Anda di halaman 1dari 8

TAJUK :

PENGGUNAAN LAGU KANAK-KANAK MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA


INGGERIS TERHADAP KANAKKANAK PRASEKOLAH

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana lagu kanak-kanak dapat membantu meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid prasekolah. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid prasekolah di Kelas
Prabestari Sekolah Kebangsaan Mengkuang di negeri Pulau Pinang. Data dikumpulkan melalui pemerhatian,
soal selidik dan temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif (kekerapan dan peratusan).
Hasil refleksi menunjukkan murid-murid ini kurang memberikan respons dalam aktiviti slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris di bilik darjah kerana mempunyai kosa kata bahasa Inggeris yang terhad. Lagu
kanak-kanak digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah yang dihadapi dengan meningkatkan
penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Dua buah lagu kanak-kanak digunakan dalam intervensi yang
dijalankan. Kosa kata yang ingin ditekankan menjadi fokus utama agar murid-murid dapat menguasai kosa kata
tersebut. Aktiviti nyanyian lagu kanak-kanak ini dijadikan sebagai rutin di prasekolah. Lagu kanak-kanak ini
dinyanyikan dalam slot perbualan pagi dan juga diselitkan dalam aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris. Implikasinya, penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid-murid meningkat. Selepas
intervensi dijalankan, didapati bahawa bilangan kosa kata murid-murid tersebut meningkat berbanding sebelum
intervensi dijalankan. Penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
murid-murid prasekolah. Cadangan kajian seterusnya adalah dengan menambah bilangan lagu kanak-kanak
dalam intervensi agar kosa kata yang dipelajari lebih banyak.

BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan
Uji Rintis Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan terhadap 618 respon di Prasekolah KPM semua negeri
pada tahun 2010. Hasil dapatan uji rintis itu mendapati bahawa tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam
Bahasa Inggeris sangat lemah. Konstruk yang diuji adalah seperti Listening skills, Speaking skills, Reading
skills dan Writing skills. Bagi Listening skills sebanyak 14.9% responden masih belum menguasai kemahiran
ini. 18.5% masih belum menguasai speaking skills, 17.7% masih belum menguasai reading skills dan 12.0%
bagi writing skills. Peratusan ini benar-benar membimbangkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
penting untuk dipelajari di negara kita. ( pernyataan masalah )
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid prasekolah dalam meningkatkan penguasaan kosa kata
dalam bahasa Inggeris dan seterusnya untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian ini dapat menarik dan
mengekalkan minat murid untuk belajar. Lagu kanak-kanak sememangnya boleh membantu kanak-kanak dalam
meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris mereka. Melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kanakkanak akan lebih cepat mengingati dan menghafaz sesuatu perkara berbanding dengan membaca sahaja.
Pernyataan ini disokong oleh Bredekamp & Copple (1997) yang telah membuktikan bahawa nyanyian dapat
membantu kanak-kanak menguasai bahasa kedua selain bahasa ibunda. (tujuan )
Nyanyian merupakan alat yang menyeronokkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mendengar.
Aktiviti yang melibatkan nyanyian dapat memberi peluang untuk meningkatkan bahasa dan literasi serta
menimbulkan keseronokkan dengan perkataan. Nyanyian yang dilakukan secara berulang-ulang dapat
meningkatkan ingatan kanak-kanak. Pengulangan adalah strategi untuk belajar dengan menyeronokkan.
Nyanyian menjadi mudah dan kekal diingatan secara tidak langsung menjadi sebahagian linguistik kanak-kanak
dan sumber intelektual untuk kehidupannya.
Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan satu

kegiatan yang dapat membantu

guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan
jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu.
( (kesimpulan )Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti
menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan
sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia mencetuskan
perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah. Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanakkanak. Ia amat berguna dan boleh mebantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima

dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga membantu dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran dan
daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa
orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang
minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai
perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian.

1.0 Fokus Kajian


Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kpada subjek-subjek kajian.
Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di rumah mahupun di sekolah Sepanjang
pengalaman menjadi guru prasekolah di sekolah ini,pengkaji mendapati majoriti kanak-kanak di prasekolah ini
yang terdiri daripada bangsa Melayu tidak dapat menguasai kosa kata mahupun memahami maksud kosa kata
tersebut walaupun banyak kali diulang semasa waktu pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Penggunaan Bahasa Inggeris amat lemah terutamanya di kalangan kanak-kanak berbangsa Melayu dari segi
perbendaharaan kata dan juga perbualan mudah. Kanak kanak tidak memahami apa yang diajar oleh guru dan
pasif setiap kali slot dalam Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian slot pengajaran dan pembelajaran menjadi
hambar dan murid hanya bergantung kepada kawapan daripada guru. Beberapa faktor seperti latar belakang
keluarga , masalah keluarga, kurang perhatian daripada ibu bapa menyebabkan kanak-kanak prasekolah tidak
menguasai perkataan-perkataan yang mudah dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini
perlu ditangani dengan lebih awal agar masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka
menjejakkan kaki ke kelas arus perdana.

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), lagu ialah gubahan muzik yang biasanya dilengkapi
dengan seni kata. Kanak-kanak pula bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya
yang belum berumur lebih daripada tujuh atau lapan tahun). Dalam kajian yang dijalankan ini, bahasa
Inggeris merupakan bahasa kedua kepada subjek kajian. Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang
diperoleh selepas bahasa pertama dan boleh dipelajari tanpa atau dengan pengajaran fomal (McLaughlin,
1987).
Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru membuat
perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994).
Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya sematamata, tetapi
juga kreativiti yang ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif
dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat membantu mereka
mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut, selaras dengan kenyataan Yong &
Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam
pembelajaran bagi para pelajar.
Dalam kajian yang dijalankan ini, nyanyian lagu kanak-kanak dijadikan sebagai rutin dalam bilik
darjah di mana tiga buah lagu tersebut akan dinyanyikan pada waktu perbualan pagi dan semasa slot
pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. National Association for the Education of Young Children
(NAEYC) yang disebut dalam Salmon (2010) mencadangkan agar aktiviti rutin diterapkan kepada kanakkanak kerana ia dapat membantu kanak-kanak menyusun pengetahuan dan pengalaman lepas mereka
dengan baik dan bermakna. Salmon (2008) juga berpendapat bahawa kebaikan aktiviti rutin bukan sahaja
dapat memberi keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi aktiviti rutin juga dapat
membantu kanak-kanak untuk memperkembangkan budaya berfikir.
Selain itu, nyanyian juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan pemikiran kritikal kanak-kanak.
Bygrave (1995) telah menjalankan kajian untuk kesan muzik dalam usaha mengekalkan kemahiran
perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara aktiviti yang terdapat dalam program muzik untuk pembelajaran

dalam kajian tersebut termasuklah aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, persembahan alat-alat muzik dan
mendengar. Hasil kajian mendapati program muzik memberikan kesan yang sangat positif untuk
meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata kanak-kanak, iaitu kanak-kanak yang menerima pendidikan
muzik menunjukkan kemajuan secara menyeluruh.
Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan
perkembangan mental. Manakala bagi pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah
nyanyian dapat mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.
Menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Selain
daripada itu juga, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.
(Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad, 1992). Kanak-kanak berasa gembira dan seronok apabila
menyanyi kerana nyanyian boleh meransang minat kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru,
membantu menenangkan fikiran mereka dan memberi peluang mereka melakukan pergerakan (Ahmad
Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992). Menurut Nani Menon ( 2005), kanak-kanak prasekolah
berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan besar.
2.1 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk meninjau keberkesanan penggunaan kaedah nyanyian bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris di kalangan murid-murid prasekolah dan seterusnya
dapat meningkatkan keyakinan murid-murid prasekolah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Soalan Kajian

Adakah penggunaan lagu kanak-kanak dapat meningkatkan penguasaan kosa kata dalam Bahasa

Inggeris?
Adakan penggunaan kaedah nyanyian dapat menarik minat murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris?

Kepentingan Kajian

Membantu murid-murid prasekolah menguasai penguasaan kosa kata dalam Bahasa Inggeris
dengan lebih berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat

murid untuk belajar.


Dapat mengatasi murid yang lemah bertutur menggunakan perbualan yang mudah dalam
komunikasi Bahasa Ingggeris.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini dijalankan dengam melibatkan 6 orang murid Prasekolah Bestari SK Mengkuang. 6 orang murid ini
terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Kesemua kanak-kanak ini berumur enam tahun. Kanak-kanak ini
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Murid-murid ini dipilih berdasarkan prestasi akademik

mereka di dalam kelas yang kurang memberangsangkan dan lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Mereka
kurang memberikan respons dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Murid murid ini
juga mempunyai latar belakang pendidikan yang kurang baik di mana diantara mereka lahir daripada keluarga
yang kurang didedahkan dengan kepentingan pendidikan. Selain itu, mereka juga dating daripada keluarga yang
berpendapatan rendah dan sederhana.
Prosedur Tindakan
Jadual 1 menunjukan prosedur tindakan intervensi dengan penggunaan lagu kanak-kanak dalam kajian ini;

Jadual 1 : Langkah-langkah Pelaksanaan Kaedah Kajian Tindakan


Kaedah / Teknik
Penggunaan Lagu Kanak-Kanak ( Nursery Rhymes )
Cara Pelaksanaan Langkah 1
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan carta lagu bergambar sehingga murid
benar-benar dapat menghafal lagu tersebut
Langkah 2
Murid akan diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik
untuk mendapatkan rentak dan tempo yang betul
Langkah 3
Beberapa perkataan di dalam lirik lagu tersebut dipilih iaitu sebanyak 25
kosa kata. Kanak-kanak akan diterangkan dengam maksud atau pengertian
setiap kosa kata yang ingin diuji dalam Bahasa Melayu
Langkah 4
Lagu kanak-kanak ini akan dinyanyikan sebagai salah satu rutin pada waktu
perbualan pagi dan slot pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris
Lagu kanak-kanak
( Nursery Rhymes )
Bahan Bantu
Mengajar

Humpty Dumpty, Head, shouders, knees and toes.

CD rakaman lagu, Carta bergambar, Lembaran Kerja

Teknik Mengumpul Data

Pengkaji menggunakan cara pengumpulan data berasaskan satu rekabentuk model yang dibina oleh Hafidah
(2000) dan Baharudin (2002) yang digelar sebagai SODI. Model ini adalah hasil daripada pengubahsuaian
model penilaian yang dikemukakan oleh Cronbach 1982, dalam Baharudin (2002). Model SODI digunakan
untuk menyesuaikan pelaksanaan kajian prestasi. Dalam model ini, S merujuk kepada peringkat tinjauan
(survey), O sebagai peringkat pemerhatian (observation), D sebagai penyemakan dokumen dan I adalah
temubual (interview)

Tinjauan

Pemerhatian

Temubual

Dokumen

Rajah 5 : Model SODI Tatacara Kajian

Model ini menunjukkan perkaitan antara tinjauan, temubual, dokumen dan juga pemerhatian. Dalam kajian
yang dijalankan, pengkaji telah melakukan tinjauan awal untuk mendapat data awal bagi melihat subjek yang
dikaji. Kemudian pengkaji membuat pemerhatian ke atas subjek dan menemubual mereka untuk mengenalpasti
masalah dan punca mereka mengalami masalah tersebut.
Dua jenis alat kajian telah digunakan dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan
pe[ bmerhatian. Pengkaji telah menggunakan soal selidik melalui aktiviti soal jawab dengan kanak-kanak.
Sebanyak 25 soalan telah disediakan sebagai penanda untuk peningkatan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris
kanak-kanak. Kosa kata yang digunakan merupakan kosa kata yang telah dipelajari oleh kanak-kanak dalam tiga
lagu kanak-kanak serta dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hasil dapatan
soal selidik dicatatkan pada borang soal selidik.
Selain itu, alat kajian pemerhatian juga digunakan semasa aktiviti perbualan pagi serta slot pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris. Pemerhatian berstruktur dicatatkan menggunakan borang senarai semak untuk
mengenal pasti kekerapan respons subjek terhadap soalan yang dikemukakan dalam aktiviti semasa perbualan
pagi dan aktiviti slot pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai