Anda di halaman 1dari 3

GERAKAN SYIAH DI NUSANTARA

Thailand
1. Di Bangkok kegiatan Syi'ah lebih ditumpukan di kalangan pelajar-pelajar Islam yang sedang
menuntut di universiti- universiti, terutama universiti Ram Khanheang.

2. Ada sejumlah pelajar yang dihantar ke Iran untuk mendalami Syi'ah dan setelah kembali
ditugaskan untuk mengembangkan fahaman Syi' ah.

3. Penerbitan Syi'ah “Dar Ahlul Bait" di Bangkok sangat aktif menerbitkan dan menyiarkan
secara percuma risalah-risalah, majalah dan buku-buku Syi'ah dalam bahasa Siam, Arab dan
Inggeris ke seluruh masjid, sekolah-sekolah Arab, sekolah- sekolah Kerajaan yang ada di
Bangkok dan Thailand Selatan. Akhbar Al-Jihad disebarkan setiap minggu.

4. Menyewa hotel-hotel selama dua atau tiga hari untuk membincangkan hikmah haji mengikut
konsep Syi'ah, sehingga para peserta terpengaruh dengan fahaman mereka, seperti terjadi di
Bangkok dan Nakhon. Juga mengadakan perbincangan yang berterusan dengan para pemuda
dan pelajar.

5. Di bandar Yala pada 27 Ramadhan 1408H yang lalu, mereka mengadakan demonstrasi dan
berarak di sekeliling bandar Yala, dengan menjulang slogan-slogan Syi'ah dan gambar
Ayatullah Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran untuk memperingati hari Quds. Para penunjuk
perasaan didatangkan dari luar Yala dengan kerjasama pertubuhan pemuda di Yala dengan
bantuan kalangan tertentu. Perarakan yang sama berlaku juga ketika memperingati hari Maulud
Nabi sebelumnya. Ada beberapa orang tokoh di Yala berusaha mempengaruhi pemuda kepada
Syi'ah.

Malaysia

1. Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan
Pustaka atas anjuran Pusat Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi
yang diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani. Haramain mesti
ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama Islam yang amat layak. Taat kepada
Imam Khomeini adalah penting bagi menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap
golongan umat yang tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini.
2. Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi’ah Imamiah telah hidup
subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu.
Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang
disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan
ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi’ah
dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

3. Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds Malaysia ke serata


masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran
dengan komentar yang cukup memberangsangkan.

4. Memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407,
dimana pengerusinya menyampaikan perutusan Imam Khomeini.

5. Ceramah-ceramah tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang


penerimaan ummat Islam terhadap Syi’ah Imamiah seperti yang berlaku di beberapa tempat di
pantai timur.

Indonesia

1. Ekoran daripada revolusi Iran tahun 1979, ramai daripada kalangan angkatan muda, pada
tahun 1980 telah dapat kesan kegiatan Syi’ah di Cempaka Putih Jakarta atas usaha seorang
Doktor yang telah berhasil mempengaruhi sejumlah anak-anak muda dan mahasiswa.

2. Dengan tersebar luasnya buku-buku dan risalah-risalah yang datang daripada Iran,
pengkajian terhadap Syi’ah dan pengaruhnya semakin meluas ke tempat-tempat lainnya.

3. Pada tahun 1981, beberapa orang pergi ke Qum Iran atas undangan Iran dan membawa
pulang literature Syi’ah serta mengembangkan fahaman Syi’ah di Indonesia.

4. Kini tempat-tempat penting yang menjadi gerakan Syi’ah ialah: Jakarta, Bandung,
Tasikmalaya, Pekalongan, Jokjakarta, Surabaya, Bangil, Malang, Jember, Lampung,
Palembang, Bengkulu, Padang, Medan, Ujung Pandang dan Menado.

5. Sasaran utama mereka untuk masa kini ialah para remaja dan mahasiswa, terutama mereka
yang agak kosong dari asas-asas pengetahuan agama. Mereka sangat aktif mengadakan
diskusi-diskusi dan perdebatan-perdebatan dalam majlis-majlis yang diadakan khas untuk itu.
Di Bandung ada sebuah majlis ta'lim yang dikenali dengan Al Ashar sebagai sarana untuk
membina fikrah Syi' ah di kalangan mahasiswa di bawah asuhan seorang cendiakawan dan
penulis terkena yang menjadi pensyarah di UNPAD (Jalaludin Rahmat). Beliau dianggap
sebagai marja' Syi'ah dan sangat aktif mengunjungi bandar-bandar dan tempat-tempat yang
menjadi gerakan Syi'ah.

Anda mungkin juga menyukai