Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

ِ ِّ ‫ احلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬،‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫الر ِجي ِم بِس ِم‬


َ َ‫ مَحْداً يُ َوايِف نَِع َم هُ َويُك اَف ُئ َم ِزيْ َدهُ ي اَ َربَّنَ ا ل‬، َ ‫العاْلَ ِمنْي‬
‫ك احلَ ْم ُد‬ َ ‫ب‬ َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ِ ِِ ِ
ْ ْ َّ ‫أَعُ ْوذُ باهلل م َن الشَّْيطَان‬
.‫ك‬َ ِ‫ك ال َك ِرمْيِ َو َع ِظْي ِم ُس ْلطَاْن‬
َ ‫َك َما َيْنبَغِ ْي جِلَالَِل َو ْج ِه‬
‫يَا اهلل يَا َرمْح َان يَا َر ِحْيم‬
Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke atas majlis
perhimpunan kami ini dengan keberkatan dan keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Pelancaran Sambutan
Bulan Kebangsaan 2019 peringkat sekolah ini kami mengangkat tangan, demi memanjatkan rasa
kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan dan pembangunan yang Engkau kurniakan ke
atas negara kami.

Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan dan
kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala perkara yang boleh mengganggu-gugat
keharmonian dan keutuhan perpaduan, rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati
ketika ini.

Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan penuh pasrah jua, agar Engkau
sentiasa memberkati para pemimpin watan ini, rakyat dan sekalian kami yang berhimpun di sini dengan
bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah, limpahkanlah rahim-Mu kepada para pejuang
kemerdekaan negara kami yang amat berjasa dan pasukan keselamatan kami yang sanggup berkorban
demi memastikan keamanan dapat dinikmati sekalian rakyat.

‫الله َّم يَا اهلل‬


ُ
Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa
penghormatan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, memadu kekuatan, demi
membina kecemerlangan dan memacu kemajuan, rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan
ibu pertiwi tercinta.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar dibimbinglah hati kami dengan hidayah-
Mu, dicucurilah diri kami dengan pandangan rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu,
agar kami terus bersatu, dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan
membangunkan watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami
yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan nikmat-Mu.

Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati kami
dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti
dengan penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di
dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Dan kepada-Mu jua kami pasrah, menggantungkan harapan, agar segala usaha dan amal kami
selama hayat dikandung badan, diperkira sebagai amal soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan
ketika berhadapan dengan-Mu, di hari kebangkitan, di waktu seluruh manusia mendapat balasan, antara
kebaikan dan keburukan.

َ ِّ‫ ُسْب َحا َن َرب‬، َ ‫ص ْحبِ ِه أَمْج َعِنْي‬ ِِ ٍ ِ ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا آتِنَا يِف‬
‫ك‬ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَى َسيِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آله َو‬ َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َويَف اآلخَر ِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
َ ‫ َو‬.‫اب النَّا ِر‬
ِ ‫ب‬ ِِ ِ ِ ِ ِّ ‫ر‬
َ ِّ ‫ َو َسالٌَم َعلَى املُْر َسلنْي َ َواحلَ ْم ُد للَّه َر‬،‫ب العَّز ِة َع َّما يَص ُف ْو َن‬
َ ‫العالَمنْي‬ َ

Anda mungkin juga menyukai