Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Pengetahuan

Arahan : Pilih kata seru yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1. _________, kamu telah terpilih sebagai ketua pengawas!

A Amboi C Aduhai

B Syabas D Nah

Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Kefahaman

Arahan : Pilih kata seru yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

2. ______________ tuan hamba, lepaskanlah hamba ! Hamba tidak bersalah.

A Aduhai

B Hai

C Eh

D Wahai
Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Aplikasi

Arahan : Pilih kata seru yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.

Soalan 3 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

3. ________, hebat sungguh pahlawan itu menunggang kuda liar yang baru
ditangkapnya.

A Hai C Wah

B Amboi D Eh
Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Analisis

Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata seru yang betul.

4. A Aduh, beraninya dia menentang ketuanya!

B Oh, sanggup engkau tinggalkan ibumu di kampung!

C Cis, itu alasannya saja untuk tidak ke sekolah!

D Aduhai, murah betul kuih-muih yang dijual di sini!

Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Sintesis

Arahan : Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata seru yang betul.

5. I Eh, tinggallah di sini barang sehari dua lagi!

II Aduh, sakitnya kakiku! Siapakah yang membuang serpihan kaca di sini?

III Hai, Edrina! Bila kamu balik dari Johor Bahru?

IV Wah, rupa-rupanya kamulah yang membocorkan rahsia kami!

A I, II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja

B I, III dan IV sahaja D I, II, III, dan IV sahaja


Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Objektif

Konstruk : Penilaian

Arahan : Pilih jenis ayat yang betul.

6. Eh, datuk dan nenek rupa-rupanya yang datang!

A ayat silaan

B ayat seruan

C aayat tanya

D ayat perintah

Arahan : Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

7. A “Eh! Kamu belum tidur lagi rupanya!” kata Emilia kepada Nora.

B “Eh, kamu belum tidur lagi rupanya!” kata Emilia kepada Nora.

C “Eh, kamu belum tidur lagi rupanya,” kata Emilia kepada Nora.

D “Eh! Kamu belum tidur lagi rupanya,” kata Emilia kepada Nora
Tajuk : Ayat Seruan

Tahun :4

Jenis : Subjektif

Konstruk : Pengetahuan

Arahan : Tuliskan BETUL atau SALAH bagi pernyataan yang berikut.

1. Aduh, aku digigit kerengga! ( )

2. Eh, ambillah duit ini untuk berbelanja! ( )

3. Hai, pergi kamu dari sini! ( )

4. Wah, cantik sungguh pemandangan di sini! ( )

5. Nah, terimalah tikamanku ini! ( )

6. Eh, murid-murid, ingatlah akan nasihat saya tadi! ( )

7. Cis, sombongnya orang itu! ( )

8. Nah, inilah peluang yang kita nanti-nantikan! ( )

9. Hai, baru aku sedar akan kesilapanku ini! ( )

10. Amboi, kamu pun ada di sini! ( )

Anda mungkin juga menyukai