Anda di halaman 1dari 6

Operasi & Penilaian

KERTAS KERJA PELAKSANAAN


PROGRAM / AKTIVITI

PROGRAM BESTARI SOLAT


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

SK HULU BERNAM
KAMPUNG BARU B, HULU BERNAM
35900 HULU SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL = 05-4596787 FAKS = 05-4583452
1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor untuk
menimbang dan bersetuju mengadakan :

1.1 Program/aktiviti : Pogram Bestari Solat PPKI


Tarikh : 05 Okt hingga 09 Okt 2020
Masa : Waktu pdp Pendidikan Islam
Tempat : Kelas PPKI
Kumpulan : 32 Murid Islam
Sasaran

1.2 Dengan anggaran peruntukan sebanyak RM 154.80

2. LATAR BELAKANG

2.1 Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan menjadi tanggungjawab bagi memastikan


murid-murid istimewa di seluruh negara mencapai tahap yang cemerlang, gemilang dan
terbilang di semua program yang dilaksanakan.

2.2 Program Bestari Solat Pendidikan Khas dijalankan kerana aktiviti ko-akademik
merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan kurikulum

2.3 Program ini memberi peluang kepada murid-murid istimewa daripada kepelbagaian
kategori untuk mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi  memenuhi tuntutan
rohani.

3. OBJEKTIF

3.1 Objektif program / aktiviti adalah seperti berikut :


a. Menyedarkan pelajar tentang kepentingan menunaikan solat dalam kehidupan
seharian.

b. Membimbing pelajar melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan solat


dengan betul dan menepati rukun yang disyaratkan.

c. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4. KPI (Indikator Output dan Outcome)

4.1 Hasil akhir : Murid dapat mengetahui cara berwuduk dan solat yang betul untuk
kesempurnaan ibadah harian

4.2 Impak / Kesan : Murid dapat belajar dan mengaplikasikan cara berwuduk dengan
membezakan antara rukun dan sunat, pergerakan solat dan rukun solat.

5. IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program / Aktiviti Bestari Solat PPKI
berjumlah RM 154.80
5.2 Maklumat terperinci seperti dalam LAMPIRAN A

6. STRATEGI PELAKSANAAN / JADUAL / PENGISIAN PROGRAM

6.1 Penerangan dan soal jawab


6.2 Tayangan video
6.3 Teori wudhuk dan solat
6.4 Amali wudhuk dan amali solat
6.5 Kuiz /penilaian

7. PELAN KONTINGENSI

7.1 Murid tidak hadir : Aktiviti akan dijalankan pada hari berikutnya kerana program ini
dijalankan selama seminggu.
7.2 Masa tidak mencukupi : Aktiviti ini akan disambung pada pdp berikutnya kerana
program ini dijalankan selama seminggu dalam waktu pdp Pendidikan Islam

8. KAEDAH PEMANTAUAN PROGRAM / AKTIVITI

8.1 Pemerhatian
8.2 Senarai semak
8.3 Penilaian
8.4 Lisan

9. PENUTUPAN

9.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program / Aktiviti Program Bestari Solat PPKI
dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

10. ULASAN

Disokong untuk dilaksanakan mengikut Kertas Cadangan yang dibentangkan.

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………..……….
ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
GURU BESAR
SK HULU BERNAM

Tarikh :

* Potong yang mana berkenaan


PENILAIAN LAPORAN SELEPAS PROGRAM / AKTIVITI

12. Nyatakan kekangan terhadap program/aktiviti yang dijalankan (Tulisan tangan)

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

13. Penilaian terhadap program/aktiviti.


(sila tandakan / di petak berkaitan)

13.1 Objektif tercapai

13.2 Objektif tidak tercapai

14. Penambahbaikan terhadap program/aktiviti.


(sila tandakan / di petak berkaitan)

14.1 Program/aktiviti ini berimpak tinggi dan patut diteruskan

14.2 Program / aktiviti ini perlu diteruskan dengan penambahbaikan

14.3 Program / aktiviti ini tidak berimpak dan tidak patut diteruskan

Tanda Tangan, Nama dan Jawatan Penilai: Tarikh:

...................................................... .......................
LAMPIRAN A

BIL PERKARA HARGA/KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Kertas A4 RM 13.90 x 2 RM 27.80

2. Kertas A4 warna RM 20.00 x 2 RM 40.00

3. Gam RM 15.00 x 3 RM 45.00


4. Kad Manila RM 6.00 x 7 RM 42.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 154.80

Anda mungkin juga menyukai