Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SK LEMBAH KERAMAT Kod Sekolah: BBA 7217

1. Nama Guru
MOHAMAD FITRI BIN ZULKIFLI

PENGENALAN PEDAGOGI –
3. Bidang: PENGURUSAN
2. Judul PENGURUSAN BILIK
DALAM BILIK DARJAH
DARJAH

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:


6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk membantu para
pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Perbincangan awal dimulakan dengan
meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam P&P.
Selanjutnya, perbincangan mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan.
Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa pendekatan serta
gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi pengajaran KBSM yang menghuraikan
pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas
kurikulum, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, penggunaan objektif pengajaran
dalam sesi pengajaran, khususnya objektif tingkah laku turut dibincangkan.
Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan pengajaran dan menyediakan
beberapa contoh perancangan pengajaran bagi memenuhi keperluan guru pelatih. Aspek pengurusan
bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah juga dihuraikan
dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme
guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa
sahaja yang berminat tentang bidang

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran dalam aspek
pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar dan juga Teknik meningkatkan
disiplin di dalam bilik darjah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus ditujukan bagi pendidik
yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang berkesan dikalangan pelajar Dengan
menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek yang diajarkan, untuk mendengar lebih dekat apa masalah
yang dihadapi pelajar; untuk lebih menafsirkan keputusan ujian dan memanfaatkan positif dari maklumat
yang mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah dalam pembelajaran
dan pengajaran dalam bilik darjah serta merupakan bahan tambahan penting untuk rujukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHAMAD FITRI BIN ZULKIFLI) ( )

Anda mungkin juga menyukai