Anda di halaman 1dari 13

KUMPULAN 1

NAMA KUMPULAN :
CHE NORHIDAYAH BT CHE KAMARUDIN

AS1110675 NORLIANA BT MOHD ANUAR AS1110662 SITI NOR MASRI

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Mengikut Teori Erikson, tahap perkembangan manusia bermula pada umur 18 bulan hingga 3 tahun. Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak iaitu autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakannya.Ini bermakna kanak-kanak sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka.

TEORI PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI : SIGMUND FREUD


PERINGKAT UMUR CIRI-CIRI PERKEMBANGAN EMOSI-FIZIKAL (TAHUN) MANUSIA 1 Oral (gigit dan hisap) 11 Anal (dubur) 0-18 bulan memperoleh kepuasan dan belajar daripada menghisap, menggigit dan menelan selepas 8 bulan Personaliti mula dibentuk dengan pengalaman yang dialami Mula timbul niat memiliki harta benda

18 bulan Memperoleh kepuasan daripada aktiviti pembuangan 3 tahun najis Belajar kawalan bunag air besar dan kecil dengan tujuan mendapat perhatian. Boleh membentuk sifat bersih, kemas dan berjimat jika dipupuk dengan cara yang sesuai Membentuk personaliti jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas. Nilai bertolak ansur aakan dipupuk jika diberi latihan bertandas yang positif

PERINGKAT UMUR CIRI-CIRI PERKEMBANGAN EMOSI-FIZIKAL (TAHUN) MANUSIA 111 Phallic (falik) 3-6 tahun

Memperoleh keseronakan daripada organ kejantinaan. Konflik oedipus : Anak lelaki lebih tertarik kepada ibu. Konflik Elektra : anak perempuan lebih tertarik kepada ayah. Mula gunakan helah bela diri untuk tujuan tertentu

TEORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI : ERIKSON


PERINGKAT - KONFLIK CIRI CIRI

0-18 ( BAYI ) Kepercayaan vs tidak kepercayaan

-rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama. -membina rasa kepercayaan secara peringkat. -membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi -kepercayaan akan membantuk tingkah laku negatif.
-keinginan memiliki kuasa -keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri. -berasa malu jika tidak diberi kuasa. -berasa malu di depan orang -berasa takut melakukan kesalahan.

18 bulan - 3 tahun (awal kanak-kanak) Autonomi vs malu/ragu

PERINGKAT - KONFLIK CIRI-CIRI

3-6 tahun (Awal Kanak-kanak Tadika) Inisiatif vs Serba Salah

-belajar cepat -bergerak cepat -peka kepada yang betul dan yang salah -berasa serba salah jika diketawa -membina sikap negatif jika merasa serba salah -Keinginan menguasai sesuatu -Keinginana berjaya. -Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial -Memerlukan peneguhan positif/penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya. -Merasa komplek rendah diri jika dikritik.

6-11 tahun (kanak-kanak) Kerajinan vs komplek rendah diri

Perapatan (attachment) dan Emosi Kanak-Kanak


Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang

berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk

Pembentukan Perapatan
Perapatan terbentuk sejak lahir. Interaksi dan perapatan ibu bapa dengan anak memberi kesan terhadap perkembangan emosi anak-anak itu sendiri. Tingkah laku ibu bapa menjadi model kepada anak-anak dan membentuk gaya perapatan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain. Pendapat mengatakan perapatan terbina sejak bayi berada dalam kandungan ibunya menyebabkan bakal ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang kepada anak. Apabila lahir, pelukan, usapan, belaian dan ciuman ketika menyusukan anak adalah detik permulaan bagi membina hubungan rapat antara ibu dengan anak. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang banyak bukanlah penentu kepada perapatan. Kajian menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan yang dibina.

Jenis Perapatan
Terdapat tiga jenis perapatan yang utama:a) perapatan selamat (secure attachment) b) perapatan mengelak (avoidant attachment) c) perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious/ambivalent attachment).

Fasa-Fasa Dalam Pembentukan

Perapatan

Menurut Bowlby (1969), terdapat 4 fasa dalam pembentukan perapatan, iaitu: Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) bayi menerima orang lain di sekelilingnya tetapi kebolehan untuk membezakan mereka adalah sangat terhad. Contohnya, bayi tidak menangis jika didukung oleh sesiapa sahaja. Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) bayi mula dapat membezakan tingkah laku terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi menangis jika didukung oleh individu yang sering menjerit kepadanya. Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu menyentuh atau duduk berhampirannya. Fasa 4 (2 tahun ke atas) kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi sebenar.

Kesan Perapatan Terhadap Emosi


a) Kemesraan, kasih sayang, penjagaan dan

perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga membantu dalam proses perkembangan kognitif, perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral. b) Dari segi sosioemosi, perapatan mempengaruhi sejauhmana kanak-kanak menilai diri, menganggap diri berharga, dan berhubungan dengan orang lain. Konsep kendiri yang terbina melalui perapatan akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ini hingga dewasa kelak.

c) Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dilihat

memainkan peranan yang besar dalam membentuk perapatan selamat. Apabila kanak-kanak dilindungi, dikasihi, disayangi, dipenuhi segala keperluan asas, maka kanak-kanak dapat membentuk perapatan selamat dengan ibu bapa atau penjaga. Bagi kanakkanak yang membentuk perapatan tidak selamat pula, ia dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak-peranda, atau menjadi mangsa dera.
d) Perapatan selamat, akan mempamerkan sikap-sikap

yang positif, berkasih-sayang serta menghargai orang lain. Mereka gembira untuk berinteraksi, bergaul, serta boleh mengasihi dan dikasihi oleh orang lain.

e) Perapatan yang mengelak atau bimbang

ketidaktentuan pula berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas, dan tidak menghormati orang lain. Mereka selalunya bermasalah dalam perhubungan dengan rakan-rakan kerana konsep kendiri yang rendah, berfikiran negatif serta selalu menyalahkan diri dan orang lain.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa personaliti individu bukan hanya dipengaruhi oleh perapatan semata-mata tetapi juga melibatkan aspek-aspek lain yang dialami sepanjang kehidupan seperti perceraian ibu bapa, kematian orang tersayang dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai