Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA

(PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,


PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KETUA DARJAH)
SK SERI PERMAISURI KUALA LUMPUR

1.0 PENDAHULUAN

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda merupakan suatu program


untuk mengiktiraf barisan kepimpinan muda yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Jawatan
Kuasa yang terlibat untuk menerima watikah pelantikan terdiri dari unit yang membantu pihak
sekolah melicinkan lagi tugas mengawal disiplin murid-murid, mengurus operasi pusat sumber.
Jawatan kuasa Pengawas dan Ketua Darjah merupakan tunjang utama dalam menentukan
dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu, pengawas-
pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan berketerampilan.

Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada
murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti untuk
mencapai matlamat dan objektif PSS. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih
para murid untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid
yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih
mereka membantu diri sendiri. Ketua Darjah adalah untuk melaksanakan dan membantu guru
dan rakan di dalam kelas supaya perjalanan di dalam kelas akan lebih teratur dan berupaya
menjadi ketua di dalam kelas.

Justeru, majlis ini perlu diadakan sebagai wadah mengiktiraf pemimpin muda yang
mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Sebagai
pemimpin murid, adalah wajar mereka menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif
agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain. Maka diharapkan majlis ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 MATLAMAT

I. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih


II. Memperkenalkan kepada murid – murid barisan pemimpin Pengawas Sekolah,
Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Ketua Darjah 2017.
III. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif program ialah :


I. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, PRS,
Ketua Darjah supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan
dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
II. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
III. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

4.0 NAMA PROGRAM

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA


(PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH,
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN KETUA DARJAH)

5.0 TEMA

“TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL”

6.0 ANJURAN

 Jawatankuasa Pengawas dan Ketua Darjah


 Jawatankuasa Disiplin dan Aduan
7.0 SASARAN

Semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya
dan Ketua Darjah

8.0 TARIKH

17 Februari 2017 (Jumaat )

9.0 TEMPAT

Dataran Gemilang SK Seri Permaisuri

10.0 AHLI JAWATAN KUASA

Sila rujuk Lampiran A

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran B

13.0 ATURCARA

Sila rujuk Lampiran C

14.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan
mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program yang
dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati
juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………… ………………………
(EN. MOHD MAULI AZLI BIN ABU BAKAR) (PN SALOMA BT ABDULLAH)
Penyelaras Watikah Pemimpim Muda, GPK HAL EHWAL MURID
SK Seri Permaisuri), SK Seri Permaisuri),
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disahkan oleh;

………………………..
(EN. NADZARUDDIN BIN KASIM)
GURU BESAR,
SK Seri Permaisuri),
Kuala Lumpur
LAMPIRAN A

JAWATAN KUASA

Penasihat : EN. Nadzaruddin Bin Kasim Guru Besar


Naib Penasihat : Puan Saloma Bt Abdullah GPK Hal Ehwal Murid
: Puan Siti Hadalyhton Bt Mokhtar GPK Tadbir& Kurikulum
: En. Ahmad Lutfi bin Ngah Ishak GPK Kokurikulum

Penyelaras JK Pengawas : En Mohd Mauli Azli bin Abu Bakar


Penyelaras JK Disiplin : En Nor Azli Bin Abu Bakar
Setiausaha : En Mohd Hafzanizam Bin Sidik

Ahli Jawatankuasa

Juru Acara Bacaan Doa


Nur Ramadhilfitri Bin Ishak En. Afzan Shahril Bin Shahabuddin

Siaraya & LCD Tempat


Ustaz Najmuddin Bin Abdul Hir Ustaz Azhar Bin yaakob
En Anuar Bin Man En Hoh See Kong

Banner Disiplin
En Mohd Shariful Hisham Bin Ibrahim En Nor Azli Bin Abu Bakar
En. Mohd Syafiq Bin Sobri

Juru Gambar Pendokumentasian


Wan Mohd Bazli Bin wan Ismail Mohd Hafzanizam Bin Sidik

Cenderamata dan Sijil Pengurus Peserta


Pn Sutha a/p Nyanachendram Pn Sharifah Bt Osman
Pn Sharifah Syuhaini Bt Syed Abu Hassan

Buku Program
Mohd Abdul Aziz Bin Azmee
LAMPIRAN B

BELANJAWAN
 PENDAPATAN

PENDAPATAN
Bil PERKARA BUTIRAN JUMLAH
1. Sumbangan RM 500.00
2
JUMLAH RM 500.00

 PERBELANJAAN

PERBELANJAAN

Bil PERKARA BUTIRAN JUMLAH

1 Minum Pagi RM 5.00 X 10 RM 50.00

2 Dokumentasi RM 30.00 X 1 RM 30.00

3 Banner RM 150.00 X 1 RM 150.00

4 Sijil RM 45.00 x 3 Rim RM 135.00

5 Cenderahati RM 100.00 X 1 RM 100.00

JUMLAH RM 465
LAMPIRAN C

ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi : Murid-murid berkumpul di Dataran Gemilang


Guru-guru mengambil tempat

7.40 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis – Juruacara

7.50 pagi : Bacaan Doa - Ustaz Afzan Shahril Bin Shahabuddin

8.00 pagi : Ucapan GPK HEM - Pn Saloma Binti Abdullah

8.15 pagi : Ucapan Guru Besar SK Seri Permaisuri - En. Nadzaruddin Bin Kasim

8.30 pagi : Ucapan Perasmian – Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras

8.45 pagi : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan :


Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, PRS dan Ketua Darjah

9.00 pagi : Lafaz Ikrar Pengawas Sekolah

9.10 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

9.15 pagi : Bersurai

9.25 pagi : Sesi Fotografi Pengawas Sekolah,Pengawas PSS, PRS dan Ketua Darjah

Anda mungkin juga menyukai