Anda di halaman 1dari 6

NO KOD

MP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN


MP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 1 / 6

KERTAS PENERANGAN
TAJUK PROGRAM & KOD

JURUKECANTIKAN MP-060-1

TAHAP

TAHAP 1

NO MODUL & TAJUK

M01 PERTOLONGAN CEMAS

NO & PERNYATAAN
TUGASAN

TASK 01.04 MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMAS


TASK 01.05 MELAKSANAKAN PERTOLONGAN CEMAS

OBJEKTIF MODUL

MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN


MELAKSANAKAN PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS
MENGGUNAKAN
MANUAL
KESELAMATAN
DAN
KECEMASAN, SENARAI SEMAK PETI PERTOLONGAN
CEMAS, KAIN KASA YANG TELAH DISTERIL, ANTISEPTIK,
PLASTER, GUNTING KECIL, PEMBALUT BERUBAT,
PANADOL, KAPAS/PUTIK KAPAS, PIN KESELAMATAN,
GARAM HIDU DAN SELIMUT, DIREKTORI KECEMASAN DAN
FORMAT LAPORAN KECEDERAAN/INSIDEN SUPAYA
KANDUNGAN PETI PERTOLONGAN CEMAS DIKENALPASTI,
KEADAAN DAN TARIKH LUPUT DISEMAK, ITEM DIGANTI,
PETI PERTOLONGAN CEMAS DILETAKKAN DITEMPAT
YANG BOLEH DIAKSES DAN SUPAYA JENIS ISI DAN
PENYEBAB KECEDERAAN DIPASTIKAN DAN DIRAWAT
SELARAS DENGAN KEPERLUAN KESELAMATAN PETI
PERTOLONGAN CEMAS DAN PROSEDUR OPERASI
STANDARD KECEMASAN.

NO. KOD :

MP-060-1/M01/KP-PC

HALAMAN : 1/7

TAJUK :
MENYENGGARA PETI PERTOLONGAN CEMAS
MELAKSANAKAN PERTOLONGAN CEMAS
MODUL INI MENERANGKAN PELAKSANAAN BAGI TUGASAN YANG DISEBUTKAN DI
ATAS DAN PRODUK/PERALATAN/BAHAN/MATERIAL YANG SESUAI DIGUNAKAN BAGI
MELAKSANAKAN TUGASAN TERSEBUT.

NO KOD
MP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN


MP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 2 / 6

PENERANGAN:
PETI PERTOLONGAN CEMAS
Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan
yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh
daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan
kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas.
Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut
disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang
dan sebagainya.
Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
1. Dresing steril - beberapa saiz.
2. Plaster - beberapa saiz.
3. Bendej tiga segi ( kain anduh )
4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung )
5. Larutan Flavin ( Iodin)
6. Larutan atau krim antiseptik
7. Gunting kecil

Peti pertolongan cemas

Peralatan asas yang perlu ada

NAMA UBAT / ALAT

KEGUNAAN

1. Kain Pembalut yang berlainan

Menolong menahan rawatan luka


Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak dan juga
membantu membetulkan sendi yang terseliuh.

2. Kain tekap yang berlainan saiz

Untuk menetapkan rawat


Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk merawat luka

3. Kapas

Untuk membersihkan luka


Digunakan sebagai Pading untuk rawat luka untuk menyerap
darah daripada luka.

4. Plaster / Elastoplast

Untuk menutup rawat luka, sebagai pengganti pembalut.


Untuk merawat luka-luka kecil

5. Gunting kecil berkilat

Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya

NO KOD
MP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN


MP-060-1/M01/KP-PC

6. Pin Penyemat

Untuk menyemat pembalut

7. Termometer Klinik

Untuk mengambil suhu badan

M/S : 3 / 6

PERTOLONGAN CEMAS
Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan
sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn
tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
- memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
- Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
- Tindakan serta merta pertolongan cemas:
- Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
- Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
- Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar. [R]
- Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
- Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
- Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR
[Cardio Pulmponary Resuscitation].
Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas
A. Luka/Pendarahan
1.
Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
[darah membeku]
2.
Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka

NO KOD
MP-060-1
3.
4.
5.

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN


MP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 4 / 6

Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan
otak. Praktikkan teknik RICE.
Tenangkan mangsa.
Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

B. Keracunan
Tanda-tanda:
- maklumat dari mangsa
- mangsa sakit dengan tiba-tiba
- kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
- anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan:
1.
Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tandatanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
2.
Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
3.
Segera hubungi hospital
4.
Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau
C. Terkejut
Tanda-tanda:
- badan berpeluh
- pucat
- rasa nak pengsan
- resah
- nafas kerap tapi tipis
- kadar nadi bertambah tapi lemah
Rawatan
1. Baringkan mangsa
2. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
3. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
4. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
5. Selimutkan jika suhu badan menurun
6. Segera hantar ke hospital
D. Terbakar
Klasifikasi terbakar
1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja
a. Kemerah-merahan atau hilang warna
b. bengkak sedikit dan rasa sakit
c. cepat sembuh
2.

Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf


a. merah
b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3.

Third Degree

NO KOD
MP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN


MP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 5 / 6

a. kerosakan tisu lebih dalam


b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan
terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan
1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
3. baringkan mangsa
4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
6. hantar segera ke hospital

E. Melecur
Rawatan
1. sejukkan dengan air sejuk
2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
3. rawat seperti mangsa terbakar
F.
1.
2.
3.

Kejutan Elektrik
putuskan hubungan elektrik
periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
rawat bagi terbakar jika ada

G. Terseliuh [dislocation]
- Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik
atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.
Rawatan: RICE
1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
3. Balut tempat yang cedera [Compression]
4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
5. Hantar ke hospital
H. Ketegangan Otot
- Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat
benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan
bengkak.
Rawatan: RICE
I.
-

Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di
bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit
tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

NO KOD
MP-060-1

KOD NOSS / NO MODUL /NO KERTAS PENERANGAN


MP-060-1/M01/KP-PC

M/S : 6 / 6

Rawatan:
1. Berikan rawatan renjatan.
2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
5. Hantar segera ke hospital.

RUJUKAN:Buku Teks

SOALAN LISAN:
1. Apakah peti pertolongan cemas
2. Senaraikan barangan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas

Anda mungkin juga menyukai