Anda di halaman 1dari 2

Soalan Sejarah

1. Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan? (Buku teks m/s 197)
: George town, Pulau Pinang
2. Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?
(Buku teks m/s 204)
: Tunku Abdul Rahman
3. Siapakah Perdana Menteri yang ke-10
: Yang Amat Berhirmat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
4. Pada tarikh berapakah Malaysia merdeka?
: 31 Ogos 1957
5. Nyatakan proses ke-4 dalam pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
: Penamaan calon ( 15 Jun 1955)
6. Siapakah yang mereka bentuk Stadium Merdeka? (m/s 236)
: S. E. Jewkes
7. Siapakah diundang oleh British untuk mengkaji Pendidikan Cina di Tanah Melayu (m/s 181)
: Dr. William P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao
8. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
: Dato’ Hussein Onn
9. Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?
: Kesultanan Johor-Riau
10. Apakah penekanan yang diberikan oleh Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan
oleh L.J. Barnes? (m/s 180)
menekankan kepentingan sekolah rendah
11. Kiai Salleh telah terlibat dalam usaha menentang kekejaman yang dilakukan oleh Bintang
Tiga. Bagaiamanakah langkah yang telah diambil oleh beliau? (m/s 84 )
mewujudkan pasukan tentera ( pasukan tentera Selempang Merah)
12. Siapakah 3 orang pengurus ladang Eropah yang dibunuh oleh komunis?
Arthur Walker, John Allison , Ian Cristian
13. Apakah peristiwa yang dikenali dengan nama “Sungkit Berdarah”?
Duncan Stewart ditikam oleh Rosli Dhoby
14. Siapakah Perdana Menteri Jepun yang mengheret Jepun ke kancah peperangan?
Jeneral Hideki Tojo
15. Apakah 3 faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
- Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO
Sokongan Pentadbir British
16. Berikan satu objektif Communities Liaison Committee (CLC)(m/s174)
-mengkaji hubungan kaum secara mendalam
membetulkan keadaan politik,ekonomi, dan sosial supaya mewujudkan pembahagian
yang adil untuk semua komuniti.
-mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di negara ini.
17. Siapakah yang memimpin gerakan fasisme yang berjaya menguasai kerajaan itali pada
tahun 1922?
Jawapan: Benito Mussolini dan parti Fasis
18. Apakah antara cara-cara bantahan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union?
Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
Menghantar surat bantahan ke London
Menyokong Kongres Melayu
Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union
Memulaukan upacara penlantikan Gabenor Malayan Union
19. Siapakah yang melancarkan Rancangan Briggs?
Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada tahun 1950
20. Apakah kesan penubuhan Pesekutuan Tanah Melayu 1948?(m/s 136 & 137)
Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu
Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
Membuka ruang kewarganegaraan
Mewujudkan kerjasama kaum
21. Senaraikan dua tentera yang telah menyertai Operasi Barbarossa(m/s 60)
Tentera Finland, Hungary dan Romania

Anda mungkin juga menyukai