Anda di halaman 1dari 5

JIKA pahala itu kita boleh dilihat nilainya

seperti mana nilai wang di bank, sudah


tentu ramai yang berlumba-lumba untuk
membuat amalan yang baik.
Ya, terlalu banyak amalan yang kita boleh
lakukan untuk mendapatkan pahala.

Berbuat baik kepada


ibu bapa, bersedekah,
memberi orang makan
dan banyak lagi.

Semuanya boleh jadi


'pelaburan' pahala kita
untuk saham di akhirat
nanti.

Namun, daripada
banyak amalan yang
boleh dilakukan itu, yang
manakah boleh menjadi
pengalir pahala kepada
kita untuk menuju ke
syurga ALLAH?
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya antara amal
kebaikan yang mendatangkan
pahala setelah orang yang
melakukannya meninggal
dunia ialah ilmu yang
disebarluaskannya, anak soleh
yang ditinggalkannya, mushaf
(kitab-kitab keagamaan) yang
diwariskannya, masjid yang
dibina, rumah yang dibina
untuk penginapan orang yang
sedang dalam perjalanan,
sungai yang dialirkannya
untuk kepentingan orang
ramai dan harta yang
disedekahkannya."
(Riwayat Ibn Majah)

Berdasarkan hadis itu, ada tujuh


amalan yang mampu memperindah
laluan kita ke syurga iaitu :
1. Ilmu yang disebarluaskan.
Amat besar rahmatnya bagi orang yang
menyampaikan, menyebarkan dan
mengajarkan ilmu dunia dan akhirat
yang bermanfaat.

2. Anak soleh yang ditinggalkan.


Pendidikan anak-anak seharusnya
bermula sejak di dalam rahim ibu.
Bacaan zikir, al-Quran, kata-kata yang
baik dan amal soleh harus dilazimkan
oleh ibu bapa sejak awal lagi kerana
memiliki anak yang soleh banyak
kelebihannya. Antaranya anak-anak itu
boleh terus mengalirkan manfaat kepada
kita ibu bapanya, mendoakan kita dan
menutup aib kita.

3. Kitab-kitab keagamaan yang


diwariskan.
Barang siapa yang mewariskan buku-
buku yang baik, maka, pahala
berterusan akan diterima oleh si
pemberi tersebut selagi mana ia ada dan
dibaca.

Renungan Ikhlas daripada


PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAUDHAH MALAYSIA
4. Masjid yang dibina.
Orang yang membina, mewakafkan dan
mendermakan wangnya bagi pembinaan
mana-mana masjid akan dikurniakan
pahala serta kedudukan baik di syurga.
Ia sebagaimana disebutkan di dalam
hadis Rasulullah SAW: "Sesiapa yang
membangunkan sebuah masjid kerana
ALLAH walau sekecil apa pun, maka,
ALLAH akan membangunkan untuknya
sebuah rumah di syurga." (Riwayat al-
Bukhari & Muslim)

5. Rumah yang dibina untuk musafir.


Rumah atau wakaf yang dibina untuk
para musafir bagi memudahkan mereka
datang berehat dan tidur sebentar. Ia
bukan untuk tujuan maksiat. Di negara
ini, antara contohnya adalah hentian
rehat dan rawat (RnR).

Renungan Ikhlas daripada


PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAUDHAH MALAYSIA
6. Sungai yang dialirkan untuk
kepentingan ramai.
Mereka yang membantu mengalirkan air
bersih kepada manusia dan makhluk-
makhluk ALLAH yang lain bakal
memperoleh barakah selagi mana air itu
diminum dan digunakan.

7. Harta yang disedekahkan.


Antara manfaat sedekah adalah
memanjangkan umur dan rezeki kita,
kehidupan kita diberkati ALLAH SWT,
juga dikurniakan kesenangan dan
kelapangan jiwa serta pahala dan
kebaikan yang berlipat ganda.
Mungkin ada amalan-amalan tersebut
sukar dilakukan tetapi, kita boleh cuba
sedaya yang mampu. Jika tidak mampu
dari segi material, barangkali, kita didik
anak-anak kita menjadi anak soleh agar
mereka mengalirkan manfaat dan
mendoakan kita tatkala kita sudah tiada
lagi di dunia.

Renungan Ikhlas daripada


PERTUBUHAN KEBAJIKAN RAUDHAH MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai