Anda di halaman 1dari 9

STEM DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM ialah akronim

kepada Sains, Teknologi, Engineering (Kejuruteraan) dan Matematik. STEM dalam


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada
dalam semua mata pelajaran STEM. STEM dalam konteks p&p merangkumi tiga aspek,
iaitu bidang pembelajaran, pakej mata pelajaran dan pendekatan p&p.

STEM sudah bermula di Malaysia beberapa tahun lalu di Malaysia dan maksud di
sebalik perkataan STEM ialah Science Technology Engineering Mathematics (STEM).
Terdapat beberapa konsep pembelajaran STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok
kerana STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih
memahami konsep serta aplikasi dalam subjek Matematik.
Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar
terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.
Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013 – 2025)
PPPM 2013 – 2025 telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang
penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk
menghadapi cabaran abad ke-21. Pendidikan STEM dalam PPPM dilaksanakan dalam
3 fasa;
• Gelombang 1 (2013 – 2015): pengukuhan kualiti pendidikan STEM dimulakan melalui
peneguhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model
pembelajaran pelbagai mod
• Gelombang 2 (2016 – 2020): kempen dan kerjasama dengan badan-badan berkaitan
dilaksanakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM
• Gelombang 3 (2021 – 2025): STEM akan dianjak ke arah kecemerlangan melalui
peningkatan keluasan operasi.
Pengajaran dan pembelajaran (p&p) STEM yang berfokuskan murid dapat
menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. P&p
yang menarik dapat meningkatkan minat dan kecenderungan murid dalam STEM.
Pelaksanaan p&p STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam mata pelajaran secara mendalam melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran
berasaskan projek dan pembelajaran berasaskan masalah dalam konteks dunia
sebenar. Murid yang mengikuti p&p STEM mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi,
inovatif, berhemah tinggi, berdikari, celik teknologi, mampu mereka cipta, boleh
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Para pendidik sering tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dikatakan Pembelajaran
Abad ke-21? 
Sebenarnya Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah satu fenomena yang baru. Seorang
pendidik atau tutor yang berfikiran jauh dan sudah menempuh alam persekolahan dan
pekerjaan pastinya pernah bertanya kepada diri sendiri… 
1.Apakah kita masih ingat kebanyakan daripada apa yang telah dipelajari dalam setiap
subjek di sekolah, kolej atau universiti? 
2. Apakah yang dipelajari itu relevan dengan bidang kerjaya dan realiti kehidupan
kini? Disebabkan itu Pembelajaran Abad Ke-21 akan menjadi relevan apabila
seseorang pendidik itu berusaha untuk menjawab 2 soalan itu tadi. 
Jadi apa kaitan STEM dengan Pembelajaran Abad Ke-21? 
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih
ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.  
Sekarang ada pula versi STEM yang baru iaitu STEM CS (Computer Science) iaitu
pembelajaran berkaitan komputer dan programming. Boleh lah para pelajar ini bercita-
cita menjadi seperti Bill Gates & Steve Job lepas ni.
Selain itu STEAM (A for Art) pula STEM dengan elemen seni. Namun ia tidak jauh
berbeza dengan konsep STEM yang turut mementingkan aspek seni dan design dalam
projek yang dilakukan.
Terdapat beberapa konsep pendidikan STEM iaitu lebih rasa minat dan seronok kerana
STEM ini memudahkan cara pembelajaran untuk membantu pelajar untuk lebih
memahami konsep serta aplikasi dalam subjek seperti Sains dan Matematik.
Pembelajaran STEM sangat penting untuk meningkatkan kembali minat pelajar
terhadap subjek ini dan seterusnya menjadi ‘innovator’ pada masa hadapan.
Antara  pedagogi STEM mementingkan elemen 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21
iaitu:
1. Collaboration
2. Creativity
3. Communication
4. Critical Thinking
Pedagogi ini penting untuk kemahiran kerjaya pada masa hadapan.
Di dalam artikel sebelum ini, telah dibincangkan juga mengenai Dunia Menuju ke Arah
Inovasi STEM.
———————————-
Berdasarkan Resolusi Kolokium Kebangsaan Pendidik STEM TERENGGANU 2016
1. Mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendidikan sains,
teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam pembangunan Negara Bangsa.
2. Menggubal kurikulum STEM baharu bersepadu berdasarkan idea mendidik pelajar
dalam empat disiplin iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada satu
pendekatan merentasi disiplin dan aplikasi ke arah melahirkan tenaga kerja
berkemahiran tinggi.
3. Melatih pendidik dan pembantu makmal sains dalam menerapkan kurikulum STEM
baharu dan menambah baik prasarana sekolah terutama kemudahan makmal serta
peralatan pengajaran STEM di seluruh Negara.
4. Memperhebatkan usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan pencapaian
sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam peperiksaan utama di antara
sekolah-sekolah bandar dan luar bandar.
5. Mempertingkat peluang pekerjaan yang berkaitan STEM untuk lulusan ijazah,
diploma, sijil, STPM dan SPM dengan menyediakan lebih banyak laluan alternatif dan
latihan kemahiran.
6. Mempertingkatkan jaringan usahasama di antara sekolah dan institusi pendidikan
tinggi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan industri dalam menggalakkan
pembelajaran STEM secara formal dan tidak formal.
7. Menyediakan insentif penyelidikan & pemantapan STEM secara bersepadu
melibatkan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan industri.
8. Mewujudkan satu badan professional yang diberi kuasa untuk mengawal kualiti
kurikulum STEM di institusi pendidikan dan juga memberi pengiktirafan kepada
kelulusan berkemahiran tinggi.
Marilah sama-sama kita mengetahui Top 15 Benefits of a STEM
Education https://coachmohdnoor.com/top-15-benefits-of-a-stem-education.htm

Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat bidang


iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM ini merupakan
salah satu agenda yang ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Beberapa dasar yang dilihat menyokong
agenda ini ialah Dasar 60% Sains : 40% sastera (Dasar 60:40), Wawasan 2020, PPPM
2013-2025 dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), selain
pengoperasian Pusat STEM Negara yang bermula sejak Mei lalu. Mata pelajaran yang
terangkum dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia,
Biologi, Sains Komputer dan Reka Bentuk dan Teknologi. STEM dalam konteks
pembelajaran dan pemudahcaraan merangkumi tiga aspek utama iaitu bidang
pembelajaran (di sekolah dan di peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan
kombinasi mata pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan pengajaran
(pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah).
Kertas konsep ini akan menjurus terhadap kekangan yang wujud ke arah
pengaplikasian pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, berasaskan kajian-
kajian lepas dan lawatan. Kekangan-kekangan ini termasuklah kekurangan dedahan
dalam bidang kejuruteraan kepada guru Sains dan Matematik, kandungan pengajaran
yang bersifat implisit (tersirat) dan kesesuaian pengintegrasian pendidikan STEM
berdasarkan topik-topik dalam sukatan pembelajaran. Beberapa inisiatif yang
dicadangkan untuk mengatasi cabaran ini ialah penganjuran latihan professional untuk
guru-guru mata pelajaran STEM, pemilihan Guru Cemerlang sebagai ‘Ikon STEM’ di
sekolah serta pemantapan elemen kejuruteraan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan. Kata kunci: {Pendidikan STEM; Sains; Teknologi; Kejuruteraan;
Matematik; Kurikulum}

STEM dalam Konteks Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STEM di


Malaysia belum memiliki satu kurikulum rasmi, namun tetap ditekankan sebagai
pendekatan yang penting untuk dilaksanakan dalam PdPc kini. Keperluan untuk
mewujudkan satu kurikulum STEM sememangnya telah dibangkitkan (Bunyamin 2015),
namun ketidaktentuan polisi telah mengalihkan fokus itu supaya kurikulum sedia ada
diperbaiki, selain memastikan pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
dilakukan dengan telus dan saksama. Hal ini bertitik tolak daripada prestasi
menggerunkan yang dicapai Malaysia dalam Program for International Student
Assessment (PISA) 2012. Berada di tangga ke-52 dengan capaian nilai skor Sains dan
Matematik adalah di bawah nilai purata The Organization for Economic Cooperation
and Development (OECD 2012) telah menimbulkan gesaan untuk memperbaiki kaedah
pengajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Elemen STEM dalam Kurikulum Kurikulum yang diguna pakai hari ini iaitu Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mengandungi tiga elemen STEM
iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. JADUAL 1. Elemen STEM dalam Kurikulum
(adaptasi dan diubahsuai daripada Panduan Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran
dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM) Elemen STEM Huraian
Pengetahuan Merangkumi idea, teori, prinsip dan konsep yang terkandung dalam
semua mata pelajaran STEM. Pengetahuan dan perkembangan terkini dalam
Pendidikan STEM disampaikan melalui aktiviti yang dikendalikan oleh guru di dalam
dan di luar bilik darjah. Kemahiran Pendidikan STEM mementingkan pendekatan inkuiri
untuk menjana kecekapan dan kemahiran murid untuk meneroka, membina
penyelesaian masalah dan mereka bentuk. Kemahiran-kemahiran ini dicapai melalui
tugasan dan projek dalam semua mata pelajaran STEM. Kemahiran STEM juga
mencakupi kemahiran proses sains (Sains), kemahiran proses matematik (Matematik),
kemahiran reka bentuk (Kejuruteraan ) dan kemahiran pemikiran komputasional
(teknologi). Nilai Nilai STEM merujuk kepada akhlak dan sikap positif yang diterapkan
semasa PdPc seperti berani mencuba, komited, konsisten, inovatif dan sistematik.
Pelajarpelajar sentiasa disarankan untuk mengamalkan nilai dan etika seperti mematuhi
peraturan keselamata makmal.

PERBINCANGAN Keberkesanan pengintegrasian STEM dalam kurikulum disokong


oleh beberapa faktor, antaranya ialah kualiti guru. Chang & Park (2014) melaporkan
bahawa kualiti satu-satu proses pembelajaran sudah tentu mempunyai perkaitan
dengan kualiti guru. Guru sebagai pelaksana polisi pendidikan perlu mendatangkan
kepelbagaian dalam kaedah pengajarannya, dalam konteks kajian ini, guru Sains dan
Matematik khasnya perlu memastikan kesepaduan antara bidang dalam STEM berlaku
secara realistik, bukanlah bergantung kepada hafalan teori dan rumus semata-mata.

CADANGAN Usaha pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia


bukanlah sesuatu yang mudah, namun bukanlah mustahil. Inisiatif-inisiatif yang
produktif perlu dilaksanakan untuk membantu guru-guru khasnya, ke arah
pemerkasaan pendekatan ini. Guru-guru perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti
‘hands-on’ yang sesuai dilaksanakan dalam satu tempoh masa PdPc yang rigid supaya
pengisian aktiviti tersebut menjadi ringkas tetapi padat. Usaha melatih guru ini perlulah
dilaksanakan secara berterusan supaya Pendidikan STEM akan menjadi pendekatan
yang relevan dalam PdPc bukan sahaja pada masa ini, tetapi memberikan kesan positif
dalam jangka masa yang panjang. Di samping itu, latihan dan kursus profesional yang
dilaksanakan perlu memastikan penyertaan serta keterlibatan yang saksama antara
guru-guru yang berbeza pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Tambahan pula,
agenda ini telah menghampiri penghujung gelombang kedua, maka kesedaran
terhadap STEM perlu diperkasa secara holistik. Guru Cemerlang bagi mata pelajaran
STEM seperti Sains dan Matematik boleh diangkat sebagai ‘Ikon STEM’ di sekolah.
Saidin (2016) menyatakan bahawa Guru Cemerlang berperanan untuk berkongsi
pengetahuan dan kepakaran dengan guru-guru lain. Bersesuaian dengan pengiktirafan
yang dimiliki oleh golongan ini, Guru Cemerlang perlu diberikan peluang untuk
menzahirkan pandangan tentang STEM dan berkongsi kaedah serta teknik yang
dipraktikkan dalam PdPc. Menghampiri fasa Gelombang Ketiga pelaksanaannya,
Pendidikan STEM di Malaysia boleh dilaksanakan meskipun tiada penggubalan satu
kurikulum rasmi yang baru, namun memerlukan penambahbaikan seperti penyediaan
modul integrasi STEM bagi setiap topik dalam subjek-subjek yang terlibat. Modul ini
perlulah merangkumi konsep-konsep Sains dan Matematik yang dihubungkan dengan
aplikasi kejuruteraan dan teknologi. Pelajar-pelajar juga perlu diberikan platform untuk
mencuba dan menzahirkan idea dengan menghasilkan model prototaip berasaskan
kefahaman dalam mata pelajaran-mata pelajaran STEM yang dipelajari di sekolah. Hal
ini demikian memberikan peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan
dalam dua atau lebih domain STEM, yang seterusnya membawa kepada
pengintegrasian bidang yang berbeza tetapi kewujudan perkaitan antara bidang-bidang
tersebut boleh difahami secara teroretikal dan dipersembahkan secara praktikal.
KESIMPULAN Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin mendapat
perhatian oleh pihak KPM untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
pemudahcaraan. Agenda ini telah diberikan penekanan dalam dokumen Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan pelaksanannya disusun
dalam tiga fasa iaitu Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3. Kini, agenda ini
berada dalam fasa kedua dan kita mempunyai kurang dua tahun sebelum fasa yang
terakhir bermula. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekangan untuk
mengintegrasikan Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, antaranya ialah
kurangnya dedahan kepada guruguru Sains dan Matematik terhadap elemen
kejuruteraan serta reka bentuk. Latihan professional yang berterusan perlu disediakan
kepada guru-guru ini supaya dapat melaksanakan satu PdPc STEM yang berkesan.
Inisiatif ini turut dibantu oleh Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak Seminar
Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0) ISSN: XXXX-XXXX 2018. Dalam pada itu,
kurikulum Sains dan Matematik di Malaysia juga perlu diperhalusi kembali supaya unsur
STEM yang sebenar dipastikan terdapat dalam sukatan pembelajaran. Pengintegrasian
STEM dalam PdPc perlu berlaku secara realistik, maka, kurikulum sedia ada mestilah
memberikan penekanan terhadap unsur-unsur penting yang menyokong
kebolehlaksanaan Pendidikan STEM selain konsep Sains dan Matematik, iaitu Reka
Bentuk Kejuruteraan dan Kemahiran Abad ke-21.

RUJUKAN Adnan, M., Ayob, A., Ong, E. T., Ibrahim, M. N., Ishak, N., & Shariff, J.
(2016). Memperkasa Pembangunan Modal Insan Malaysia di Peringkat Kanak-kanak :
Kajian Kebolehlaksanaan dan Kebolehintegrasian Pendidikan STEM dalam Kurikulum
PERMATA Negara. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space. 12(1),
29-36. Ayub, A. M. (2018). Kesedaran Terhad Mengenai Pendidikan STEM Di Malaysia.
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. 7-8
November 2018. eISBN 978-967-2231-03-5 (2018). Becker, K. & Park, K. (2011).
Effects of integrative approaches among science, technology, engineering and
mathematics (STEM) subjects on students’ learning: A preliminary metaanalysis.
Journal of STEM Education. 12(5&6), 23-37. Boettcher, B., Carlson, B., Cyr, M., &
Shambhang, S. (2005). Engneering implementation in grades 6-12: Evaluation of the
effectiveness of a workshop model. Proceedings of the 35th ASEE/IEEE Frontiers in
Education Conference, Portland. Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig,
G. H. (2016). Integrated STEM education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J.
Moore (Eds). STEM road map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37).
NY: Routledge Taylor & Francis Group. Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. (2016). STEM
Education in Malaysia: Reviewing the Current Physics Curriculum. Kertas kerja yang
telah diterima untuk pembentangan dalam International Conference of Association for
Science Teacher Education (ASTE), 7-9 Januari, Nevada, Amerika Syarikat. Bunyamin,
M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan
Semasa di Malaysia, dan Langkah Ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains
dan Matematik Johor, 25(1) : 1-6. Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX Chang, Y., Park, S. W. (2014). Exploring Students’ Perspectives of
College STEM : An Analysis of Course Rating Websites. International Journal of
Teaching and Leraning in Higher Education. 26(1), 90-101. Lewis, T. (2006). Design
and inquiry : Bases for an accommodation between science and technology education
in the curriculum? Journal of Research in Science Teaching. 43(3), 255-281. Milliken, D.
& Adams, J. (2010). Recommendations for Science, Technology, Engineering and
Mathematics Education. Diakses pada 12 Januari, 2019 dari
http://www.k12.wa.us/LegisGov/2010documents/STEMWorkgroupReport2010.pdf
OECD. (2012). Program for International Student Assessment results (PISA) from PISA
2012: Country note-United States. Diakses pada 20 Oktober, 2018 dari
http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/PISA-2012-results-US.pdf Panduan Pelaksanaan
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. (2016). Bahagian Pembangunan Kurikulum., Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM.) Rahayu, T., Syafril, S., Othman, K. B., Halim, L., & Erlina, N. (2018).
Kualiti Guru, Isu Dan Cabaran Dalam Pembelajaran STEM. Diakses pada 12 Januari
2019 dari https://doi.org/10.31219/osf.io/jqcu6 Rockland, R., Bloom, D. S., Carpinelli, J.,
Burr-Alexander, L., Hirsch, L. S., & Kimmel, H. (2010). Advancing the ‘E” in K-12 STEM
Education. Journal of Technology Studies. 36(1), 53- 64. Saidin, K., Dali, M., H. &
Ambotang, A.,S. (2016). Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah. Jurnal Pusat
Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. 24, 161-177. Siew, N. M., Amir,
N., & Chong, C. L. (2015). The perceptions of pre-service and inservice teachers
regarding a project-based STEM approach to teaching science. SpringerPlus. 4(1),1–
20. Sneideman, J. M. (2013). Engaging Children in STEM Education EARLY!. Diakses
pada 20 Oktober 2018 dari http:// naturalstart.org/feature-stories/engaging-children-
stemeducation-early

Anda mungkin juga menyukai