Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada Pengerusi Majlis.

Yang saya hormati


para hakim yang bijaksana, penjaga masa, guru-guru dan kawan-kawan yang saya
kasihi.

Nabi Yusuf tampan orangnya


Membuat Zulaikha jatuh cinta
Kisah tercatat dalam Al-Quran
Menjadi bualan zaman berzaman

Kawan-kawan, tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Kisah Nabi Yusuf dan
Zulaikha”.

Nabi Yusuf ialah putera Nabi Yaakub a.s yang ketujuh. Nabi Yusuf dikurniakan
wajah yang sangat tampan. Nabi Yusuf anak yang lebih disayangi oleh bapanya. Ini
menimbulkan rasa cemburu adik-beradik yang lain. Lalu...Malangnya Nabi Yusuf
ditinggalkan di dalam perigi seorang diri.

Kafilah berhenti mencari air


Selamatlah Yusuf dari bahaya
Dijual Yusuf di Negara Mesir
Dibeli Al-Aziz Pembesar Negara

Kawan-kawan,
Pembesar yang dimaksudkan ialah Al-Aziz dan isterinya Zulaikha. Mereka telah
membesarkan Yusuf sehingga dewasa. Dalam tempoh tersebut, rupa-rupanya
Zulaikha telah mula jatuh cinta kepada Yusuf.

Persoalannya, adakah patut seorang yang bergelar isteri boleh jatuh cinta kepada
lelaki lain?
Boleh saja berlaku apabila nafsu menguasai diri.
Sekarang banyak berlaku peristiwa isteri curang kepada suami kerana tergoda
kepada lelaki yang lebih tampan dan muda.

Kawan-kawan,
Rasa cinta Zulaikha sudah tidak dapat dibendung lagi. Zulaikha mula menggoda
Yusuf secara terang-terangan. Zulaikha terus menutup semua pintu. Tanpa rasa
malu, Zulaikha telah meluahkan perasaan terhadap Nabi Yusuf.
Nabi Yusuf insan biasa
Tidak tergoda rayuan Zulaikha
Zulaikha berusaha memeluk Yusuf
Berlari Yusuf menuju ke pintu
Menyelamatkan diri dari Zulaikha

Inilah situasi yang kita dapat lihat pada hari ini. Manusia yang sudah hilang rasa
malu sanggup mencemar maruah diri dan suami sendiri.

Kemudian... Zulaikha tetap mengejar dan menarik-narik belakang baju Nabi Yusuf
lalu...terkoyak. Tiba-tiba muncullah suami Zulaikha di depan pintu dengan mukanya
yang sangat terkejut. Zulaikha terus membela diri dengan menuduh Yusuf
menggodanya. Akhirnya...setelah diadili, kebenaran menyebelahi Nabi Yusuf.

Ini sesuai dengan kata-kata pembesar yang tercatat dalam Surah Yusuf Ayat 29
yang bermaksud ;

“ Wahai Yusuf, lupakan hal ini. Dan kau Zulaikha, mintalah ampun bagi
dosamu”.

Kawan-kawan,
Jelaslah bahawa, manusia sanggup berbohong dan memfitnah orang lain untuk
kepentingan diri. Dalam dunia sekarang, berapa banyak orang yang tertuduh di
mahkamah sanggup berbohong untuk melepaskan diri dari hukuman. Malah ada
yang sanggup memfitnah orang lain.

Berita yang memalukan tentang Zulaikha telah tersebar ke seluruh Mesir. Zulaikha
ingin membuat pembelaan diri telah mengundang para isteri pembesar datang ke
rumahnya.

Nabi Yusuf dipanggil untuk berjalan di hadapan tetamunya. Para wanita yang
sedang mengupas buah epal tiba-tiba membisu. Mereka terpegun dengan
ketampanan Yusuf sehingga tidak sedar mereka telah terpotong jari sendiri. Isteri
pembesar mengugut akan memenjarakan Nabi Yusuf sekiranya menolak keinginan
mereka.

Apakah pilihan Nabi Yusuf kawan-kawan?


Nabi Yusuf pun berdoa:

“ Wahai Tuhanku, aku lebih suka penjara dari apa yang wanita-wanita ini
harapkan daripadaku. (Surah Yusuf Ayat 33)

Doa Yusuf dimakbulkan. Yusuf dipenjara supaya suasana menjadi tenang

Akhirnya...Nabi Yusuf telah dibebaskan dari penjara dan dilantik menjadi Menteri
Negara.

Kawan-kawan, daripada cerita yang disampaikan tadi, dapatlah kita mengambil


beberapa pengajaran.Antaranya ialah kita mestilah menjaga adab pergaulan antara
lelaki dan perempuan. Jangan sesekali lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan
kerana yang ketiga pastinya syaitan. Seterusnya kita hendaklah berpegang teguh
pada ajaran islam walaupun digoda dengan pelbagai godaan. Selain itu, kita
mestilah sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah agar
diberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai