Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM PELAPIS BOLA BALING SK SEBAUH

TAHUN 2019

1.0         PENDAHULUAN

Sukan bola baling adalah salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan untuk
kecemerlangan Sk Sebauh.

Namun untuk membuat persediaan pemain untuk sukan ini agak sukar kerana jadual pertandingan
sering diadakan pada awal tahun pada bulan Januari. Tempoh ini terlalu singkat untuk mencari bakat
dan melatih murid untuk melengkapkan mereka dari segi kekuatan fizikal, kesediaan mental dan juga
dalam mengadaptasi strategi permainan.

Pencapaian yang lebih cemerlang boleh digapai seandainya usaha pembangunan bola baling dijalankan
lebih awal sebagai persediaan murid sebelum dihantar untuk bertanding. Fokus pada tahun ini adalah
kategori lelaki 12 tahun kebawah.

2.0         RASIONAL

2.1        Memperkenalkan dan mempromosi sukan bola baling di kalangan generasi akar umbi.

2.2        Memajukan sukan bola baling sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

2.3        Melahirkan murid-murid yang sihat dan aktif dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.

2.4        Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim di antara guru-guru dan murid untuk
meningkatkan kualiti sukan bola baling.
3.0         LATAR BELAKANG

3.1        Pemain bawah 11 tahun lelaki pernah bermain bola baling..

4.0        MATLAMAT

4.1        Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan murid dalam sukan bola baling.

4.2 Dapat menyediakan murid dari segi fizikal, mental, teknik dan strategi untuk
pertandingan akan datang.

5.0        OBJEKTIF

5.1        Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan peringkat
daerah.

5.2        Menyemarakkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.

5.3         Memberi pengalaman bertanding kepada peserta.

6.0        TARIKH DAN TEMPAT

6.1        10/6/2019  hingga Januari 2020.

6.2        Tapak perhimpunan SK Sebauh.

7.0.        SASARAN PENYERTAAN

7.1       Murid lelaki bawah 11 tahun SK Sebauh.


8.0.        SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat                 :      Bernard Tahim AK Bael

                                                ( Guru Besar SK Sebauh )

Pengerusi                 :      Affendy b. Awang Ramain

                                                ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )

Penyelaras               :      Muhammad Danial B Jamaludin

                                                ( Guru Penasihat Kelab Bola Baling )

Dokumentasi            :   Muhammad Hilmi B Ahmad Shukri    

9.0     KEWANGAN.      

            9.1    Sijil penghargaan prestasi pemain setiap bulan

                        *sijil kosong telah disediakan

Disediakan oleh :                                                                    Disemak oleh :

MUHAMMAD DANIAL B JAMALUDIN AFFENDY B AWANG RAMAIN

(Guru Penasihat Kelab Bola Baling)         (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBAUH SEKOLAH KEBANGSAAN SEBAUH


Disahkan oleh :

BERNARD TAHIM AK BAEL

(Guru Besar)

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBAUH

Anda mungkin juga menyukai