Anda di halaman 1dari 1

Pendemokrasian Internet:

Pengaruh Komuniti Eletronik dalam Pilihanraya Malaysia ke-12.

Ahmad Rizal Mohd Yusof


IKON

Abstrak

Kerangka politik pilihanraya di Malaysia melibatkan suatu gabungan parti menentang


tiga parti pembangkang. Tidak seperti di United Kingdom (Parti Buruh dan Parti
Konservatif), Amerika Syarikat (Parti Republikan dan Parti Demokrat) dan Australia
(Parti Buruh dan Parti Liberal), ketiga-tiga negara ini memiliki sistem pemerintahan dua
parti, samada satu parti menjadi pemerintah atau pembangkang. Keputusan Piliharaya
Malaysia 2008 menunjukkan suatu impak yang besar kepada sejarah politik negara. Ia
memberikan suatu kejutan kepada Parti Barisan Nasional (BN) setelah parti tersebut
gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi di parlimen. Para pemimpin daripada parti-
parti pembangkang kini telah berjaya menguasai 82 kerusi di Parlimen. Kejayaan yang
dicapai oleh parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP adalah berpunca
daripada pelbagai strategi dan faktor terutamanya komuniti eletronik atau E-Community
di alam siber. Laman-laman web dengan berita terkini dan pelbagai fasiliti lain seperti
blog, email, enjin pencarian dan pangkalan data, menyediakan suatu landasan terbaik
untuk orang ramai yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling
Jaya, Damansara dan Ipoh, mendapatkan pelbagai maklumat terbaru dalam
perkembangan politik tanahair, mengkritik parti pemerintah dalam menguruskan
keperluan mereka ataupun mengutuk perilaku para pemimpin dari parti pemerintah.
Kertas ini membincangkan kebangkitan konsep kepembangkangan melalui komuniti
eletronik. Ia merangkumi peranan komuniti eletronik, pembangunannya dan pengaruhnya
terhadap Keputusan Pilihanraya Malaysia yang ke-12.

Anda mungkin juga menyukai