Anda di halaman 1dari 2

“Tinggallah dengan baik antara satu dengan lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan

mana-mana negeri yang ada di dunia ini.” Ucapan Tunku Abdul Rahman.

Ucapan Tunku Abdul Rahman di atas terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu,
“negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini,” bermaksud
negara kita mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Mari kita ambil masyarakat Kampung Baru Jenjarom sebagai contohnya. Masyarakat Kampung
Baru Jenjarom adalah sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Masing-
masing menganuti agama yang berlainan dan mempunyai pelbagai budaya yang unik dan
tersendiri. Ini jelas kelihatan dengan gerai-gerai atau kedai-kedai makanan yang menawarkan
pelbagai jenis masakan kaum yang berlainan. pelbagai menu masakan Malaysia ada dijual,
semuanya ada nasi lemak, roti canai, mi goreng, nasi kerabu, nasi dagang, nasi putih dengan
lauk-pauk makanan tengah hari dan kuih-muih semuanya ada dijual di kampung baru Jenjarom.

Pelbagai bangsa tidak segan duduk semeja, bersembang dan bergurau senda. Tidak hairanlah
masyarakat Kampung Baru Jenjarom bukan sahaja mempunyai pakainan tradisi yang berlainan
malah sambutan hari perayaan juga berlainan.

Bahagian kedua ulasan Tunku Abdul Rahman, “tinggallah dengan baik antara satu sama dengan
lain....,” bermaksud kita mesti hidup bersatu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Sebagai
contohnya, masyarakat pelbagai kaum setempat bukan sahaja hidup harmoni dengan antara
satu kaum yang lain malah dengan para pekerja asing juga, dengan demikian termakbulah
hasrat Tunku Abdul Rahman untuk membina masyarakat yang berjaya dan ke arah negara yang
kekal berdaulat. Sebenarnya hasrat Tunku Abdul Rahman adakah agar negara kita berdaulat dan
dicintai seperti pepatah melayu ‘ Hujan emas di negeri arang, hujan batu di negeri sendiri,’
betapa baiknya negeri arang, baik juga negeri sendiri.

 
Dalam mengharungi arus pemodenan dan cabaran globalisasi, sesuatuperlu dilakukan untuk
memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.Pendidikan merupakan satu wadah pentng
untuk merealisasikan hasratmurni ini. Secara analoginya, system pendidikan di Malaysia telah
mengalamiperubahan sejak dari zaman sebuelum merdeka hinggalah kini. PelaksanaaanDasar
Bahasa Kebangsaan berteraskan Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Ordinan Pelajaran 1957,Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1983 dan beberapa
penyata serta akata-akta pendidikan yang lain telah membolehkan semua kaum
berkomunikasisecara berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu. Pengenalan satusystem
pendidikan bercorak kebangsaan yang merupakan wadah untukmengeratkan hubungan antara
kaum. Melalui system pendidikan yang sama,pelajar daripada pelbagai kaum akan belajar dan
berinterksi bersama-sama dan proses ini akan menggalakkan proses perpaduan kaum.
KementerianPelajaran juga telah memprkenalkan sekolah wawasan yang menempatkantiga
aliran pendidikan iaitu aliran kebangsaan, Cina, dan India di satukawasan yang sama. Interaksi
antara ketiga-tiga aliran pendidikan ini akanmemperkasakan hubungan antara kaum. Selain itu,
penggunaan BahasaMelaayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsan
turutmembolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sam lain.Sesungguhnya system
pendidikan kebangsaan menjadi pemangkin untukmengeratkan hubungan antara kaum di
Malaysia.

Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi, ledakaninformasi yang drastic dan
radikal yang sedang melanda seantero pelosoknegara, hubungan antara kaum juga
perlu disemarakkan. Amalankemasyarakatan seperti bergotong royong turut membantu
mengeratkanhubungan antara kaum. Inovasi terhadap budaya tolong menolong yangmelahirkan
aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong danRukun Tetangga mampu menjana
semangat perpaduan yang erat dalamkalangan masyarakat. usaha menyemarakkan aktiviti-
aktiviti ini semulaadalah dengan menyediakan insentif-insentif tertentu yang sudah pasti
akanmenambahkan wadah pemupukan perpaduan bangsa. Cadanganmenjalankan aktiviti
gotong royong sebagai satu program nasional atausekurang-kurangnya sebagai acara dalam
perayaan menyambut ulang tahunHari Kemerdekaan wajar dipertimbangkan kerana amalan ii
dapatmemperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

Perkembangan budaya yang berlaku dalam negara ii sejak zamankemerdekaan jelas


menunjukkan bahawa penerapan nilai-nilai budayasesuatu kaum oleh suatu kaum yang lain
berlakku tanpa paksaan. Misalnya,bilangan wanita bukan Melayu yang memakai pakaian
tradisional Melayuseperti baju kurung semasa menghadiri majlis-majlis rasmi
semakinbertambah walaupun tiada sebarang peraturan yang memaksa merekaberbuat
demikian. Demikian jugalah dengan bilangan rakyat bukan Melayuyang menggemari nasi lemak,
sambal belacan dan sebagainya bertambahbanyak. Orang Melayu juga banyak yang menggemari
masakan orang Cinaseperti nasi goring dan kuetiau goring. Penerapan nilai-nilai budaya
berbilangkaum ini akhirnya akan menjurus kepada perpaduan kaum yang utuh dan kukuh.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa unsur-unsur mangkinyang efektif membantu


memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia.Pelbagai pihak perlu bertoleransi, bermuafakat
dan bekerjasama dalamusaha mencapai aspirasi keharmonian dan pemodenan negara bak
katapepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Perpaduan antara
kaum dapat mewujudkan suasana harmoni dalamkalangan masyarakat dan menjadi wadah
penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat glokal mahhupun global.
Perpaduankaum merupakan aset negara yang paling bernilai demi menjamin kemajuannegara
menjelang tahun 2020 dan bagi melahirkan satu bangsa Malaysiayang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

Anda mungkin juga menyukai