Anda di halaman 1dari 3

CABANG-CABANG FALSAFAH

Disediakan oleh : Zulfahm, M.Ed

A. Metafizik
Cabang falsafah yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. Realiti
merupakan sesuatu diluar fizik dan material. Pada hakikatnya realiti merupakan pertanyaan-
pertanyaan yang tidak dapat dibuktikan dengan kajian saintifik. Metafizik menanyakan berbagai
jawapan yang spekulatif atau hubungan sebab akibat. Cabang falsafah metafizik ini mengkaji realiti
dengan mempersoalkan perkara seperti :
1. Apa itu alam semesta?
2. Apa itu kehidupan?
3. Apa itu akal?
4. Apa itu roh?
Beberapa soalan lain tentang metafizik yang berhubung kait dengan pendidikan Islam
1. Bagaimanakah konsep ketuhanan dalam Islam?
2. Siapakah Tuhan yang sebenarnya?
3. Bagaiamana ia ada dan keberadaannya dari waktu ke waktu?
4. Mengapa manusia mengandaikan atau meniscayakan adanya Tuhan dalam kehidupan?
5. Bagaimana cara menemukan dan mendapatkan realiti Tuhan dalam kehidupan ini?
6. Mengapa dalam kenyataannya di dunia ini banyak Tuhan, sehingga banyak pula agama-agama
dengan pelbagai konsep kepercayaan dan ritual?
7. Apa manfaat dan fungsi percaya pada Tuhan dalam kehidupan?
8. Manusia lahir dalam keadaan fitrah, bagaimana fitrah itu?
9. Manusia mesti ada benar dan salah, lalu dikatakan itu sudah menjadi fitrah manusia, apakah manusia
selalu dalam keadaan fitrah?
10. Manusia mempunyai sifat kesabaran, apakah kesabaran itu?
11. Apakah kesabaran itu mempunyai batasan-batasan?
12. Sejauhmanakah batasan kesabaran seorang individu dengan individu lainnya, apakah sama?
13. Ada manusia dengan sekolah maka ia akan memperoleh kebahagiaan, ada juga yang tidak sekolah
tetapi juga bahagia, bagaimana konsep kebahagiaan?
14. Mengapa kebahagiaan berbeza-beza pada tiap individu?
15. Bagaimanakah konsep waktu atau masa dalam Islam?
16. Apakah waktu seseorang dengan orang lain berbeza-beza atau sama?

B. Epistemologi
Cabang falsafah yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan, epistimologi mempersoalkan perkara-
perkara seperti :
1. Apa itu pengetahuan?
2. Apakah sumber-sumber pengetahuan ?
3. Bagaimana kita memperolehi pengetahuan?
4. Bagaimana kita membuktikan kebenaran pengetahuan?

Beberapa soalan lain tentang epistemologi yang berhubung kait dengan pendidikan Islam
1. Ilmu apa sahaja yang harus diajarkan dalam pendidikan Islam?
2. Apa tujuan pengajaran dalam pendidikan Islam?
3. Bagaimanakah proses pembinaan ilmu dalam pendidikan Islam?
4. Sejauhmana pendidikan Islam boleh memainkan peranan dalam pembinaan ilmu?
5. Bagaimanakah seorang individu boleh belajar dengan baik dan benar mengikut pendidikan Islam?
6. Bagaimanakah pembelajaran yang ideal dalam pendidikan Islam?
7. Sejauhmana seorang individu boleh mencari ilmu, apakah semua ilmu boleh dipelajari dalam Islam
atau ada ilmu-ilmu yang mempunyai larangan?
8. Bagaimanakah tingkatan ilmu dalam Islam yang mesti di ajarkan kepada murid?
9. Al-Ghazali seorang tokoh falsafah Islam membahagi ilmu asas kepada ilmu agama dan ilmu intelek,
apakah kedua ilmu ini sebagai asas mencapai kesejahteraan?
10. Mengapa individu perlu kepada ilmu asas?
11. Bagaimakah ilmu boleh membentuk individu yang berakhlak mulia?
12. Apakah ciri-ciri orang yang berilmu?
13. Apakah seorang pejabat negara yang melakukan rasuah dikatakan individu yang berilmu?
14. Bagaimana boleh maju sebuah negara apabila pejabat negara yang mempunyai ilmu tetapi tidak
berilmu?
15. Apakah pendidikan Islam mampu mendidik pemimpin yang berilmu dan berakhlak mulia?
16. Dulu ulama selalu didekati, mengapa sekarang ulama banyak yang dijauhi?
17. Apakah ulama adalah insan kamil mengikut syariat Islam?
18. Bagaimanakah konsep insan kamil dalam sistem pendidikan Islam?

C. Aksiologi

Cabang falsafah yang merupakan kajian terhadap nilai, dengan mempersoalkan perkara seperti :
1. Apakah yang bernilai?
2. Bagaimana sesuatu itu dapat bernilai?

Cabang falsafah aksiologi diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu etika yang mengkaji tentang
perkara nilai-nilai moral, prinsip moral, dan tingkah laku serta sifat murninya. Kedua iaitu estetika
yang membicarakan tentang nilai keindahan. Apa sebenarnya yang disebut indah, darimana sumber
keindahan, adalah beberapa persoalan estetika. Beberapa soalan tentang nilai dalam pendidikan
Islam;
1. Bagaimanakah nilai dalam pendidikan Islam?
2. Apakah nilai itu tetap atau berubah-ubah?
3. Apakah nilai dalam Islam sama, misalnya prinsip nilai pada suatu kaum dengan kaum lainnya sama
atau tidak?
4. Bagaimana hubungan ilmu dengan etika Islam?
5. Apakah ilmu lebih besar peranannya daripada etika Islam atau sebaliknya?
6. Apakah hubungan akhlak dengan etika, apakah sama keduanya atau berbeza?
7. Bagaimana nilai keindahan dalam Islam, apakah indah dalam pandangan manusia atau dalam
petunjuk Allah?
8. Apakah konsep etika berasal dari Sang Pencipta atau manusia yang berkehendak?
9. Bagaimana pembagian nilai atau tingkatan nilai dalam pendidikan Islam?
10. Keindahan yang bagaimana yang dapat menjadikan manusia menjadi lebih merasa nikmatnya
kehidupan ini?
11. Keindahan yang mana yang boleh dalam ajaran Islam?
12. Bagaimana sesuatu bernilai indah, apa saja unsur yang terkandung dalam keindahan itu?
13. Bagaimanakah kecantikan yang mendorong lahirnya akhlak yang mulia dalam hablun min
Allah dan hablun min annas?
14. Apa hubungan etika dengan estetika?
15. Apa manfaat dalam mempelajari dam memahami etika dan estetika?

D. Logik

Cabang falsafah yang berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang membezakan penaakulan sah
dengan penaakulan yang tidak sah atau tidak rasional. Sesungguhnya logik merupakan kaedah yang
digunakan dalam setiap pemikiran mazhab falsafah. Ia digunakan untuk mengkaji peraturan
falsafah yang membolehkan ahli-ahli falsafah berfalsafah dengan membentuk dan mengesahkan
asal-usul atau hujah-hujah falsafah. Beberapa soalan logik yang berhubung kait dengan pendidikan
Islam :
1. Apakah tempias logik terkena terhadap tamadun Islam?
2. Dimanakah Islam memberi ruang dalam penggunaan logik?
3. Adakah Islam menerima penggunaan logik, meski sampai ke perbincangan tentang aqidah?
4. Bagaimana hubungan disiplin ilmu Islam dengan disiplin logik yang menjadi manhaj kepada
falsafah yunani?
5. Falsafah dan logik adalah dua hal yang berdampingan, apakah dampak dua hal ini dalam bangunan
pemikiran Islam?

Rujukan :
Abdul Fatah Hasan (2001), Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS Publications & Distributor Sdn.
Bhd., Pahang.
Abdul Khobir, (2007), Filsafat Pendidikan Islam, Gama Media Offset, Yogyakarta.
Abdur Rahim Hamdan, (2011), Falsafah dan Pemikiran Pendidikan, UTM Press, Johor.
Aholiab Watloly, (2001), Tanggung Jawab Pengetahuan, Kanisius, Yogyakarta.
Mohammed Yusoff Hussain, (2002), Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Barat Modern, Tinggi
Press Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang, (2010), Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Puchong.
http://www.filsafatpendidikan.com/aliran/aliran-naturalisme-herbert-spencer-dalam-filsafat-
pendidikan
http://duniaremaja.gogoo.us/t107-filsafat-materialisme

Anda mungkin juga menyukai