Anda di halaman 1dari 31

5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.

com

BAB 1: PENGENALAN KEPADA FALSAFAH, PENDIDIKAN, FALSAFAH


PENDIDIKAN DAN KURIKULUM

Rumusan Tajuk  

Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai
 perkaitan yang sangat erat. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu sebenarnya diambil dari
 bahasa Inggeris iaitu philosophy yang berakar umbi dari perkataan Yunani iaitu philosophia.
Herakleitos merupakan tokoh awal yang menggunakan perkataan falsafah yang bermakna
mencintai kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai hubungan langsung dengan
kebenaran.Selepas itu ramai lagi tokoh lain yang memberi pengertian kepada falsafah, namun
dari segi intipatinya masih sama dengan mencintai kebijaksanaan. Dalam Islam, falsafah lebih
dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah menyentuh tentang kebijaksanaan manusia dan

Ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberikan pengertian hikmah sebagai


kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Falsafah juga mencakupi undang-undang, iaitu apa
yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang dalam hubungannya dengan keluarga,
masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan
dapat dirumuskan bahawa falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri.

Memahami falsafah samalah seperti melihat sebuah rumah. Rumah ialah binaan yang
mempunyai pelbagai ruangan dengan fungsi-fungsi yang berbeza. Sebagai contoh ruang tamu
adalah untuk menerima kunjungan tetamu yang datang ke rumah. Manakala ruang makan
adalah untuk tempat keluarga berkumpul dan menjamu selera. Ruang dapur sudah pasti
menjadi tempat untuk menyediakan makanan dan bilik tidur pula menjadi tempat untuk 
 berehat. Walaupun berbeza fungsi namun kesemua ruangan itu sama pentingnya dan saling
diperlukan untuk menjadikannya sebuah rumah. Falsafah adalah bidang ilmu yang
mempunyai empat cabang metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap cabang
falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza. Metafizik membincangkan
  persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan
kewujudan. Epistemologi membincangkan persoalan ilmu dari segi perolehan, jenis, sumber 
dan kesahan. Aksiologi membincangkan persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika
untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Logik membincangkan persoalan
membuat keputusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan yang membabitkan logik 
induktif dan logik deduktif.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 1/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Persoalan Falsafah    pula membincangkan fungsi setiap cabang falsafah bagi


menyelesaikan persoalan berkaitan untuk memahami dan mengungkap hakikat kebenaran.
Penyelesaian kepada persoalan falsafah    boleh diselesaikan dengan membahaskannya
mengikut perspektif agama dan pemikiran. Perspektif agama  meliputi Islam, Yahudi, Kristian,

Hindu dan Budha. Manakala perspektif pemikiran   berlandaskan pemikiran barat, timur dan
 Nusantara dan Melayu.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 2/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Penjelasan Istilah/konsep
Bil Konsep Penjelasan

 berasal dari kata dasar ³rabba´ yang bermaksud mengasuh, memelihara


atau memimpin. Ia diseertikan dengan makna memiliki, menguasai
Tarbiah selain mendidik. Oleh itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas
kerana realitinya pengertian tersebut meliputi manusia dan semua
makhluk Allah s.w.t.

  berasal dari kata dasar ³addaba´ yang bermaksud mendidik adab atau
membentuk akhlak. Dari segi terminologinya tadib bermakna dalam
Ta¶dib  proses mendidik atau membentuk, individu yang terdidik itu mempunyai
kemampuan untuk mengembangkan potensinya untuk membentuk 
  peribadi, sikap dan sahsiah yang selaras dengan acuan yang ditetapkan
oleh Allah s.w.t. Oleh itu perkataan tadib hanya difokuskan kepada
manusia sahaja.

 berasal dari kata dasar ³allama´ yang bermaksud proses pengajaran dan
Ta¶lim
  pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan proses penterjemahan ilmu
dalam bentuk teori dan praktik dari pendidik kepada pelajar .

Kategori ilmu yang diturunkan oleh Tuna Pencipta yang maha kuasa
untuk panduan kehidupan manusia yang menjadi umatnya menerusi
Ilmu Wahyu orang perantaraan yang terpilih menerusi kitab-kitab dan risalahNya.
Ilmu wahyu ini untuk mengenal Tuhan dan beribadah kepadaNya dan
mencipta keharmonian dalam menguruskan dunia. Contoh: Kitab al-
Quran, Kitab Injil, Kitab Zabur dan Kitab Taurat.

Kategori ilmu perolehan manusia menerusi keupayaan akal/ intelek 


Ilmu Akal
  berlandaskan ilmu wahyu untuk faedah kehidupan yang lebih sempurna
dan bersesuaian dengan zamannya. Diciptakan manusia dengan
kelebihan darjatnya kerana mampu berfikir. Ilmu Aqli ini terbahagi
kepada pengetahuan empirikal, pengetahuan rasional, pengetahuan
autoritatif, pengetahuan intuisi.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 3/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

4. Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda

Falsafah pendidikan tidak sekadar bertanyakan tentang asas metafizik, epistemologi


dan aksiologi malah ia juga akan membincangkan berkaitan dengan pendidikan. Disamping

itu, ia juga cuba memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses
 pendidikan, konsep pendidikan, tujuan pendidikan, kurikulum, pembelajaran dan sebagainya.
Tujuan atau matlamat pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi individu dan mencapai
kesedaran kendiri. Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan
terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
Maka, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penyuluh dan pedoman
kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Ia juga menjadi dasar dan
 pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan Negara dan sebagai rujukan untuk 

membantu pendidik memahami sistem pendidikan Negara serta menghapuskan salah faham
dan keraguan dalam melaksanakan tugasan pendidikan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa proses pendidikan merupakan satu usaha
untuk membangunkan keseluruhan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, rohani,
emosi dan intelektual berasaskan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan (Rohana,2010).
FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1988). Dengan berpandukan FPK, segala usaha pendidikan
termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat dirancang, direformasi dan
dilaksanakan untuk mencapai matlamat pendidikan

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 4/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Pendapat Anda Tentang Tajuk 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
 pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar 

 pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea,


konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti
oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan
keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh
memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa
faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor(
Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara (Malaysia)


2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
3. Faktor politik yang menentukan idealogi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar 
 pendidikan.
4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa
 pembangunan dan kemajuan negara.
5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan,
 perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan
 pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang
dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Faktor Agama.  

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian,
Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang
negara.Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting
sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 5/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

2. Faktor Sosial. 

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara
 bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu

sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang
merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

3. Faktor Politik  
Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah
 berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi
seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha
membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan
dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi
 pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

4. Faktor Ekonomi.
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita
memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan
negara yang dinyatakan dalam Falsafah P endidikan Kebangsaan(FPK).

5. Faktor Individu
Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis
sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia
menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan
FPK.

6. Faktor Sejagat 

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh


  perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan
daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 6/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi


sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program
 pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang
dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 7/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

BAB 2: ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Rumusan Tajuk 

Pendidikan tidak berdiri dengan sendirinya. Pendidikan merupakan interaksi di antara


  beberapa komponen dalam satu sistem untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Suatu
  bangsa yang bercita-cita besar dan luhur merupakan bangsa yang mulia dan bermaruah.
Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak mungkin dapat dicapai tanpa perjuangan
dan idealisme. Idealisme pula tidak mungkin akan terpancar tanpa falsafah. Falsafah yang
didokong oleh sesuatu bangsa merakamkan cita rasa, visi dan pandangan hidup yang ingin
dicapai dan dijayakan. Falsafah hidup dan kehidupan cemerlang yang diidamkan tidak 
mungkin terserlah dan terlaksana tanpa pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berkualiti
dapat menjamin pembentukan individu yang unggul. Dari individu yang unggul pastinya
terbina keluarga, masyarakat dan negara yang gemilang. Demikianlah Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang dibentuk pada tahun 1988 yang mengungkapkan cita-cita rakyat
Malaysia secara keseluruhannya.
Dari sudut sejarah, FPK lahir daripada proses yang panjang iaitu satu proses
 pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Hala tuju pendidikan perlu
melihat ke hadapan kerana pendidikan itu sendiri adalah masa depan negara. Dengan syor-
syor dari beberapa laporan dan penyata (Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1961
dan Jawatankuasa Kabinet 1979) dan dasar-dasar kerajaan semasa (seperti Akta Pelajaran
1961, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru) maka satu bentuk falsafah pendidikan
diformulasikan dan didokumentasikan pada tahun 1988 yang dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). FPN tersebut kemudiannya disebut sebagi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dalam Akta Pendidikan 1996. FPK ini mengambil inspirasi daripada
  proses pembangunan bangsa dan negara. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga berkait
rapat dengan perkembangan dunia dan pembangunan negara Malaysia yang berpaksikan

kepada agama Islam.


FPK tidak dibina secara t ersendiri tetapi mempunyai acuannya. Acuan yang digunakan
mengambil unsur-unsur yang terbaik dari aliran falsafah pendidikan barat iaitu perenialisme,
  progresivisme, esendialisme dan rekonstruksionisme yang mana setiap satunya berteraskan
falsafah umum atau mazhab falsafah dari idealism, realism, pragmatism dan eksistensilisme

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 8/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Peta Minda

Tokoh: R.M Hutchins, Mortimer


Adler

Prinsip:
Pegangan: ilmu yang
1.pendidikan untuk mendapatkan
terkumpul sejak awal
kebenaran dan mencari kebanaran. Parenialisme 
peradaban manusiadijadikan
2.pendidikan adalah latihan untuk asas pendidikan
membentuk mental & intelektual

3.kebanaran diperoleh daripada karya


Konservatif & tradisional
agung sepanjang tamadun manusia

Tokoh: William Bagley, Thomas Briggs

Prinsip
Pegangan
  Menyampaikan warisan
y

y  Pengetahuan melalui
budaya dan sejarah
teras yang terkumpul
 
y Diamalkan agar individu
Esensialisme  dan berkekalan buat
menjadi produktif  beberapa lama
 
y Untuk menjadi insan yang
y  Penetahuan bersama-
baik pengaruh masyarakat
sama kemahiran, sikap,
penting
nilai perlu
 
y Ilmu yang diperoleh
diketengahkan
bergantung kepada
kerajinan pelajar

Tokoh: Dewey, Kilpatrick, Johnson

Prinsip
Pegangan
1. pendidikan ialah proses yang
mencorakkan manusia mengikut 1. kelahiran manusia adalah suci
persekitaran Progresivisme 
2. corak individu manusia
2. kanak-kanak bebas membesar bergantung kepada persekitaran
dan masyarakat.
3.minat daripada pengalaman
langsung adalah rangsangan yang
baik

4.kerjasama yang erat antara


sekolah & masyarakat
http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 9/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Sekolah
 
1.gerakkan perubahan Pegangan: pembentukan
sosial,politik, ekonomi semula masyarakat perlu
dilakukan
2.lahirkan warga yang dapat
ubah & bangunkan
masyarakat Rekonstruksionalism

Prinsip: untuk pembaharuan


perkara-perkara yang
terdapat dalam sistem sosial
Guru

1.Agen perubahan dan


penyelesaian maslah sosial Kurikulum: sains sosial, ekonomi

2.aktiviti pembelajaran

membantu pelajar mengenalpasti


bentuk masyarakat

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 10/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Penjelasan konsep/istilah
Bil Istilah/konsep Penjelasan/keterangan
1
2

3

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 11/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

4. Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda

Sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem


  pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap

mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan
mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M
dalam pelaksanaan KBSR. Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk 
menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan
ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Ketiga-tiga matlamat ini
merupakan kesan daripada fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat
demi kepentingan pembangunan Negara daripada kepentingan individu.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 12/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

 
5. Pendapat Anda Tentang Tajuk 

Pendapat saya tentang tajuk aliran falsafah pendidikan sebagai asas pembentukan

falsafah pendidikan kebangsaan ialah kerana sejarah dan perubahan yang berlaku dalam
aliran-aliran falsafah pendidikan cukup menarik dan indah untuk dipelajari dan diambil
iktibar. Ini membuktikan bahawa peranan pendidikan cukup besar dalam pembangunan
manusia dan tamadun. Asas pemikiran aliran-aliran falsafah ini terdapat banyak perkaitan
dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Artikel ini membincangkan falsafah barat yang
dijadikan sebagai asas kepada falsafah pendidikan. Oleh itu, persoalan yang ingin dijawab
melalui penulisan ini ialah apakah implikasi-implikasi falsafah barat ke atas falsafah
  pendidikan kebangsaan kita. Apakah jenis implikasi falsafah barat yang boleh membawa
kepada asas penggubalan falsafah pendidikan Negara. Ekoran daripada itu, satu analisis
deskriptif berkenaan dengan implikasi falsafah barat ke atas falsafah pendidikan kebangsaan
diberikan dengan lebih lanjut. Biar apapun aliran falsafah yang diikuti, yang pasti dan jelas
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan adalah dapat mendidik pelajar menjadi insan yang
 benar-benar baik dan sesuai dengan statusnya sebagai khalifah.

Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di


Malaysia. Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan
dari falsafah barat. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah
tradisional dan falsafah barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan
 parennialisme manakala falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme.
Kedua-dua bahagian ini mempunyai mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya
 penumpuan kesemua mazhab berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar 
dan peranan murid. Di dalam falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang memberikan
 penumpuan pembinaan insan yang berketerampilan dan aspek ini juga terdapat dalam falsafah
 pendidikan kita. Keempat-empat falsafah yang telah dibincangkan ini boleh dikatakan sebagai
asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah ini
digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan Negara kita. Hanya mengambil aspek-aspek 
yang penting dan berguna sahaja yang diambil kira dalam penggubalan Falsafah pendidikan
Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan juga meletakkan kembali asas kepada
 perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 13/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

BAB 4: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): AMALAN DAN


HURAIANNYA

Rumusan Tajuk 

Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem


  pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem
kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai
  pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di
Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu
sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem
 pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar.
Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta
Pendidikan 1996. FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK juga
merupakan gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat
Malaysia melalui proses pendidikan.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang diberi
  perhatian ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai
rakyatnya dari kalangan berbilang kaum yang meliputi etnik pribumi iaitu Melayu, Iban,
Kadazan serta lain-lain etnik pribumi. Selain ini kedatangan imigran dari egara luat ketika
  penjajahan telah menyebabkan kemajmukan rakyat Malaysia semakin ketara yang meliputi
kaum Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem
 pendidikan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan
 perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak.
Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti
melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam
kalangan rakyat. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 197 4 bertujuan untuk 
mengkaji sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka.

Jawatankuasa ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan


Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali
sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem
  pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) telah diperkenalkan. Pada peringkat awalnya, falsafah pendidikan yang dilaksanakan
di Malaysia hanyalah dalam bentuk yang tersirat. Matlamat dan hala tuju pendidikan Negara

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 14/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

hanya berpaksikan kepada syor-syor yang terkandung di dalam Penyata Razak 1956, laporan
Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961. Selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979,
 barulah falsafah pendidikan Negara yang tersurat dan tersirat dimaktubkan.
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan

diperkenalkan pada tahun 1988. Pada tahun 1996 FPN telah disemak dan dimurnikan dan
dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
FPK merupakan dokumen yang mempunyai agenda besar kepada negara. Apa yang hendak 
dicapai oleh negara pada masa depan terpapar secara tersurat dan tersirat di dalam FPK.
Pendidikan secara berterusan berkaitan dengan sistem pendidikan yang dibina.
Pelaksanaan pendidikan pula bergantung kepada struktur pendidikan yang disediakan.
Pengisian pendidikan pula terkandung di dalam kurikulum yang dibentuk. Keberkesanan
  pendidikan berganting kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan dan kejayaan
  pelaksanaan pula terletak pada profesionalisme keguruan. Kejayaan menghadapi cabaran
tersebut akan membolehkan pendidikan negara mampu keluar dari kepompong komuniti
setempat kepada komuniti antarabangsa. Matmalat yang terkandung dalam FPK hanya boleh
dicapai menerusi penglibatan dan komitmen para guru yang menjadi pelaksana. Secara
Ringkas, peranan guru dalam melaksanakan FPK boleh dikategorikan kepada lima komponen
yang saling berkaitan di antara satu sama lain iaitu komponen ketuhanan, komponen
 profesional, komponen pengajaran, komponen perundingan dan komponen penyelidikan.
Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan
sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan
dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk 
  pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli
keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia
dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 15/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Peta Minda
Emosi

I
ntelek Potensi individu Rohani

Jasmani

Riadah

Menjaga Kesihatan badan Mengembangkan bakat


dan kemahiran teknikal
dan mani ulatif 
Jasmani
Memanfaatkan tenaga
Berusaha meningkatkan
fizikal untuk berdikari
daya pengeluaran

Gunakan tenaga fizikal


bagi kepentingan
mas arakat

Perasaan tenang dan tinglaku


terkawal

Memiliki semangat dan Memiliki dan memupuk


Emosi
perpaduan kekitaan perasaan kasih sayang

Menghargai serta menilai


keindahan dan kesenian

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 16/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

  Menyedari dan
menginsafi

Menyedari dan Menghargai dan


menginsafi mensyukuri
tanggungjawab Rohani pemberian Pencipta

Membentuk akhlak Memupuk dan membina


mulia displin kendiri

Asas 3M

Mendapat,
Intelek Manfaatkan ilmu
meningkat dan
untuk diri dan
menyebarkan ilmu
oranglain

Berfikir secara kritis


dan kreatif 

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 17/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Penjelasan Istilah/konsep

Bil Konsep/Istilah Penjelasan


1
2
3

5

Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda

Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaik 
mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Namun, kurangnya penghayatan

seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebabkan sesuatu


  pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik di mana ilmu yang disampaikan itu
tidak dapat diberi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

Ini turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang guru itu kerana hasil pelajar yang
dididik adalah penentu aras kepada prestasi kerja seseorang guru itu. Ini kerana apabila anak 
didiknya itu tidak terdidik secara menyeluruh, maka ilmu yang disampaikan itu gagal diterima
oleh pelajarnya menyebabkan pelajar tersebut tidak seimbang diantara akademik, emosi,
fizikal serta moralnya dan gagal mematuhi kehendak FPK. Oleh disebabkan demikian, guru-
guru yang kurang memahami FPK haruslah diberi perhatian. Pelbagai tindakan boleh diambil
seperti mengadakan kursus serta penyeliaan berkala

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 18/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Pendapat Anda Tentang Tajuk 

³Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, dapat dihuraikan bahawa
  pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza di dalam
diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap makhluk yang diciptakan
diatas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Namun usaha mengembangkan
 potensi seseorang itu haruslah dilakukan secara menyeluruh dan tergabung antara satu sama
lain. Tujuan pengembangan ini adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intelek, rohani, emosi serta jasmani ini
haruslah seimbang di dalam diri seseorang individu. Ini kerana, kepandaian intelektual
seseorang itu tidak memadai jika akhlaknya rosak, emosinya terganggu serta kesihatannya
terjejas.

Pendidikan merupakan satu perjalanan bagi mencari kebenaran di mana guru itulah

 penyuluh kepada ilmu yang kabur di dalam nyata. Semasa proses ini, ianya akan membawa
  pelajar mengenal mana satu yang betul, mana yang salah. Ianya akan membuat pelajar serta
guru itu faham akan ilmu logikal. Proses ini akan melahirkan rasa keindahan dikalangan
  pelajar dan guru dalam mencorak dunia selari dengan tugas manusia sebagai khalifah. Oleh
yang demikian, bagi mencapai keseimbangan tersebut, manusia haruslah kembali
mendampingi kepada Penciptanya serta alam semester iaitu Tuhan. Kerana kebenaran yang
dicari datang daripadaNya. Apabila wujud insan yang seimbang intelek, rohani, emosi serta
  jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertanggungjawab mencapai kesejahteraan
diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Apabila masyarakat sesebuah Negara berilmu, maka ilmu yang diperolehi itu boleh
dimanfaatkan pada diri sendiri dan masyarakat sekitar sekaligus dapat mempertahankan
kedaulatan dan kemakmuran Negara.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 19/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

BAB 5: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI ASAS KEPADA


PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN MALAYSIA

Rumusan Tajuk 

Falsafah menetapkan matlamat, pendidikan merupakan proses dan pengisiannya


adalah kurikulum. Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi
 pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya. Sebenarnya usaha mendefinisikan kurikulum telah
 berlaku sekian lama, bersama-sama munculnya istilah kurikulum itu sendiri. Pelbagai tokoh
dan ilmuan memberikan definisi yang berbeza-beza dari segi penggunaan istilah, maksud,
kategori, skop dan lapangan.
Perkataan kurikulum sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu ³curr i cul um´.  

Manakala perkataan curr i cul um   pula terbit dari perkataan Latin iaitu ³cur i r´  yang bererti

  pelari dan ³curere´  yang bererti laluan/ tempat berpacu. Hal ini bermakna kurikulum pada
asalnya berkaitan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba yang mengawal akan
memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan. Laluan
tersebut kemudiannya digunakan dalam konteks pendidikan sebagai: Jurusan/program/aliran
 pengajian yang diikuti, Ruang tempat di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam pembangunan
dan perkembangan kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
(dipengerusikan oleh Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum,
Ketua Jabatan dan Ketua Panitia) memainkan peranan penting dalam merancang dan
melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan pencapaian dalam bidang akademik para
  pelajar. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang
diajar berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan
(RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM. Kebanyakkan
tokoh akademik membuat interpretasi sendiri tentang maksud kurikulum.
Berdasarkan daripada pandangan beberapa orang tokoh dapat dijelaskan kurikulum
ialah. Kebanyakkan tokoh akademik yang mentafsir kurikulum mengkelaskan kurikulum
kepada skop dan kategori iaitu setiap kurikulum harus mempunyai matlamat atau
objektif,kandungan, kaedah dan penilaian. Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum
yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah
yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan
 penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 20/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati


kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan
  prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah
kepada peringkat implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran

Harian. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah,
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti
diketahui, difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya
inilah dikenali sebagai proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah
mencapai matlamat. Hasil dari apa yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah
kemenjadian insan mengikut apa yang dihasratkan. Terdapat empat jenis kurikulum
kebangsaan di Malaysia iaitu Kurikulum Pra-sekolah, KBSR yang ditukar kepada KSSR 
mulai 2010, KBSM dan kurikulum Pendidikan Khas.
Usaha mentranformasi kurikulum kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila
Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi system pendidikan kebangsaan bagi
mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang.
Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi
memastikan sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum
  baru ini diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan
FPK bagi menjamin kejayaan Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri
  pada tahun 2020. Serentak dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem
 pentaksiran juga mengalami tranformasi. Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada
  peperiksaan berpusat semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total
dan holistik. fungsi KSSR yang memberi fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul (4M). Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur   yang berpusatkan kepada murid agar 
menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan.
Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana
  pelaksanaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara
mesti beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang
hendak dicapai.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 21/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Peta Minda

PERKEMBANGAN KURIKULUM

PERANCANG PELAKSANA PENILAI 

Merancang dan  Melaksanakan  Menilai 


menyediakan  kurikulum melalui  keberkesanan 
kurikulum. proses penga jaran  kurikulum.
dan pembela jaran.

Objektif  

Penilaian Kandungan 

Kaedah 

Ra jah 8: Model CIPP.

PENILAIAN PENILAIAN
INPUT PENILAIAN
PROSES PENILAIAN
PRODUK
KONTEKS

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 22/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN


PENSTURKTURAN KURIKULUM
KURIKULUM

Ra jah 2: Proses Rancangan Penga jaran.

KURIKULUM
: rancangan pendidikan yang mengandungi subjek / kursus 
dalam sesuatu program.

: rancangan bagi sesuatu subjek / kursus. 


SILIBUS ATAU
MAKLUMAT
KURSUS

RANCANGAN
KERJA
: maklumat ter perinci silibus / maklumat 

kursus.

RANCANGAN
PENGAJARAN : rancangan bagi satu pela jaran / syarahan.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 23/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 24/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Penjelasan Istilah/Konsep

Bil Istilah/konsep Penjelasan


1 Kurikulum Satu rancangan pendidikan yang
dibentuk untuk suatu kumpulan
pelajar bagi mencapai matlamat
yang telah ditentukan.

2 KBSR 
3 KSSR 
4 KBSM
5 Didik-Hibur Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi
dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu
 pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama
dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan
aktiviti kelas

Impak Tajuk Terhadap Perkembangan Ilmu Perguruan Anda

Dari segi perkembangan kurikulum, peranan guru sekolah lazimnya dilihat lebih
kepada pelaksana kurikulum atau curr icul um im pl ement or. Ini kerana, kurikulum dan silibus
'  ' 

telah disediakan oleh PPK dan tugas guru adalah menjalankan tugas pengajaran dengan
  berpandukan kepada kurikulum dan silibus yang telah disediakan oleh PPK. Perlaksanaan
kurikulum sebegini adalah penting kerana bilangan sekolah yang banyak dan murid yang
  begitu ramai dan pada masa yang sama memastikan Falsafah dan Matlamat Pendidikan
 Negara tercapai.  

Pendapat Anda Tentang Tajuk 


Jenis kurikulum

Di samping kurikulum yang telah dinyatakan, tiga lagi bentuk kurikulum perlu 


diketahui  oleh  setiap pendidik  iaitu  ko-kurikulum (co-curriculum),  kurikulum 
tambahan (extra curriculum) dan kurikulum tersembunyi (hidden curriculum).

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 25/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

1. Ko-Kurikulum 

 Aktiviti  untuk menyokong  kurikulum  lazimnya  dilakukan  di luar   kuliah. Aktiviti 


ko-kurikulum bertu juan membentuk personaliti dan sahsiah pela jar . Aktiviti ko-
kurikulum  adalah  seperti pasukan beruniform, ber bagai-bagai jenis  sukan, 
persatuan  dan  sebagainya. Lazimnya  aktiviti  ko-kurikulum  adalah  diwa jibkan 
kepada setiap pela jar .

2. Kurikulum Tambahan 

 Aktiviti  yang  dilakukan  di  luar   kelas  sebagai  tambahan  yang boleh 
menyokong kurikulum  dan  ko-kurikulum. Aktiviti  yang lazim  dilakukan seperti 
pertandingan bahas, drama, lawatan, perkhemahan dan sebagainya.

3. Kurikulum Tersembunyi 

Sesuatu  yang dipela jari  atau diperolehi oleh pela jar   secara tersirat dan tidak 


dinyatakan secara bertulis.

2.4. Perkembangan kurikulum

Perkembangan  kurikulum  melibatkan  tiga proses  utama  iaitu  Perancangan, 


Pelaksanaan dan Penilaian. Ini dapat di jelaskan seperti dalam Ra jah 3.

Ra jah 3: Perkembangan Kurikulum.

Perancangan 

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 26/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

  Perkembangan  Pelaksanaan 

Kurikulum 

Penilaian 

1. Perancangan 

Perancangan kurikulum melibatkan tiga aktiviti utama 

iaitu:

y   menetapkan Falsafah, Visi, Misi institusi/ program.


y   menentukan Matlamat dan Objektif .
y   merekabentuk kurikulum.

2. Pelaksanaan 

y pelaksanaan  ialah proses  melaksanakan  kurikulum  yang  telah 


dibentuk melalui proses penga jaran dan pembela jaran.
y pengurusan sumber  dalam melaksanakan kurikulum berkenaan.

3. Penilaian 

y   melakukan penilaian terhadap keberkesanan kurikulum.


y   merekabentuk semula atau menambahbaik kurikulum.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 27/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Ra jah 5: Proses Perkembangan Kurikulum.

OBJEKTIF KANDUNGAN KAEDAH PENILAIAN

2.6 Menentukan Objektif  

Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan


kurikulum ialah menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai,
hasil daripada proses pendidikan.

Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan:

y  keperluan pela jar .
y  keperluan semasa masyarakat.
y pandangan pakar  dalam ber bagai bidang berkenaan.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 28/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

Bagi  menentukan  objektif   yang  dibentuk bersesuaian,  ianya  hendaklah 


dibentuk berdasarkan kepada:

y  falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.
y psikologi pela jar   dari  segi  teori pembela jaran,  kematangan pela jar   dan 

sebagainya.

Objektif  yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas:

y  apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian.


y  apakah perubahan  yang  ingin  diperolehi  oleh pela jar, bagi  menentukan 
pencapaian objektif .

2.7 Pemilihan Kandungan 

Menurut Tyler, pemilihan  kandungan  merupakan proses  yang  kreatif .


Perancang  kurikulum perlu  memilih  subjek,  kandungan  atau pengalaman 
pembela jaran  yang perlu  didedahkan  kepada pela jar  bagi  mencapai  objektif  
yang telah ditetapkan.

2.8 Kaedah Penyusunan Kandungan 

Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar  
dapat  menghasilkan pembela jaran  yang  menyeluruh  dan berkesan. Untuk 
tu juan ini, Tyler  mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:

y
  Prinsip Kesinambungan
Prinsip Kesinambungan  atau  P rinciple of Continuity  bermaksud  objektif  
atau  kandungan  yang penting  hendaklah  sentiasa  diulang  dan 
didedahkan  secara berterusan  dengan ber bagai-bagai  kaedah  dan  cara 
bagi menentukan ia dipela jari dengan menyeluruh.

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 29/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

y  Prinsip Ketertiban
Prinsip Ketertiban  atau  P rinciple of Sequence  menyarankan 
pembela jaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan 
pengalaman  lalu,  supaya pela jar  ber peluang  mempela jari  sesuatu 
dengan lebih luas dan mendalam.

y  Prinsip Kesepaduan
Prinsip Kesepaduan  atau  P rinciple of Integration  menetapkan  agar  
pengalaman pembela jaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya 
pembela jaran lebih bermakna dan menyeluruh.

Pengalaman pembela jaran  yang  disusun berdasarkan  ketiga-tiga prinsip


tersebut  akan  dapat  memastikan pengetahuan  yang  dipela jari  kekal  dan 
berkesan.

2.9 Penentuan Penilaian

Peringkat  seterusnya  ialah  menentukan  kaedah penilaian  yang boleh 


digunakan  untuk  menentukan pencapaian  objektif   iaitu  menentukan  setakat 

mana objektif  yang telah dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan 


ber bagai  kaedah  dan pada ber bagai peringkat  untuk  mendapatkan bukti 
keberkesanan pembela jaran dan pencapaian objektif  yang telah dinyatakan.

Maklumat  yang  diperolehi  daripada proses penilaian boleh  digunakan  untuk 


menambahbaik kurikulum berkenaan.

Model Tyler   merupakan model yang popular   dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum 


kerana;  sistematik dan mudah digunakan. Ianya melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif, 
pemilihan  kandungan, penentuan  kaedah penyusunan  dan penyampaian,  dan  menentukan  kaedah 
penilaian. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif  

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 30/31
5/12/2018 asgnmnetfalsafahpendidikan -slidepdf.com

BAB 6: PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM:


MEREALISASIKAN HASRAT FPK MENERUSI SUKATAN PELAJARAN DAN
RANCANGAN PELAJARAN

http://slidepdf.com/reader/full/asgnmnet-falsafah-pendidikan 31/31

Anda mungkin juga menyukai