Anda di halaman 1dari 4

Keistimewaan nabi

Hadis-hadis dibawah ini pula adalah tentang keistimewaan yang baginda perolehi sebagai Rasul
dan kita sebagai umatnya.

1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:- Nabi s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia juga
merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda s.a.w. (Tuhfah al-Ahwazi)

2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai
rahmat." (Riwayat Muslim)

3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan
yang ringkas dan padat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat"; Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.
kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahwazi)
5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya

Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di
syurga." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan.
(Syarah Sahih Muslim)

6- Jaminan Kemenangan

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku
sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaaan umatku akan
meliputi keluasan bumi yang dihumpankan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7- Kesedaran untuk Beramal

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku
ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Bukhari)

Keterangan:- Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan
kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan didalam kubur dan
hari kiamat. Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah. (Fath al-
Bari)

8- Bumi Sebagai Masjid

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud)
yang suci." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:- Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan


sembahyang hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath
al-Bari)
9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah
dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk
umatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan:- Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan,
melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan
memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan didunia.

Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda terhadap umatnya.
Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda
menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat
diperlukan syafaat ketika itu. (Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)

10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang
melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Keterangan:- Syafaat Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan
menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang
melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka. (Syarah Sunan Ibn Majah)

11- Kelebihan Selawat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas aku sekali,
Allah berselawat keatas nya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)

Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t. (Syarah
Sahih Muslim)
12- Orang Bakhil yang Sebenar

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah orang yang
mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ." (Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan:- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada
selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.

Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda.
Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama
baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka
hukumnya adalah sunat. (Tuhfah al-Ahwazi)

13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.

Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah
terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam
daripada umatku." (Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban)

Anda mungkin juga menyukai