Anda di halaman 1dari 4

POHON EPALKU SAYANG

Tersebutlah kisah satu cerita,

Cerita bermula di sebuah desa;

Tumbuhnya subur sepohon epal,

Menjadi sahabat seorang anak.

Di dalam sebuah kampung di pinggir gunung, hiduplah sebatang pohon epal dan
seorang kanak-kanak lelaki yang suka bermain di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu bernama Zizan. Zizan suka memanjat pohon epal sehingga ke
pucuk pohon, memakan buahnya dan tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Zizan sangat sayangkan pohon epal itu. Demikian juga pohon epal sangat sayang
akan anak kecil berambut sedikit keperangan itu. Setiap hari mereka akan
menghabiskan masa bergelak ketawa bersama.

Tik tok tik tok tik tok, demi detik, minit demi minit, jam demi jam, waktu terus
berlalu.

Zizan kini telah menginjak remaja. Dia tidak lagi bermain dengan pohon epal itu
setiap hari.

Suatu petang yang redup, seorang remaja berkemeja putih menghampiri pohon
epal itu. Wajahnya nampak gusar dan sedih.

Pohon epal mengajak Zizan bermain-main dengannya seperti selalu.

“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi! Aku ingin sekali
memiliki mainan seperti rakanku yang lain, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
Zizan menjawab pelawaan pohon epal itu.

Pohon epal itu meminta maaf kepada Zizan kerana tidak dapat membantu. Dia juga tidak
mempunyai wang. Namun , pohon epal meminta Zizan memetik semua buah epal dan
menjualnya di pasar. Dengan itu Zizan boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan
idamannya.

Zizan sangat gembira mendengar jawapan pohon epal itu. Ibarat bulan jatuh ke
riba. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu Zizan tidak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
Suatu hari, datang seorang pemuda tampan segak dan bergaya menjinjit beg bimbit ke
arah pohan epal.

Pohon epal tersenyum melihat sosok tubuh itu datang menemuinya kembali. Pohon epal
mengajak Zizan bermain-main dengannya lagi.

“Aku tiada masa hendak bermain!” jawab Zizan.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk berteduh. Mahukah
engkau menolongku?”

Sekali lagi pohon epal memohon maaf kepada Zizan kerana dia pun tidak memiliki rumah.
Tetapi pohon epal mengizinkan Zizan menebang semua dahan dan rantingnya untuk
membina rumah.

Mendengar jawapan pohon epal, Zizan menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu
dan pergi dengan hati yang gembira.

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat Zizan gembira. Jika dahulu, dia
kehilangan buahnya yang berwarna merah, kini dia telah kehilangan dahan dan
rantingnya. Pohon epal kini ialah sebuah pohon uzur yang tidak lagi menjadi tumpuan
ramai.

Tetapi seperti biasa Zizan tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi
merasa kesepian dan dihimpit kesedihan yang amat sangat.. (bunyi nangis)

Musim berganti musim, seorang lelaki dewasa berkumis, menghampiri pohon epal
yang sudah dimamah usia.

Pohon epal berasa sangat gembira menyambut sosok tubuh itu biarpun wajah Zizan jauh
berubah.

Seperti biasa, pohon epal tidak jemu untuk mengajak Zizan bermain dengannya

“Aku.. sedih” Zizan menjawab sayu

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan belayar.
Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

Permintaan Zizan membuatkan pohon epal berfikir sejenak, ia sekali lagi memohon maaf
kepada Zizan kerana tidak dapat membantu. Pohon epal juga tidak mempunyai kapal. Dia
memikirkan apa lagi yang boleh diberikan kepada Zizan, sudah tiada apa-apa lagi yang
mampu dia berikan”
Cuba kawan-kawan fikir apa yang boleh pohon epal berikan kepada Zizan untuk dibuat
kapal?

Pohon epal sudah kehilangan buah, dahan, dan rantingku…..Ya! pohon epal teringat ada
sesuatu yang boleh diberikan kepada Zizan.. :batangku ini boleh ditebang untuk membuat
kapal yang kau mahu. Tebanglah batangku, pergilah berlayar dan bersenang-senanglah
dengan anak isterimu“ jawab pohon epal.

Kemudian, Zizan menebang batang pohon epal itu dan membina kapal yang
diidamkannya.

Dia pun pergi belayar ke seluruh pelusuk dunia dan tidak pernah lagi datang
menemui pohon epal itu. Pemergian Zizan kali ini lebih lama dari kebiasaanya. Pohon epal
terus merindui Zizan sehingga kadangkala jatuh sakit.

Begitulah pohon epal sanggup melakukan apa sahaja untuk Zizan, begitulah ibu
dan ayah kita sanggup berkorban segalanya untuk anak tercinta.

Tahun demi tahun berlalu, seorang lelaki berambut putih, berjalan menggunakan
tongkat menghampiri pohon epal. Namun pohon epal masih mengingati mata bundar
milik.Zizan.

Pohon epal memohon seribu kemaafan kerana di tiada apa lagi yang dapat
diberikan kepada Zizan. Buah, dahan, ranting, dan batangnya sudah diberikan kepada
Zizan.

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang
tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua ini” kata pohon epal itu sambil menitiskan
air mata.

“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang, Aku hanya memerlukan tempat untuk
berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”

“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk
berbaring dan beristirehat. Marilah berbaring di pelukan akarku dan berehatlah dengan
tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita
semua. Pohon epal itu ibarat ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita selalu bermain-main
dengan ayah dan ibu kita. Namun setelah kita semakin besar, kita meninggalkan dan
hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Setiap ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja walaupun pada pandangan orang
lain anaknya tidak sempurna mahupun lemah. Mereka sentiasa membimbing tangan anak-
anak sehingga akhir hayat. Ingatlah,jadilah seperti air yang sentiasa mengalir dan
memberi manfaat kepada semua orang. Janganlah jadi seperti si tanggang yang
diibaratkan sebagai kacang lupakan kulit.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi
itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya. Ucapkan pada ibubapa kita sekarang,
betapa kita mencintainya dan berterima kasih atas segala yang diberikannya pada kita.

---------------------------------tamat------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai