Anda di halaman 1dari 1

SEKULARISME

Sekularisme berasaskan pemisahan agama dari semua hal-hal duniawi. Sekularisme menolak


peraturan syariah dan lebih suka peraturan selain dari syariah. Penyokong sekularisme mendakwa
bahawa undang-undang Tuhan sesuai sewaktu ia diwahyukan dan tidak sesuai lagi pada masa kini.

HUMANISME

Menurut takrifnya, fahaman humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat kepada
segala aktiviti. Manusia juga dianggap tuhan yang Maha Agong. Dialah (manusia) yang
menentukan hukum-hakam yang wajib dipatuhi. Justeru, tuhan tidak berperanan langsung di
muka bumi ciptaan-Nya sendiri. Majoriti manusia di dunia ini walaupun berlainan agama
mempercayai adanya tuhan. Namun, berbeza halnya dengan humanisme yang tidak
mempercayai tuhan sepenuhnya.

KOMUNISME

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan


masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan
kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan
komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui
revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat
tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan
dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat
mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai