Anda di halaman 1dari 12

Hubungi anis 0167626713

untuk mendapatkan kertas 3

Simulasi 2 (Jawab semua soalan)

1 Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berbeza-beza diperkenalkan di Eropah dan Asia
sejak zaman tamadun Yunani, Rom, India dan China.
1(a) Jelaskan perlaksanaan sistem demokrasi di Yunani. (2 markah)
1(b) Sistem Republik di Rom turut mengamalkan prinsip demokrasi.
Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan? (4 markah)
1(c) Bezakan pemerintahan beraja di tamadun India dengan tamadun China. (4 markah)

2. Nabi Muhammad SAW telah berhijrah ke kota Madinah atas jemputan penduduk Madinah
iaitu suku Aus dan Khazraj.
2(a) Jelaskan maksud hijrah. (2 markah)
2(b) Mengapakah Nabi Muhammad SAW mengambil keputusan berhijrah ke Madinah?
(4 markah)
2(c) Selain kejayaan menyebarkan Islam secara aman, apakah kepentingan hijrah orang Islam dari
kota Makkah ke Madinah? (4 markah)

3. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk
atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar di negara kita.
3(a) Namakan dua tokoh tempatan tersebut. (2 markah)
3(b) Mengapakah pemimpin tempatan menentang British? (4 markah)
3(c) Wajarkah pemimpin tempatan menentang penjajahan kuasa Barat.
Beri alasan anda (4 markah)

4. Malaysia adalah sebuah persekutuan 13 negeri yang dikategorikan sebagai negara demokrasi
berparlimen.
Sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Persekutuan_Malaysia
4(a) Jelaskan maksud persekutuan. (2 markah)
4(b) Nyatakan senarai kuasa berikut:
i. Kerajaan Persekutuan; (2 markah)
ii. Kerajaan Negeri; (2 markah)
4(c) Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membawa kebaikan
kepada kedua-dua pihak. Beri penjelasan anda. (4 markah)

5 Tamadun Mesir Purba muncul di lembah Sungai Nil yang subur sehingga membentuk
tamadun manusia yang unggul.
5(a) Nyatakan proses pembentukan tamadun Mesir. (4 markah)
5(b) Jelaskan ciri-ciri tamadun tersebut? (8 markah)
5(c) Terangkan sumbangan tamadun tersebut terhadap kehidupan manusia. (8 markah)

6. Gerakan nasionalisme berlaku apabila masyarakat tempatan menentang segala tekanan dan
penjajahan yang dilakukan oleh British di negara kita.
6(a) Apakah sebab penentangan masyarakat tempatan tersebut? (4 markah)
6(b) Jelaskan faktor pemangkin nasionalisme di negara kita. (8 markah)
6(c) Adakah gerakan nasionalisme di negara kita memberi kesan terhadap tindakan penjajah?
Berikan alasan anda. (8 markah)

7(a) Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan. (8
markah)
7(b) Sukan untuk perpaduan. Beri penjelasan anda. (6 markah)
7(c) Bagaimanakah kita boleh mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum di Malaysia?
(6 markah)
Hubungi anis 0167626713
untuk mendapatkan kertas 3

Simulasi 2 (Jawab semua soalan)

1 Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berbeza-beza diperkenalkan di Eropah dan Asia
sejak zaman tamadun Yunani, Rom, India dan China.
1(a) Jelaskan perlaksanaan sistem demokrasi di Yunani. (2 markah)

Sistem demokrasi di Yunani memberi peluang kepada semua warganegara lelaki

dewasa terlibat dalam politik. Mereka juga boleh menjadi anggota Dewan Perhimpunan.
Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan.

1(b) Sistem Republik di Rom turut mengamalkan prinsip demokrasi.

Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan? (4 markah)

Sistem Republik di Rom melantik dua konsul. Perlantikan ini penting supaya tiada
yang lebih kuasa. Konsul pula akan dibantu oleh Dewan Senat, bagi membincangkan hal
pentadbiran dan perundangan.

1(c) Bezakan pemerintahan beraja di tamadun India dengan tamadun China. (4 markah)

Pemerintahan beraja di India diketuai raja berkuasa mutlak. Brahmin pula

menjadi penasihat raja. Sistem pemerintahan China pula diketuai oleh maharaja.
Maharaja melantik pegawai dalam kalangan rakyat berasaskan peperiksaan awam.

2. Nabi Muhammad SAW telah berhijrah ke kota Madinah atas jemputan penduduk Madinah
iaitu suku Aus dan Khazraj.
2(a) Jelaskan maksud hijrah. (2 markah)

Dalam perkataan Arab hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu
tempat. Berlaku perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam.
Pengertian lebih luas bermaksud menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukan dan
kejahatan. Ia juga bermaksud perubahan sikap, cara berfikir dan tingkah laku.

2(b) Mengapakah Nabi Muhammad SAW mengambil keputusan berhijrah ke Madinah? (4

markah)

Nabi berhijrah ke Madinah kerana perintah Allah melalui wahyu. Allah

memerintahkan nabi segera berhijrah ke Madinah. Hijrah dilakukan kerana ancaman di
Makkah menjejaskan penyebaran Islam. Suasana aman di Madinah memudahkan
penyebaran Islam. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah memerlukan pemimpin
seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.

2(c) Selain kejayaan menyebarkan Islam secara aman, apakah kepentingan hijrah orang Islam dari
kota Makkah ke Madinah? (4 markah)

Kepentingan hijrah ialah untuk mempersaudarakan suku Arab Madinah iaitu Aus
dan Khazraj. Hijrah juga mempersaudarakan orang Islam Makkah dan Madinah. Hijrah
penting kerana nabi dapat membina masjid al-Nabawi di Madinah. Takwim hijrah
bersempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
Hubungi anis 0167626713
untuk mendapatkan kertas 3

3. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk
atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar di negara kita.
3(a) Namakan dua tokoh tempatan tersebut. (2 markah)

Dol Said/Dato Bahaman/Maharaja Lela/Rentap/Mat Salleh/Tok Janggut/Abdul

Rahman Limbong/Yamtuan Antah (mana-mana yang berkaitan)

3(b) Mengapakah pemimpin tempatan menentang British? (4 markah)

Pemimpin tempatan menentang British kerana dasar penaklukan British di daerah

mereka seperti Naning. British juga mengeksploitasi ekonomi tempatan melalui
perjanjian bertujuan menguasai lombong bijih timah. Pelaksanaan pentadbiran Barat
terhadap penduduk tempatan seperti sistem cukai amat membebankan. Campur tangan
British dalam adat resam tempatan tidak boleh diterima pemimpin tempatan.

3(c) Wajarkah pemimpin tempatan menentang penjajahan kuasa Barat.

Beri alasan anda (4 markah)

Ya wajar, kerana dasar penaklukan penjajah Barat dilaksanakan dengan paksaan

contohnya Naning dipaksa menjadi jajahan British di Melaka. British juga menguasai
ekonomi tempatan dengan membawa masuk saudagar Negeri Selat menguasai kekayaan
bijih timah sehingga mengenepikan pemimpin tempatan. Pentadbiran Barat juga
mengenakan cukai yang tidak adil sehingga menyusahkan penduduk tempatan.

4. Malaysia adalah sebuah persekutuan 13 negeri yang dikategorikan sebagai negara demokrasi
berparlimen.
Sumber: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Persekutuan_Malaysia
4(a) Jelaskan maksud persekutuan. (2 markah)

Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah

Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua kerajaan ini
menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

4(b) Nyatakan senarai kuasa berikut:

i. Kerajaan Persekutuan; (2 markah)

Kerajaan Persekutuan - Hal ehwal luar negeri dan Keselamatan dalam negeri

ii. Kerajaan Negeri; (2 markah)

Kerajaan Negeri - Undang-undang Islam, Tanah dan Pertanian

4(c) Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri membawa kebaikan
kepada kedua-dua pihak. Beri penjelasan anda. (4 markah)

Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri membawa kebaikan

kerana memudahkan urusan yang melibatkan kedua-dua kerajaan. Kedua-dua kerajaan
boleh membuat kerjasama memajukan ekonomi. Kedua-dua kerajaan boleh saling bantu-
membantu. Kedua-dua kerajaan juga boleh bertukar kepakaran.
Hubungi anis 0167626713
untuk mendapatkan kertas 3

5 Tamadun Mesir Purba muncul di lembah Sungai Nil yang subur sehingga membentuk
tamadun manusia yang unggul.
5(a) Nyatakan proses pembentukan tamadun Mesir. (4 markah)

Tamadun Mesir pada mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa di sekitar
lembah Nil. Kemudian muncul petempatan tetap yang berkembang menjadi kampung.
Beberapa kampung telah membentuk bandar. Beberapa bandar pula bergabung
membentuk nome atau daerah. Akhirnya daerah dicantumkan dan salah sebuah bandar
membentuk pusat pentadbiran tamadun Mesir seperti Memphis dan Thebes.

5(b) Jelaskan ciri-ciri tamadun tersebut? (8 markah)

Ciri-ciri tamadun Mesir ialah mereka mempunyai pusat pentadbiran seperti di

bandar Thinis. Organisasi masyarakat pula diketuai oleh Firaun yang berkuasa mutlak.
Sistem pemerintahan Mesir diterajui oleh Firaun yang dibantu oleh bangsawan. Berlaku
pengkhususan kerja seperti menenun dan membuat tembikar. Kegiatan perdagangan
maju kerana banyak kapal berlabuh di pelabuhan seperti Thebes dan Memphis. Konsep
politeisme dalam agama dipercayai orang Mesir. Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan
alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit). Mereka juga percaya hidup
selepas mati. Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.

