Anda di halaman 1dari 11

Simulasi 4 (Jawab Semua Soalan)

1(a) Jelaskan sistem perundangan tamadun Yunani. (2 markah)

1(b) Rom mengamalkan undang-undang Hukum Kanun 12.
Bagaimanakah undang-undang tersebut dilaksanakan? (4 markah)
1(c) Bezakan sistem perundangan tamadun India dengan tamadun China. (4 markah)

2(a) Apakah dasar pertanian British yang memberi kesan positif kepada penduduk tempatan?
(2 markah)
2(b) Jelaskan perubahan perundangan tanah sebelum dan selepas penjajahan British. (4 markah)
2(c) Terangkan kesan pengenalan undang-undang tanah British di Tanah Melayu. (4 markah)

3(a) Jelaskan maksud imperialisme. (2 markah)

3(b) Nyatakan empat kuasa imperialis dan jajahannya di Asia Tenggara. (4 markah)
3(c) Mengapakah imperialisme Barat berlaku di Asia Tenggara. (4 markah)

4. Kebuntuan dalam siri rundingan penyelesaian Perang Dunia Kedua membawa kepada
kemunculan Blok Dunia dan Perang Dingin.
4(a) Jelaskan maksud Blok Dunia. (2 markah)
4(b) Mengapakah berlakunya Perang Dingin? (4 markah)
4(c) Bezakan antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis. (4 markah)

5. Pembukaan semula kota Makkah berlaku selepas peristiwa pencabulan Perjanjian

Hudaibiyah.
5(a) Jelaskan latar belakang peristiwa pencabulan Perjanjian tersebut. (4 markah)
5(b) Tentera Islam berjaya menawan semula kota Makkah dengan mudah.
Beri penjelasan anda. (8 markah)
5(c) Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah. (8 markah)

6(a) Jelaskan maksud nasionalisme. (4 markah)

6(b) Mengapakah gerakan nasionalisme muncul di Asia Tenggara pada awal abad ke-20?
(8 markah)
6(c) Sejauh manakah semangat nasionalisme mampu meningkatkan kekuatan perjuangan
menentang penjajah? (8 markah)

7(a) Jelaskan latar belakang pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (4 markah)

7(b) Apakah matlamat pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? (8 markah)
7(c) Jelaskan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (8 markah)
Simulasi 4 (Jawab Semua Soalan)

1(a) Jelaskan sistem perundangan tamadun Yunani. (2 markah)

Di Yunani, Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang. Kepentingan

undang-undang terdapat dalam buku Republic. Negara harus diperintah oleh ahli
falsafah kerana mereka cekap dan berupaya menggubal undang-undang.

1(b) Rom mengamalkan undang-undang Hukum Kanun 12.

Bagaimanakah undang-undang tersebut dilaksanakan? (4 markah)

Hukum Kanun 12 dipahat pada kayu papan 12. Undang-undang tersebut diletakkan
di tempat awam. Undang-undang ini lahir ketika zaman Republik, Maharaja Justinian
mengumpul, mengemaskini dan membukukannya.

1(c) Bezakan sistem perundangan tamadun India dengan tamadun China. (4 markah)

Di India raja berperanan memelihara kesucian undang-undang. Perundangan

dijalankan dengan adil kerana denda dan kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.
Undang-undang tamadun China ada 2 prinsip, pertama berasaskan falsafah Legalisme
yang tegas dan dapat mengawal tingkahlaku manusia. Kedua, berasaskan ajaran
Confucius yang menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian.

2(a) Apakah dasar pertanian British yang memberi kesan positif kepada penduduk tempatan? (2
markah)

Dasar pertanian British yang positif antaranya ialah orang Melayu diperkenalkan
oleh British dengan tanaman yang mempunyai pasaran seperti kopi, tembakau, getah.
Undang-undang pemilikan tanah British, bertujuan untuk melindungi tanah orang Melayu
daripada diceroboh oleh pemodal asing.

Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang
Melayu kerana tanah pada masa itu luas dan jumlah penduduk yang rendah. Urusan cukai
dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu sahaja. Pemilikan
tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa sahaja yang meneroka dan
mengerjakan tanah tersebut. Selepas penjajahan British, rekod bertulis adalah elemen
penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British. Rekod ini juga digunakan
dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah. Tanah juga
dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.

Kesan pengenalan undang-undang tanah telah menyebabkan permohonan

kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu perlu didapati daripada
Pejabat Tanah. Kuasa Pembesar Melayu tiada lagi dalam urusan tanah. Kebenaran
Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.
Bermakna kuasa Residen negeri amat besar untuk menentukan tanah yang boleh diberi
kepada pemodal.

Imperialisme adalah dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya.

Mereka menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme berlaku sejak
zaman Rom, kemudiannya ketika zaman imperialis barat contohnya kuasa British.

Portugal di Melaka, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia, British di Tanah Melayu

Imperialisme berlaku di Asia Tenggara kerana kedudukan Asia Tenggara

strategik di laluan China dan India. Asia Tenggara juga mempunyai tanah yang subur dan
sesuai dengan tanaman getah dan tebu. Asia Tenggara turut kaya dengan bahan mentah
seperti bijih timah sehingga menarik minat imperialis Barat. Revolusi Industri di Eropah
menyebabkan perkilangan secara besar-besaran. Mereka perlu bahan mentah industri
contohnya bijih timah dalam industri mengetin.

Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan. Mereka berusaha untuk
bersatu. Mereka juga bertindak secara bersama. Mereka menjaga kepentingan ahli
mereka.

