Anda di halaman 1dari 4

SJK (T) LADANG ULU REMIS

81850 LAYANG-LAYANG, KLUANG, JOHOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM
‘SARASWATHY POOJAI’
2019

DISEDIAKAN OLEH:

BARBAGARAN A/L VALIDINER


PENYELARAS PROGRAM
1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani amatlah perlu
wujudnya aktiviti mohon restu. Hal ini kerana setiap perkara yang dilakukan amat
memerlukan kepada restu sama ada dari Yang Maha Kuasa, ibubapa, guru-guru mahupun
rakan serta masyarakat bagi memperolehi keberkataan dan kebaikan. Tanpa mohon restu
samada di awal atau di akhir sesuatu pekerjaan itu pasti ianya menjadi sesuatu yang tidak
lengkap dan tidak sempurna. Sehubungan dengan itu, Panitia Pendidikan Moral
merancang menjalankan satu program ‘Saraswathy Poojai.

2.0 MATLAMAT

Meningkatkan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan dalam segala aspek kehidupan
seorang murid selaras dengan prinsip Rukun Negara yang pertama.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan individu yang cemerlang dan modal insan yang produktif

3.2 Meningkatkan motivasi murid supaya sentiasa mengejar kejayaan.

3.3 Memberi keyakinan terhadap kemampuan diri murid.

3.4 Meletakkan harapan kepada tuhan dalam setiap aspek kehidupan seharian.

3.5 Memberikan persediaan awal kepada murid sebelum melangkah menghadapi


peperiksaan.

4.0 RASIONAL

4.1 Setiap murid pasti memerlukan sokongan dari pihak lain untuk berjaya.

4.2 Memberi semangat dan motivasi kepada murid.

4.3 Menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih tenang.

5.0 SASARAN

Seramai 37 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6.


6.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh : 07 Oktober 2019
Hari : Isnin
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En.Murugananthan
Pengerusi : Pn.Vasugi
Naib Pengerusi 1 : Pn.Sivagami
Naib Pengerusi 2 : En.Jaykumar
Penyelaras : En.Barbagaran

8.0 AJK PELAKSANA

Penyambut Tetamu : Semua Pentadbir

Buku Aturcara/Jemputan : Pn.Kanthimathy

Juru Gambar : En.Jaykumar

Persiapan Tempat : Pn.Sivagami


Pekerja sekolah

Persiapan poojai : En.Barbagaran

Makanan Murid : Pn.Kavitha


Cik Jailecumi

P/A Sistem : En.Jaykumar

Bajanai : En.Barbagaran

Vidhyarambam : Pn.Gouri

Kawalan Murid : Semua Guru


9.0 ANGGARAN KOS

BIL PERKARA JUMLAH

1. Makan Tengahari RM 180.00


Nasi minyak + Tauhu masak kurma + papadam +
Acar + Buah Tembikai Susu + Jus Oren =
RM 3.00 × 60 orang

2. Bayaran kepada Tok Sami RM300.00

3. Barangan Pemujaan RM300.00

JUMLAH RM 780.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar Program majlis ini dapat memberi implikasi atau impak yang positif ke
arah meningkatkan pencapaian dan keyakinan murid dalam menghadapi peperiksaan
nanti. Dengan adanya majlis seperti ini juga diharap dapat membentuk sahsiah murid serta
membantu pihak sekolah mencapai peningkatan dalam akademik.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

.......................................……………. ………………………………
(BARBAGARAN A/L VALIDINER)
Penyelaras Program

Disahkan oleh,

….…………………………

Anda mungkin juga menyukai