Anda di halaman 1dari 8

Nama : MUHAMMAD FIRDAUS BIN SALIM

No. Matrik : D20181084201


Pengenalan

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang

pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru

dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial,

penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.

Satu penghargaan yang besar sebenarnya kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak

kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi

memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem

pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing,

berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, katanya.

Terdapat pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan

pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah pada masa kini.

Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan

terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga

pembinaan sahsiah anak didik. Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan

meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh

masyarakat,.Warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan

berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.


Namun, pada masa kini tugas guru telah dipersoalkan dalam semua bicara. Contoh situasi

yang akan diberikan dalam hal ini adalah bagaimana saya ingin menyelesaikan masalah

berkenaan pelajar yang mempunyai masalah dalam membaca ,dalam masa yang sama saya

perlu menghabiskan sillibus ASK saya kepada mereka. Tambahan pula ia cukup mencabar

untuk mengajar subjek ini di kelas belakang ,namun saya percaya mereka mampu untuk

mendapatkan sebanyak mungkin input yang akan diberikan berdasarkan kaedah dan cara

yang betul dalam membimbing dan menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

Perbincangan

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun

Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada

tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan Bahasa, faktor emosi, persekitaran,

dan pendidikan . Masalah membaca dalam kalangan pelajar sekolah bukanlah perkara luar

biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam

pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan

membaca pelajar dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera.

Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk

mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah

sesuai dengan kebolehan membaca pelajar.  Kemahiran membaca merupakan asas untuk

memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca memerlukan urutan

atau rentetan yang berulang-ulang bagi memastikan para pelajar dapat memahami apa yang

sedang mereka bacakan serta menguasai proses bacaan tersebut. Kebiasaannya masalah

dalam proses membaca ini banyak dihadapi oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Namun

demikian, terdapat juga segelintir pelajar di sekolah menengah tidak pandai membaca. Hal ini
amat membimbangkan kerana jika mereka tamat persekolahan tanpa menguasai kemahiran

membaca dikhuatiri mereka menghadapi kesukaran dalam persaingan hidup dan untuk

mendapatkan pekerjaan. Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk

membaca, kemahiran kognitif para pelajar juga perlu untuk diambil kira. Hal ini adalah

kerana, setiap pelajar mempunyai kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur

mereka sebaya. Oleh sebab itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara

membaca juga mempunyai hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut.

Cara pembelajaran antara seorang kanak-kanak dengan seorang remaja juga berbeza.

Pemikiran seorang remaja telah kompleks dan mampu untuk menerima banyak ilmu dalam

satu-satu masa berbeza dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih terhad dan

hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka sahaja (Suppiah

Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, 2009). Namun demikian, masalah ketidakbolehan

untuk membaca ini timbul apabila seorang pelajar itu tidak dapat untuk memahami apa yang

telah diajarkan kepada mereka semenjak mereka kanak-kanak lagi sehingga meningkat

dewasa dan menyebabkan masalah keciciran dalam pembacaan. Masalah ini berpunca

daripada kemahiran kognitif pelajar tersebut yang lemah. Bagi mengatasi masalah ini, guru

perlu memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar yang lemah bagi mengelakkan

mereka keciciran.

Masalah dalam membaca juga berlaku akibat ketidakbolehan untuk mentafsir simbol dan

huruf untuk diterjemahkan dalam ayat atau perkataan secara lisan. Menurut Abdul Rasid dan

Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan pelajar

lemah dan tidak berminat dalam proses pembelajaran adalah akibat ketidakcekapan mereka

menguasainya isi pembelajaran yang telah diajar oleh guru. Permasalahan membaca yang ada

dalam diri pelajar adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa
membaca, tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut

perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau

gagal membunyikannya. Masalah ketidakbolehan mentafsir simbol atau huruf untuk

diterjemahkan akan menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya

menjadikan pelajar-pelajar tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.

Selain daripada itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat

dalam gamba rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya Othman

(2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Oleh

sebab itu, pemahaman para pelajar mengenai teks dan gambar rajah yang dilihat oleh mereka

mampu untuk menarik minat mereka membaca tetapi jika mereka tidak dapat memahami apa

yang dibaca oleh mereka akan menimbulkan rasa bosan mereka untuk terus membaca.

Cadangan

Saya mempunyai beberapa kaedah yang mungkin boleh digunakan kepada pelajar yang

mempunyai masalah membaca sebegini iaitu kaedah membuat peta semantik, carta alir, dan

carta organisasi. erdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita

pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik.

Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya

bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas

murid berkenaan. Perkara terpenting adalah pelajar-pelajar ini perlu diajar menguasai

kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca

mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu

mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya


Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas

memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan

teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara

yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan

dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk

melalui gabungan suku kata.Walaupun ianya tiada kaitan dengan subjek Asas Sains

Komputer ,namun ianya asas untuk mereka memantapkan semula cara mereka menguasai

pembacaan. Dalam kaedah ini saya memilih kaedah yang menggunakkan Bahasa Melayu

terlebih dahulu.

Kaedah pertama iaitu kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran

dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini pelajar melihat dan menyebut

perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK menggunakan

prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar memerhati perkataan yang hendak

dipelajari, menyebut perkataan itu, cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan

membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal. Prosedur VAK ini diulang-ulang

sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul. Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT

(Multisensory Reading Method) Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang

bermaksud , V - visual (penglihatan), A – audio (pendengaran) ,K - kinesthetic

( pergerakan ), T - tactile ( sentuhan). Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan”

dalam pembelajaran, Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan

yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain. Dengan cara

ini saya haruslah sedikit bersabar untuk mendapatkan hasilnya. Bagi masalah keseluruhan
kelas pula Guru juga mampu menghasilkan Alat Bantu Mengajar yang hebat dengan

menggunakan perisian yang terdapat di dalam komputer. Jika sebelum ini guru perlu melukis

gambar atau mencari didalam majalah,surat khabar atau bahan – bahan bacaan yang lain dan

menampal di papan hitam, namun kini guru hanya perlu memaparkan gambar atau apa pun

bahan dengan menggunakan powerpoint dan gambar – gambar boleh dicari menggunakan

internet sahaja. Ini menunjukkan kemajuan dalam bidang IT yang mampu mengurangkan

bebanan kepada guru. Selain itu, computer juga mengurangkan bebanan pelajar untuk

membawa buku teks yang tebal ke sekolah. Ini kerana di masa kini terdapat masalah murid-

murid meninggalkan buku teks di rumah kerana tidak mampu membawanya ke sekolah.

Terdapat juga segelintir murid yang sengaja meninggalkan buku mereka di dalam kelas

kerana tidak perlu membawanya untuk jadual keesokannya. Tambahan pula kita bagi kelas

yang bermasalah ini dan saya harus cuba untuk menanam rasa minat pelajar pada subjek ini.

Pendekatan penggunaan multimedia dapat menjadikan proses pencarian maklumat sesuatu

yang menyeronokkan dan menghiburkan bagi mereka . Interaktiviti dalam sistem multimedia

membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian,

keperluan dan cita rasa pelajar. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P di

dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak berasa bosan dan dapat

memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran  

Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan pelaja-pelajar adalah berbeza-beza dan guru hendaklah

memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri

dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah

mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti
dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan

dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik.

Rujukan

Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, 2009

Kamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman

Malaysia Sdn. Bhd.

Peranan ICT dalam Pendidikan diambil dari http://www.scrib.com/doc/62752/PERANAN-

ICT-DALAM-PENDIDIKAN

Guy .L.B., Barbara B.W., Miles A.T, & John B.W. (1994). Reading Difficulties:

Their Diagnosis and Correction. Boston: Allyn and Bacon.

Yahya (2008) Aplikasi computer dalam pengajaran bahasa : penguasaan guru dan kekakngan

dalam perlaksanaan.

Margaret A. R , Lynne K.L., & Janet W.L. (1989). Reading Problems:

Assessment and Teaching Strategies. New Jersey: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai