Anda di halaman 1dari 13

PENGGUNAAN BONEKA BAGI MENINGKATKAN KOMUNIKASI KANAK-

KANAK DI PRASEKOLAH

ABSTRAK

Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan bagi meningkatkan komunikasi kanak-
kanak di prasekolah dengan menggunakan boneka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak dengan lancar dan jelas.
Objektif kajian ini untuk meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak
dan meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Soal selidik, temu bual dan
pemerhatian digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenal
pasti peningkatan keupayaan komunikasi kanak-kanak. Responden kajian terdiri daripada
enam orang kanak-kanak prasekolah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
deskriptif (kekerapan, peratusan dan petikan perbualan). Hasil refleksi, menunjukkan
bahawa masalah komunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak ini berpunca daripada
kekurangan penguasaan bilangan perbendaharaan kata. Tambahan lagi, kanak-kanak ini
tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi. Boneka digunakan untuk membantu kanak-
kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu meningkatkan keupayaan komunikasi dan
menambahkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Dalam intervensi ini, kanak-
kanak diberi kebebasan untuk memilih boneka. Kanak-kanak dan guru menjalankan aktiviti
bercerita dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga menggunakan boneka untuk
menjawab soalan yang di kemukakan kepadanya. Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang
untuk bermain boneka bersama-sama rakan. Implikasinya, kanak-kanak dapat bercerita
kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Bilangan perkataan yang digunakan
oleh kanak-kanak juga bertambah berbanding sebelum menggunakan boneka. Penggunaan
boneka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keupayaan
komunikasi kanak-kanak di samping meningkatkan bilangan perbendaharaan kata yang
dikuasai mereka.

ABSTRACT

This is a study on how to enhance the communication skills of preschool children using
puppets. The purpose of this study is to improve the children’s ability to communicate
fluently and clearly. The objective of this study is to increase the development of the
children’s communication skills and to increase their vocabulary. The research instruments
are supported by questionnaires, interviews and observations. The respondents comprise of
six-selected preschool children and the data is analysed using descriptive analysis (recorded
dialogues, percentage and frequency). Through the results of reflection, the research
outcome indicates that one of the major communication problems among children is lack of
vocabulary. In addition, these children do not have the communication skills. Using puppets
would help to solve the problems faced by these children in improving their communication
skills and vocabulary. Through intervention, the children are given the freedom to choose a
puppet. The children and teachers then engage in conversations using puppets. The children
also use the puppets to answer questions. In addition, these children have the opportunity to
play puppets with friends. The results show that, the child can talk to friends and teachers
with confidence and courage. The numbers of words used by these children have increased
from the use of puppets. Overall, based on the research carried out, introducing a new
method of teaching, especially by using puppets, helped to increase their ability in
developing communication. The use of puppets has increased the ability of communication
skills and vocabulary among these children.
PENGENALAN

Kajian yang dilaksanakan ini adalah berkaitan dengan penggunaan boneka terhadap murid
prasekolah di salah sebuah sekolah di Selangor Darul Ehsan. Kajian ini dilaksanakan bagi
melihat tahap pencapaian kanak-kanak untuk berkomunukasi. Tajuk kajian ini adalah
Penggunaan Boneka Bagi Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Di Prasekolah. Kajian
ini telah dilaksanakan terhadap enam orang kanak-kanak prasekolah tersebut. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi dengan lancar
dan jelas. Kajian ini telah menggunakan boneka jenis sarung tangan. Boneka-boneka yang
telah digunakan dalam kajian ini mengambarkan watak-watak haiwan. Sebanyak 11 buah
boneka sarung tangan yang telah digunakan dalam kajian ini iaitu boneka ayam, itik,
monyet, panda, pinguin, katak, lembu, tikus, tupai, buaya, dan ular.

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya orang
atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau
dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Zurinah dan
Mohamad Iman (2004), pelbagai bentuk boneka boleh dihasilkan sama ada daripada kertas
atau kain. Setiap kali bercerita, boneka dijadikan modul penceritaan. Dengan ini segala
bentuk penceritaan lebih mudah difahami. Kemudian kanak-kanak menggunakan boneka
tersebut untuk melahirkan watak-watak yang berbeza. Cara ini juga lebih berkesan terutama
untuk memastikan imaginasi kanak-kanak dapat dilahirkan melalui penceritaan.

Komunikasi pula adalah perhubungan secara langsung atau dengan perantara surat,
radio, telefon, dan lain-lain. (Kamus dewan edisi keempat, 2007). Emery, Ault dan Ageel
(1973) menyatakan komunikasi adalah salah satu seni menyalurkan maklumat, idea-idea dan
sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain. Definisi ini megutamakan penyaluran
sesuatu daripada seseorang individu kepada individu lain.

Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009), kanak-kanak prasekolah


sepatutnya menguasai kemahiran komunikasi. Hal ini adalah kerana di dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan menekankan aspek komunikasi melalui Tunjang
Komunikasi Bahasa Malaysia. Kemahiran komunikasi prasekolah mempunyai lima standard
kandungan iaitu BM2.1 berinteraksi dengan mesra, BM2.2 bersoal jawab melalui rangsangan
yang diberi, BM2.3 melafazkan puisi dengan intonasi yang betul, BM2.4 menceritakan
perkara yang didengar dan BM2.5 melakonkan watak-watak mengikut situasi.

Komunikasi mempunyai kepentingan kepada kehidupan kita seharian. Menurut Baran


dan Davis (2000) komunikasi dapat menyebarkan informasi dan amaran, menjalinkan
hubungan dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat, transmisi budaya masyarakat
dan hiburan. Komunikasi dapat menyebarkan informasi semasa dan terkini mengenai
keadaan persekitaran manusia. Ianya juga bertindak menyampaikan amaran yang berupa
peringatan kepada sesebuah masyarakat atau kelompok yang terbabit.

Melalui pengalaman pengajaran di prasekolah ini, didapati bahawa terdapat beberapa


orang kanak-kanak yang kurang berkomunikasi dan tidak aktif semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Hasil refleksi pengajaran, kanak-kanak
bermasalah komunikasi ini kurang memberikan respon yang baik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Kanak-kanak ini tidak memberikan idea atau pendapat apabila
diminta oleh guru. Kenyataan ini disokong dengan hasil pemerhatian yang dijalankan,
didapati bahawa jumlah kekerapan kanak-kanak menjawab soalan yang telah dikemukakan
adalah rendah iaitu hanya 5 soalan daripada 23 soalan yang telah dikemukakan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian telah dijalankan sebanyak tiga kali. Sehubungan
ini, purata soalan yang mendapat respon daripada kanak-kanak ialah 7 soalan.

Di samping itu, hasil perbualan bersama keenam-enam kanak-kanak ini didapati


bahawa kanak-kanak ini kurang memberikan respon apabila dikemukakan soalan kepada
mereka. Perbualan ini dijalankan secara individu. Hasil temubual telah menunjukkan jumlah
kekerapan menjawab soalan adalah rendah. Didapati, tidak semua soalan yang diberikan
dapat dijawab oleh kanak-kanak. Sebanyak 18 soalan telah dikemukakan kepada setiap
individu kanak-kanak. Jumlah jawapan yang paling tinggi yang dapat dijawab oleh kanak-
kanak adalah sebanyak 14 soalan sahaja. Namun begitu, menurut Penjaga kepada Kanak-
kanak Af mengatakan anaknya tidak berdiam diri di rumah seperti yang telah berlaku di kelas
prasekolah. Anaknya juga selalu mengulangi perkataan-perkataan atau perkara-perkara yang
telah dipelajarinya di sekolah. Antaranya adalah seperti ucapan terima kasih. “Terima kasih
Cikgu Z” dan menyanyi lagu kanak-kanak. Begitu juga dengan penjaga kanak-kanak Hu
mengatakan anaknya sering melakonkan semula aktiviti yang telah dijalankan di sekolah
bersama guru. Kenyataan ini dapat menunjukkakan bahawa kanak-kanak ini merupakan
kanak-kanak yang normal seperti kanak-kanak yang lain kerana dapat berkomunikasi dengan
baik di rumah berbanding di sekolah. Kanak-kanak ini tidak mengalami masalah
berkomunikasi seperti kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini hanya bermasalah
untuk berkomunikasi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Justeru, didapati bahawa keenam-enam orang kanak-kanak yang telah diperhatikan


semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah menunjukkan bahawa keenam-
enam kanak-kanak ini mengalami masalah berkomunikasi. Kanak-kanak tersebut adalah
Kanak-kanak Af, Kanak-kanak Fa, Kanak-kanak Ha, Kanak-kanak Hu, Kanak-kanak Ai, dan
Kanak-kanak An. Masalah berkomunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak ini adalah
kekurangan penguasaan bilangan perbendaharaan kata. Tambahan lagi, kanak-kanak ini tidak
mempunyai kemahiran berkomunikasi.

Model Komunikasi Wilbur Schramm (1954) merupakan penyelidik komunikasi massa


yang ulung. Menurut Scharmm komunikasi di antara sumber dan penerimaan hanya tertumpu
kepada perkara-perkara yang kedua-duanya mempunyai pengalaman yang sama. Hanya
utusan yang difahami oleh kedua-dua pihak sahaja yang akan dapat membantu keberkesanan
komunikasi. Proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku jika terdapat pertindihan
pengalaman dan bahasa antara dua pihak iaitu di antara sumber dengan destinasi. Ini adalah
kerana rangsangan dienkod dan mesej didekod jika penyampai mesej dan penerima mesej
mempunyai pengalaman dan aras bahasa yang sama.

Kaedah belajar melalui bermain telah diaplikasikan menggunakan boneka. Dalam


kajian ini, kanak-kanak bermain menggunakan boneka. Feldman (1991), menyatakan kanak-
kanak belajar secara semula jadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi
perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baharu. Cara yang terbaik mengajar kanak-kanak
adalah melalui bermain dan gaya pembelajaran mereka yang semula jadi. Friederich Wilhelm
Frobel (1782-1852) yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir
berkenaan interaksi antara ‘kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan,
perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman’. (Brewer,1992)
Robert M. Gagne (1970), menyatakan pembelajaran bergerak dari yang paling mudah
menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada
pembelajaran pada aras yang rendah. Pada mulanya kanak-kanak bermain boneka secara
bersendirian. Ketika ini kanak-kanak hanya akan berkomunikasi dengan dirinya sahaja.
Bahan perbualan juga berkaitan dengan dirinya sahaja. Kemudian kanak-kanak akan bermain
bersama rakan-rakan yang berada dipersekitarannya. Komunikasi yang lebih baik berlaku
apabila kanak-kanak bermain boneka bersama. Kanak-kanak akan berkongsi pengalaman
masing-masing. Perkataan yang lebih kompleks digunakan dalam perbualan mereka.
Seterusnya, kanak-kanak dapat menambahkan bilangan perbendaharaan kata mereka.

Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak dengan


lancar dan jelas.

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut.

i.    Meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.


ii.    Meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Soalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut.

i.          Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi


kanak-kanak?
ii.        Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-
kanak?

TINJAUAN LITERATUR

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya orang atau
binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan padanya atau dengan
memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya. Manakala komunikasi pula
adalah perhubungan secara langsung atau dengan perantara surat, radio, telefon, dan lain-
lain. (Kamus dewan edisi keempat, 2007). Menurut Emery, Ault dan Ageel (1973),
menyatakan komunikasi adalah salah salah satu seni menyelurkan maklumat, idea-idea dan
sikap-sikap dari seseorang kepada seseorang yang lain. Definisi ini megutamakan penyaluran
sesuatu daripada seseorang individu kepada individu lain.

Kajian ini berlandaskan Teori Perkembangan Jean Piaget (1963) yang menyatakan
ketika peringkat praoperasi iaitu ketika kanak-kanak menjagkau usia dua tahun hingga tujuh
tahun, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihat di
sekelilingnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat egosentrik. Topik
perbualannya adalah berkisar tentang dirinya sendiri. Kanak-kanak juga tidak berminat untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak
enggan menerima pendapat orang lain. Boneka digunakan untuk membantu mengatasi
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dalam meningkatkan keupayaan komunikasi dan
bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak.

Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa pepatung (puppet show) boleh


digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi arahan, mengucapkan
sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasi-situasi drama yang
melibatkan kanak-kanak. Pepatung akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga memberi peluang untuk
perkembangan kemahiran imaginatif. Zaharatullaili (2006) telah menjalankan kajian
mengenai penggunaan boneka telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan prasekolah. Boneka merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat
dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi kanak-kanak itu
yang sukakan boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi peluang dan kebebasan
kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap
kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian beliau mendapati teknik penggunaan boneka yang
berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial,
komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

Azizah (1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang


tersendiri. Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka.
Perkara-perkara ini boleh merangsang pemikiran mereka. Mereka belajar dengan membuat
‘learning by doing’, aktiviti yang mereka sendiri lakukan sangat penting. Mereka suka
mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar
dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa. Satu
daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah bermain sambil belajar.
Levy (1984), yang telah membuat kajian semula terhadap kajian-kajian lepas yang
melibatkan hubungan main dengan perkembangan bahasa telah membuat kesimpulan seperti
berikut.
                    i.        Main memberangsangkan inovasi dalam bahasa
                  ii.        Main memperkenalkan dan menerangkan perkataan dalam konsep yang baru
                iii.        Main menghubungkaitkan penggunaan dan praktis bahasa
                 iv.        Main memperkembangkan kesedaran metalinguistik
                   v.        Main menggalakkan pemikiran secara lisan
Kajian beliau mendapati main dapat memperkembangkan bahasa kanak-kanak. Penggunaan
boneka merupakan salah satu cara kanak-kanak bermain. Kanak-kanak dapat menigkatkan
meningkatkan keupayaan komunikasi dan bilangan perbendaharaan kata dengan bermain
boneka.

Sebagai rumusannya, penggunaan boneka dalam kajian ini ialah untuk meningkatkan
keupayaan kanak-kanak berkomunikasi dengan lancar dan jelas. Penggunaan boneka ini
adalah merangkumi kanak-kanak dan guru bercerita dengan menggunakan boneka. Kanak-
kanak juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan yang di kemukakan kepadanya dan
kanak-kanak berpeluang untuk bermain boneka bersama rakan-rakan.

METODOLOGI

Kajian tindakan ini melibatkan seramai enam orang kanak-kanak prasekolah di salah sebuah
sekolah di Selangor. Kanak-kanak ini terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang
perempuan. Kanak-kanak ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kanak-kanak ini
berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Kanak-kanak ini belajar dalam sebuah
kelas yang sama.

Elliot dan Adelman (1976) mendefinisikan kajian tindakan dalam bidang pendidikan
sebagai satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu
profesionalisme pendidik dengan cara menyelidik situasi sosial dan institusi pendidikan, dan
tujuan kajian tindakan ialah membaiki kualiti amalan harian. Temu bual dan pemerhatian
digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen ini digunakan bagi mengenal pasti
peningkatan keupayaan komunikasi kanak-kanak.

Dalam intervensi yang telah dijalankan, kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih
boneka. Kanak-kanak dan guru bercerita dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga
menggunakan boneka untuk menjawab soalan yang di kemukakan kepadanya. Selain itu,
kanak-kanak berpeluang untuk bermain boneka bersama rakan-rakan.

Alat kajian soal selidik digunakan bagi mengenal pasti keupayaan komunikasi kanak-
kanak. Kanak-kanak dibahagi kepada dua kumpulan. Cerita disampaikan kepada kanak-
kanak. Sebanyak lapan buah soalan telah disediakan berdasarkan skrip cerita. Setiap orang
kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan yang diberikan kepadanya dengan menggunakan
boneka. Dalam masa yang sama penyelidik turut menggunakan boneka ketika
mengemukakan soalan kepada kanak-kanak. Hasil dapatan soal selidik dicatatkan pada
borang soal selidik.

Selain itu, alat kajian pemerhatian juga digunakan semasa kanak-kanak bermain boneka
bersama rakan-rakan. Kanak-kanak dibahagi kepada dua kumpulan. Kanak-kanak diberi
pilihan untuk memilih boneka untuk digunakan. Pemerhatian dijalankan terhadap kanak-
kanak ketika kanak-kanak bermain boneka. Pemerhatian dicatatkan menggunakan nota
lapangan Pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti keupayaan komunikasi kanak-
kanak.

Di samping itu, alat kajian temu bual bersemuka dijalankan terhadap kanak-kanak.
Cerita disampaikan kepada kanak-kanak. Sebanyak tiga buah soalan telah disediakan
berdasarkan skrip cerita. Setiap orang kanak-kanak dikehendaki menjawab soalan yang
diberikan kepadanya dengan menggunakan boneka. Dalam masa yang sama penyelidik turut
menggunakan boneka ketika mengemukakan soalan kepada kanak-kanak. Penggunaan
perbendaharaan kata kanak-kanak dicatatkan pada borang yang telah disediakan. Temu bual
berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penggunaan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak.

KEPUTUSAN

Persoalan Kajian Pertama: Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan keupayaan


kemahiran berkomunikasi kanak-kanak? Hasil analisis soal selidik dan pemerhatian yang
dijalankan telah dapat mengenal pasti keupayaan berkomunikasi kanak-kanak dengan
menggunakan boneka.

Jadual 1.1: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak Kumpulan 1 dengan
menggunakan cerita Kera menjadi Raja
Kanak-kanak Af Kanak-kanak Fa Kanak-kanak Ha
Jawapan
Benar Salah Benar Salah Benar Salah
Jumlah Skor 7/8 1/8 7/8 1/8 8/8 0/8
Peratusan (%) 87.5 12.5 87.5 12.5 100 0

Jadual 1.2: Hasil analisis soal selidik terhadap kanak-kanak Kumpulan 2 dengan
menggunakan cerita Kancil dan Buaya

Kanak-kanak Hu Kanak-kanak Ai Kanak-kanak An


Jawapan
Benar Salah Benar Salah Benar Salah
Jumlah Skor 7/8 1/8 8/8 0/8 7/8 1/8
Peratusan (%) 87.5 12.5 100 0 87.5 12.5

Berasaskan kedua-dua jadual yang diperoleh, didapati dua orang kanak-kanak


mendapat peratusan 100% iaitu Kanak-kanak Ha dan Kanak-kanak Ai. Kedua-dua orang
kanak-kanak ini telah berjaya menjawab kesemua soalan yang diberikan kepadanya dengan
betul berdasarkan cerita yang telah diperdengarkan. Manakala Kanak-kanak Af, Kanak-kanak
Fa, Kanak-kanak Hu, dan Kanak-kanak An dapat menjawab dengan betul tujuh soalan
dengan betul daripada lapan soalan yang diberikan. Empat orang kanak-kanak ini mendapat
peratusan 87.5%. Seperti pada Lampiran P dan Lampiran Q.
Rumusannya, hasil analisis penyoalan yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak
mendapati bahawa kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka
dengan baik dengan menggunakan boneka. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan
yang diberikan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini dapat berkomunikasi dengan baik
dengan menggunakan boneka. Justeru, penggunaan boneka dapat meningkatan keupayaan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak.

Jadual 2.1: Hasil analisis pemerhatian terhadap kanak-kanak bermain boneka bagi Kumpulan
1.

Kanak-kanak Jumlah bilangan ayat yang disebut oleh kanak-kanak


Af 12
Fa 20
Ha 20

Jadual 2.2: Hasil analisis pemerhatian terhadap kanak-kanak bermain boneka bagi Kumpulan
2.

Kanak-kanak Jumlah bilangan ayat yang disebut oleh kanak-kanak


Hu 19
Ai 15
An 15

Berasaskan kedua-dua jadual yang diperoleh, hasil kajian mendapati bahawa jumlah
bilangan ayat yang tertinggi yang telah dapat disebut oleh kanak-kanak adalah sebanyak 20
ayat iaitu dicapai oleh Kanak-kanak Ha dan Kanak-kanak Fa bagi Kumpulan 1. Manakala
jumlah bilangan ayat yang tertinggi yang telah dapat disebut oleh kanak-kanak bagi
kumpulan 2 adalah Kanak-kanak Hu iaitu 19 skor. Jumlah bilangan ayat yang terendah yang
telah disebut oleh kanak-kanak ialah Kanak-kanak Af bagi Kumpulan 1 dengan hanya dapat
menyebut sebanyak 12 sahaja. Manakala bagi Kumpulan 2 didapati Kanak-kanak An dan
Kanak-kanak Ai hanya dapat menyebut 15 ayat sahaja semasa aktiviti bermain boneka
dijalankan. Sila rujuk Lampiran M dan Lampiran N.

Rumusannya, hasil analisis pemerhatian, mendapati bahawa kanak-kanak boleh


bermain boneka dan berkomunikasi bersama rakan-rakannya. Sepanjang aktiviti bermain
boneka dijalankan kanak-kanak dapat menyebut ayat dengan baik dan lancar. Kebolehan
kanak-kanak ini berbual antara satu sama lain menunjukkan bahawa kanak-kanak ini dapat
berkomunikasi dengan baik dengan menggunakan boneka. Justeru, kanak-kanak berupaya
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan boneka.

