Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGALAMAN

Program ini mantap dan efektif kerana ia menggubungjalinkan pelbagai perspektif budaya,
pengamalan dan kepakaran artistic. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan
memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan malumat kepada ilmu melalui proses
individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Kursus ini membantu murid
memahami pendekatan tertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat
membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami
tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual. Cara dan peranan guru dan murid dalam
melaksanakan penghubungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-
program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh
dilakukan dengan menghubungkait pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran. Proses
penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada
matlamat terakhirnya. Untuk itu prosesini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara
setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat.

Menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran dengan adanya penghubungkaitan


kemahairan dalam berbagai mata pelajaran akan dapat menghubungkait sesuatu yang dipelajari
dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi
dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang
menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat kepimpinan yang terpuji; berinisiatif dalam
menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu
aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecermelangan dari
segala sudut baik akademik mahupun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan
mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan
pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang
sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosiol ekonomi yang
berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru
peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang
sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini,
guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri
dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat
mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan
kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara
guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar
meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian
pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Anda mungkin juga menyukai