Anda di halaman 1dari 4

Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

i. Pendahuluan jenis definisi


ii. Pendahuluan jenis pendapat
iii. Pendahuluan jenis suasana
iv. Pendahuluan jenis persoalan
v. Pendahuluan jenis peribahasa
vi. Pendahuluan puisi/lagu
vii. Pendahuluan gabungan

i. Pendahuluan jenis definisi


memberikan takrif / makna / definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh :
Jenayah didefinisikan sebagai perbuatan yang melanggar
undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan
orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis,
jumlah jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40,021 kes pada
tahum 1997 kepada 43,210 kes pada tahun 1998. Di samping itu,
kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung
jenayah.
ii. Pendahuluan jenis pendapat
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia, Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun,
pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Tindakan yang perlu
dilakukan adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada
masa yang sama meneruskan pembangunan. Langkah-langkah yang
drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat
diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran
dapat dielakkan.

iii. Pendahuluan jenis suasana


menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang
bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk
hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu
kami. Sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser, sepasang anak
mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.

iv. Pendahuluan jenis persoalan


mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh :
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin
kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan?
Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu
berjaya? Soalnya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan?

vi. Pendahuluan Jenis Peribahasa


memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai
Contoh :
Peribahasa Melayu “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan
“seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan
masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-
sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam
sesebuah komuniti. Namun semangat bekerjasama dalam masyarakat
semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-
punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang
bertanggungjawab.

vi. Pendahuluan Jenis Lirik Puisi/Lagu


mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan
tema karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan

Bagi insan melahirkan, membesarkan

Becrcucuran air mata bila mengenangkan

Betapakah besar budi, ibunda berikan

Siang malam..menderita hingga entah bila

Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu
ini. Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan
yang berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih
sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi
sudah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk membalas segala jasa
dan pengorbanan mereka.
vii. Pendahuluan Jenis Gabungan
Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinisikan sebagai
kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tindakan merosakkan
atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala
memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas,
telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya (definisi).
Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam
kalangan remaja? (Ayat persoalan)

Apakah fungsi pendahuluan dalam karangan?


- Menarik perhatian dan minat pembaca
- Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan
disentuh dalam isi karangan.
- Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan
kehendak soalan.
Apakah ciri-ciri pendahuluan yang baik?
- Tepat dengan kehendak soalan
- Jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
- Ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
- Ditulis dalam satu perenggan
- Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
UMPAMA SEBUAH PINTU, PENDAHULUAN SANGAT PENTING BAGI MENARIK
MINAT PEMBACA UNTUK MENGETAHUI ISI-ISI YANG AKAN DIKEMUKAKAN OLEH
PENULIS DALAM KARANGAN.

Anda mungkin juga menyukai