Perang Dingin berlaku disebabkan ideologi yang berbeza. Fahaman politik mereka
juga berbeza. Persaingan kuasa berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika
Syarikat, dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini dikenali sebagai
Perang dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara
kedua-dua blok ini.

Blok Kapitalis ialah negara Demokratik. Pemilihan kerajaan dilakukan melalui

pilihan raya. Sementara Blok Komunis pula ialah pemerintahan oleh diktator. Parti
Komunis sahaja diiktiraf.

Perjanjian Hudaibiyah hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy

sengaja mencabulinya. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang
dengan Bani Khuza’ah. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah bermakna
Quraisy melanggar perjanjian gencatan senjata. Pihak Islam bertegas menghantar
tentera ke Makkah.

Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam memasuki Makkah secara aman. Tokoh
Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan al-Abbas amat khuatir, lalu memeluk Islam
sebelum kedatangan tentera Islam. 4 pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke
Makkah. Pasukan ini diketuai Khalid al-Walid, Abu Ubaidah, Saad badah dan Zubair al-
Awwam. Mereka datang dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah. Sedikit
penentangan orang Quraisy dihadapi oleh tentera Khalid al-Walid. Taktik ini
memudahkan Makkah dikepung. Akhirnya Makkah berjaya dibuka.

Kepentingan pembukaan kota Makkah ialah pemimpin Quraisy iaitu Abu Suffian
dan al-Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain. Nabi memberi jaminan
keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam kota Makkah. Nabi dapat bertawaf
mengelilingi Kaabah. Nabi telah berpidato menyatakan pentingnya perpaduan. Nabi
memaafkan pihak Quraisy dan tidak berdendam. Kaabah terpelihara daripada unsur
jahiliah. Berhala dihapuskan, umat Islam mendalami ilmu Islam. Makkah menjadi kota
suci umat Islam untuk beribadat. Makkah tempat menunaikan haji.

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa
kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan
kuasa politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan
kebudayaan asing.

Gerakan nasionalalisme muncul di Asia Tenggara kerana dasar penjajah Barat

menimbulkan rasa tidak puas hati orang tempatan. Golongan agama menjadi pencetus
nasionalisme melalui gerakan seperti Gerakan Islah. Dipengaruhi karya kesusasteraan
seperti novel Noli Me Tanggere yang menjadi inspirasi gerakan nasionalisme Asia
Tenggara. Sistem pendidikan yang mengamalkan pilih kasih turut mempengaruhi
gerakan nasionalisme. Kemunculan golongan intelektual yang melanjutkan pelajaran di
Barat dan di Asia Barat memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air.
Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah menyebarkan idea-idea nasionalis dan
menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat. Perkembangan pengangkutan dan
perhubungan memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang tentang idea-
idea nasionalisme. Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis
di Asia Tenggara kerana negara kecil berjaya mengalahkan negara besar.

Semangat nasionalisme mampu meningkatkan perjuangan menentang penjajah,

buktinya di Filipina Tahap pertama mereka berani menuntut agar Filipina dijadikan
wilayah Sepanyol. Tahap kedua matlamat perjuangan mereka ialah menyatukan bangsa
Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
Bukti di Indonesia pada tahap pertama nasionalis Indonesia dengan yakin
memberi tumpuan terhadap isu-isu pendidikan yang dipercayai akan dapat mengubah
nasib rakyat Indonesia. Tahap kedua merupakan perjuangan radikal seperti Parti
Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI). Mereka ingin merdeka
sekalipun dengan kekerasan.
Bukti di IndoChina pula pada tahap pertama perjuangan menentang penjajah
diketuai golongan bangsawan dan pegawai golongan Mandarin. Tahap kedua perjuangan
Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam (PKV) menjadi radikal.
Perjuangan mereka ingin menuntut kemerdekaan.
Sementara itu di Burma tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan
sebuah universiti untuk mereka. Kemudiannya tercetus pula Pemberontakan Saya San.
Selepas itu muncul golongan Thakin yang menuntut kemerdekaan Burma. Sementara
tahap pertama kurang radikal kerana pada mulanya Persatuan Belia Buddha yang
ditubuhkan oleh Sami Buddha hanya menumpukan isu mengekalkan tradisi agama Buddha
dan pendidikan.

PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Ditubuhkan kerana kegagalan Liga
Bangsa yang dibubarkan. Ibu pejabat asal PBB di San Francisco tetapi kemudiannya
berpindah ke New York. Anggotanya terdiri daripada 51 buah negara (pada awalnya) 189
buah negara (2002). Malaysia menjadi ahli PBB tahun 1957.

Matlamat PBB untuk menjamin keamanan dunia. PBB turut menjamin keselamatan
masyarakat sedunia. PBB juga menggalakkan hubungan berbaik-baik negara anggota. PBB
akan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah Antarabangsa. PBB juga melindungi hak
asasi manusia. Perlindungan diberi tanpa mengira bangsa-bangsa di dunia. PBB bertindak
tanpa mengira perbezaan agama. PBB perlu adil tanpa mengira warna kulit. PBB turut
menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Peranan PBB ialah mewujudkan keamanan dunia. Contohnya membentuk pasukan

pendamai di Congo dan Namibia. Pasukan pemerhati di sempadan Iran-Iraq dan
Kampuchea. Pasukan pengaman ke Bosnia. PBB turut menubuhkan Majlis Keselamatan
PBB. PBB juga menubuhkan Bank Dunia untuk membantu negara-negara ahli yang sedang
membangun. Bantuan diberi dari segi kewangan, menyusun semula dan membangunkan
ekonomi negara.

6(b) Mengapakah gerakan nasionalisme muncul di Asia Tenggara pada awal abad ke-20? (8

Anda mungkin juga menyukai