Anda di halaman 1dari 6

SEMANTIK DAN MAKNA KONOTASI DALAM SLANGA PELACUR

Mary Fatimah SUBET


Muhammad Zaid DAUD
Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, UNIMAS
sufatimah@unimas.my, zaid_daud93@yahoo.com

Abstrak

Perspektif negatif dalam kalangan masyarakat terhadap komuniti pelacur di mana-


mana di dunia ini membuatkan kajian terhadap dunia pelacuran agak terhad,
misalnya kajian mengenai slanga bahasa yang dituturkan dalam kalangan mereka.
Hal ini disebabkan oleh, dunia pelacuran dianggap sebagai taboo dan suatu
pekerjaan yang tidak bermoral. Setiap kata yang dituturkan oleh mereka mempunyai
makna yang konotatif dan memerlukan terjemahan bagi merungkai setiap makna
slanga mereka ini. Kajian ini menganalisis makna slanga dalam domain bahasa
pelacur. Data telah diperoleh dan dianalisis menggunakan kaedah semantik.
Dengan tumpuan analisis terhadap makna konotasi dalam ujaran pelacur, analisis ini
dapat menjelaskan makna konotatif dalam slanga domain bahasa pelacur dengan
lebih jelas. Slanga bahasa dalam domain ini masih mampu difahami namun, masih
berselindung di sebalik makna eksplisitnya kerana slanga ini dianggap lucah dan
kesat jika dituturkan di tempat awam. Oleh itu, tutur kata golongan pelacur ini dapat
dikemukakan secara terperinci daripada hanya membuat perspektif umum sahaja.

Kata Kunci: slanga, pelacur, semantik, makna konotatif

Semantics and connotative meanings in prostitutes’ slangs

Abstract

Negative perspectives towards prostitutes in various parts of the world result in


limited studies on prostitution, for example, the usage of prostitution slang. This is
because the nature of prostitution itself is a taboo and an immoral job. Every single
word uttered by prostitutes depict connotative meanings and need in depth
understanding to reveal the hidden meanings of their slang. Hence this research aims
to analyse the meanings of the slang in the prostitutions’ language domain. Data
were analysed via the semantic approach. Findings showed the explicit meanings of
the slang in this domain can still be understood but the meanings are hidden because
prostitution slang is believed to be obscene and vulgar and thus considered improper
to be used at public places. In this study, details of prostitutes’ utterances are
brought forward rather than merely offering a general perspective of language use
in this domain.

Keywords: slang, prostitutes, semantics, connotative meanings

1
Pengenalan

Dunia pelacuran dianggap sebagai taboo dan suatu pekerjaan yang tidak bermoral.
Menurut Fatin Hafizah Mohd. Sahar dan Mahani Ishak (2016, hlm. 12), antara faktor
penyebab seseorang terjebak dalam dunia pelacuran adalah seperti faktor ekonomi
yang dapat dikaitkan dengan kemiskinan, terdesak, dan berkeinginan untuk hidup
mewah. Selain itu, faktor sosial seperti keruntuhan moral, keruntuhan rumah tangga
serta pengaruh rakan sebaya juga penyebab seseorang itu terjebak dalam dunia
pelacuran ini. Faktor persekitaran seperti pujukan orang tertentu, dipaksa kerja, cara
hidup dan kepercayaan seperti pergaulan bebas, keseronokan, kebebasan dan wang
juga telah menjadi penyebabnya. Didapati bahawa tangkapan perempuan tempatan
yang disyaki pelacur bagi tahun 2012 – 2015 (Januari – Julai) meningkat setiap tahun
seperti yang dikemukakan dalam jadual 1.

Jadual 1
Tangkapan perempuan tempatan yang disyaki pelacur bagi tahun 2012-2015
(Januari- Julai)

NO. BANGSA 2012 2013 2014 2015


1. Cina 1094 486 837 422
2. Melayu 712 327 480 348
3. India 154 59 228 128
4. Lain – lain 835 697 52 53
JUMLAH 2795 1569 1597 9514
Nota. Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Pelacuran Jejas Moral Masyarakat” oleh
Fatin Hafizah Mohd. Sahar dan Mahani Ishak, 2016, Berita Harian, hlm. 12-13

Fokus utama kajian ini adalah berkaitan dengan slanga yang dituturkan oleh
golongan pelacur ini dengan mengambil kira kebermaknaan analisis makna konotatif
dalam bidang semantik. Golongan ini menggunakan bahasa-bahasa rahsia tertentu
dalam komunikasi antara mereka dengan pelanggan. Bahasa-bahasa rahsia atau
dalam konteks kajian ini bahasa slanga telah menjadi kata kunci antara mereka
ketika berurusan. Merujuk Nur Afiqah Wan Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin
(2015:2), segala suatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan dengan cara
berterus terang namun, ia diungkapkan secara berkias dan berlapik agar kelihatan
lebih sopan melalui kiasan ini. Samalah juga dengan konteks dan situasi golongan
pelacur ini tidak menggunakan bahasa yang mudah untuk mendapatkan pelanggan.

Metod Kajian

Kajian ini menggunakan analisis makna konotatif daripada bidang semantik. Dalam
bidang semantik, makna konotatif atau konotasi secara umumnya merujuk kepada
makna yang dikemukakan secara tersirat dalam sesebuah ujaran. Makna konotatif
juga dilihat sebagai mempunyai kaitan dengan budaya, konteks penggunaan,
pengalaman serta persekitaran, emosi, pendidikan dan pandangan tentang dunia.
Menurut Norsimah Mat Awal (2014), konotasi ialah makna yang tidak berkait

2
dengan sensa, rujukan dan denotasi tetapi mempunyai faktor tambahan seperti
emosi, tahap keformalan dan adakalanya bersifat eufemisme.
Sebanyak 28 data slanga dalam domain pelacuran ini dikumpul daripada
temu bual secara rawak dengan dua orang pelacur jalanan yang telah dirahsiakan
nama, umur dan tempat mereka menjalankan perkhidmatan pelacuran ini.
Kerahsiaan ini adalah untuk menjamin hak privasi mereka. Kajian ini mendapati kata-
kata yang diujarkan oleh responden yang merupakan pelacur juga mempunyai tahap
“kehalusannya” (bagi mereka), walaupun pada sekali pendengaran kata-kata mereka
itu sebenarnya kasar dan kesat. Kajian ini mendapati walaupun kata-kata mereka
memang kasar dan kesat pada sekali pendengaran, namun di sebalik kata-kata
berkenaan, terselit makna “untuk berahsia” akan perbuatan mereka yang tidak
bermoral itu. Maknanya, mereka juga mempunyai “bahasa halus” (walaupun kasar)
mereka sendiri.

Analisis dan Perbincangan

Berikut dikemukakan 5 sampel data (daripada 28 kesemuanya) untuk perbincangan


dalam kertas kerja ini. Data adalah dalam bentuk perkataan dan ayat-ayat yang
mereka kemukakan untuk memberi kefahaman makna kepada pengkaji, dan
seterusnya pengkaji telah menghalusi makna slanga mereka ini dengan aplikasi
semantik dengan memfokus kepada makna konotatif slanga berdasarkan konteks
serta tahap kognitif dan pemikiran pelacur dan pelanggan mereka dalam temu bual
yang dilakukan ketika kutipan data dijalankan.

1. Perkataan : Sekerat jalan.


Contoh ayat :
“Kalau polis datang, sekerat jalan ye sayang.”.
Sekerat jalan ini bermaksud tidak melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.
Dalam konteks pelacuran pula, sekerat jalan merupakan amaran kepada pelanggan
bahawa mereka tidak akan mendapat layanan yang sepenuhnya sekiranya mereka
ingin bertindak luar daripada jangkaan apabila terdapat rondaan polis. Maka mereka
terpaksa berhenti untuk melarikan diri atau bersembunyi daripada tangkapan polis.
Selain itu, sekerat jalan di sini juga bermakna perkhidmatan yang ditawarkan
terpaksa dihentikan walaupun tidak bertepatan dengan bayaran yang dikenakan.
Pelacur mengharapkan agar pelanggan tidak memarahi mereka, sebab itulah
menurut informan kata “sayang” diselitkan untuk mendapat persetujuan pelanggan.
Dalam masa yang sama, kajian ini juga mendapati kata sekerat jalan mampu
menjadi kata kunci kepada pelanggan sebagai langkah berjaga-jaga untuk
meninggalkan hotel sekiranya berlaku serbuan daripada pihak berkuasa.

2. Perkataan : Voodoo.
Contoh ayat
a. “ Nok? Kau kurang pelanggan kan? Apa kata kau voodoo kan diorang nanti
selalu langgan kau je. ”.
b. “ko tolong lah kenalkan aku dengan orang yang boleh voodoo customers
aku jugak”.

3
Voodoo ini merupakan salah satu istilah asli pelacuran yang tidak digunakan
dengan maksud-maksud yang lain tetapi dengan maksudnya yang tersendiri iaitu
pelacur yang kurang pelanggan akan menggunakan istilah ini bagi mendapatkan
pelanggan. Voodoo dalam slanga pelacur adalah istilah ‘guna-guna’ dalam bahasa
Melayu ataupun ilmu hitam yang digunakan kepada pelanggan mereka supaya
sentiasa mendapatkan langganan daripada pelacur yang tetap sahaja. Perbuatan
Voodoo ini dianggap kurang baik kerana akan memberi kesan kepada pelacur dan
pelanggannya. Hal ini demikian kerana apabila seseorang pelacur itu menggunakan
ilmu sihir sudah tentu akan mengakibatkan kesan yang buruk. Dalam mengkaji
slanga pelacur ini, kajian ini turut mendapati bahawa pelacur boleh bertindak lebih
jauh daripada hanya mendagang tubuh mereka. Mereka boleh membomohkan
orang lain.

3. Perkataan : Gundik.
Contoh ayat :
“Gundik tu baru sampai semalam ma”.
Gundik bermaksud perempuan simpanan. Tetapi, dalam kalangan pelacur,
menurut informan, gundik bermaksud pelacur yang baharu dan yang tidak pernah
melayan ramai pelanggan. Kebanyakan pelanggan akan lebih mencari gundik kerana
golongan ini lebih memberikan kepuasan kerana mereka masih baharu. Sama
seperti kajian Subet, M.F, (2015), yang mengemukakan beberapa kelas sosial
pelacur, misalnya pelacuran kelas tinggi, pelacuran kelas elit, pelacuran kelas bawah,
maka daripada kajian Subet, M.F ini pelacur kategori “gundik” ini merupakan satu
lagi kategori kelas pelacur. Daripada kajian ini dan kajian Subet, M.F (2015) itu,
ternyata terdapat empat kelas sosial pelacur yang boleh disusun semula mengikut
kategori iaitu pelacuran kelas tinggi, pelacuran kelas elit, pelacur gundik dan
pelacuran kelas bawah. Dalam kajian ini, pelacur gundik menduduki tempat ketiga
dalam empat kelas berkenaan.

4. Perkataan : China Doll.


Contoh ayat :
“Cuba China Doll bos. Terbaik punya”.
Selain itu, perkataan China Doll pula secara amnya membawa maksud tersurat
iaitu patung Cina ataupun patung dari negara China. Tetapi, China Doll dalam bahasa
pelacur lebih merujuk kepada maksud tersirat iaitu pelacur-pelacur yang diimport
dari negara China. Merujuk kepada Fatin Hafizah Mohd. Sahar dan Mahani Ishak
(2016:12) tentang tangkapan perempuan warga negara asing yang disyaki pelacur
bagi tahun 2012 – 2015 daripada bulan Januari sehingga Julai telah mendapati
bahawa jumlah tangkapan pelacur meningkat setiap tahun dan pelacur dari negara
China paling tinggi tangkapannya jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain
seperti yang dikemukakan dalam jadual 2 di bawah-untuk 6 negara yang berkenaan
sahaja). Dengan itu, kajian ini mendapati bahawa china doll ini merupakan satu
slanga yang merujuk kepada pelacur dari negara China ini.

4
Jadual 2
Tangkapan perempuan warga negara asing yang disyaki pelacur bagi tahun 2012 –
2015 (Januari – Julai)

NO. NEGARA 2012 2013 2014 2015


1. China 5165 4220 4523 1706
2. Indonesia 1418 1258 1450 648
3. Thailand 2009 3158 4635 795
4. Vietnam 3456 4862 7561 4736
5. Filipina 845 465 749 271
6. Myanmar 114 130 216 159
Nota. Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Pelacuran Jejas Moral Masyarakat” oleh
Fatin Hafizah Mohd. Sahar dan Mahani Ishak, 2016, Berita Harian, hlm. 12-13

5. Perkataan : Sales.
Contoh ayat :
“Bape banyak sales dapat malam ni?”.

Perkataan sales secara mudahnya membawa maksud keuntungan. Maksud


tersurat daripada perkataan sales ialah jualan. Penggunaan istilah sales dalam slanga
pelacur juga dalam konteks jualan, tetapi makna tersiratnya lebih kepada
keuntungan kerana mereka memberikan perkhidmatan secara langsung kepada
pelanggan, dan mereka dibayar. Maknanya, pelacur mendapat keuntungan lumayan
dalam perniagaan maksiat ini.

Kesimpulan

Makna konotatif yang terdapat dalam bidang semantik telah dapat diaplikasikan
untuk merungkai setiap makna slanga dalam domain pelacur ini. Setiap slanga yang
diungkapkan oleh golongan pelacur ini telah menjadi kata rahsia dan kebiasaan bagi
golongan ini, iaitu komunikasi antara pelacur dan pelanggannya. Kata-kata yang
tidak langsung ini sememangnya digunakan untuk mencapai makna kefahaman
bersama antara pengujar dan penutur, terutama sekali mereka yang berkongsi
konteks yang sama. Boleh juga dikatakan, kata-kata berahsia ini atau dalam konteks
kajian ini, slanga pelacur begitu rapat dengan pemikiran serta kehidupan masyarakat
mereka. Kajian slanga dalam pertuturan pelacur walaupun berbaur lucah, namun
bagi mereka adalah berbentuk halus tidak seperti yang didakwa sebelum ini, iaitu,
slanga tidak boleh dianggap halus. Namun untuk golongan yang menuturkannya,
kajian ini mendapati, bagi mereka itulah bahasa halus mereka yang penuh rahsia.
Kajian ini mencadangkan, pada masa hadapan, penyelidikan seperti ini juga dapat
memberi gambaran yang tepat dan menyeluruh kepada sarjana tempatan yang lain
atau sarjana Barat yang berminat untuk mendalami budaya hidup dan budaya
komunikasi masyarakat yang berkenaan, yang jarang-jarang atau tiada langsung
dibicarakan apa-apa sahaja tentang mereka dalam dunia akademik seperti golongan
pelacur ini. Walaupun bahasa mereka berbaur lucah dan kesat, dunia akademia

5
seperti jurnal-jurnal akademik perlu mengetengahkan kajian seperti ini semata-mata
untuk kepentingan akademik dan kerancakan penyelidikan dunia bahasa.

Rujukan

Fatin Hafizah Mohd Sahar, & Mahani Ishak (2016, Januari 19). Pelacuran jejas moral
masyarakat. Berita Harian, hlm. 12-13.
Norsimah Mat Awal. (2014). Semantik. Dlm. Mohammad Fadzeli Jaafar (Ed.)
Pengenalan linguistik: Teoretis dan aplikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nur Afiqah Wan Mansor, & Nor Hashimah Jalaluddin (2015). Deria rasa dalam kiasan
Melayu: Analisis semantik inkuisitif. Mahawangsa, 2(1), 1-16.
http://www.mahawangsa.upm.edu.my/ [5 Februari 2016]
Subet, M. F. (2015). Sajak “Pelacur Tua” Analisis teori relevans. Jurnal Bahasa, 15(1),
113-142.

PENGHARGAAN: Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kharull Haffis Ngairan,


Mohammad Shahrul Nizam Bin Abd Wahid, Tangaprabu Murthy dan Gayathiry
Solan dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi, Universiti Malaysia
Sarawak atas bantuan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian
ini.

Anda mungkin juga menyukai