka terlalu kuat.Namun pen tidak sedar akan
kehadiran kamus yang sedang menjerit kearahnya kerana musik yang terlalu kuat.Kamus mebuat
keputusan untuk mengoyakkan muka surat yang mengandungi perkataan “tolong” dan “senyap” dan
menlotarkan muka surat tersebut ke arah pen.Pen yang terkejut setelah terlihat kertas muka surat
tersebut itu jatuh membukanya dan melihat mesej “tolong” dan “senyap” lalu melihat keatas dan
nampak kamus yang sedang melihatnya dengan muka yang bengis.Pen dengan cepatnya tutup
musiknya dan tunduk ke arah kamus kemudian berlalu pergi.Kamus kemudiannya dengan muka
yang lega meneruskan harinya seperti biasa.

Pada hari seterusnya kamus terjaga dari tidurnya dan mendapati ada kotak yang dia tidak ketahui
dari mana kewujudannya sehingga hari itu.Dia tidak mempedulikannya dan meneruskan dengan
rutinya untuk melihat isi kandungannya yang beliau banggakan tetapi alangkah terkejut si kamus
apabila setiap perkataan di dalam dirinya telah hilang.Bingung dengan apa yang terjadi,kamus takut
akan apa yang bakal berlaku kepadanya kerana beliau telah kehilangkan identiti hidupnya.Beliau
kemudian teringat akan kotak yang tidak pernah ada tiba-tiba wujud dan membuat keputusan untuk
membukanya.Kamus mendapati kotak tersebut mengandungi mesej yang tertulis “APA GUNANYA
KAMU SEBAGAI OBJEK YANG SELALU DIRUJUK OLEH ORANG MENGOYAKKAN ISINYA LALU DIBALING
BEGITU SAJA TANPA ADA RASA BERSLAH.KAMU PERLULAH MEMOHON MAAF KEATAS OBJEK YANG
TELAH TERKENA MUSIBAH KERANA KAMU.DIA JUGA MAMPU MENOLONG KAMU BAGI
MENDAPATKAN SEMULA PERKATAAN YANG TELAH HILANG.”Dengan perasaan yang bingung kamus
pun bergegas kebawah untuk mencari pen.

Setibanya Kamus dibawah dia menjumpai sebuah kotak pensil disebelahnya ada papan tanda yang
memberitahu bahawa itu adalah rumah pen tersebut.Kamus kemudiannya,mengetuk dengan sopan
kerana takut tidak mendapat bantuan dari pen untuk kembalikan perkataanya yang telah
hilang.Apabila kamus membuka sahaja kotak pensi,l pen terus tertunduk-tunduk apabila melihat
kamus berada di depannya.Kamus kemudiannya memberhentikan pen dari terus tunduk kepadanya
dan mula untuk meminta kepada pen kerana perlakuannya tempoh hari.Pen tersebut tersunyum
dan memaafkan kamus begitu saja setelah kamus membaling kertas kearahnya dan menunjukkan
muka yang bengis kepadanya.Kamus hairan kenapa pen ini sangat mudah memaafkan dirinya dan
pen kemudiannya menunjukkan muka surat yang diperolehnya tempoh hari dan tanpa berkata apa-
apa cuba untuk memperbaiki muka surat yang terkoyak itu.Selepas mencantumkan muka surat
tersebut pen bantu lagi kamus dengan menulis isi kandungan dia dengan mengikut arahan dari
kamus.Setelah selesai semua pen kemudiannya menghulukur surat yang bertulis “KAMU TELAH
DIANIAYA DAN JIKA ANDA MEMAAFKAN ORANG TERSEBUT MAKA ANDA ADALAH ORANG YANG
TERBAIK DALAM YANG TERBAIK.JIKA ANDA MEMBANTU ORANG YANG MENGANIAYA ANDA MAKA
ANDA TELAH MELAKUKAN JASA YANG BESAR DAN TIDAK BOLEH DILUPKAN.Kamus kemudiannya
menitiskan air mata terharu akan perbuatan pen dan memeluknya.

Anda mungkin juga menyukai