Anda di halaman 1dari 3

Cerita Bawang Merah dan Bawang Putih

Suatu hari dia masuk ke bilik Bawang Merah.

“Sungguh-sungguhkah kau sayangkan suamimu?” tanya Mak Bawang


Putih kepada Bawang Merah.

“Kenapa Mak Cik tanya begitu? Takkan saya tidak sayang kepada
suami!” jawab Bawang Merah.

“Begini, sebenarnya engkau ini tidak layak menjadi permaisuri kerana


tidak berketurunan raja!”

“Benar kata makcik itu. Habis apa saya harus buat?”

Lalu diberi sebungkus miang buluh. Miang buluh itu disuruh tabur di
seluruh tempat tidur baginda.

“Dengan cara ini baginda akan merasa sangat sayang kepada engkau
dan baginda akan lupa sama sekali tentang keturunan engkau,” kata
Mak Bawang Putih. “Tetapi jangan beritahu yang Mak Cik suruh
berbuat begitu,” pesannya lagi.

Malam itu baginda hendak beradu. Oleh kerana terasa hangat,


baginda membuka baju lalu merebahkan diri di atas katil.

“Aduh gatalnya! Miang rasanya. Apakah benda ini?”

“Kenapa kanda?” tanya Bawang Merah terperanjat.

“Apa yang adinda tabur di tempat tidur kanda ini?”

“Dinda tabur miang buluh untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang
kita berdua.”

“Dinda, dinda! Kenapalah dinda bodoh sangat!” keluh baginda sultan.

Di hari lain pula, Mak Bawang Putih masuk lagi ke bilik Bawang Merah
untuk menghasut.

“Bagaimanakah miang buluh yang makcik suruh engkau tabur itu?”


“Saya telah lakukan dan nampaknya baginda murka juga tetapi tidak
berpanjagan.”

“Ini menandakan yang petua ini mulai berjaya kerana kalau baginda
betul-betul murka, tentu dihalaunya engkau,” kata Mak Bawang Putih.
“Ada sejenis lagi ubat kasih sayang yang engkau mesti lakukan
terhadap baginda.”

“Saya tidak mahu lagi makcik. Saya takut baginda murka!”

“Jangan jadi bodoh Bawang Merah. Selagi engkau tidak lakukan yang
ini, kasih sayang engkau tidak akan berpanjangan.”

Mak Bawang Putih berbisik kepada Bawang Merah. Bawang Merah


terperanjat mendengarnya.

“Tidak makcik! Saya tidak mahu melakukannya!”

Mak Bawang Putih terus juga memujuk. Akhirnya Bawang Merah


termakan pujuk. Dia pun mula melakukan apa yang diajar oleh Mak
Bawang Putih itu.

Dia mengambil sebilah kapak yang tajam. Digantung hulunya di atas


palang pintu. Sebaik sahaja baginda membuka pintu, dia akan
menghayun mata kapak itu. Sudah tentu akan mengena dahi baginda.

Tidak lama lagi baginda akan masuk bilik. Bawang Merah bersedia
dengan kapak yang tergantung itu. Baginda pun masuk. Kapak dihayun.

“Aduh kenapa ini dinda?” baginda berteriak kesakitan.

“Kanda!” Bawang Merah menerkam. Darah keluar dari dahi baginda


akibat terkena mata kapak.

“Apakah yang dinda lakukan ini?” tanya baginda kehairanan.

“Untuk mengekalkan hubungan kasih sayang kita berdua!”

“Siapa yang mengajar semua ini?”


“Mm..Mm..Mak Bawang Putih.”

Mak Bawang Putih disuruh menghadap baginda. Oleh kerana niat


jahatnya itu masih tidak dihentikan, baginda menghalau Mak Bawang
Putih dan anaknya Bawang Putih keluar dari istana.

Maka dari itu terpaksalah mereka berdua bekerja semula untuk


menyara hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai