Anda di halaman 1dari 2

Peribahasa Objektif

1.Nora tidak berani ___________ apabila dimarahi oleh ayahnya kerana balik lewat.
a. Angkat kaki
B. angkat tangan
C. angkat bakul
D. angkat muka

2. Tiada sesiapa pun dapat menyelami _____________nya ketika ini.


A. isi hati
B. buah fikiran
C. harga diri
D. kepala batu

3. Encik Rahman menerima kunjungan rakan lamanya itu dengan ______________ .


A. panas hati
B. tangan terbuka
C. senyum kambing
D. patah hati

4. Pemuda yang _________ itu mempunyai ramai teman wanita.


A. merah muka
B. hidung belang
C. buruk siku
D. otaku dang

5. Adrina __________ melihat baju yang dijual di kedai itu kerana semuanya cantik belaka.
A. putih mata
B. cuci mata
C. main mata
D. rambang mata

6. Apabila tiba musim perayaan, ramai peniaga yang ____________ dengan menaikkan harga
barang di kedai mereka.
A. pisau cukur
B.makan suap
C. buruk siku
D. potong leher

7. Anak muda yang __________ itu hanya duduk dan melihat sahaja penduduk kampong
bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar.
A. berat tulang
B. berat badan
C. berat hati
D. berat kepala
8. Cik Hajar sanggup ___________ kerana mengumpul duit untuk membeli rantai emas
idamannya itu.
A. mengikat perut
B. membalas dendam
C. bertegang leher
D. membabi buta

9. Abby terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya kerana dia merupakan __________ .
A. anak angkat
B. anak tiri
C. anak yatim
D. anak emas

10. Wajahnya ___________ kerana dimarahi oleh guru disiplin kerana lewat sampai ke tempat
perhimpunan.
A. hitam putih
B. mandi peluh
C. merah padam
D. bercahaya

Anda mungkin juga menyukai