Jadual 3: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan keupayaan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak

Sebelum Intervensi Selepas Intervensi Jumlah


Kanak-kanak
(%) (%) Peningkatan (%)
Af 4.35 87.5 83.15
Fa 21.74 87.5 65.76
Ha 17.39 100 82.61
Hu 21.74 87.5 65.76
Ai 8.70 100 91.30
An 17.39 87.5 70.11

Jadual 3 menunjukkan jumlah peratusan peningkatan penguasaan kemahiran


berkomunikasi kanak-kanak iaitu sebelum menjalankan intervensi dan selepas menjalankan
intervensi. Kanak-kanak Ai mendapat peratusan peningkatan tertinggi iaitu 91.30%.
Peratusan peningkatan yang kedua tertinggi pula adalah Kanak-kanak Af iaitu sebanyak
83.15% dan diikui pula oleh Kanak-kanak Ha sebanyak 82.61%. Kanak-kanak An mendapat
70.11% peningkatan setelah menjalankan intervensi. Jumlah peratusan peningkatan yang
terendah adalah Kanak-kanak Fa dan Kanak-kanak Hu iaitu sebanyak 65.76% sahaja.

Rajah 1: Hasil penggunaan boneka meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi


kanak-kanak
Rajah 1 menunjukkan hasil penggunaan boneka dapat meningkatkan keupayaan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Hasil analisis selepas menjalankan intervensi
menggunakan alat kajian soal selidik dan pemerhatian yang dijalankan terhadap kanak-kanak
mendapati bahawa kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada mereka
dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga didapati boleh bermain boneka dan
berkomunikasi bersama rakan-rakannya. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan dan
berbual bersama rakan menunjukkan bahawa kanak-kanak ini berupaya meningkatkan
kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Berbanding dengan hasil dapatan pemerhatian
sebelum intervensi dijalankan didapati bahawa kurang memberikan respon yang baik
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak ini tidak memberikan idea atau
pendapat apabila diminta oleh guru. Kanak-kanak ini tidak mahu melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang telah dijalankan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Persoalan Kajian Kedua: Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan


perbendaharaan kata kanak-kanak? Hasil analisis temu bual yang dijalankan telah dapat
mengenal pasti peningkatan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak dengan
menggunakan boneka.

Jadual 4.1: Hasil analisis temu bual menceritakan semula cerita Kumpulan 1 bagi cerita Kera
menjadi Raja

Kanak-kanak Af Fa Ha
Skor 7/10 8/10 10/10
Peratusan (%) 70 80 100

Jadual 4.2: Hasil analisis temu bual menceritakan semula cerita Kumpulan 2 bagi cerita
Kancil dan Buaya

Kanak-kanak Hu Ai An
Skor 9/10 10/10 7/10
Peratusan (%) 90 100 70

Berasaskan kedua-dua jadual yang diperoleh, hasil analisis kajian mendapati bahawa
terdapat dua orang kanak-kanak memperolehi 100% dengan skor 10/10 iaitu Kanak-kanak Ha
dan Kanak-kanak Ai. Seorang kanak-kanak mendapat skor 9/10 atau 90% iaitu Kanak-kanak
Hu dan skor 8/10 atau 80% iaitu Kanak-kanakFa. Namun begitu, terdapat dua orang kanak-
kanak mendapat 70% dengan skor 7/10 iaitu Kanak-kanak Af dan Kanak-kanak An.

Rumusannya, hasil analisis temu bual mendapati bahawa kanak-kanak ini dapat
menjawab soalan yang telah dikemukakan dengan baik dan betul. Kanak-kanak ini juga dapat
menceritakan semula cerita dengan menggunakan boneka. Maksud cerita yang disampaikan
oleh kanak-kanak juga membawa maksud yang sama seperti yang telah diperdengarkan oleh
penyelidik. Kebolehan kanak-kanak ini bercerita semula cerita menunjukkan bahawa
komunikasi kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan menggunakan boneka. Justeru,
peningkatan berkomunkasi kanak-kanak ini telah menunjukkan bahawa bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak juga meningkat dengan menggunakan boneka.
Jadual 5: Perbezaan sebelum dan selepas intervensi dijalankan bagi meningkatkan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak

Sebelum intervensi Selepas intervensi Jumlah Peningkatan


Kanak-kanak
(%) (%) (%)
Af 0 70 69
Fa 61.1 80 18.9
Ha 66.7 100 33.3
Hu 72.2 90 17.8
Ai 44.4 100 55.6
An 66.7 70 3.3

Jadual 5 menunjukkan peratusan peningkatan bilangan perbendaharaan kata kanak-


kanak sebelum dan selepas menjalankan intervensi. Kanak-kanak Af mendapat peratusan
peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 69%. Kanak-kanak Ai mendapat peratusan peningkatan
kedua tertinggi iaitu sebanyak 55.6%. Peratusan peningkatan yang ketiga tertinggi adalah
Kanak-kanak Ha iaitu sebanyak 33.3% dan diikuti oleh Kanak-kanak Fa mendapat 18.9%.
Kanak-kanak Hu mendapat 17.8% peningkatan selepas dijalankan intervensi. Manakala
Kanak-kanak An hanya mendapat peratusan peningkatan sebanyak 3.3% sahaja yang
merupakan jumlah peratus peningkatan yang terendah.

Rajah 2: Hasil penggunaan boneka meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-


kanak

Rajah 2 menunjukkan hasil penggunaan boneka dapat meningkatkan bilangan


perbendaharaan kata kanak-kanak. Hasil analisis selepas menjalankan intervensi
menggunakan alat kajian temu bual pula mendapati bahawa kanak-kanak ini dapat menjawab
soalan yang telah diberikan kepada mereka dengan betul dan lancar dengan menggunakan
boneka. Kanak-kanak ini juga dapat bercerita semula cerita yang telah diperdengarkan oleh
penyelidik dengan menggunakan boneka. Kebolehan kanak-kanak ini menceritakan semula
cerita menunjukkan bahawa peningkatan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak.
Berbanding dengan hasil dapatan temu bual sebelum intervensi dijalankan mendapati
bahawa kanak-kanak ini kurang memberikan respons apabila dikemukakan soalan kepada
mereka. Hasil temubual telah menunjukkan jumlah kekerapan menjawab soalan adalah
rendah menunjukkan kekurangan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak menyukarkan
kanak-kanak untuk berkomunikasi.
Dansky dan Silverman (1975) juga telah membuktikan bahawa terdapat satu
hubungan antara main dengan kefasihan perkaitan, iaitu kanak-kanak yang dibenarkan main
dengan objek akan menggunakan objek tersebut dengan cara lebih kreatif. Malah main
menerbitkan keupayaan menghubungkaitkan pelbagai objek tidak kira sama ada objek
tersebut telah digunakan dalam aktiviti main atau tidak. Begitu juga aktiviti main
membekalkan peluang adaptasi imaginatif kepada kanak-kanak untuk mengendalikan
pengalaman mereka dan melatih keupayaan kognitif mereka yang berguna pada masa
hadapan.

Kesimpulannya, hasil analisis mendapati bahawa penggunaan boneka dapat


meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Penggunaan boneka juga
dapat meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian, kanak-kanak berupaya berkomunikasai dengan lancar dan jelas
dengan menggunakan boneka. Kajian yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak didapati
meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak dan meningkatkan bilangan
perbendaharaan kata kanak-kanak melalui aktiviti bermain boneka.

Didapati bahawa kanak-kanak dapat menjawab soalan yang diberikan kepada meraka
dengan menggunakan boneka. Kebolehan kanak-kanak ini menjawab soalan yang diberikan
menunjukkan peningkatan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Hasil kajian
ini menyokong pandangan Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa pepatung
(puppet show) boleh digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi
arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasi-
situasi drama yang melibatkan kanak-kanak.

Selain itu, didapati bahawa kanak-kanak ini boleh bermain boneka bersama rakan-
rakannya. Kebolehan kanak-kanak ini berbual antara satu sama lain menunjukkan bahawa
kanak-kanak ini berupaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Hasil kajian
ini menyokong pandangan Zaharatullaili (2006), menyatakan bermain dengan boneka dapat
memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi
masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Teknik yang berkesan
dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi,
fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

Tambahan lagi, didapati bahawa kanak-kanak ini boleh menjawab soalan yang telah
dikemukakan kepada mereka melalui penceritaan semula cerita menggunakan boneka.
Kebolehan kanak-kanak ini menceritakan semula cerita menunjukkan bahawa peningkatan
bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Hasil kajian ini menyokong pandangan Azizah
(1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri. Mereka
suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka. Perkara-perkara ini
boleh merangsang pemikiran mereka.

Implikasi hasil penyelidikan mendapati bahawa kanak-kanak dapat bercerita kepada


rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. Kanak-kanak berupaya berkomunikasi
dengan lancar dan jelas. Bilangan perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak juga
bertambah daripada sebelum menggunakan boneka. Berdasarkan penemuan hasil kajian,
penyelidik ingin mengemukakan empat kajian yang boleh dijalankan pada masa akan datang
seperti berikut.

1.     Kajian yang dilaksanakan ini hanya dilaksanakan terhadap kanak-kanak yang berbangsa
Melayu sahaja. Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan terhadap
kanak-kanak yang berbangsa lain seperti Bangsa Cina dan Bangsa India bagi meningkatkan
keupayaan berkomunikasi kanak-kanak berbangsa Cina dan berbangsa India.

2.     Kajian yang dijalankan ini hanya dijalankan di dalam kelas tanpa menggunakan pentas.
Penyelidik mencadangkan agar kajian seterusnya menjalankan kajian boneka dengan
menggunakan pentas boneka yang lebih menarik dan kreatif.

3.     Kajian dilaksanakan ini adalah hanya menumpukan kepada aspek penggunaan boneka bagi
meningkatkan keupayaan berkomunikasi kanak-kanak. Penyelidik mencadangkan agar kajian
seterusnya dijalankan bagi meningkatkan daya ingatan kanak-kanak dan meningkatkan
hubungan sosioemosi kanak-kanak.

4.     Kajian yang dijalankan ini hanya menggunakan boneka haiwan sahaja. Penyelidik
mencadangkan agar kajian seterusnya menggunakan jenis boneka yang seperti boneka watak
manusia seperti boneka kanak-kanak, boneka ibu bapa dan boneka watak pekerjaan. Aktiviti
ambil peranan (main peranan) yang berlaku dalam main dramatik dapat menyumbang kepada
salah satu aspek perkembangan sosial iaitu keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif
orang lain.

Kesimpulannya, kajian yang seterusnya perlu dilaksanakan agar dapat menarik minat
kanak-kanak untuk belajar di prasekolah. Loy (2004) menyifatkan teater boneka sebagai
belajar melalui bermain. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa boneka sarung tangan
sangat menarik dan mudah dikendalikan oleh kanak-kanak serta dapat menarik minat dan
memikat hati kanak-kanak. Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan perkembangan bahasa, emosi,
sosial, komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak.

 RUJUKAN

______________ (2007). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pusaka.

Azizah Lebai Nordin. (1995). Pengajaran pembelajaran prasekolah, masalah pendidikan, Jilid
19, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Baran, S.J. & Davis, K.D. (2000). Mass communication theory: foundations, ferment and future.
Belmont: Wadsworth.

Brewer, J.A. (1992). Introduction to early childhood education: preschool through primary
grades. Boston: Allyn and Bacon.

Dansky, J.B. & Silverman, I.W. (1975). Play: a general facilitator of associative fluency.
Developmental Psychology, 11, 104.
Elliott, J. & Adelman, C. (1976). Innovation at the classroomlevel: A case study of the Ford
teaching project. Curriculum Design and Development. Open University Press.

Emery, E.; P. Ault & W. Ageel. (1973). Introductionto mass communication. New York: Dodd,
Mead and Co.

Feldman, J.R. (1991). A survival guide for preschool teacher. The Center for Applied Research in
Education. New York.

Gagne, R.M. (1970). The condition of learning. New York: Holt, Rineheart & Winston.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Putrajaya:


Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Levy, Ak. (1984). The language of play: the role of play in language development. Early Child
Development and Care, 17, 49-69

Loy, C.L. (2004). Teater boneka sarung tangan di Perpustakaan Negara Malaysia: Unsur-unsur
pendidikan dan teknik persembahan. Kuala Lumpur: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya

Piaget, J. (1963). The origins of intelligence in children. (M. Cook, Trans). New York: Norton.

Schramm, W. (1954). The Nature of Communication between humans dalam Scharmm, W. & D.
Robert, Eds. The process and effect of mass communication Op. Cit.

Selathurai Nadeson. (1982). Peranan drama/lakonan dan ‘role playing’ dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran, Keluaran 64, Jilid XXVVII Disember 1982, Jurnal Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.
Zaharatullaili Mohd Daud. (2006). Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran
prasekolah di Daerah Raub satu tinjauan KSPK. Kuala Lumpur: Institut Bahasa Melayu
Malaysia.

Zurinah Ahmad & Mohamad Iman Arif. (2004). Pendidikan Pra Sekolah. Kuala Lumpur: Jade
Green Publications Sdn. Bhd.

Laporan penuh boleh diperoleh dalam Jurnal Semarak Bahasa, Bil. 3/2010
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai