Anda di halaman 1dari 14

Harmoni

Saksikan video bertajuk Amazing Grace TOPIK 4


Konsep Muzik:
– Harmoni dalam Aktiviti
Didik Hibur Muzik
- Nyanyian
• Teknik-teknik vokal
(lontaran suara, artikulasi &
sebutan)
• Skel (major & minor)
• Triad Tonik (major & minor)
Sila layari kedua-dua youtube berikut.
https://www.youtube.com/watch?v=u5e6IN_YbwM
https://www.youtube.com/watch?v=X6Mtpk4jeVA

Aktiviti 1.1 Bincangkan nyanyian dalam kedua-dua video di atas.

1 1.2 Apakah yang anda faham tentang harmoni dalam muzik?

DHMK3013 #1
Nyanyian

TEKNIK VOKAL
Aktiviti
Sila layari youtube “vocal projection”
2 https://www.youtube.com/watch?v=MlQ7Y7JmPok

2.1 Lontaran suara


Lontaran suara adalah kekuatan menyanyi di mana suara digunakan dengan jelas atau
tidak. Ia bergantung kepada pembukaan saiz mulut juga. Teknik pernafasan adalah
penting untuk lontaran suara yang betul. Dalam teknik vokal yang baik, keseimbangan
pernafasan adalah amat penting untuk mengekalkan lontaran suara yang jelas. Dalam
nyanyian, lontaran suara sering disamakan dengan resonan, tekanan pekat melalui yang
mana satu menghasilkan bunyi fokus. Resonan yang betul akan menghasilkan jumlah
terbesar lontaran suara dengan menggunakan semua resonator utama yang terdapat
dalam rongga vokal.

Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian bila menyanyi

(i) bunyi yang rendah


▪ menyanyi dengan bunyi vokal yang jelas.
▪ badan tegak
▪ alat-alat resonan ialah kerongkong, dada dan rahang.
▪ kurangkan tenaga nafas pada pinggang, tetapi pastikan aliran nafas adalah rata.
▪ tidak menyanyi dengan kuat.
▪ pembukaan mulut semakin kecil apabila bunyi not-not semakin rendah.

DHMK3013 #2
(ii) bunyi yang tinggi

▪ fikirkan bahawa not-not tinggi adalah senang dinyanyikan.


▪ membuka mulut cukup besar dan tidak menaikkan dagu dan kepala. Bibir,
rahang dan lidah hendaklah selesa.
▪ alat-alat resonan ialah lelangit dan hidung.
▪ bernafas dengan dalam dan gunakan tenaga nafas untuk mengeluarkan bunyi
yang tinggi.
▪ Tidak memaksa suara keluar.

2.2 Artikulasi
Sila layari youtube bertajuk “Ants In The Apple”
https://www.youtube.com/watch?v=YZPaS-3C5vQ

Artikulasi biasanya dikaitkan dengan proses terakhir dalam nyanyian. Artikulasi dalam
teknik vokal adalah perubahan saluran yang terjadi di dalam ruang dan rongga saluran
suara, yang mana hal tersebut akan menyebabkan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih
jelas pada pendengaran. Jika seseorang dapat menyanyi dengan sebutan lirik yang jelas
didengar, maka artikulasi beliau dikatakan baik.

Aktiviti :
Anda dikehendaki melayari sesawang untuk mendapat maklumat mengenai artikulasi
dan mencatatnya sebagai nota tambahan.
Rujukan : https://www.youtube.com/watch?v=R07nJMSrub0

2.3 SEBUTAN

2.3.1 Sebutan Vokal


Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara di mana udara dari paru-paru keluar melalui
rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau
sempitan yang menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi vokal mempunyai ciri
kelantangan dan kepanjangan yang dapat didengar dengan jelas dan lebih
panjang daripada bunyi konsonan. Pita suara memainkan peranan penting dalam
menghasilkan bunyi vokal iaitu udara bergetar akan menyebabkan terbitnya
DHMK3013 #3
kelantangan sesuatu bunyi vokal. Alat artikulasi lain seperti lidah akan
menentukan kualiti vokal. Lidah pula diturunkan atau dinaikkan sehingga
mendekati lelangit keras untuk menghasilkan vokal rendah dan vokal tinggi.
Contohnya, vokal [ a ] dalam perkataan [kaya] ialah vokal rendah. Bibir
dibundarkan menghasilkan vokal belakang manakala bibir dihamparkan
menghasilkan vokal depan. Justeru, kriteria yang menentukan sesuatu bunyi
vokal ialah
a) Bahagian hadapan atau belakang lidah dan ketinggian lidah dinaikkan.
b) Keadaan lelangit lembut sama ada menghasilkan bunyi vokal atau bunyi
sengau.
c) Kedudukan bibir (bundar atau hampar)
d) Keadaan glotis (dirapatkan semasa udara keluar dari paru-paru pita bergetar)

Terdapat tiga jenis vokal bahasa Melayu iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan
vokal belakang.

Jenis vokal Lambang Nama vokal


Vokal hadapan [I] Vokal depan sempit
[e] Vokal depan separuh sempit
[E] Vokal depan separuh luas
[a] Vokal depan luas
Vokal tengah [@] Vokal tengah pendek
[3] Vokal tengah panjang
Vokal belakang [u] Vokal belakang sempit
[o] Vokal belakang separuh sempit
[O] Vokal belakang separuh luas

DHMK3013 #4
Tiada huruf khusus dalam sistem tulisan bagi bunyi vokal [ e ] dan [ O ]. Huruf
yang dipakai untuk melambangkan bunyi vokal [ e ] ialah huruf ‘e’ manakala bunyi
vokal [ O ] dilambangkan huruf ‘o’.

Cara membunyikan setiap vokal:


a) Vokal depan sempit [ i ]

• Bibir hampar
• Depan lidah dinaikkan ke arah lelangit
keras tapi tidak sentuhnya.
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga hidung
agar udara tidak keluar dari rongga
hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke rongga
mulut.
• Pita suara digetarkan.

b) Vokal depan separuh sempit [ e ]


• Bibir hampar
• Depan lidah dinaikkan separuh
tinggi ke arah gigi gusi.
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga
hidung agar udara tidak keluar dari
rongga hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke
rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

DHMK3013 #5
c) Vokal depan separuh luas [ E ]

• Bibir hampar
• Depan lidah dinaikkan separuh
rendah ke arah gigi gusi.
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga
hidung agar udara tidak keluar
dari rongga hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke
rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

d) Vokal depan luas [ a ]

• Bibir hampar
• Depan lidah diturunkan serendah
mungkin
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga
hidung agar udara tidak keluar dari
rongga hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke
rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

DHMK3013 #6
e) Vokal tengah [ @ ]

• Bibir berada di antara hampar


dengan bundar
• Tengah lidah dinaikkan ke arah
lelangit keras tapi tidak sentuhnya
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga
hidung agar udara tidak keluar dari
rongga hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke
rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

f) Vokal belakang sempit [ u ]

• Bibir bundar.
• Belakang lidah dinaikkan
setinggi ke arah lelangit lembut
tapi tidak sentuhnya.
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup
rongga hidung agar udara
tidak keluar dari rongga
hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke
rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

DHMK3013 #7
g) Vokal belakang separuh sempit [ o ]

• Bibir bundar
• Belakang lidah dinaikkan
separuh tinggi ke arah lelangit
lembut tapi tidak sentuhnya.
• Anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan bagi menutup rongga
hidung agar udara tidak keluar
dari rongga hidung.
• Udara keluar dari paru-paru ke
rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

h) Vokal belakang separuh luas [ O ]

• Bibir bundar
• Belakang lidah dinaikkan
separuh rendah.
• Anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan bagi
menutup rongga hidung
agar udara tidak keluar dari
rongga hidung.
• Udara keluar dari paru-paru
ke rongga mulut.
• Pita suara digetarkan.

DHMK3013 #8
2.3.2 Sebutan Konsonan

Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara keluar dari paru-paru akan menerima
sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung.
Bunyi konsonan berkemungkinan mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan
terutamanya semasa menyebut konsonan sengau, bunyi vokal akan cenderung
disengaukan. Bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung
sama ada pita suara digetarkan atau tidak.
ii. Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran.
iii. Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada
keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan.

Bunyi-bunyi konsonan dalam bahasa Melayu dihuraikan mengikut cara


penghasilannya, iaitu dari segi cara arus udara keluar dari paru-paru.

Aktiviti :
Anda dikehendaki menyanyi lagu karaoke “Seasons Of The Love” dengan
mengaplikasikan teknik lontaran suara dan artikulasi yang betul serta sebutan yang
jelas

Sila layari youtube karaoke lagu “Seasons Of The Love”


https://www.youtube.com/watch?v=-Lp0xBrtBmM (ada vokal)
https://www.youtube.com/watch?v=3_KosAeiNAk (tiada vokal)

DHMK3013 #9
SKEL
Aktiviti Skel adalah suatu siri pic yang disusun bermula dengan not asas dalam
nada major atau minor secara menaik atau menurun.
3 Sila layari video tutorial skel yang berikut
https://www.youtube.com/watch?v=aClctmxVMDU
3.1 Skel major

Cara membina skel major. Contohnya skel C major


➢ mula menulis not asas dalam nada C major iaitu not C mengikut klef yang
ditentukan
➢ tulis lapan not secara menaik atau menurun
➢ isikan tanda nada yang sesuai
➢ pastikan not ke-3 dan ke-4 serta not ke-7 dan ke-8 adalah semiton

1 2 3 4 5 6 7 8

3.2 Skel Minor

Cara membina skel minor. Contohnya skel A minor


➢ mula menulis not asas dalam nada A minor iaitu not A mengikut klef yang
ditentukan
➢ tulis lapan not secara menaik atau menurun
➢ isikan tanda nada yang sesuai
➢ pastikan tanda kromat # pada not ke-7
➢ pastikan not ke-2 dan ke-3, not ke-5 dan ke-6 serta not ke-7 dan ke-8 adalah
semiton

DHMK3013 #10
Contoh-contoh skel major
G major

D major

F major

Bb major

DHMK3013 #11
Contoh-contoh skel minor
E minor

B minor

D minor

G minor

Aktiviti :
Pada pendapat anda, apakah perbezaan di antara skel major dan skel minor ?

DHMK3013 #12
TRIAD TONIK
Aktiviti

4 Sila layari video tutorial triad tonik yang berikut.

https://www.youtube.com/watch?v=uZhN0alV2VY

Cara permainan alat muzik berpic yang menggabungkan tiga atau lebih not tersusun yang
dimainkan secara serentak akan membentuk suatu kod. Fungsi kod adalah untuk mengiringi
melodi. Kod yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Triad merupakan gabungan
tiga not tersusun yang dibunyikan bersama atau serentak yang akan menghasilkan bunyi yang
harmoni. Untuk membentuk triad, tiga not yang digunakan ialah not pertama/asas (tonik),
not ketiga dan not kelima daripada satu skel.

4.1 Triad major

Contoh triad tonik C Major yang terdiri daripada not 1, not 3 dan not 5 iaitu not C, E
dan G

4.2 Triad minor

Contoh triad tonik D minor yang terdiri daripada not 1, not 3 dan not 5 iaitu not D, F
dan A

DHMK3013 #13
Aktiviti :
Anda dikehendaki menulis triad tonik untuk F, Bb, G dan D major serta A, E, B dan G
minor pada baluk yang disediakan.

DHMK3013 #14

Anda mungkin juga menyukai