Anda di halaman 1dari 3

E-TULIS DALAM INOVASI DIGITAL

Oleh: Mohamad Faris Asyraf Bin Mohd Redzuan


Muhammad Izzat Bin Mazlan
Ahmad Faris Bin Hamdan Fadel

1.0 Tajuk
E-tulis dalam inovasi digital.

2.0 Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang sememangnya tidak
asing lagi bagi guru. Kepelbagaian dalam menggunakan alat bantu mengajar bagi
mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar semakin diberi keutamaan kini.
Perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru
dalam dunia pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru. Namun, ledakan teknologi
maklumat dan telekomunikasi ini menjadi beban kepada guru apabila mereka tidak berjaya
menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini.

Menurut Noriati Abd Rashid (2012) dalam bukunya bertajuk “Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran”, teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam
menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang
tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang
praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.
Teknologi bukanlah semata-mata suatu ilmu pengetahuan tetapi ianya adalah satu proses,
kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu
mencapai kejayaan. Permainan “e-tulis” ini terhasil dari kreativiti dan kemahiran penggunaan
perisian “Microsoft Powerpoint”. Perisian persembahan “Microsoft Powerpoint” mampu
menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru. Di samping itu, penggunaan audio
yang menarik akan meransang deria murid sewaktu sesi PdPC. Dengan menggunakan
permainan ini pengajaran guru dapat disokong dengan bahan bantu mengajar yang lebih
berkesan. Bahan pengajaran yang digunakan ini juga boleh disimpan, diubah suai dan boleh
digunakan pada masa akan dating kerana ianya boleh disunting mengikut keperluan topik
PdPC.

Oleh hal yang demikian, dengan penghasilan inovasi ini juga ianya menggalakan
konsep bermain sambil belajar sewaktu sesi PdPC berlaku. Diharapkan dengan adanya
inovasi ini ianya mampu membantu guru dan memanfaat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di dalam sesi PdPC selaras dengan pengajaran abad ke 21.

3.0 Rasional

Rasional inovasi ini dihasilkan adalah untuk membantu murid-murid untuk menulis dengan
kemas dan betul. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan murid, masih lagi tidak dapat
mengamalkan cara menulis yang betul. Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila masih ada lagi
murid tahun enam yang tidak mampu menulis dengan betul. Menurut Yusof Mahlie dan
Walter Alvin Jiniti (2010) menyatakan bahawa masalah murid dalam pembelajaran
terutamanya melibatkan penulisan merupakan satu isu yang perlu diambil berat kerana hal
ini boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kedua-dua
pengkaji menyatakan lagi, masalah penulisan tangan terutamanya tulisan tangan buruk,
tidak konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang iaitu penjarakkan huruf,
perkataan atau ayat tertinggal dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai
dalam ayat.

4.0 Pernyataan Masalah


Murid perlu menguasai kemahiran motor halus semasa menulis (Ali, Noor Habsah &
Othman Yahya, 2018). Oleh hal yang demikian, inovasi ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan motor halus dalam kalangan murid tahun 3 bagi mengenal pasti tahap
penguasaan motor halus murid-murid berkenaan. Selain itu, Yuznaili Salleh (2016) dan
Levine (2002) menyatakan bahawa motor halus mempunyai hubungan dengan tahap
penguasaan kemahiran menulis mekanis. Hal ini demikian kerana terdapat hubungan
kemahiran motor halus dengan penguasaan kemahiran menulis.

5.0 Objektif
izzat

6.0 Kumpulan sasaran


izzat

7.0 Kepentingan Projek Inovasi


Izzat
8.0 Anggaran Kos Projek Inovasi
Bang long

9.0 Plan Projek Inovasi


Bang long

10.0 Kesimpulan

Bang long

11.0 Rujukan

Yusof Mahlie & Walter Alvin Jiniti. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu : Kajian Kes ke atas Murid
Program Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, Jilid 4:
ms 1-22.

Anda mungkin juga menyukai