Anda di halaman 1dari 10

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

1. MENU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL URL - https://bpn.hasil.gov.my/


i. Masukkan No.Mykad 12 Digit
ii. Klik butang Semak untuk membuat semakan.
2. MENU SEMAKAN

Terdapat (3) Tiga Status Permohonan yang akan dipaparkan :

i. Lulus
ii. Tidak Lulus
iii. Tiada Rekod
iv. Tidak Layak

2.i –Lulus

1. Butang Papar Borang adalah bagi pemohon yang ingin membuat semakan.

2. Paparan Kunci Keselamatan. Jika ia adalah sama seperti didaftarkan klik Ya,
jika Bukan klik Tidak atau klik Terlupa Kata Laluan jika terlupa kata Laluan
yang telah didaftarkan. Ini adalah langkah keselamatan dari ancaman robot
bagi memastikan keselamatan pemohon tidak diceroboh.
3. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan

4. Paparan Maklumat pemohon adalah seperti rajah dibawah

5. Jika Pemohon terlupa kata laluan yang didaftarkan, klik butang terlupa kata
Laluan.

6. Masukkan No.Mykad 12 Digit dan klik butang semak. Pemohon dikehendaki


menjawab soalan keselamatan berdasarkan jawapan yang telah didaftarkan.
7. Pemohon dikehendaki menjawab soalan keselamatan dengan betul. 3 (tiga)
kali peluang sahaja diberikan untuk menjawab, jika jawapan yang diberikan
salah buat kali ke-3 berturut-turut ID pemohon akan disekat selama 10minit.
Selepas 10minit pemohon dibenarkan untuk log masuk semula.

8. Selesai menjawab kesemua soalan keselamatan, pemohon dibenarkan untuk


menukar kata Laluan yang baru dan pemohon boleh log masuk dengan kata
Laluan yang baru.
2.ii –Tidak Lulus

1. Pemohon boleh membuat rayuan di Butang Permohonan Rayuan.


2. Jika Pemohon belum mendaftar ID, Pemohon perlu mendaftar ID terlebih dahulu untuk
membuat permohonan rayuan. Klik butang Daftar Akaun untuk memdaftar ID.

3. Pemohon dikehendaki menjawap Soalan Keselematan berdasarkan Maklumat yang telah


didaftarkan pada borang permohonan. Terdapat 2 (dua) soalan yang perlu dijawap
4. Setelah Berjaya menjawab 2 soalan keselamatan. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun
dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan Memilih 5 (Lima) pilihan soalan FRASA
KESELAMATAN.
*Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan.

5. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan
oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan Unik adalah berwarna Hijau.

6. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk
menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat permohonan rayuan Bantuan
Prihatin Nasional.
7. Log Masuk ke Borang Permohonan Rayuan menggunakan ID dan kata Laluan yang telah
didaftarkan.

8. Paparan Borang akan dipapar setelah Log Masuk Berjaya. Kemaskini Maklumat dengan tepat
dan lengkap. Dan klik butang hantar di ruangan pengesahan setelah selesai kemaskini
maklumat.
2.iii –Tiada Rekod

1. Permohonan yang Tiada Rekod boleh membuat Permohonan di Butang Permohonan Baru.
2. Isikan Maklumat Pemohon dengan tepat dan lengkap berserta Maklumat pasangan (jika
berkahwin) dan maklumat waris diruangan yang disediakan.

3. Klik pada butang Teruskan untuk ke laman pengesahan.


4. Akuan Pengesahan pemilik pemohon hendaklah di Tick, menandakan pemohon adalah
bersetuju dengan Syarat-syarat permohonan yang ditetapkan.

5. Setelah Permohonan Berjaya dihantar pemohon boleh untuk mendaftar pemohon diberi
pilihan untuk mendaftar akaun bagi tujuan Log Masuk. Jika tidak Pemohon boleh memilih
untuk Butang Tidak

6. Pemohon yang ingin mendaftar Akaun dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dan
Memilih 5 (Lima) pilihan soalan keselamatan.
*Format kata kunci keselamatan adalah: Hanya huruf dan nombor sahaja dan Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan.

7. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk. Kekuatan Kata Laluan ditentukan
oleh warna. Kata Laluan yang Bagus dan unik adalah berwarna Hijau.

8. Selesai Pendaftaran Akaun, Pemohon boleh klik Butang Log Masuk untuk Log Masuk
menggunakan kata Laluan yang didaftarkan dan membuat semakan borang permohonan yang
didaftarkan.
2.iv –Tidak Layak

Anda mungkin juga menyukai