Anda di halaman 1dari 3

1.

PENYEDIAAN TUGASAN
1.1. PENGALAMAN DI DALAM BILIK DARJAH
Saya berpeluang melihat perjalanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) seorang
guru Matematik di kelas tingkatan 5 semasa menjalankan PBS di SMKLBM pada
satu masa. Dengan memanfaatkan kesempatan yang ada, saya mengambil peluang
untuk mendalami suasana dalam kelas dengan melihat aktiviti murid-murid
sepanjang aktiviti PdP dijalankan. Pada hari itu, mereka telah membuat aktiviti ulang
kaji bagi persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Saya berasa seronok kerana begitu teruja dengan suasana pembelajaran
kerana murid-murid begitu bersungguh-sungguh walaupun kemudahan kelas yang
serba kekurangan. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah pengajaran yang
digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses pembelajaran
mereka. Rata-ratanya guru-guru lebih menggunakan kaedah pengajaran tradisional
seperti penggunaan lembaran kerja kerana kelas tidak mempunyai kemudahan LCD
dan soket melainkan bilik khas.
Namun demikian, ia bukanlah menjadi satu halangan kepada guru-guru
menjalankan aktiviti bersama murid-murid. Sepanjang pemantauan saya, aktiviti
ulangkaji untuk peperiksaan sedikit sebanyak membantu saya dalam pengajaran
kelak. Ini kerana pengawalan kelas oleh guru ini amat baik sehingga perjalanan PdP
dapat dihabiskan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Guru menunjukkan langkah pengiraan Guru menyemak hasil kerja murid.


di papan putih.

Murid sedang membuat latihan.


Guru memerhatikan murid membuat
1.1.1. Bahan dan sumber
latihan.
pengajaran yang
dipamerkan yang dapat
digunakan oleh murid secara berkesan
Pembelajaran yang berkesan bukan hanya terletak pada input yang
diberikan oleh para guru, malahan penggunaan bahan dan sumber
pengajaran juga memainkan peranan. Saya menjalankan PBS di SMKLBM
selama dua minggu. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dapat
menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru yang mengajar di beberapa
buah kelas. Guru-guru menggunakan pelbagai bahan dan sumber
pengajaran untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik di
bilik darjah. Antara bahan pengajaran yang digunakan ialah:

Papan putih
Kalkulator dan lembaran kerja

1.1.2. Susun atur bilik darjah

Anda mungkin juga menyukai