Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

Tugasan – TC60404 Isu-Isu Terkini Komputer Dalam Pendidikan

Tajuk:

KONSEP PELAKSANAAN TEKNOLOGI HIJAU DI SEKOLAH.


JELASKAN.

Catherine Michael Staun


MP1512023T

Pensyarah:

Dr. Abdul Said bin Ambotang

1
PENGENALAN

Pertambahan penduduk, perkembangan teknologi, perubahan budaya masyarakat telah


menggalakkan penggunaan sumber alam sedangkan usaha pemeliharaan alam sekitar tidak
dijalankan (Kassim, Mokhtar dan Haliza, 2004). Menurut Haliza (2010), setiap komponen
dalam alam sekitar turut terancam oleh kemusnahan sumber asli disebabkan aktiviti
pembangunan yang pesat bagi memenuhi permintaan yang tinggi. Pertumbuhan ekonomi,
perindustrian dan peningkatan populasi secara pesat di negara membangun seperti Malaysia
menyebabkan permintaan terhadap tenaga yang boleh diperbaharui semakin meningkat
memandangkan penggunaan bahan api fosil telah dikurangkan secara global (Kamaruddin et al.,
2011).

Di Malaysia, sejak Dasar Teknologi Hijau Negara di lancarkan pada tahun 2009, sebuah
kementerian baru iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah
ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tenaga, teknologi hijau dan air. Kemudian,
Malaysian Green Technology Corporation ditubuhkan sebagai penggerak dan pelaksana kepada
KeTTHA bagi memandu usaha membangunkan dan mempromosi teknologi hijau di Malaysia.
Di samping itu, kerajaan turut mempromosikan bidang teknologi hijau dengan menyediakan
pengecualian cukai pelopor, duti eksais, pengiktirafan dan promosi khas kepada penggiat sektor
terhadap teknologi hijau dalam sistem kehidupan telah diberi penekanan dengan mengumumkan
peruntukan tambahan Green Technology Financial Scheme (GTFS) sebanyak RM 2 bilion
menjadikan keseluruhannya RM 3.5 bilion sebagai insentif bagi penghasilan dan penggunaan
produk berasaskan teknologi hijau (Roslin, 2012).

Berikutan pemerkasaan teknologi hijau di Malaysia, kajian ini ingin mengkaji kesan
daripada penekanan penggunaan teknologi hijau terhadap peranan perhubungan awam hijau.
Teknologi hijau bukan lagi perkara baharu di Malaysia, namun, tahap kesedaran dan
pengetahuan rakyat Malaysia tentang kepentingan teknologi hijau pada masa kini dan hadapan
masih di tahap yang rendah (Muzdalifah, 2011). Oleh itu, ia menjadi cabaran kepada pengamal
perhubungan hijau untuk merangka dan melaksanakan strategi tertentu bagi menggalakkan
masyarakat menggunakan teknologi hijau.

DEFINISI TEKNOLOGI HIJAU

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan
kesan negatif daripada aktiviti manusia. (Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan, 2017)

Bidang "teknologi hijau" merangkumi sekumpulan kaedah dan bahan-bahan yang terus
berkembang, daripada teknik untuk menjana tenaga kepada produk pembersihan tidak
bertoksik. (Green Technology, 2015)

2
KRITERIA TEKNOLOGI HIJAU

Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-
kriteria berikut:

 Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;


 Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
 Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan;
 Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
 Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. (Dasar Teknologi Hijau
Kebangsaan, 2017)

Aplikasi Teknologi Hijau dilihat sebagai salah satu penyelesaian yang digunakan oleh
sesebuah negara untuk menangani isu tenaga dan alam sekitar secara serentak. Teknologi Hijau
ini adalah suatu dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Aplikasi Teknologi
Hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mapan di mana pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa
depan. Sehubungan itu, kita bertanggugjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat
sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang
lebih baik dari sekarang.

TEKNOLOGI HIJAU (ASPEK PENDIDIKAN)

Bagi mencapai objektif Teknologi Hijau, setiap rakyat di Malaysia mesti menjadikan amalan
hijau sebagai budaya hidup. Ibubapa mempunyai peranan yang besar bagi mendidik anak-anak
mereka untuk mengamalkan budaya hijau. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran
tentang Teknologi Hijau dan amalan hijau adalah melalui institusi pendidikan terutama sekolah.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan
pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu
dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang
mesra alam pada masa akan datang.

1. Program Teknologi Hijau

1.1 Program Sekolah Lestari

Pendekatan menerapkan budaya pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar sejak di bangku
sekolah dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar. Program
adalah membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar
dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi
mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari. Program ini
menekankan komponen penghijauan iaitu bahagian terpenting dalam memenuhi kriteria sebagai
Sekolah Lestari.

3
Komponen Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar merangkumi empat komponen, iaitu:


i. Pengurusan
ii. Kurikulum
iii. Kokurikulum
iv. Penghijauan
(Asas Pembentukan Sekolah Lestari, 2012)

i. Pengurusan
Pengetua/Guru Besar memainkan peranan penting sebagai penggerak utama dalam
pembentukan dan pengurusan ke arah Sekolah Lestari. Ini melibatkan perancangan,
pembentukan strategi, pelaksanaan pelan tindakan, pemantauan, penilaian dan penyemakan
semula.

Kerjasama sekolah dengan pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG),
bekas pelajar, masyarakat setempat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan adalah perlu
untuk menjayakan aktiviti Sekolah Lestari. Aktiviti ini dilaksanakan di seluruh kawasan sekolah
seperti pejabat, bilik guru, makmal, bengkel, kantin, tandas, tempat pelupusan sampah dan
kawasan lapang. Amalan 5R (Rethink, Repair, Reduce, Reuse and Recycle, iaitu fikir semula,
baik pulih, kurangkan, guna semula dan kitar semula) diutamakan dalam konteks ini.

ii. Kurikulum
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) menekankan penerapan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum. Unsur tentang,
melalui dan untuk alam sekitar serta nilai murni alam sekitar (Lampiran 2) diterap dengan
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran di sekolah.

iii. Kokurikulum
Kokurikulum sekolah melibatkan tiga komponen berikut:
unit beruniform;
kelab / persatuan; dan
sukan / permainan.

Komitmen dan kreativiti warga sekolah dalam aktiviti kokurikulum diperlukan untuk
meningkatkan amalan hidup lestari.

iv. Penghijauan
Penghijauan menekankan inisiatif untuk meningkatkan mutu persekitaran dan menjadi
pelengkap kepada program keceriaan sekolah yang sedang dilaksanakan. Penghijauan tidak
terhad kepada aktiviti menanam pokok sahaja tetapi juga merangkumi amalan penjimatan
elektrik dan air, pengurusan sampah, penggunaan dan pengitaran semula sesuatu sumber dengan
bijaksana (Asas Pembentukan Sekolah Lestari, 2012).

4
Penerapan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar di kalangan pelajar sangat penting bagi
memastikan sikap cintakan alam sekitar terus kekal di kalangan generasi masa depan. Antara
aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar adalah :

(A) Bahan Penerbitan Jabatan Alam Sekitar

(i)Edaran Siri Modul Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) yang terdiri daripada 7
modul.

(ii)Majalah Era Hijau diterbitkan 4 kali setahun dan diedarkan ke sekolah-sekolah


menengah di seluruh Malaysia secara percuma.

(iii)Risalah Bumi Kita, risalah dwibahasa ini mengandungi 7 tajuk kecil yang berbeza.

(iv)Risalah Amalan Hijau yang terdiri daripada 3 kategori iaitu amalan di sekolah,
pejabat dan rumah.

(v)Poster-Poster Alam Sekitar.

(vi)Bahan-Bahan Audio Visual.

(B) Aktiviti Alam Sekitar Untuk Pelajar Sekolah

(i) Projek Wira Alam

Projek ini merupakan anjuran Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Persatuan
Pencinta Alam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengiktiraf para
pelajar yang aktif dalam usaha perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

(ii) Projek Risalah Alam Sekitar (PRIAS)

PRIAS merupakan suatu aktiviti kesedaran alam sekitar secara tidak formal
memerlukan para pelajar membuat kajian siasatan mengenai isu/pemasalahan semasa
alam sekitar di sekitar sekolah atau mana-mana komuniti berdekatan.

(iii) Program Eco Youth

Program ini memberi peluang kepda para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah
menengah menjalankan aktiviti berbentuk alam sekitar secara berkumpulan. Projek
penyelesaian masalah atau isu alam sekitar di sekolah dilaksanakan dengan kaedah
“Penyelesaian Masalah Kawalan Mutu” (Quality Control Problem Solving
Methodology) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

(iv) Program Penghijauan Sekolah

Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Japanese Chamber of Trade and
Industry Malaysia (JACTIM).

(v) Program KitS

Program Kitar Semula untuk Sekolah-Sekolah (KitS) adalah anjuran Alam Flora Sdn.
Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aktiviti yang

5
dilakukan termasuk ceramah, demontrasi pembuatan kertas, seminar, pertandingan dan
pameran alam sekitar.

(vi) Kuiz Sains Alam Semulajadi

Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

(vii) Program “Renewable Energy and Energy Efficiency”

Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Centre for Training on Re-newable


Energy and Energy Effuciency (CETREE) dan Universiti Sains Malaysia.

(viii) Kem Penyelidikan Sains

Anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan


Malaysia (FRIM).

(xi) Program 3K

Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K)


anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Kumpulan Utusan Malaysia dan Tetra Pak (M) Sdn. Bhd.

1.2 Taman Mesra Alam

Membina taman di sekolah merupakan amalan mesra alam yang paling dinamik kerana
ia membekalkan kandungan oksigen yang tinggi ke atmosfera melalui proses
fotosintesis. Ianya merupakan satu pendekatan dalam aktiviti kurikulum dan
kokurikulum dalam menyemai pembelajaran penghijauan secara praktikal kepada
pelajar. Membina Taman Mesra Alam merupakan salah satu amalan mesra alam yang
boleh diterapkan di sekolah bagi memastikan pelajar menghargai alam sekitar dan
mewujudkan masyarakat yang lebih proaktif dalam merealisasikan usaha kerajaan
memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

1.3 Pertandingan Reka Cipta Teknologi Hijau

Usaha kerajaan untuk menerapkan Teknologi Hijau di kalangan pelajar adalah dari
aspek inovasi iaitu mencipta atau membangunkan Teknologi Hijau dengan mengadakan
pertandingan inovasi iaitu mencipta atau membangunkan Teknologi Hijau dengan
mengadakan pertandingan reka cipta teknologi mesra alam di peringkat sekolah.
Pelajar-pelajar digalakkan mencipta suatu teknologi tanpa membazirkan sumber-
sumber tenaga dan air. Guru juga memainkan peranan dalam memberi bimbingan
kepada pelajar dalam penghasilan teknologi tersebut.

6
1.4 Program Kesedaran Kecekapan Tenaga dan Tenaga Boleh Diperbaharui

Bagi memupuk kesedaran membudayakan amalan hijau di kalangan generasi muda


pula, kementerian telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia serta
Centre for Education, Training and Research In Renewable Energy and Energy
Efficiency (CETREE), Universiti Sains Malaysia, untuk melaksanakan bengkel sekolah
rintis amalan hijau bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara
program yang telah dilaksanakan oleh CETREE ialah Pameran program Kempen
Penjimatan Tenaga & Alam Sekitar dan Kempen Cekap Tenaga di USM, Pertandingan
Eureka, Kereta Solar dan Dapur Suria, Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi
Kebangsaan dan sebagainya. Selain daripada itu, CETREE juga telah membangunkan
Modul Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga Merentasi Kurikulum
Sekolah Rendah di seluruh Malaysia bagi menimbulkan kesedaran murid sekolah di
peringkat awal dalam Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.

1.5 Kempen Kesedaran Di Sekolah

Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi kempen kesedaran tentang
amalan hijau dan teknologi hijau adalah semua warga sekolah perlulah mengamalkan
amalan 5R (Rethink, Repair, Reduce, Reuse and Recycle, iaitu fikir semula, baik pulih,
kurangkan, guna semula dan kitar semula). Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu
menyediakan sudut kitar semula, sudut bacaan dan sudut untuk menampal poster.
Aktiviti gotong-royong juga di galakkan dilaksanakan di sekolah selain daripada
program pameran alam sekitar. Selain itu, mesej tentang kempen kesedaran ini perlulah
disebarkan melalui perhimpunan sekolah.

2. Teknologi Hijau Dalam Pengajaran & Pembelajaran (P&P)

2.1 Aplikasi P&P di luar Negara

Teknologi Hijau seharusnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


bagi sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Teknologi Hijau boleh diajar dalam
setiap masa pelajaran di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan
Teknologi Hijau ini telah lama dilaksanakan di luar negara. Di negara Amerika
Syarikat. U.S Department of Energy’s Office of Energy Efficiency and Renewable
Energy dan Energy Education and Workforce Department serta U.S Environmental
Protection Agency bersama-sama menghasilkan beberapa modul panduan guru tentang
diperbaharui dan kecekapan tenaga. Guru-guru perlu menggunakan modul ini untuk
diaplikasikan dalam P&P mereka.

Contoh, Modul Energy Efficiency Ambassadors. Modul ini digunakan untuk


pelajar-pelajar gred 9 – 12. Topik dalam modul panduan ini adalah berkaitan dengan
Pemuliharaan dan Kecekapan Tenaga. Modul tersebut dilaksanakan dalam subjek
Sains, Bahasa Inggeris dan Teknologi. Aktiviti yang digunakan guru yang terdapat
dalam modul ini adalah berdasarkan “Save Energy’s Green Schools Program”. Di
dalam modul ini terdiri daripada pelbagai aktivti yang boleh digunakan oleh guru untuk
diaplikasikan dalam P&P. Aktiviti yang terdapat dalam modul ini adalah lebih kepada
berpusatkan pelajar dan tugas guru adalah sebagai fasilitator.

7
Pengajaran dimulakan dengan guru menyoal pelajar tentang bagaimana tenaga
boleh dibazirkan dirumah dan kaedah untuk mengatasi masalah tersebut. Pelajar
mendapatkan maklumat tersebut dengan malayari internet atau berhubung serta
menemubual pakar tenaga tempatan tentang kaedah untuk mengurangkan pembaziran
tenaga dan menjimatkan wang. Kemudian, pelajar dikehendaki menjalankan projek
tentang kecekapan tenaga tersebut dengan membentuk kumpulan yang terdiri daripada
2 atau 3 pelajar. Projek ini perlu dipersembahkan dalam bentuk grafik dan juga poster.
Selain itu, kumpulan tersebut perlu menulis jurnal tentang soalan kajian, pengumpulan
data, analisis data dan hasil yang diperolehi. Setiap kumpulan juga perlu menulis skrip
tentang projek kecekapan tenaga tersebut.

2.2 Aplikasi P&P di Malaysia

Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui & Kecekapan Tenaga
(CETREE) dengan kerjasama KPM, KeTTHA dan USM telah menghasilkan Modul
Panduan Guru dan Modul. Aktiviti untuk murid sebagai penduan aplikasi tenaga
diperbaharui & kecekapan tenaga semasa proses P&P dijalankan dan juga Modul
Kokurikulum yang digunakan sebagai aktiviti kelab dan persatuan di peringkat sekolah
rendah. Modul-modul ini telah diedarkan ke 3000 sekolah rendah terpilih. Modul ini
dihasilkan bertujuan menerapkan pengetahuan dari kesedaran tentang tenaga
diperbaharui & kecekapan di kalangan murid sekolah rendah.

Contoh, aplikasi Teknologi Hijau dalam P&P subjuek Sains Tahun 6, Topik,
Pengurusan Sisa Pepejal. Guru memulakan set induksi dengan membahagikan murid
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sampul surat yang
mengandungi penunjuk kitar semula yang telah dipotong kepada beberapa kepingan
kecil. Murid dikehendaki menyelesaian teka-teki dengan menamakan dan menerangkan
tentang penunjuk kitar semula tersebut. Setelah itu, guru menjalankan aktiviti dengan
memberikan murid sarung tangan dan penutup mulut serta beberapa beg plastik
sampah. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan masa selama 20 minit
untuk mengutip sampah yang terdapat di persekitaran sekolah. Setiap kumpulan perlu
meletakkan sampah mengikut tong sampah kitar semula. Kemudian mereka menghitung
jumlah sisa pepejal yang telah dikumpulan dan direkodkan.

Aplikasi Teknologi Hijau dalam P&P subjek Matematik Tahun 5 , Topik,


Ukuran (Pembahagian). Guru memulakan set induksi dengan memberikan murid
gambar rumah solar dan mengandungi jarak rumah. Guru meminta murid mengira
jumlah rumah solar yang terdapat dalam gambar tersebut. Kemudian, guru bertanya
kepada murid, bagaimana untuk membahagikan jarak dengan jumlah rumah solar yang
terdapat dalam gambar tersebut. Guru bertanya kepada murid, bagaimana mereka
mendapat jawapan tersebut. Kemudian, guru menerangkan tentang kebaikan rumah
solar yang menggunakan tenaga matahari sebagai punca tenaga. Aktiviti seterusnya,
guru menerangkan tentang konsep bahagi. Setelah itu, guru meminta murid menjawab
soalan bahagi yang terdapat di dalam Modul Aktiviti murid.

Aplikasi Teknologi Hijau dalam P&P subjek Kemahiran Hidup Tahun 4,


Topik, Elektrik dan Elektronik. Guru memulakan set induksi dengan membuka lampu
dalam bengkel. Guru bertanya kepada murid, dari manakah lampu tersebut mendapat
sumber tenaga dan guru mengaitkannye dengan topik yang akan dipelajari. Aktiviti

8
yang pertama, guru menerangkan tentang sambungan litar elektrik dan guru
menunjukkan contoh litar siri yang mengandungi mentol dan sel suria. Guru
menerangkan penggunaan sel suria yang menggantikan sel kering. Aktiviti seterusnya,
guru menunjukkan contoh projek topi bercahaya yang menggunakan sel suria. Guru
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki
membina projek topi bercahaya. Murid dibekalkan kad kerja topi bercahaya berserta
bahan dan alatan yang diperlukan. Di akhir pengajaran, guru menilai hasil kerja murid.

Aplikasi Teknologi Hijau boleh diajar dalam subjek Fizik Tingkatan 5 dalam
topik elektrik. Contohnya, guru mengajar sub topik tenaga dan kuasa elektrik. Sebagai
set induksi, guru memulakan pengajaran dengan memetik suis lampu atau kipas dan
kemudian guru bertanya kepada pelajar, dari manakah lampu atau kipas tersebut
mendapat tenaga. Guru menerangkan secara ringkas bagaimana untuk mendapatkan
tenaga elektrik samada menggunakan sumber konvensional (tidak boleh diperbaharui)
atau tidak konvensional (boleh diperbaharui/ alternatif). Guru meminta pelajar
menyatakan contoh bagi setiap sumber untuk mendapatkan tenaga elektrik di Malaysia.
Guru juga menerangkan tentang kebaikan membeli barangan elektrik yang cekap
tenaga. Kemudian, guru mengaitkannya dengan subtopik yang akan dipelajari oleh
pelajar. Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. Dalam kumpulan tersebut,
pelajar dikehendaki membuat pemerhatian serta perbincangan terhadap situasi untuk
mendapatkan idea mengenai tenaga elektrik serta kuasa elektrik. Selain itu, pelajar
dikehendaki melakukan aktiviti untuk menyukat tenaga elektrik yang digunakan oleh
alat elektrik di sekolah. Kemudian, pelajar dikehendaki membentangkan hasil
perbincangan yang diperolehi dihadapan kelas. Strategi pembelajaran yang digunakan
adalah secara koperatif dan kontekstual. Bekerjasama dan menghargai adalah nilai-nilai
murni yang dapat ditetapkan ke dalam diri pelajar dalam proses pembelajaran.

Aplikasi Teknologi Hijau dalam subjek Kimia Tingkatan 4 dalam subtopik,


Polimer Sintetik. Set induksi adalah guru meminta pelajar memberikan contoh-contoh
barangan yang diperbuat daripada plastik. Guru membincangkan maksud polimer. Guru
membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul
dan mentafsir data tentang polimer semula jadi dan polimer sintetik. Selain itu, pelejar
perlu mengumpulkan maklumat tentang pembuangan bahan polimer sintetik drumah
untuk satu tempoh masa tertentu dan membincangkan kesan pencemaran yang
diakibatkannya. Kemudian, setiap kumpulan perlu mempersembahkan di hadapan
kelas. Setelah ini, guru menerangkan tentang isu berkaitan dengan penggunaan polimer
sintetik dalam kehidupan harian dengan mengaitkannya dengan teknologi hijau.
Contohnya, menggunakan plastik yang boleh terurai, membawa bekas makanan dan
botol minuman ke kantin ataupun membawa beg ketika membeli belah. Di akhir
pengajaran, guru mengingatkan pelajar tentang kitar semula, yang mana plastik yang
tidak digunakan perlu diletakkan di tong sampah yang betul.

Semasa mengajar topik elektrolisis, aplikasi Teknologi Hijau ini boleh


dilaksanakan Eksperimen atau aktiviti yang melibatkan penggunaan sel kering boleh
ditukarkan kepada sel suria / solar. Contoh eksperimen tersebut adalah elektrolisis
leburan plumbum (II) klorida, elektrolisis asid sulfurik cair, penulenan logam dan
penyaduran logam.

9
Aplikasi Teknologi Hijau dalam subjek Biologi Tingkatan 4 dalam sub topik
Ekosistem Terancam. Set induksi, guru meminta pelajar menyatakan aktiviti-aktiviti
yang boleh mengancam ekosistem beserta contoh. Setelah itu, guru bahagikan pelajar
kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki mengumpulkan dan
mentafsirkan data tentang langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan
ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam bagi menjamin kemandiran hidupan
termasuk perkara berikut; penguatkuasaan undang-undang, penggunaan teknologi,
pendidikan tentang pengurusan sumber yang meliputi pembaharuan sumber,
penggunaan semula sumber, pengitaran semula sumber, pemikiran semula dan
pengurangan penggunaan sumber, pemeliharaan dan pemuliharaan tanah,air, hutan dan
paya bakau, amalan kawalan biologi, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan
kecekapan penggunaan tenaga dan mengekalkan sumber tumbuhan dan haiwan. Pelajar
bagi setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Guru
menilai hasil pembentangan tersebut.

KESIMPULAN

Malaysia komited dalam melaksanakan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan
teknologi hijau yang mendapat pelbagai reaksi, di mana teknologi hijau menjadi teras
pembangunan ekonomi bagi semua negara. Teknologi Hijau merupakan satu teknologi yang
mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas
karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia.
Pelaksanaan Sekolah Lestari juga diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar
mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Ini disebabkan pelajar adalah
generasi penerus dalam menerajui dunia dan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga
alam sekitar daripada tercemar. Justeru itu, pelajar harus diberi pengetahuan dan pengalaman
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar terutama mengenai penggunaan teknologi hijau
bagi mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kemusnahan alam sekitar.

10
BIBLIOGRAFI

Asas Pembentukan Sekolah Lestari. (2012). Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Green Technology. https://www.green-technology.org/what.htm. Tarikh capaian: 21 Mei 2017

Haliza Abdul Rahman. (2010). Human rights to environment in Malaysia. Health and
theEnvironment Journal 1(1): 59-64.

Kamaruddin Abu Bakar, Mohd Fazli Mohd Sam, Md Nor Hayati Tahir, Ismi Rajiani & Norhana
Muslan. (2011). Green Technology compliance in Malaysia for sustainable business
development. Journal of Global Management 2(1): 55-65.

Kassim Mohamad, Mokhtar Muhammad & Haliza Hasan. (2004). Laporan akhir kajian alam
sekitar dan aktiviti manusia sebagai penyumbang pencemaran. Shah Alam: Universiti
Teknologi MARA Shah Alam.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). (2011). Kepentingan teknologi
hijau. http://www.kettha.gov.my/content/kepentinganteknologi- hijau. Tarikh capaian: 1 Mei
2017

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Biologi
Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kimia
Tingkatan Empat. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Fizik
Tingkatan Lima. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Majalah Era Hijau. (2009). Amalan Hijau. Terbitan: Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Keluaran
no. 4.

Mulvaney, Dustin and Robbins,Paul. (2011). Green Technology. Washington DC: SAGE
Publications Inc.

Muzdalifah Mustapha. 2011. Kepentingan teknologi hijau. Utusan Online, 8 Julai.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_
Negeri&pg=dn_13.htm.Tarikh capaian: 1 Mei 2017

Roslin Abdul Rahman. 2012. Dewan Rakyat (Mesyuarat Ketiga) / September – Disember.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).
http://www.kettha.gov.my/portal/index. php?r=kandungan/parlimen_view&menu1_i d = 5 & m
e n u 2 _ i d = 1 9 & p a r l i m e n _ i d = 2 7 6 # .VHwZ3meyH1U. Tarikh capaian: 1 Mei 2017

11

Anda mungkin juga menyukai