Anda di halaman 1dari 18

PENDIDIKAN WANITA

UQA10201
SEMESTER 1, SESI 2020/2021

TAJUK : TEETH GROOMING

Disediakan oleh :

NAMA AHLI NO. MATRIK


NOOR ALIANA BINTI ROSURI CN200097
SITI ZULAIKHA BINTI SHUKERI CN200244
NUR AINI BINTI ZULKARNAIN CN200178
NUR AIN HUDA BINTI MUHAMAD MUNAWAR AA200986
NOR AIDA AKMA BINTI ALIAS AA200244

PENSYARAH : PROF MADYA HJH NAFISAH@KAMARIAH


BINTI HJ MD KAMARUDDIN
SEKSYEN :1
PENGENALAN
Penampilan diri (grooming) merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan
seharian. Sudah pasti setiap orang ingin selalu tampil kelihatan kemas dan menarik agar disukai
oleh orang lain.Penampilan menarik mencerminkan keperibadian seseorang individu. Orang
yang berpenampilan menarik akan dinilai sebagai orang yang memiliki berkeperibadian baik.
Sebaliknya, orang yang kurang mempraktikkan penampilannya dinilai sebagai orang yang
berkeperibadian kurang menarik.

Penampilan yang menarik akan memberikan kesan yang positif bagi pandangan orang
sekeliling.Oleh itu, penampilan diri perlu diberi perhatian dan ditittikberatkan supaya selaras
dengan norma hidup yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

1.1 Definisi Grooming


Grooming dalam bahasa melayu bermaksud penampilan dimana ia adalah satu proses untuk
menjadikan diri kita kelihatan kemas dan menarik.Selain itu,grooming juga merupakan perkara-
perkara yang kita lakukan untuk menjadikan diri dan penampilan seseorang individu lebih
berkeyakinan diri apabila berada dikhalayak ramai

Penampilan seseorang individu mempengaruhi pertentangan atau tanggapan setiap orang di


sekeliling kita atau lebih dikenali sebagai “first impression”.Secara tidak langsung,penampilan
kita juga mempengaruhi profesionalisme, kepandaian dan kepercayaan yang dimiliki oleh
seseorang individu.Penampilan diri melibatkan semua aspek badan kita seperti kebersihan
keseluruhan,muka,badan, gigi dan penampilan pakaian.

Jika dirumuskan secara singkat,grooming menggambarkan penampilan seseorang, dari hujung


rambut hingga ke hujung kaki bermula dari kebersihan tubuh dan kekemasan diri,cara
berpakaian dan percakapan.Kecantikan atau ketampanan seseorang individu bukan hanya dilihat
dari luar saja, tapi juga harus diiringi dari dalam (inner-beauty).Oleh karena itu,tingkah laku dan
tutur kata juga harus diperhatikan dalam menggambarkan imej penampilan yang baik apabila
berhadapan dengan khalayak ramai.
1.2 Grooming Teeth
Grooming Teeth tidak mempunyai definisi yang khusus tetapi boleh dianggap sebagai satu
aktiviti atau perlakuan memelihara gigi, struktur- struktur penyokong gigi dan struktur-struktur
mulut agar sentiasa berada didalam keadaan yang membolehkannya berfungsi dengan baik
sebagai satu unit organ didalam tubuh manusia tanpa menjejaskan kualiti hidup seseorang
individu

1.3 Apa Itu Gigi ?


Gigi ialah struktur kecil berwarna putih yang terdapat didalam mulut.Fungsi gigi ialah sebagai
alat untuk mengunyah makanan,melancarkan percakapan serta menyerikan wajah .
Gigi juga merupakan salah satu organ yang paling keras yang terdapat didalam badan tubuh
manusia.Sebagai bukti,apabila ahli sejarah menjumpai fosil fosil manusia yang tertanam berjuta
tahun lamanya , mereka mendapati bahawa bahagian tubuh fosil tersebut sudah rosak begitu juga
dengan tulang yang retak.Namun begitu,struktur gigi masih elok dan masih kuat.
Manusia mula tumbuh gigi seawal usia 6 bulan dengan jumlah 20 batang gigi dan mempunyai
jumlah gigi yang lengkap pada usia 5 tahun.

1.4 Struktur Gigi

Rajah 1. Struktur gigi manusia

1.5 Kepentingan penjagaan gigi


 Mengelakkan daripada penyakit mulut dan gusi (karies gigi, gusi bernanah)
 Menyerlahkan kecantikan diri
 Mengelakkan nafas berbau
 Melancarkan sistem pemakanan
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBERUS GIGI

2.1 Antara Peralatan Yang Diperlukan ialah :

Alat Ciri-ciri

Bergantung kepada peringkat


umur :

 Saiz
 Bulu
 Tangkai
Berus gigi

Ciri-ciri ubat gigi yang baik :

 Befluorida
 Kurang bahan pelelas

Ubat gigi

2.1 Teknik
Berus Gigi yang Betul

1. Letakkan berus gigi pada permukaan mengunyah (gigi geraham) dan berus dari depan ke
belakang
2. Letakkan berus pada sudut 45° antara gigi dan gusi di bahagian permukaan luar gigi
3. Bagi gigi rahang atas , berus perlahan-lahan dari atas ke bawah
4. Untuk gigi rahang bawah , berus perlahan-lahan dari bawah ke atas
Pada permukaan dalam gigi hadapan , sendengkan berus gigi , berus dari atas ke bawah
dengan menggunakan hujung berus gigi

PENJAGAAN GIGI

3.1 Cara Penjagaan Gigi

Mengikut Tahap Umur


 Pemeriksaan gigi sewajarnya dilakukan secara berkala iaitu sekali setiap enam bulan.
Hal ini sedemikian agar doctor gigi boleh mengesan sekiranya kita mempunyai
masalah gigi pada tahap yang awal.
 Untuk kanak-kanak, mereka ditegaskan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya
dua kali sehari terutamanya sebelum tidur. Hal ini demikian kerana bakteria lebih
aktif membiak ketika kita tidur dan akan menyebabkan gigi rosak dan mulut berbau
busuk apabila bangun tidur nanti.
 Untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut bayi, adalah dinasihatkan untuk hanya
menyapu sedikit ubat gigi pada kain dan sapukan pada gigi mereka untuk
mengelakkan kecederaan.

Pemakanan
 Kita ditegaskan untuk mengawal pengambilan makanan kita dengan mengikuti diet
berpandukan piramid makanan.
 Kanak-kanak yang sering mengambil makanan ringan dan makanan berkalori tinggi,
sewajarnya digantikan diet tersebut dengan memakan buah-buahan, snek sayuran, dan
kerepek demi menjaga kesihatan gigi dan gusi.
 Terdapat juga beberapa makanan yang didapati boleh menambahbaikkan kesihatan gigi
kita. Antaranya ialah:

1. Sayuran hijau
2. Salmon liar
3. Keju
4. Lobak merah
 Menurut kajian, makanan-makanan ini sangat efektif dalam melawan bakteria dalam
mulut serta membantu badan menyerap kalsium untuk pertumbuhan gigi dan tulang.

3.2 Makanan Yang Perlu Dielakkan


 Minuman beralkohol. Ini boleh merosakkan gigi serta membawa kepada masalah mulut
berbau.
 Makanan lebih gula dan makanan ringan.
 Mengunyah ais dan benda keras seangkatang dengannya. Mereka yang mempunyai tabiat
ini boleh membawa kepada isu gigi retak.
PEMERIKSAAN GIGI

4. 1 Pengenalan
Pemeriksaan gigi secara berkala adalah bahagian penting dalam penjagaan kesihatan
pencegahan. Semasa pemeriksaan pergigian, doktor gigi akan membersihkan gigi anda
dan memeriksa rongga dan penyakit gusi. Pemeriksaan itu termasuk menilai risiko anda
mengalami masalah mulut.
4.2 Tempoh Masa Pemeriksaan Gigi
Pemeriksaan gigi hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan sekali bagi yang
berkesempatan. Namun begitu ianya turut bergantung kepada tahap kesihatan mulut
pesakit. Jarak masa ini akan ditentukan dengan meneliti sejauh mana risiko penyakit
mulut yang dihidapi pesakit
4.3 Perkara Yang Dilaksanakan Ketika Pemeriksaan Gigi
Pemeriksaan yang akan dijalankan oleh doktor gigi ialah :
i. Memeriksa gigi, gusi dan mulut anda.
ii. Bertanya tentang kesihatan badan anda (Seseorang yang mempunyai penyakit sistemik
seperti Diabetes (kencing manis), penyakit Kardiovaskular, penyakit perdarahan,
penyakit auto imun adalah mereka yang mempunyai risiko).
iii. Bertanya tentang apa-apa perubahan berkaitan dengan kesihatan gigi, gusi dan mulut
anda semenjak lawatan yang terakhir.
iv. Bertanya dan juga memberi nasihat tentang diet, pengambilan alkohol dan rokok serta
amalan pembersihan gigi (memberus, memflos gigi, penggunaan ubat kumur dan
sebagainya).
v. Berbincang tentang rawatan yang perlu anda terima sekiranya perlu.
vi. Berbincang dan menetapkan tarikh temu janji atau pemeriksaan yang akan datang.
Rajah 4.3.1 Menunjukkan pemeriksaan gigi yang dijalankan disekolah

Setelah melakukan pemeriksaan, doktor gigi anda akan dapat menilai tahap kesihatan
pergigian anda. Seterusnya beliau akan mencadangkan kekerapan pemeriksaan pergigian
yang sesuai bagi anda.

Sekiranya tahap kesihatan pergigian anda sangat baik, anda mungkin akan dinasihatkan
untuk datang semula sekali dalam tempoh 1 hingga 2 tahun.

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah atau faktor risiko , anda akan
dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lebih kerap sama ada 3 bulan, 6 bulan atau
1 tahun.

4.4 Kepentingan Pemeriksaan Gigi Secara Berkala

Pemeriksaan gigi secara rutin membolehkan pengesanan masalah gigi dan gusi pada
peringkat awal. Ini bermaksud sekiranya lubang kecil ditunjukkan sebagai contoh doktor
gigi dapat segera menampalnya supaya keadaan gigi tidak menjadi lebih teruk. Rawatan
awal akan menjimatkan kos perubatan berbanding ketika gigi anda berada dalam keadaan
buruk.

Pemeriksaan berkala juga berfungsi sebagai pengesanan awal untuk memerhatikan


kemungkinan penyakit serius lain dari rongga mulut, termasuk kanser. Doktor gigi boleh
memberi nasihat kepada pesakit untuk berjumpa dengan pakar lain sekiranya
pemeriksaan lebih lanjut diperlukan.

Latih diri agar tidak trauma dengan menangani masalah pergigian. Pada masa ini,
teknologi pergigian berkembang pesat. Salah satunya ialah kesan trauma yang dialami
oleh pesakit dapat dikurangkan. Pesakit tidak lagi merasakan kesakitan yang berlebihan
semasa melakukan rawatan misalnya rawatan saluran akar atau keseluruhan perawatan
gigi. Semua boleh dilakukan dengan selesa.

Rajah 4.4.1 Menunjukkan gigi berlubang sebelum


dan selepas ditampal

4.5 13 Jenis Rawatan Gigi Yang Boleh Dilakukan Di Klinik-Klinik Gigi.

Senarai rawatan gigi:

1) Cuci gigi / Scaling


Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi
(langkah pencegahan)

Rajah 4.5.1 Cuci gigi/ Scaling

2) Tampalan/Simen (Filling)
Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena
pada saraf gigi
Rajah 4.5.2 Tampalan/ Filling

3) Rawatan Akar / Saraf Gigi Root Canal Treatment (RCT)


Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam
melibatkan saraf gigi

Rajah 4.5.3 Rawatan akar/ Root Canal Treatment

4) Sarung gigi / Crown


Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan
berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan
pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati
mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
Rajah 4.5.4 Sarung gigi/ Crown
5) Jambatan/Bridges
Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi. 
Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi
menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan
gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung

Rajah 4.5.5 Jambatan/ Bridge


6) Gigi Palsu/Denture
Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak
disimen)

Rajah 4.5.6 Gigi palsu/ Denture

7) Gigi Palsu Sementara/Immediate Denture


Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)

Rajah 4.5.7 Gigi sementara/ Immediate Denture

8) Tanam Gigi/Implant
Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah
surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.Kos lebih mahal
tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ianya menyerupai
gigi natural

Rajah 4.5.8 Tanam gigi/ Implant


9) Cabutan/Extraction
Cabut apabila gigi tersebut tidak dapat nak diselamatkan
Rajah 4.5.9 Cabutan/Extraction

10) Pemutihan Gigi/Bleaching


Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi

Rajah 4.5.10 Pemutihan/ Bleaching

11) Pengetaman Gigi (Root Planning / Root Debridement)


Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik). 
Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait
dengan masalah gigi yang longgar

Rajah 4.5.11 Pengetaman gigi/ Root Planning


12) Pendakap Gigi/Ortodontic
Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada
kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll
jika tidak dirawat)
Rajah 4.5.12 Pendakap gigi/Ortodontic
13) Mouth guard /Splint
Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut

Rajah 4.5.13 Mouth guard/ Splint

4.6 Amalan Yang Digalakkan Selepas Pemeriksaan Mulut

 Sentiasa menjaga kebersihan mulut


 Elakkan tabiat yang buruk seperti merokok dan makan sirih
 Pakai alat pelindung mulut semasa bersukan bagi mengelakkan kecederaan pada
bahagian muka dan mulut.
TABIAT BURUK YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN GIGI DAN MULUT

5.1 Pengenalan
Gaya hidup anda boleh memberi kesan kepada kesihatan gigi dan kesihatan umum. Oleh itu
adalah penting untuk menjauhkan diri daripada tabiat yang memudaratkan kesihatan gigi. Tabiat
seperti menghisap ibu jari, menghisap botol susu, menggigit jari kuku, menggumam makanan
dan menggigit benda asing boleh menyebabkan masalah seperti karies awal , tergigit pipi dan
bibir, ulser, gigi patah, abrasi gigi, maloklusi dan sebagainya.

Tabiat Kesan Cara Mengatasi


Menghisap ibu jari  Jongang gigi depan  Membalut ibu jari. Ini
atas dapat mengubah
karakter jari dan
Menghisap ibu jari adalah menarik perhatian
normal di peringkat awal.  Masalah gigitan kanak-kanak semasa ia
Kebanyakan kanak-kanak memasukkan jari ke
berhenti menghisap ibu dalam mulut.
jari di antara umur 2  Sapukan perasa yang
hingga 4 tahun. tidak menyenangkan
seperti quinine atau
lada pada ibu jari. Ini
dapat membuatkan ibu
jari atau jari berasa
tidak menyenangkan
dan kanak-kanak tidak
akan memasukkannya
ke dalam mulut
 Berikan pujian,
ganjaran dan perhatian
apabila anak anda tidak
menghisap ibu jari.
 Pastikan mulut anak
anda sibuk dengan
melibatkanya dalam
nyanyian lagu atau
memainkan alat muzik.
 Sentiasa memastikan
tangannya dipenuhi
dengan permainan.
 Kanak- kanak yang
lebih tua selalunya
memahami akan
penjelasan tentang
kesan menghisap jari
pada gigi.
 Dapatkan nasihat
profesional jika tabiat
ini berterusan selepas
gigi kekal hadapan
tumbuh (7 – 8 tahun)

Menggigit kuku  Keratin kuku rosak  Mengetahui kesan


menghisap jari pada
Menggigit kuku boleh  Gigi terdedah pada gigi untuk
menyebabkan masalah bakteria luar dan gigi menggalakkan tabiat
pergigian seperti luka itu dihentikan
pada gusi dan maloklusi mudah rosak.
 Sapukan pengilat
gigi hadapan. kuku yang pahit pada
kuku. Rasa yang tidak
menyenangkan akan
mencegah anda
daripada menggigit
kuku jari
 Kuku jari haruslah
dipotong pendek
untuk mengurangkan
kemungkinan kuku
digigit.
 Terapi perilaku
bermanfaat jika
diperlukan

Kerap memakan  Gigi mudah rosak dan  Amalkan makanan


yang sihat seperti
makanan yang manis sakit gigi.
sayur-sayuran dan
buah buahan dan
kurangkan amalkan
makanan serta
minuman yang manis.
 Segera membersihkan
mulut selepas makan
dan minum benda
yang manis.
5.2 Kesan Penyakit Akibat Tidak Mengamalkan Penjagaan Gigi

Ramai yang tidak tahu bahawa kesihatan oral merupakan cerminan kepada kesihatan tubuh
seseorang malah pelbagai penyakit boleh berpunca daripada mulut dan gigi yang tidak sihat.
Malah mulut dan gigi adalah indikasi pertama untuk mengetahui keadaan tubuh kita kerana ia
adalah gerbang utama masuknya makanan serta bakteria dan kuman.Menjaga kesihatan gigi dan
mulut dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan sekiranya penjagaan kebersihan mulut serta gigi
diabaikan, ia dapat memicu pelbagai penyakit dan bukannya sekadar gigi berlubang, plak, gusi
dan masalah bau mulut.

5.3 Kesan tidak membersihkan gigi :

1. Pembuluh darah tersumbat

Malas menjaga kebersihan gigi dan gusi juga membuat plak berkumpul di dinding pembuluh
darah mengakibatkan aliran darah menjadi lebih lambat atau berhenti sepenuhnya.

2. Strok

Apabila darah tersumbat, aliran darah ke otak pun terganggu menyebabkan oksigen ke otak
berkurangan dan menjadi punca strok.

3. Gusi berdarah

Jangkitan pada tulang yang menyokong gigi boleh berlaku sekiranya mulut jarang
dibersihkan menyebabkan gusi mengalami pendarahan.

4. Pneumonia

Pneumonia atau radang paru-paru akibat jangkitan pada pembuluh darah yang terjadi.

5. Sepsis

Sepsis adalah tindakbalas sistem imun berlebihan terhadap jangkitan yang terjadi pada tubuh
menyebabkan radang pada tubuh dan pembekuan darah.
5.4 Cara Mudah Mengekalkan Kesihatan Gigi

Menjaga berus gigi

 Menjaga berus gigi anda adalah sama pentingnya dengan memilih yang paling selesa
untuk anda. Jangan sekali-kali mengabaikan berus gigi kerana ia adalah persekitaran
yang sempurna untuk bakteria untuk kekal dan berkembang. Selepas memberus gigi
anda, anda perlu ingat untuk membilasnya dengan air, kemudian menyimpannya di
ruang terbuka. Dengan bulu dalam kedudukan tegak, anda tidak perlu bimbang
tentang mikroorganisma berbahaya kerana banyak aliran udara boleh memastikan
berus anda kering sepanjang hari.

Menurut The American Dental Association, orang dewasa perlu menggantikan berus
gigi lama dengan yang baru setiap tiga bulan. Manakala ibu bapa perlu menukar berus
anak-anak mereka lebih awal. Walau bagaimanapun, jika bulu berserabut danhaus
sebelum tempoh tiga bulan, anda boleh menggunakan yang baru serta-merta. Yang
lama tidak berkesan dan berguna lagi.

Menggunakan fluorida

 Fluorida bukan sahaja baik untuk kanak-kanak tetapi ia juga perlu untuk orang
dewasa. Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh membuat enamel gigi anda
lebih kuat dan lebih keras, serta mengurangkan risiko serangan gigi. Fluorida boleh
didapati dalam ubat gigi anda, beberapa jenis ubat, air paip dan rawatan pergigian
yang disediakan oleh doktor gigi anda.

Memberus lidah dan bahagian dalam pipi

 Lidah dan pipi anda adalah dua tempat yang bersentuhan dengan makanan, selain gigi
dan gusi, jadi gula dan asid boleh melekat pada permukaan. Memberus lidah dan pipi
anda selepas pembersihan gigi baik dalam memerangi bakteria di dalam mulut anda,
menjaga gigi yang sihat dan mengelakkan nafas berbau. Anda harus cuba
menggunakan pembersih pipi dan lidah sebagai tabiat selepas memberus gigi.

Elakkan minuman bergula

 Seperti makanan, minuman boleh memberi kesan kepada kesihatan mulut anda.
Minuman seperti minuman ringan, minuman tenaga, dan jus bergula mengandungi
banyak gula atau gula tiruan yang tidak baik untuk gigi anda. Anda boleh mengalami
kerosakan gigi, sakit gigi dan kemudian kehilangan gigi jika anda terus “lupa” untuk
berus atau bilas mulut anda selepas minum. Daripada jenis cecair buruk, anda patut
mengambil lebih banyak air, susu dan jus segar untuk kesihatan yang lebih baik,
senyuman yang bagus dan cahaya kulit.

Jumpa doktor gigi dengan kerap

 Doktor gigi anda dan pakar pergigian yang akan membantu penjagaan gigi. Jangan
tunggu sehingga anda ada kerosakan gigi, anda perlu berjumpa doktor gigi untuk
pemeriksaan secara berkala . Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Anda
juga harus bertanya doktor gigi cara yang betul untuk menjaga kawasan mulut
dengan bersih dan sihat. Berdasarkan status dan keperluan tertentu gigi anda, mereka
boleh membantu untuk membuat pelan memberus setiap hari dan menggunakan flos
yang sesuai untuk anda.

Mulut anda tidak boleh dibersihkan dengan sendiri, sebaliknya, perlu dijaga oleh
anda. Hampir semua kerosakan gigi dan penyakit gusi boleh dicegah dengan
kebersihan mulut yang baik. Cuba tips ini dalam rutin penjagaan gigi anda dan lihat
manfaatnya kepada anda.

Anda mungkin juga menyukai