5(c) Terangkan sumbangan tamadun tersebut terhadap kehidupan manusia. (8 markah)

Sumbangan tamadun Mesir antaranya ialah bidang seni bina seperti piramid.
Mereka juga telah membina bangunan menggunakan batu-bata. Mereka juga mencipta
kertas daripada pokok papyrus. Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa
menggantikan kepingan batu bata. Mereka turut mempunyai tulisan hiegrolif yang amat
halus, cantik dan seni. Pendidikan pula untuk melahirkan pegawai kerajaan khasnya
jurutulis terlatih. Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk Firaun
dan masyarakat. Mereka juga mahir dalam bidang fizik, kimia. Ilmu geometri,
matematik dan sains turut melahirkan pengurus pertanian. Pengetahuan matematik dan
sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian. Ilmu matematik dan
astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari 12 bulan setahun.

6. Gerakan nasionalisme berlaku apabila masyarakat tempatan menentang segala tekanan dan
penjajahan yang dilakukan oleh British di negara kita.
6(a) Apakah sebab penentangan masyarakat tempatan tersebut? (4 markah)

Penentangan masyarakat tempatan terhadap British disebabkan dasar penaklukan

British di daerah mereka contohnya Dol Said di Naning. Penentangan juga berlaku
kerana eksploitasi terhadap ekonomi tempatan melalui perjanjian British dengan
pemimpin tempatan. Perlaksanaan pentadbiran Barat terhadap penduduk tempatan juga
ditentang khasnya dalam hal pungutan cukai. Mereka menentang kerana campur tangan
British dalam adat resam tempatan contohnya amalan orang suruhan di Perak.
Hubungi anis 0167626713
untuk mendapatkan kertas 3

6(b) Jelaskan faktor pemangkin nasionalisme di negara kita. (8 markah)

Faktor pemangkin nasionalisme tersebut kerana British memperkenalkan sistem

politik Barat yang memusnahkan sistem politik tradisional. Residen telah mengambil alih
peranan pembesar tempatan yang diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh
pegawai British. Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah vernakular Melayu melahirkan
intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya. Mereka menggunakan
idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. Dasar British
turut menjadi pemangkin nasionalisme apabila British menggalakkan sesiapa sahaja
datang melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Kemasukan
orang asing meningkatkan jumlah imigran dan menimbulkan persaingan kepada penduduk
tempatan. Orang Melayu kekal dengan tanaman padi yang tidak dimajukan oleh British,
ini membangkitkan semangat nasionalisme. British juga membuka bandar baru sebagai
pusat pentadbiran tetapi orang Melayu tetap di kampung yang mundur.

6(c) Adakah gerakan nasionalisme di negara kita memberi kesan terhadap tindakan penjajah?
Berikan alasan anda. (8 markah)

Ya memberi kesan. Alasan saya, selepas penentangan oleh para nasionalis telah
menyebabkan British cuba melindungi orang Melayu dengan memperkenalkan Tanah
Simpanan Melayu. Orang Melayu juga diberi peluang untuk belajar hingga ke Maktab
Perguruan. Sekolah Melayu dibina oleh British untuk orang Melayu. Kampung diberi
kemudahan asas seperti jalan raya. Orang Melayu diberi peluang bekerja sebagai kerani.
Orang Melayu juga dapat menjadi guru di sekolah Melayu. Raja-raja Melayu dikekalkan
dengan mendapat nasihat pihak British.

7(a) Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan. (8
markah)

Usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan dengan menjadikan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi. Kerajaan juga menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang
menjaga martabat bahasa Melayu. Pelancaran “Minggu Bahasa” dan “Bulan Bahasa” telah
menarik minat rakyat kepada bahasa Kebangsaan. Begitu juga dengan pelancaran slogan
“Bahasa Jiwa Bangsa”. Seterusnya, penubuhan sekolah menengah bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Seri Puteri. Kedudukan
bahasa Melayu semakin kukuh apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun
1967. Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada
bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat. Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia pula telah membuktikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Bahasa
Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990.
Hubungi anis 0167626713
untuk mendapatkan kertas 3

7(b) Sukan untuk perpaduan. Beri penjelasan anda. (6 markah)

Sukan berperanan penting sebagai alat perpaduan. Sukan juga dapat

menyemarakkan semangat patriotik semua kaum. Aktiviti sukan haruslah tidak
menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja. Malah perlu terbuka kepada
mereka yang berminat. Di peringkat sekolah, sukan menjadi aktiviti kokurikulum yang
sangat digalakkan kepada semua pelajar. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ditubuhkan di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan untuk
semua. SUKMA pula memainkan peranan mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan
antara negeri.

7(c) Bagaimanakah kita boleh mengukuhkan lagi persefahaman antara kaum di Malaysia? (6
markah)

Kita boleh mengukuhkan persefahaman antara kaum melalui sistem pendidikan

yang sama. Sekolah yang bersifat perkauman perlu dihapuskan. Kerajaan perlu
menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu kepada semua kaum.
Acara sukan dan permainan pula perlu melibatkan semua kaum. Semua kaum tidak boleh
menyentuh sensitiviti kaum lain khasnya dalam hal agama dan adat. Kakitangan awam
juga perlu dipilih meliputi penduduk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Anda mungkin juga menyukai