Anda di halaman 1dari 5

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru memaparkan beberapa gambar kaum India dalam majlis perkahwinan, adat kelahiran dan juga adat kematian pada skrin di hadapan kelas dengan menggunakan LCD projector . Murid di minta membuat kaitan daripada gambar yang ditunjukkan. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan murid. Contoh soalan 1. Apakah nama kaum dalam gambar tersebut ? (Kaum India) 2. Majlis apakah yang ditunjukkan dalam gambar tersebut? (Perkahwinan, kelahiran dan kematian) 3. Apakah kaitan tentang ketiga-tiga gambar tersebut? (Adat resam ) Langkah 1 Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk yang akan dipelajari iaitu adat resam dan pantang larang kaum India. Guru menjelaskan kepada murid tentang gambar-gambar yang ditunjukkan dan meminta murid memberi maklum balas. 1. Adat resam. 2. Perkahwinan 3. Kelahiran 4. Kematian Murid memberi perhatian dengan penerangan guru. Guru mengedarkan beberapa artikel tentang adat resam kaum dan pantang larang India.(rujuk lampiran) Murid diminta membaca dan memahami teks dari artikel tersebut.

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Langkah 2 Murid diberikan contoh format jadual untuk dicatatkan isi penting tentang adat resam. Perkahwinan Adat resam kaum India Kelahiran Kematian

Murid berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan kepada jadual yang diedarkan.

Guru menggalakkan murid daripada pelbagai kaum berkongsi pengalaman mengenai adat resam kaum masing-masing.

Penutup Guru merumuskan tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan iaitu tentang kepentingan adat resam dan pantang larang. Murid digalakkan membaca dan mendalami adat resam kaum masing-masing.

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

ADAT RESAM KELAHIRAN ANAK KAUM INDIA Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India . Setelah bayi itu dilahirkan , si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang kelahiran tersebut secara lisan atau melalui surat . Pada masa kini , banyak lagi alat komunikasi yang boleh digunakan . Selama enam belas hari , bermula bayi dilahirkan , keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang ke enam belas untuk merasmikan penamaan anak itu . Pada hari itu , rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para jemputan . Nama yang akan diberi kepada bayi itu , biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada takwaim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya . nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut . Waktu memberi nama , bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita . Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan dan gelang kaki . Pada suatu hari yang sesuai (misalnya hari yang ketiga puluh ) bayi itu dibawa ke rumah berhala di mana satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan . SUMBER: RESAM MUHIBBAH MASYARAKAT MALAYSIA LEMBAGA PERPADUAN MALAYSIA JABATAN

Perkahwinan Masyarakat India Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri .

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kematian Kaum India. Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan. Upacara menanggalkan thaali. Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia. Upacara vaikkarasi Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic catti. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Set induksi

Anda mungkin juga menyukai