Anda di halaman 1dari 51

PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

LAPORAN

PERTANDINGAN BADMINTON

5 September 2013, 12 September 2013

dan

15 September 2013

GELANGGANG BADMINTON

DI

PADANG DAN GIMNASIUM,

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

ANJURAN PISMP SEMESTER 2

PENDIDIKAN ISLAM, TESL1 DAN TESL 2

HALAMAN
1
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1. PENGHARGAAN 3
2. MAKLUMAT PROGRAM 5
1.0 PENGENALAN
2.0 RASIONAL
3.0 LATAR BELAKANG
4.0 OBJEKTIF
5.0 MAKLUMAT PROGRAM
6.0 PENGISIAN PROGRAM
3. 7.0 TENTATIF PROGRAM 9
4. 8.0 JAWATANKUASA PROGRAM 11
8.1 JAWATANKUASA PELAKSANA
8.2 JAWATANKUASA PENGADILAN
5. 9.0 LAPORAN HARI PERTANDINGAN 15
6 10.0 LAPORAN KEWANGAN 23
7 11.0 LAPORAN JAWATANKUASA PROGRAM 26
11.1 LAPORAN PENGERUSI 27
11.2 LAPORAN SETIAUSAHA 31
11.3 LAPORAN JAWATANKUASA PENGADILAN 35
11.4 LAPORAN URUSETIA PERTANDINGAN 37
11.5 LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN 39
11.6 LAPORAN JAWATANKUASA KESELAMATAN 41
11.7 LAPORAN JWATANKUASA MAKANAN 43
11.8 LAPORAN JAWATANKUASA HADIAH DAN 45
CENDERAHATI
11.9 LAPORAN JAWATANKUASA 47
DOKUMENTASI
8 12.0 PENUTUP 50
9 13.0 LAMPIRAN 52

HALAMAN
2
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam kerana dengan izin-Nya, saya dapat
menyiapkan laporan penuh untuk Pertandingan Badminton bagi amali Pengurusan Gerak

HALAMAN
3
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Kerja Kokurikulum Semester 2 2013. Pertandingan yang dianjurkan dan dikelolakan sendiri
oleh ahli GERKO Badminton ini telah diadakan pada ................ Pertandingan ini merupakan
salah satu aktiviti yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Gerak Kerja Kokurikulum
Permainan yang mempunyai pemberatan markah sebanyak 30%.

Sekalung penghargaan khusus ditujukan buat pensyarah penasihat, Encik Yunus bin Yusuf
atas segala nasihat dan tunjuk ajar serta panduan yang berterusan kepada kami dalam
melaksanakan pelbagai tugasan sepanjang penglibatan kami dalam Pengurusan Gerak Kerja
Kokurikulum Permainan khususnya pengelolaan Pertandingan Badminton ini.

Selain itu, ribuan terima kasih saya titipkan buat rakan-rakan yang banyak membantu,
memberikan kerjasama, sokongan dan dorongan dalam menjayakan pertandingan ini
sekaligus memberi komitmen dalam membantu kelancaran proses menyiapkan laporan dan
pendokumentasian ini. Segala jasa baik rakan-rakan amatlah saya hargai.

Semoga pelaksanaan dan pengelolaan pertandingan ini membawa manfaat dan memberi
impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak
langsung.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

................................................

(AZRINA BINTI AZMAN)

Setiausaha,
Jawatankuasa Dokumentasi,
Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PISMP Semester 2 2013.

HALAMAN
4
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

MAKLUMAT
PROGRAM

1.0 PENGENALAN

Badminton merupakan sejenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan


sebagai sukan teras negara. Pertandingan badminton ini adalah salah satu usaha
yang diharapkan dapat menyumbang ke arah memperkembang lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha ini adalah bagi melahirkan guru pelatih
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

HALAMAN
5
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

berkemahiran dan berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan serta


lapangan kehidupan sekaligus melahirkan generasi guru yang berkualiti tinggi pada
masa akan datang.

2.0 RASIONAL

Pertandingan badminton ini merupakan salah satu aktiviti untuk amali


lapangan yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pengurusan Gerak Kerja
Kokurikulum Permainan. Program ini bakal memberikan pendedahan kepada semua
guru pelatih yang terlibat tentang pengurusan pelaksanaan pertandingan bagi aktiviti
kokurikulum. Melalui pelaksanaan pertandingan ini, secara tidak langsung akan
dapat mengasah bakat guru pelatih dalam sukan pada peringkat awal sebelum
melangkah ke alam pengajaran di sekolah serta menonjolkan kecenderungan dalam
bidang pengurusan.

3.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kelulusan,


daripada pihak Tuan Pensyarah bagi menjayakan Pertandingan Badminton yang
dirancang untuk diadakan pada 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15
September 2013. Program ini dirancang bagi memenuhi sukatan pelajaran
Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Permainan di samping memupuk kerjasama

HALAMAN
6
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

dan kemahiran awal dalam kalangan mahasiswi guru untuk menguruskan


pertandingan-pertandingan kokurikulum di peringkat sekolah apabila keluar sebagai
guru nanti.

4.0 OBJEKTIF

Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut :

 Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.


 Mendidik serta mendedahkan guru pelatih supaya bijak mengatur strategi
bersama rakan-rakan sepasukan yang lain.
 Untuk melahirkan guru pelatih yang sihat dan cergas dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.
 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih untuk
menganjurkan sesuatu program.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

5.1 TARIKH DAN MASA

HALAMAN
7
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Pertandingan ini akan dilaksanakan pada tarikh dan masa sebagaimana yang
berikut:

TARIKH : 5 SEPTEMBER 2013, 12 SEPTEMBER 2013 DAN


15 SEPTEMBER 2013
MASA :2.30 PETANG– 4.30 PETANG

5.2 TEMPAT

Pertandingan ini akan dijalankan di gelanggang badminton di padang dan


Gimnasium IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.

5.3 PENYERTAAN

Program ini disertai oleh mahasiswi guru PISMP AMBILAN JUN 2013 dari unit PAI 1,
TESL 1 dan TESL 4 yang mengambil pengkhususan Pengurusan Gerak Kerja
Kokurikulum Permainan Badminton seramai 11 orang.

6.0 PENGISIAN PROGRAM

 Taklimat sebelum pertandingan.


 Perlawanan badminton antara kumpulan.
 Majlis penutup dan penyampaian hadiah.

HALAMAN
8
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

7.0
TENTATIF
PROGRAM

HALAMAN
9
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
- Pendaftaran peserta.
8.00a.m – 8.30 a.m - Taklimat pertandingan

8.30 a.m –9.30 a.m - Pusingan Pertama Perlawanan


Individu

9.30 a.m – 10.00 a.m - Pusingan Ke-2 Perlawanan


Individu
- Rehat
10.00 a.m – 4.30 p.m - Solat
- Makan tengahari

4.30 p.m – 5.00 p.m - Pusingan Ke-3 perlawanan


Individu

5.00 p.m – 5.30 p.m - Pusingan Ke-4 Perlawanan


Individu

5.30 p.m – 6.00 p.m - Pusingan Ke-5 / Terakhir


Perlawanan Individu

6.00 p.m- 6.30 p.m - Majlis Penutup


- Bersurai
PELAWANAN BADMINTON INDIVIDU PEREMPUAN

GELANGGANG BADMINTON DI PADANG (5 SEPTEMBER 2013)

HALAMAN
10
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

PERLAWANAN BADMINTON BEREGU PEREMPUAN

GIMNASIUM

Hari Pertama (12 SEPTEMBER 2013)

MASA AKTIVITI

2.30 p.m -2.45 p.m -Pendaftaran peserta


-Taklimat pertandingan

HALAMAN
11
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

2.30 p.m – 4.30 p.m - Pusingan Pertama

- Majlis Penutup
4.00 p.m – 4.30 p.m -Bersurai

Hari Kedua (15 SEPTEMBER 2013)

MASA AKTIVITI

2.30 p.m -2.45 p.m -Pendaftaran peserta


-Taklimat pertandingan

2.30 p.m – 4.30 p.m -Pusingan Ke-2/ Terakhir

- Majlis Penutup
4.00 p.m – 4.30 p.m -Bersurai

8.0
JAWATANKUASA
HALAMAN
12
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

8.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa pelaksana bagi perlawanan yang akan diadakan pada 5 September


2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013 adalah seperti berikut :

PENASIHAT : Encik Yunus bin Yusuf

PENGERUSI : Syarifah Noor Amalina Binti Syed Ali

NAIB PENGERUSI: Natasha binti Nik Kamaruddin

SETIAUSAHA : Azimah Binti Abdul Ghani

BENDAHARI : Nur Atiqah Binti Mohd Nasir

AJK PERALATAN :Anis Afifah Binti Shahiri

AJK MAKANAN :Nadhira Binti Mohd Azhari

HALAMAN
13
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

AJK HADIAH :Nur Liyana Fasehah binti Abdul Aziz

AJK TEKNIKAL :Yeoh Hai Nin

AJK KESELAMATAN : Suhashini a/p Selva Raj

AJK DOKUMENTASI : Azrina binti Azman

JAWATANKUASA PENGADILAN : Faizah Zakiah Binti Jumaat


Noor Rosmaini Binti Zahari

8.2 JAWATANKUASA PENGADILAN

PENGADIL PADANG

1. Khavitraa a/p Simmathiri


2. Syarifah Hakimah binti Syed Rosli

PENCATAT MASA

1. Shafwah binti Alias


2. Grace Ng Pei Xin

PENJAGA MASA

1. Suhashini a/p Selva Raj


2. Nurmasni binti Mohd Fakri

PENJAGA GARISAN

HALAMAN
14
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

1. Aida Hanis binti Aminordin Sabri


2. Syarifah Noor Amalina binti Syed.Ali

JURI RAYUAN

1. Nurul Shahida binti Mohd Azilah


2. Nurul Hidayah binti Mohd Razali Fuzai
3. Nur Asnida binti Mohd Suhaidi

9.0
LAPORAN
HARI
PERTANDINGAN
HALAMAN
15
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

HALAMAN
16
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

LAPORAN PERJALANAN
PERTANDINGAN BADMINTON PISMP SEM 2 2013

Bagi melunaskan tuntutan pemarkahan Gerak Kerja Kokurikulum atau


Gerko sekaligus sebagai langkah sinergi ke arah bakal guru yang fleksibel
memenuhi dan mencakupi hasrat 4K menerusi bidang ini yakni kemahiran,
kecergasan, kejurulatihan dan kepegawaian, kami para guru pelatih Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Semester 2 2013 ambilan Jun 2013 telah menganjurkan
atau mengelolakan Pertandingan Badminton secara individual dan beregu di
kalangan kami, PAI 1, TESL 1 dan TESL 4. Perlawanan ini telah diadakan di
Gelanggang Badminton yang bertempat di Padang Dan Gimnasium Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 5 September
2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013.
Sebelum pertandingan ditetapkan dan diadakan, kami telah mengadakan
beberapa mesyuarat sama ada umum waima khusus yang bertujuan melantik
jawatankuasa induk perlawanan, perbincangan persediaan yang ampuh dan apik
untuk perlawanan tersebut dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan aturan dan
perancangan yang rapi tersebut, ahli jawatankuasa dapat menjalankan bidang tugas
masing-masing dengan baik. Sebagai tamsilan, padang dan sebarang peralatan
yang diperlukan pada hari pertandingan siap tersedia sejak sebelum pendaftaran
pada pagi pertandingan berlangsung. Tidak lain dan tidak bukan, semua ini adalah
impak kerjasama antara ahli jawatankuasa peralatan dan teknikal padang.

Manakala seawal 8.00 pagi, para peserta sudah mula menapak dan
berkumpul di padang dan pendaftaran telah bermula lebih kurang jam 8.15 pagi.
Ternyata ‘bagai murai berkicau hari siang’, hasil usaha efektif ahli jawatankuasa
urusetia padang memulakan pendaftaran pada waktu yang lebih awal berbanding
perancangan sebelumnya yang telah tercatat pada kerta kerja dan tentatif program
pertandingan ini yakni pada jam 8.30 pagi. Tidak lupa juga, kepada kesemua peserta
termasuk para pemain khususnya yang memberikan komitmen yang tinggi dan
berjaya hadir seawal mungkin. Sikap ketepatan masa yang ditonjolkan oleh kesemua
para guru pelatih sekaligus menyemai sikap kedisplinan yang tinggi dan
memanifestasikan sifat kepegawaian yang mula bertunjang pada jiwa masing-
masing.

HALAMAN
17
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Persediaan dan peserta yang mula berkumpul di padang.

Ahli jawatankuasa pengadilan mula mengambil alih tugas pada jam 8.30
pagi dan memperingatkan kepada para pemain tentang peraturan-peraturan penting
ketika perlawanan berlangsung. Taklimat disampaikan oleh saudari Faizah Zakiah
Binti Jumaat. Sekaligus, aktiviti regangan / pemanasan badan telah dilakukan.

HALAMAN
18
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Sesi taklimat.

Aktiviti regangan/pemanasan badan sebelum perlawanan bermula.

Dua perlawanan mula berkocak hebat menghiasi Padang Badminton tersebut


tepat jam 8.05 minit pagi antara kumpulan A (Pendidikan Islam) dengan kumpulan C
(Tesl B) dan antara kumpulan B (Tesl A) dengan kumpulan D (Sejarah). Namun, dek
jumlah kamera yang terhad dan kekurangan pakar dalam ahli jawatankuasa
dokmentasi, perlawanan pada peringkat awal ini diputuskan tidak dirakam sebaliknya
hanya diambil gambar kenangan dan bukti dokumentasi. Keanggotaan ahli
jawatankuasa yang mana telah terlibat sebagai pemain sepenuhnya pada masa
yang sama juga telah menyebabkan kekangan teknikal ini berlaku. Meskipun begitu,
pihak kami berjaya merakamkan keseluruhan perlawanan akhir bagi perlawanan
badminton ini.

HALAMAN
19
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Pemain bermain bersungguh-sungguh.

Sepanjang perlawanan pada peringkat awal juga, banyak kecederaan


ringan telah berlaku dalam kalangan pemain memandangkan sikap sesetangah
permain sendiri yang tidak menjaga atau mematuhi etika perlawanan ketika ianya
berlangsung. Tidak dapat disangkal bahawa mereka terlalu komited terhadap
permainan, lantaran itu, pihak lawan menjadi mangsa keghairahan mereka.
Berdasarkan laporan yang didapati daripada Ketua Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan
dan Kebajikan, Alia Farhana binti Ab.Aziz, pada peringkat awal terdapat sekurang-
kurangnya 4 orang pemain yang mengalami kecederaan antaranya Nurul Atiqah Binti
Mohd Nasir dari Kumpulan C, Nur Fatin Nabilah Bt Muhd Nazir dari Kumpulan C,
Nurul Shahida Binti Mohd Azilah dari Kumpulan A, dan Nithia Prathiba Thevar A/P
Kamalanathan dari Kumpulan B.

HALAMAN
20
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Perlawanan peringkat awal berakhir dengan keputusan Kumpulan C (Tesl


B) menang 4 – 2 menewaskan Kumpulan A (Pendidikan Islam) manakala Kumpulan
B (Tesl A) tewas 12 – 0 di tangan Kumpulan D (Sejarah). Masing-masing yang
kepenatan atas perlawanan yang sengit bagi setiap pasukan, lalu diberikan masa
rehat oleh urusetia pertandingan sebelum memulakan perlawanan akhir antara
Kumpulan C (Tesl B) dengan Kumpulan D (Sejarah).

Perlawanan peringkat akhir yang kemudiannya kian sengit menyebabkan


seorang pemain yakni penjaga gol Kumpulan C (Tesl B) yakni Nur Fatehah Nabila Bt
Hassan terpaksa berhadapan dengan penyakit Asma (lelah) nya yang menyerang
akibat kepenatan dan akhirnya membawa sesak nafas. Lebih buruk lagi, beliau tidak
membawa ubat pernafasan atau ‘inhaler’ milik beliau pada hari perlawanan
menyebabkan ahli jawantankuasa keselamatan dan kebajikan serta seluruh urusetia
dan ahli jawatankuasa pertandingan panik. Namun, Alhamdulillah, setelah kami
bersama-sama berusaha dan membantu, 20 minit kemudian beliau didapati stabil.
Perlawanan kemudiannya berakhir dengan kejuaraan memihak kepada Kumpulan D
(Sejarah) iaitu dengan mata 4 – 1 menewaskan lawan, Kumpulan C (Tesl B).

HALAMAN
21
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Peserta diserang lelah.

Tepat jam 11.30 pagi, majlis dan ucapan penutupan dirasmikan oleh Yang
Berbahagia Encik Zaharim Bin Tawang, Ketua Jabatan Gerko Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Dalam ucapan penutupan
beliau ada memberi sedikit teguran membina berkaitan kertas kerja perlawanan yang
memerlukan sedikit penambahbaikan pada masa akan datang. Antaranya, berkaitan
kekemasan, jadual perlawanan dan tahap pemahaman konsep liga dalam
permainan. Di samping itu, beliau telah berkongsi tujuan bagi melunaskan hasrat 4K
yang menjadi punca eksistensi Kokurikulum dalam sistem latihan guru di peringkat
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Akhirnya, kami turut memberi
penghargaan kepada beliau dengan menyampaikan hadiah kepada setiap pasukan
diiringi pengerusi dan naib pengerusi dalam penganjuran pertandingan tersebut.
Majlis bersurai tepat jam 11.40 pagi dan kelihatan ada pasukan yang terus bersiap-
sedia membahagikan hadiah pasukan masing-masing seusai penyampaian hadiah
tersebut. Seterusnya, para peserta juga dibekalkan dengan makanan tengahari yakni
bihun goreng sebelum pulang ke bilik masing-masing.

HALAMAN
22
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Tuntasnya, dapatlah disimpulkan bahawa ‘sudah terang lagi bersuluh’ penganjuran


pertandingan tersebut berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun ini adalah
pengalaman pertama bagi kami sebagai pelajar junior yang masih mentah dan baru
sahaja mula bertatih dalam asas kepada karier perguruan. Tambahan pula, cuaca
yang baik membantu perlawanan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

HALAMAN
23
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

10.0
LAPORAN
KEWANGAN
HALAMAN
24
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

10.0 LAPORAN KEWANGAN

NAMA PROJEK : Pertandingan Badminton


TARIKH : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15
September 2013
TEMPAT : Padang Badminton, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ANJURAN : PPISMP Pendidikan Islam, Sejarah dan Tesl Semester 2
PENASIHAT : En. Yunus bin Yusuf

Perjalanan pengurusan kewangan

Suatu pertandingan badminton telah dianjurkan oleh guru-guru pelatih


PPISMP Tesl, Pendidikan Islam, dan Sejarah pada 5 September 2013, 12
September 2013 dan 15 September 2013 di Padang Badminton IPG Kampus Dato’
Razali Ismail. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 42 orang guru pelatih.
Sejumlah RM 5 telah dikutip daripada setiap guru pelatih untuk membiayai
perbelanjaan pertandingan. Jumlah wang yang dikutip adalah RM210.00.

Wang ini telah digunakan untuk membeli hadiah kepada para peserta,
cenderahati untuk pensyarah, dan makanan. Sejumlah RM 90 telah digunakan untuk
makanan dan minuman. Makanan yang disediakan adalah dua jenis kuih, iaitu
karipap dan appam. Minuman pula Jus Mangga. Makanan tengah hari juga telah
disediakan, iaitu Bihun Goreng. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas
usaha mereka.

Sejumlah RM 120 telah digunakan untuk membeli hadiah untuk para peserta
dan pensyarah. Saya juga amat berterima kasih kepada AJK hadiah kerana sanggup

HALAMAN
25
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

berulang-alik ke bandar walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan lain. Hadiahnya


ialah hamper. Kesemua peserta balik dengan puas hati.

Di sini, saya juga berterima kasih kepada seluruh jawatankuasa atas


kepercayaan mereka pada diri saya dan telah memberi satu tugasan sebagai
bendahari.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

____________________

( NITHIA PRATHIBA THEVAR A/P KAMALANATHAN )

Bendahari,,
Jawatankuasa Pelaksana,
Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

HALAMAN
26
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

11.0
LAPORAN
JAWATANKUASA
PROGRAM

HALAMAN
27
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN

11.1 LAPORAN PENGERUSI


NAMA PROJEK : Pertandingan Badminton
TARIKH : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15
September 2013
TEMPAT : Padang Badminton, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
ANJURAN : PPISMP Pendidikan Islam, Sejarah dan Tesl Semester 2
PENASIHAT : En. Yunus bin Yusuf

Pelaksanaan Sebelum Pertandingan :-

I. Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan


II. Melantik ahli jawatankuasa pertandingan serta senarai tugas masing-masing.
III. Mengadakan mesyuarat perbincangan untuk merancang pertandingan
badminton.
IV. Membuat kertas kerja.
V. Menghantar kertas kerja kepada pensyarah pembimbing dan diluluskan.
VI. Menyediakan hadiah

Peringkat Proses Perjalanan Program :-

I. Memastikan keselamatan pemain semasa bermain.


II. Memberi taklimat ringkas kepada pemain.
III. Memastikan pemain berada di kawasan permainan sewaktu permainan
hendak dijalankan.
IV. Memastikan keadaan gelanggang selamat.
Memastikan pengadil mestilah berada di kawasan sepanjang permainan
berlangsung.

Selepas Perlaksanaan Pertandingan :-

I. Membuat ‘post mortem’.

HALAMAN
28
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

II. Mengemas kawasan gelanggang.


III. Menyimpan semula alatan yang digunakan.
IV. Membuat refleksi terhadap pelaksanaan permainan.

REFLEKSI

Pada hari Selasa bersamaan 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15


September 2013, gabungan penuntut PPISMP Pendidikan Islam (PAI), Teaching
English as Second Language (TESL) dan Sejarah telah berjaya menganjurkan satu
pertandingan di bawah kelolaan Encik Yunus bin Yusof.

Program ini dianjurkan bagi memenuhi tuntutan Kerja Kurus GERKO bagi
Semester 2 tahun 2012. Program ini berjalan seperti yang dirancangkan walaupun
tempoh masa yang diberikan agak terhad dan Jawatankuasa Pertandingan hanya
mempunyai masa seminggu untuk merancang pertandingan ini. Alhamdulillah,
pertandingan ini berlangsung dengan jayanya. Namun, tidak dapat dinafikan masih
terdapat beberapa kelemahan yang tidak sengajakan.

Sepanjang pengendalian program ini, saya mendapati penglibatan semua


penuntut adalah amat memberangsangkan. Hal ini kerana, setiap perjumpaan
mahupun Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan yang diadakan antara penuntut
dari semasa ke semasa dapat dipenuhi walaupun masing-masing sibuk dengan
tuntutan tugasan lain. Saya juga dapat melihat komitmen setiap guru pelatih yang
begitu semangat dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan pertandingan ini.

Semasa hari pertandingan berlangsung, para guru pelatih juga sudah bersiap
sedia dengan turun seawal 7.00 pagi. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa oleh
Saudari Syarifah Nur Hafizah dan sedikit ucapan oleh Pengarah Program.
Kemudian, program diteruskan dengan sesi memanaskan badan dan diteruskan pula
oleh sesi taklimat dari Jawatankuasa Pengadilan.

Sepanjang pertandingan berlangsung, para pemain bermain dengan


bersungguh-sungguh. Kerjasama dan semangat kesukanan yang ditonjolkan amat
tinggi. Namun, kekurangan dari segi kemahiran dan aspek keselamatan yang kurang
ditekankan menyebabkan beberapa pemain mengalami kecederaan. Alhamdulillah,

HALAMAN
29
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

AJK Keselamatan berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik dengan segera


memberikan rawatan awal kepada pemain untuk mengurangkan kesakitan yang
dialami. Saya juga ingin menitipkan pujian kepada mereka yang segera dan pantas
bertindak.

Sebagai Pengarah Program, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan
kerjasama dan komitmen yang dipamerkan oleh kawan-kawan saya dalam
menjayakan program ini. Semua pemain juga dapat menerima keputusan permainan
dengan hati yang terbuka kerana masing-masing memahami adat permainan, ada
yang menang dan ada yang kalah.

Diharapkan program ini dapat memberi impak yang besar dalam kalangan
penuntut khususnya ahli badminton untuk terus menganjurkan pertandingan yang
lebih hebat selain dapat memupuk semangat kesukanan.

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya, dapatlah kami melaksanakan tugasan


ini dengan sempurna dan jayanya.  Tugasan ini menuntut kami untuk menyiapkan
kertas kerja yang diberikan dalam masa beberapa minggu.

HALAMAN
30
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Seinfiniti penghargaan kami ucapkan kepada Encik Yunus bin Yusof kerana
telah banyak membimbing dan membantu kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang membantu kami dari segi moral dan
kewangan. Sokongan moral mereka banyak membantu kami untuk menempuhi
cabaran yang mendatang.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan GERKO dan


Jabatan Pendidikan Jasmani atas kerjasama dan budi baik mereka dalam membantu
kami menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang telah
banyak membantu kami untuk menjayakan pertandingan ini dan seterusnya
menyiapkan tugasan ini.

Melalui pelaksanaan pertandingan ini banyak ilmu yang telah kami perolehi
dan apa yang telah kami lakukan dapat kami ingat dengan lebih jelas.

Sekian, terima kash.

Disediakan oleh :

…………………………………
(NURUL SHAHIDA BINTI MOHD AZILAH)

Pengerusi,
Jawatankuasa Pelaksana,
Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

11.2 LAPORAN SETIAUSAHA

NAMA PROJEK : Pertandingan Badminton


TARIKH : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15
September 2013

HALAMAN
31
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

TEMPAT : Padang Badminton, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail


ANJURAN : PPISMP Pendidikan Islam, Sejarah dan Tesl Semester 2
PENASIHAT : En. Yunus bin Yusuf

Pelaksanaan Sebelum Pertandingan :-

1. Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa


Pelantikan Ahli Jawatankuasa Program bagi memulakan perancangan dan
pelaksanaan pertandingan.

2. Mesyuarat Perancangan Pertandingan


Mesyuarat perancangan aktiviti telah dilaksanakan bersama semua guru
pelatih yang terlibat bagi membincangkan tentang perkara-perkara seperti
berikut. :-
i. Perancangan Aktiviti
ii. Kutipan yuran ahli
iii. Perjalanan aktiviti pada hari pertandingan
iv. Pembahagian kerja bagi setiap ahli

3. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk


 Mesyuarat ini telah dilaksanakan beberapa kali bagi membincangkan
tindakan yang perlu di ambil bagi mengatasi beberapa masalah dan
kesulitan yang dihadapi.

4. Mesyuarat Bersama Ahli Jawatankuasa Kecil


Mesyuarat ini telah dilaksanakan beberapa kali bagi membincangkan
beberapa perkara:-

i. Pembentangan pelaksanaan tugasan setiap jawatankuasa yang perlu


diselesaikan sebelum pertandingan.
ii. Perbincangan tentang pengurusan khusus setiap jawatankuasa
sebelum, ketika dan selepas pertandingan berlangsung.
iii. Perbincangan mengenai peruntukan dan perbelanjaan kewangan.

HALAMAN
32
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

iv. Perbincangan sistem pelaksanaan pertandingan badminton.

Peringkat Proses Perjalanan Program :-

i. Perjalanan pertandingan berjalan dengan lancar, mengikut sepertimana


perancangan sebelum pertandingan ini berlangsung.
ii. Perlaksanaan pertandingan mendapat kerjasama dan sambutan yang
menggalakkan daripada setiap ahli yang terlibat.
iii. Pertandingan yang dilaksanakan memberi peluang kepada setiap ahli untuk
melibatkan diri secara langsung dengan pengurusan serta pengendalian
pertandingan yang sebenar.
iv. Pertandingan yang dianjurkan secara tidak langsung membuka peluang
kepada ahli turun padang untuk perlawanan badminton yang sebenar.
v. Setiap ahli dapat mengaplikasikan latihan kemahiran yang dipelajari dengan
sangat baik dari sudut kemahiran bermain, mengadili pertandingan, serta
persediaan bantuan kecemasan kepada pemain yang tercedera.

Selepas Perlaksanaan Pertandingan :-

1. Mesyuarat Post Mortem telah diadakan pada 2 Mei 2012 jam 9.00 malam di
Bilik Kuliah1 bagi mendengar laporan daripada setiap Ahli Jawatankuasa yang
terlibat serta komen, sumber saran dan cadangan daripada setiap peserta
bagi merungkai setiap kelemahan semasa pertandingan dilaksanakan. Selain
itu, ia bertujuan untuk memperkemas pelaporan dan pendokumentasian
pertandingan yang mana memerlukan laporan daripada setiap ketua
jawatankuasa kecil pertandingan.

REFLEKSI

HALAMAN
33
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Terlebih dahulu,saya memanjatkan rasa kesyukuran dan kegembiraan kepada


Allah kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya dapatlah kiranya saya siapkan laporan
ini walaupun hakikat pada mulanya agak mencabar keterbatasan kemampuan saya.
Namun, Alhamdulillah akhirnya laporan ini dapat juga diselesaikan dan dijadikan
rujukan dan tatapan semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada pensyarah


penasihat program, Encik Yunus bin Yusuf yang banyak membantu dalam
penambahbaikan kertas kerja dan segala perkara yang berkaitan dengan
pelaksanaan pertandingan seperti penetapan tarikh pertandingan, susunan sistem
pertandingan serta kerjasama dengan unit Tesl, Pai dan Sejarah yang mana juga
merupakan guru pelatih unit Gerko pemainan badminton di bawah kelolaan beliau.

Program ini sedikit sebanyak mengajar kami untuk bekerjasama walaupun


baru saling mengenali dan erti kerjasama itu sendiri serta bagaimana membahagikan
tugasan kepada semua ahli yang terlibat agar segala kerja menjadi mudah dan
berjalan dengan lancar. Sifat mementingkan diri sendiri juga dapat dikikis secara
tidak langsung kerana setiap ahli kumpulan perlu memberi komitmen dan
kesungguhan dalam menyiapkan bidang tugas masing-masing yang telah diberi hasil
daripada perbincangan yang telah dijalankan secara bersama. Pengetahuan kami
juga bertambah dan kemahiran permainan itu lebih dikuasai secara tidak langsung
selepas pertandingan ini. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan pengurusan dan
pengendalian pertandingan.

Saya sendiri berpeluang menimba ilmu dan banyak pengajaran daripada


kelangsungan pertandingan ini. Ternyata, apabila kita ingin mengelola atau
menganjurkan sebarang program atau aktiviti, kita perlulah memenuhi beberapa
kriteria utama iaitu menghasilkan kertas kerja yang mantap dan sempurna dan yang
paling penting ialah memenuhi proforma sesuatu bidang itu.

Akhirulkalam, tugasan amali lapangan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum


ini memberi impak yang sangat besar kepada kami guru-guru pelatih yang terlibat
lebih-lebih lagi kepada perkembangan kemahiran, kecergasan, kejurulatihan dan
kepegawaian dalam dri masing-masing sebagaimana yang menjadi objektif

HALAMAN
34
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

pengkhususan amali GERKO in. Saya berharap agar program selepas ini dirancang
dengan lebih baik dan agar penglibatan setiap guru pelatih dalam program tesebut
mencapai visi dan misi yang disasarkan untk kecemerlangan dan kegemilangan
bersama.

Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh :

…………………………………
(NUR ASNIDA BINTI MOHD SUHAIDI)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana,
Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

11.3 LAPORAN JAWATANKUASA PENGADILAN


Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013

Masa : 8.00 a.m. – 11.30 a.m.

HALAMAN
35
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Tempat : Padang Badminton IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Acara : Pertandingan Badminton

Penyertaan : Semua ahli Badminton PISMP Sem 2 2013

Laporan :

Ahli Jawatankuasa Pengadilan :


1) Merangkumi 2 orang pengadil padang, 2 orang pencatat markah, 2 orang
penjaga masa, 2 orang penjaga garisan dan 3 orang juri rayuan bagi
melicinkan segala aturan berkaitan perlawanan sama ada sebelum, ketika dan
setelah perlawanan dijalankan.
2) Sebelum perlawanan, perbincangan telah diadakan di kalangan ahli
jawatankuasa pengadilan bagi menetapkan perjalanan ketika perlawanan.
3) Ketika perlawanan dijalankan, setiap ahli jawatankuasa pengadilan
memainkan peranan dengan baik.
4) Setelah perlawanan berakhir, pihak pengadilan menetapkan keputusan
sebagaimana berikut :

KUMPULAN JUMLAH GOL PUSINGAN


Sejarah VS Tesl A 12 – 0
SEPARUH AKHIR
Pend. Islam VS Tesl B 2-4

Pend.Islam VS Tesl A 7–1


AKHIR

HALAMAN
36
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Sejarah VS Tesl B 4–1

Keputusan penuh :
Kedudukan Kumpulan
Johan Kump.D
Naib Johan Kump. C
Tempat Ke-3 Kump.A
Tempat Ke-4 Kump.B

Keputusan/ Johan pertandingan adalah kumpulan D, pasukan Sejarah, naib


Rumusan : johan adalah kumpulan C yakni pasukan Tesl B, manakala tempat
ketiga adalah kumpulan A, pasukan Pendidikan Islam dan tempat
keempat adalah kumpulan B, pasukan Tesl A.

Disediakan oleh,

………………………………

( Khavitraa A/P Simmathiri )

Ahli Jawatankuasa Pengadilan,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

11.4 LAPORAN URUSETIA PERTANDINGAN


Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013

Masa : 8.00 a.m. – 11.30 a.m.

Tempat : Padang Badminton IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Acara : Pertandingan Badminton PISMP Sem 2 2013

HALAMAN
37
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Penyertaan : Semua ahli badminton PISMP Sem 2 2013

Laporan :
Urusetia pertandingan :

1) Terdiri daripada 5 orang ahli jawatan kuasa yang bertanggungjawab :


i) Sharvina Sara A/P Gandhi Bal
ii) Shawati binti Salim
iii) Suhada binti Abd Wahid
iv) Nurul Jannah binti Mohd Musa
v) Siti Zayani Bt Mohd Zaki

2) Memantau persiapan sebelum dan ketika perlawanan berlangsung.


3) Memastikan pemain-pemain mendaftarkan diri sebelum perlawanan
berlangsung. Dicatatkan kehadiran 41 orang menghadirkan dan meibatkan diri
sepenuhnya bagi melaksanakan penganjuran perlawanan ini dengan jayanya.
4) Seorang peserta didapati tidak menghadirkan diri ketika hari perlawanan
berlangsung tanpa sebab yang dikemukakan.

NAMA PESERTA KELAS

Grace Ng Pei Xin PPISMP TESL 2

Keputusan/ Ketika perlawanan berlangsung, semuanya berjalan lancar berikutan


Rumusan : kesemua peserta dan ahli jawatankuasa memberikan komitmen yang
tinggi dan kerjasama yang baik.

Disediakan oleh,

HALAMAN
38
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

………………………………

(Sharvina Sara A/P Gandhi Bal )

Ketua Urusetia Pertandingan,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

11.5 LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN


Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013

Masa : 8.00 a.m. – 11.30 a.m.

Tempat : Padang Badminton IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Acara : Pertandingan Badminton PISMP Sem 2 2013

Penyertaan : Semua ahli badminton PISMP Sem 2 2013

HALAMAN
39
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Laporan :
Ahli Jawatankuasa Peralatan :

1) Terdiri daripada 3 orang ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab :


i)  Nur Syahirah binti Kamaruzzaman (Ketua)
ii) Muniera binti Mat Salleh
iii) Nurul Nadhira binti Mohd Azhari.

2) Sebelum pertandingan :
i) Memohon / meminjam peralatan yang diperlukan bagi melancarkan
perjalanan perlawanan ketika berlangsung. Peralatan dipinjam
daripada Jabatan GERKO dan Pendidikan Jasmani IPG Kampus Dato’
Razali Ismail.
ii) Alat-alatan tersebut adalah 2 buah payung padang, 4 batang bendera,
8 biji bola, 1 buah healer dan satu set bib.
iii) Senarai pinjaman alatan tersebut telah disertakan bersama-sama
laporan ini.

3) Selepas pertandingan :
i) Alatan yang dipinjam kemudiannya dikumpulkan dan dihantar dalam
keadaan baik seperti biasa.

Keputusan/ Pertandingan berjalan seperti dirancang ekoran peralatan yang


Rumusan : digunakan mencukupi dan dapat dihantar dalam keadaan baik
setelah perlawanan selesai.

Disediakan oleh,

………………………………

HALAMAN
40
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

(Nur Syahirah binti Kamaruzzaman )

Ahli Jawatankuasa Peralatan,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

11.6 LAPORAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN


KEBAJIKAN
Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013

Masa : 8.00 a.m – 11.30 a.m.

Tempat : Padang Badminton IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Acara : Pertandingan Badminton PISMP Sem 2 2013

Penyertaan : Semua ahli badminton PISMP Sem 2 2013

Laporan :
Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan :

HALAMAN
41
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

1) Menyediakan bantuan kepada pemain-pemain yang mengalami cedera


ringan.
2) Menyediakan peti bantuan kecemasan (First Aid Kit) untuk pelbagai ubatan
kepada pemain yang cedera. Peti tersebut didapatkan daripada Majlis
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
3) Pada hari kejohanan :

i) Terdapat ramai pemain yang tercedera dan terjatuh akibat serangan


daripada pihak lawan.
ii) Juga disebabkan bola yang terkena pada muka pemain.
iii) Masalah : ketidakcukupan ahli jawatankuasa keselamatan dan
kebajikan disebabkan sebahagian besar daripada ahli jawatankuasa ini
juga adalah pemain.

iv) Antara pemain yang tercedera ialah :

Nama Kecederaan
Nur Fatehah Nabila Bt Hassan Asma
Nithia Prathiba Thevar Terjatuh
Nurul Atiqah Binti Mohd Nasir Pelanggaran dengan pihak lawan
Nurul Shahida Binti Mohd Azilah Terjatuh
Azrina Bt Azman Terjatuh

Keputusan/ 1) Memerlukan lebih ramai ahli jawatankuasa Keselamatan dan


Rumusan : Kebajikan bagi memastikan bantuan yang terbaik pada pemain
yang tercedera pada pertandingan lain selepas ini.

2) Pemain perlu mengamalkan sikap tolak ansur dan mematuhi


etika perlawanan bagi mengurangkan kecederaan berlaku.

Disediakan oleh,

HALAMAN
42
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

………………………………

( Alia Farhana binti Ab Aziz )

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

11.7 LAPORAN JAWATANKUASA MAKANAN


Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September
2013
Masa : 8.00 a.m. – 11.30 a.m.

Tempat : Padang Badminton IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Acara : Pertandingan Badminton PISMP Sem 2 2013

Penyertaan : Semua ahli badminton PISMP Sem 2 2013

Laporan :
Ahli Jawatankuasa Makanan:

1) Terdiri daripada 3 orang ahli jawatan kuasa :


i) Anis Afifah binti Shahiri.
ii) Nur Ain Nadhirah Bt Mohd Amin
iii) Nurul Jannah Fakhriah Bt Abd Ghaffar

2) Sarapan pagi :
i) Makanan yang ditempah sebanyak 90 biji yakni kuih bakar dan

HALAMAN
43
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

karipap sampai pada jam 7.45 pagi.


ii) Kami mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air yang bersih
sebagai minuman lantaran masalah pengangkutan. Namun, akhirnya
kami berjaya menyiapkan minuman untuk para peserta.

3) Makanan tengahari :
i) Sampai tepat jam 10.30 pagi sebanyak 46 bungkus. Makanan yang
ditempah adalah bihun goreng.

Keputusan/ Alhamdulillah, makanan yang disediakan mencukupi dan


Rumusan : semua peserta dapat makan dengan baik.

Disediakan oleh,

………………………………

(Nur Ain Nadhirah binti Mohd Amin )

Ahli Jawatankuasa Makanan,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

HALAMAN
44
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

11.8 LAPORAN JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAHATI


Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013

Masa : 8.00 a.m. – 11.30 a.m.

Tempat : Padang Badminton IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Acara : Pertandingan Badminton PISMP Sem 2 2013

Penyertaan : Semua ahli badminton PISMP Sem 2 2013

Laporan :
Ahli Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati :

1) Peringkat awal :

i) Mendapat peruntukan sebanyak RM 120 daripada bahagian kewangan


bagi membeli hadiah.

ii) Menyenaraikan barang-barang dan anggaran harga bagi kesemuanya.

HALAMAN
45
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

2) Peringkat perjalanan program :

i) Kami sebulat suara menyediakan 6 buah hamper dengan wang yang


diperuntukkan hasil persetujuan bersama ahli jawatan kuasa tertinggi.

ii) Selain itu, kami juga diminta untuk menyediakan 2 buah cenderahati
kepada 2 orang pensyarah iaitu Encik Zaharim Bin Tawang selaku
pensyarah jemputan dan Encik Yunus bin Yusof sebagai pensyarah
penasihat badminton kami.

iii) Resit-resit yang berkaitan dengan aktiviti pembelian hadiah telah


disertakan bersama-sama laporan ini dan telah memberi satu salinan
kepada pihak kewangan (bendahari) untuk tindakan selanjutnya.

Keputusan/ 1) Hadiah berjaya disediakan dengan sempurna sebagaimana


Rumusan : diperlukan pada hari dan waktu perlawanan berlangsung.

2) Semua ahli jawatankuasa memberikan kerjasama yang baik.

Disediakan oleh,

………………………………

( Azimah binti Abdul Ghani )

Ahli Jawatankuasa Hadiah dan Cenderahati,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PPISMP Semester 2 2012.

HALAMAN
46
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

11.9 LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI


Tarikh : 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15 September 2013

Masa : 8.00 a.m. – 10.30 a.m.


2.30 p.m – 4.30 p.m
Tempat : Gelanggang Badminton, Padang & Gimnasium Kampus Dato’ Razali
Ismail
Acara : Pertandingan Badminton PISMP Sem 2 2013

Penyertaan : Semua ahli badminton PISMP Sem 2 2013

Laporan :

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi :

1) Sebelum Pertandingan :
i) Mesyuarat awal perancangan program setelah pembentukan ahli
jawatan kuasa :
-Pendedahan awal bidang tugasan ahli jawatan kuasa dokumentasi
bagi perlaksanaan pertandingan ini.
-Merangka bentuk dokumentasi dan memutuskan menyediakan kertas
laporan bagi setiap ketua ahli jawatan kuasa bagi mendapatkan
laporan yang jelas dan lengkap keseluruhan ahli jawatan kuasa

HALAMAN
47
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

sepanjang sebelum, semasa dan selepas program berlangsung.


ii) Mencatat masa dan tempat perlawanan.
iii) Menyediakan alatan untuk penggambaran.

2) Semasa pertandingan :
i) Kekurangan ahli untuk melaksanakan keseluruhan tugasan
memandangkan sebahagian besar ahli jawatan kuasa ini juga menjadi
pemain pada waktu yang sama. Justeru, meminta bantuan daripada
ahli jawatan kuasa yang lain untuk mengambil gambar.

ii) Kekurangan alat rakaman seperti kamera dan ahli jawatan kuasa
kurang berkemahiran dalam menggunakan kamera rakaman. Walau
bagaimanapun, peluang ini membuatkan kami berjaya mempelajari
kemahiran asas menggunakan kamera tersebut.

3) Setelah pertandingan :
i) Walaupun terdapat banyak kekangan yang dialami, kami berjaya
mengumpul banyak gambar kenangan sepanjang menjalankan
perlawanan Badminton dalam kalangan guru pelatih PISMP TESL dan
PAI Sem 2 2013.

ii) Mengumpulkan gambar dan memasukkan ke dalam cd serta dikepilkan


bersama-sama hasil kerja dokumentasi pertandingan ini.

iii) Menghadiri mesyuarat post-mortem pada 2 Mei 2012 di Bilik Kuliah 1


pada jam 10 malam bagi mengumpul laporan daripada semua ketua
ahli jawatan kuasa bagi menyiapkan kerja-kerja terakhir dan laporan
keseluruhan bagi melengkapkan laporan dokumentasi.

iv) Laporan dokumentasi diserahkan kepada setiausaha program pada 3


Mei 2012 untuk tindakan selanjutnya.

HALAMAN
48
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Keputusan/ Kami mencadangkan agar memilih atau mewakilkan mereka yang


Rumusan : berkemahiran bagi setiap ahli jawatan kuasa bagi melicinkan
bahagian tugasan keseluruhan dalam menjayakan program. Di
samping, membimbing mereka yang tidak berkemahiran bagi
memperkembang kemahiran dalam kalangan guru pelatih secara
efektif.

Disediakan oleh,

………………………………

(AZRINA BINTI AZMAN)

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi,


Pertandingan Badminton,
Pengurusan GERKO PISMP Semester 2 2013.

HALAMAN
49
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

12.0
PENUTUP

PENUTUP

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya


pertandingan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pertandingan Badminton ini
telah memberi banyak manfaat, pendedahan ilmu serta kemahiran baru dari pelbagai
sisi kehidupan kepada pelajar-pelajar ambilan Jun 2013 unit Pendidikan Islam dan

HALAMAN
50
PERTANDINGAN BOLA BALING [ AMALI PENGURUSAN GERKO BOLA BALING 2012 ]

Tesl. Program ini berlangsung pada 5 September 2013, 12 September 2013 dan 15
September 2013 di Gelanggang Badminton yang bertempat di padang untuk
perlawanan individual dan Gimnasium Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail bagi perlawanan beregu. Kesemua yang terlibat memperolehi pelbagai ilmu
dan pengalaman yang amat berguna untuk di jadikan bekalan sekiranya berjaya
ditauliahkan sebagai seorang guru dan pendidik anak bangsa suatu hari nanti.

Selain itu, mahasisiwi guru dapat menimba pengalaman untuk menganjur dan
mengelola pertandingan kokurikulum kerana penganjuran dan pengendalian
pertandingan yang telah dilaksanakan ini adalah di bawah pengurusan sepenuhnya
mahisiswi guru yang terlibat dan dipantau oleh pensyarah pembimbing. Meskipun
pengelolaan pertandingan ini adalah untuk penilaian bagi amali Pengurusan Gerak
Kerja Kokurikulum, tugasan sebegini dapat meningkatkan jati diri dan memberikan
pendedahan yang sangat berguna buat kami semua.

Mahasiswi guru yang terlibat juga dapat belajar cara untuk menyediakan
kertas kerja, mengira kewangan, mengatur perlawanan serta melatih kemahiran dari
segi pengurusan teknikal dan sebagainya.. Atas bantuan dan tunjuk ajar dari para
pensayarah, kami pelajar-pelajar semester 2 berjaya melaksanakan tugasan ini
dengan jayanya dan dapat mengaplikasikan apa yang di pelajari untuk masa-masa
akan datang. Semoga segala ilmu dapat di manfaatkan sepenuhnya nanti dengan
izin-Nya.

Sokongan daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak amat di hargai dalam menjayakan pertandingan ini sehingga
segalanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Seterusnya dapat mencapai
objektif utama yang diharapkan. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan
daripada Allah S.W.T.

HALAMAN
51

Anda mungkin juga menyukai